Anwar Akan Bentang Sokongan 113 Ahli Parlimen Dalam Masa Terdekat



(Astro Awani) – Khabar angin bertiup kencang mengatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.
Sumber dalaman PKR memberitahu Astro AWANI bahawa beliau sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).
Dengan jumlah tersebut, ia sekali gus memberi peluang kepada Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut sumber itu lagi, Anwar sedang dalam perancangan untuk memohon perkenan menghadap Agong di Istana Negara dalam masa terdekat.
“Bagaimanapun ia tertakluk kepada jadual Tuanku Baginda,” menurut sumber itu lagi.
Dalam satu sidang media khas pada 23 September lepas, Anwar dilaporkan sebagai berkata beliau sudah mempunyai jumlah sokongan yang disifatkan “kukuh dan meyakinkan” untuk menjadi Perdana Menteri baharu.
Beliau kemudian diperkenan mengadap Agong pada 13 Oktober, dan telah mempersembahkan dokumen yang didakwa mengandungi butiran sokongan majoriti Ahli Parlimen yang diperlukan.
Bagaimanapun Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan susulan berkata, Anwar tidak mempersembahkan senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau.
“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.
Dalam pada itu seorang pegawai menteri memberitahu Astro AWANI bahawa usaha terbaharu Anwar itu bukan sekadar khabar angin.
“Dengarnya usul itu akan cuba digerakkan sebelum Dewan Rakyat tamat pada Khamis depan (17 Disember, 2020).
“Berkemungkinan Anwar akan umum perkara ini esok atau lusa. Tetapi kami dengar ia akan berlaku sewaktu 3rd reading Budget (Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021, hari Selasa. Heard this time with SDs (kali ini dengan SD),” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/12/anwar-akan-bentang-sokongan-113-ahli-parlimen-dalam-masa-terdekat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Kimanis Nafi Beri Sokongan Kepada Anwar

Ahli Parlimen Kimanis Nafi Beri Sokongan Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 275 hits
89 total views 89 views today KOTA KINABALU Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin menyangkal dakwaan bahawa beliau sebahagian daripada wakil rakyat UMNO yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar I...
Sumber Ph Nafi Anwar Peroleh 10 Sd Ahli Parlimen Umno

Sumber Ph Nafi Anwar Peroleh 10 Sd Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 315 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 1 59 pmAnwar IbrahimLaporan yang mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim memperoleh sokongan daripada 10 ahli parlimen Umno kini dinafikan sumber dalaman Pakatan Harapan Memetik individu yang tidak dinamakan...
10 Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar Termasuk Najib Dan Zahid

10 Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar Termasuk Najib Dan Zahid

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 342 hits
mykmu netWalaupun kemelut Perak telah melabuhkan tirainya dengan pelantikan menteri besar dari UMNO namun krisis perebutan kuasa jawatan nombor satu negara belum menampakkan pengakhirannya Terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR yang mewa...
Ahli Parlimen Dengan Sokongan Majoriti Boleh Kemuka Sd Kepada Agong Kata Takiyuddin

Ahli Parlimen Dengan Sokongan Majoriti Boleh Kemuka Sd Kepada Agong Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 426 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata tiada halangan terhadap ahli politik yang mahu menyokong mana mana Ahli Parlimen yang memiliki sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri Beliau berkata mana mana Ahli Parlim...
Ahli Parlimen Paya Besar Nafi Tandatangan Sd Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri

Ahli Parlimen Paya Besar Nafi Tandatangan Sd Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 507 hits
nbsp KUALA LUMPUR Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah menafikan ada menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ahli Parlimen UMNO Paya Besar itu menegaskan beliau sen...
Anwar Dikhabarkan Akan Menghadap Agong Kemuka Bukti 113 Sokongan

Anwar Dikhabarkan Akan Menghadap Agong Kemuka Bukti 113 Sokongan

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 279 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dikhabarkan akan menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sekali lagi untuk mengemukakan bukti bahawa beliau kini mempunyai jumlah sokonga...
Ahli Parlimen Pasir Gudang Tawar Diri Disuntik Vaksin Covid 19

Ahli Parlimen Pasir Gudang Tawar Diri Disuntik Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 271 hits
Terdapat pelbagai pandangan mengenai vaksin anti Covid 19 yang bakal dibeli Malaysia Golongan yang mempertikaikan keberkesanan vaksin yang dianggap belum cukup teruji itu mungkin enggan menerima suntikan wajib pada tahun hadapan Sehubungan ...
Jika Umno Singkir Ku Li Kurangkan Ahli Parlimen Nazri

Jika Umno Singkir Ku Li Kurangkan Ahli Parlimen Nazri

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berpandangan UMNO tidak perlu mengambil sebarang tindakan terhadap Penasihat parti itu Tengku Razaleigh Hamzah susulan gerakannya bersama pembangkang yang dilihat ...
Anwar Hilang Sokongan Sebagai Calon Pm Jika Gagal Tolak Belanjawan

Anwar Hilang Sokongan Sebagai Calon Pm Jika Gagal Tolak Belanjawan

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 302 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 9 18 pmAnwar IbrahimBeberapa penganalisis politik menyifatkan kredibiliti Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim akan tercalar sekiranya pembangkang gagal menolak Belanjawan 2021 Malah menurut Dr Nuurrianti Jal...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi