Anwar Adalah Sebuah Tugu Kepimpinan Berintegriti


ULASAN

"Saya tidak rela berkompromi dengan 
rasuah dan bailout tidak munasabah."SINDIRAN kepada Anwar Ibrahim sebelum ini yang mengalami kegagalan demi kegagalan untuk mendapat sokongan bagi menduduki kerusi nombor satu negara kemudian diejek dan dipersendakan sehingga dirasakan muka ahli Parlimen Port Dickson itu sudah hancur, (malu), hari ini terbela apabila beliau secara berterus terang dan bertanggungjawab menjelaskan apa dakwaanya sebelum ini adalah benar, bukan suatu dongengan. 
Bahawa dakwaannya beliau pernah mendapat sokongan mencukupi bagi dilantik menjadi perdana menteri bukan rekaan atau omong kosong bahkan surat (SD) sudah diperolehi dan sudah pun sampai kepada Yang diPertuan Agong namun ianya ditarik balik di saat-saat akhir kerana keengganannya berkompromi dengan kebobrokan. 
Apa yang diungkapkan hari ini mengejutkan ramai pihak dan mengenalkan semua orang tentang seorang Anwar yang bukan sahaja "tauhid" dalam perjuangan, tetapi berprinsip dan tidak sedia berkompromi dengan kemungkaran.
Ketika berucap merasmi Kongres Nasional Keadilan ke-16, di Shah Alam Anwar mengatakan kalau beliau hendak jadi perdana menteri, sejak tahun 1998 lagi beliau sudah bergelar perdana menteri sekiranya beliau bersedia untuk sekongkol dengan rasuah dan penyelewengan tidak munasabah. 
"Saya boleh jadi perdana menteri awal lagi tahun 1998, kalau saya sedia berkompromi dengan rasuah dan (menyetujui) bailout yang tidak munasabah," jelasnya. 
Pada tahun itu beliau menentang cadangan kerajaan (Dr Mahathir) agar bailout syarikat milik anak Dr Mahathir Mohamad yang mengalami kerugian, akibat daripada ketegasannya itu menyebabkan beliau dipecat daripada Umno dan Menteri Kewangan.
Sementara peluang kedua baginya untuk jadi perdana menteri ialah tahun lepas, apabila sudah mendapat sokongan daripada semua pembangkang (105) dan 15 daripada ahli parlimen Umno yang mana beliau sudah memperolehi 120 suara. 
Pengakuan sokongan itu sudah pun dihantar kepada Yang diPertuan Agong, namun rezekinya tidak ada apabila Umno menarik sokongan pada saat-saat akhir apabila beliau enggan memberi kepastian bagi memenuhi (kontra) daripada dua pemimpin Umno untuk membebaskan kes mahkamah mereka. Dua pemimpin itu ialah Zahid Hamidi dan Najib RAzak.
Menurutnya beliau diminta kepastian oleh kedua orang itu pada saat-saat akhir agar membebaskan kes mereka apabila menjadi PM kelak, tetapi beliau tidak menyetujuinya menyebabkan sokongan daripada Umno itu ditarik. 
"Bayangkan kalau Yang diPertuan Agong dipermainkan apa lagilah rakyat," ujarnya kesal mengimbau kejadian dramatik itu. 
Bagaimana pun katanya beliau tidak menyesal apa-apa yang berlaku dan tidak meminta maaf atas ketegasannya. 
"Sehingga ke saat akhir saya masih menerima mesej untuk menyatakan persetujuan bagi menutup kes melibatkan Najib dan Zahid," katanya. Namun beliau tetap dengan prinsipnya sama sekali tidak sedia berkompromi kandatipun tidak dapat menjadi perdana menteri.
Penjelasan hari ini dihadapan kira-kira 3,000 perwakilan dan permerhati serta ratusan pelayar maya yang mengikut kongres itu secara live, menjelaskan kebenaran dan keutuhan prinsip yang didokongnya selama ini. Dewan senyap sunyi tatkala mendengar penjelasan beliau itu yang mempamerkan sikapnya yang sungguh berintegriti.
Rakyat yang berprinsip dan menghormati integriti akan tetap bersamanya dan tidak akan kecewa, bahkan berterima kasih dan bangga dengan presiden Keadilan itu dengan prinsip dan pendirian tegasnya itu. Bagi rakyat tidak kisah kalau beliau tidak menjadi perdana menteri asalkan utuh dengan prinsip dan sikap itu. Rakyat mementingkan moral dan akhlak tidak tergamak untuk menjunjung mana-mana pemimpin yang naik hasil tindakan bobrok.
Bagi rakyat khasnya memperjuangkan Reformasi, pasti rela dan redha menunggu 1000 tahun lagi untuk Anwar jadi perdana menteri, bagi mereka biarlah lambat asalkan ia diperolehi secara suci, bersih dan prinsip demokrasi luhur bukan menerusi laluan kotor dan jorok. 
Sesungguhnya Anwar telah membangun sebuah tugu kepimpinan berintegiri dan berprinsip di negara ini. [wm.kl. 6:30 pm 16/07/2022]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/07/anwar-adalah-tugu-sebuah-kepimpinan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Mahukan Keadilan Bukan Dilayan Seperti Anwar Ibrahim

Rakyat Mahukan Keadilan Bukan Dilayan Seperti Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 233 hits
PENAFIAN TV Wau tidak bertanggungjawab sebarang komen dan respon balas penonton TV Wau berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk penonton juga memberikan pandangan selepas menonton video ini selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti dan tida...
Invoke Nurul Izzah More Popular Than Anwar Among Voters

Invoke Nurul Izzah More Popular Than Anwar Among Voters

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 347 hits
An analytics firm has gathered data that appears to confirm what many believe to be the answer to a perennial question who will succeed PKR president Anwar Ibrahim According to Invoke Solution a clear candidate is his daughter Nurul Izzah T...
Ado Domba Dalam Umno Serlahkan Integriti Anwar Grm

Ado Domba Dalam Umno Serlahkan Integriti Anwar Grm

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 223 hits
Ado domba dalam Umno serlahkan integriti Anwar GRMPosted By on July 08 2022Kemelut dalaman Umno selepas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan kisah benar dalam usaha menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin te...
Act Swiftly On Kedah Floods Not Like Last December Says Anwar

Act Swiftly On Kedah Floods Not Like Last December Says Anwar

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 273 hits
The floods in Baling Kedah have inundated several villages and left three family members dead PETALING JAYA Opposition leader Anwar Ibrahim has called for quick action by the government to rescue victims of the floods in Baling Kedah The PK...
Usah Ulangi Tragedi Disember Segera Bantu Mangsa Banjir Gesa Anwar

Usah Ulangi Tragedi Disember Segera Bantu Mangsa Banjir Gesa Anwar

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 175 hits
July 5 2022 Banjir besar melanda Baling petang semalam menyebabkan beberapa rumah hanyut termasuk mengorbankan tiga nyawa di Kampung Iboi Kupang PETALING JAYA Ketua pembangkang Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mengambil tindakan pantas bagi ...
Bangang 6 Bulan Harga Barang Naik Baru Tubuh Pasukan Khas Kata Anwar

Bangang 6 Bulan Harga Barang Naik Baru Tubuh Pasukan Khas Kata Anwar

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 312 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan sebagai bangang apabila hanya bertindak menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet bagi menangani harga barang termasuk ayam selepas enam bulan rakyat bergelut dengan kenaikan harga barang Mema...
Would Anwar Step Down If It Encourages Voter Enthusiasm

Would Anwar Step Down If It Encourages Voter Enthusiasm

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 210 hits
All are implicated in abuse of power and corruption Anwar IbrahimBefore I begin people should really check out Zan Azlee s latest piece about the film Mat Kilau His is subversive if you really think about it and I like subversive Back to th...
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery

Usno Chief Switches To Support Grs Ph Alliance

Jurutera Rugi Hampir Suku Juta Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Buasir Otak Tv Buah Apa Boleh Kunci Pagar Be Like

Blog Ini Adalah Luahanku

Teknik Penternakan Ikan Bioflok Di Malaysia

Sydney Masai Mara Ke Kejohanan Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Empat Hari Riuh Rendah Dengan Rania

Kisah Stoking Sekolah

Rmk13 Dewan Rakyat Kecoh Lepas Peristiwa 13 Mei Dibangkit Ketika Bahas

Reward Whistleblowers In Civil Service Says Deputy Speaker

Lake Neuron Inside The World S Largest Underground Thermal Lake Discovered Beneath Albania

Yeoh Li Tian Grandmaster Catur Pertama Malaysia