Anugerah Guru Pendidikan Khas Terbaik Asia 2019 Milik Razhiyah



KOTA BHARU: Tugas mendidik pelajar di sekolah pendidikan khas bukan dianggap cabaran, sebaliknya satu kelebihan kepada dirinya selepas menerima Anugerah Guru Pendidikan Khas Terbaik Asia 2019.
Guru cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji, K A Razhiyah Mohamed Khutty, 60, menerima anugerah berkenaan di Persidangan Special Education Network and Inclusion Association (SENIA) di Hong Kong pada 24 Februari lalu.

Katanya, dia memulakan karier perguruan pada 1985 dan mula menumpukan kepada pendidikan khas pada 1990 apabila melihat cabaran mendidik pelajar istimewa berbeza daripada mengajar pelajar normal.

“Saya menganggap pelajar istimewa ini seperti anak sendiri dan cuba menyampaikan ilmu kepada mereka sebaik mungkin sehingga menjadi insan berguna serta berjaya di sebalik kekurangan diri masing-masing.

“Pada masa sama, mengajar mereka memberi satu kepuasan kepada saya, terutama apabila setiap yang diajar dipraktikkan mereka biarpun ia mengambil masa lama, tidak seperti pelajar normal lain,” katanya ketika di temui di SMK Panji, di sini, hari ini.
Razhiyah berkata, sepanjang menjadi pendidik, banyak anugerah pernah dimenanginya termasuk tersenarai antara 50 guru dunia dalam anugerah Hadiah Guru Global 2018 anjuran Yayasan Varkey, di London, United Kingdom (UK).

Katanya, sejak berkhidmat di SMK Panji pada 2006, dia memperkenalkan program Teratak Spa iaitu projek yang memberi peluang kepada pelajar istimewa mengendalikan rawatan kecantikan seperti rawatan muka, kaki dan urutan tangan.

“Konsep ini ditekankan kepada 26 pelajar istimewa berusia antara 13 hingga 19 tahun termasuk yang menghadapi masalah autisme, sindrom down, masalah pembelajaran dan lembam untuk membina keyakinan diri mereka.

“Mereka juga diajar membuat produk sendiri dihasilkan menggunakan kelapa seperti pelembap bibir dan minyak urut,” katanya yang turut menerbitkan empat buku berkaitan pelajar pendidikan khas.
Sementara itu, Pengetua SMK Panji, Sharifah Nor Arinawati Long Ibrahim, 53, berkata,dia menganggap guru berkenaan dilahirkan untuk memberi sumbangan dan mendidik golongan pelajar pendidikan khas.

“Pada tahun ini, dia (Razhiyah) akan menamatkan perkhidmatannya sebagai pendidik dan ia satu kehilangan besar kepada saya serta pihak sekolah.

“Mengajar anak istimewa memerlukan tahap kesabaran tinggi, namun saya bangga melihat dia memberi ilmu dengan penuh dedikasi sehingga dapat membuatkan anak-anak ini selesa dan seronok berada di sekolah,” katanya.

Katanya, sokongan dan bantuan rakan sangat penting dalam meningkatkan motivasi diri supaya pelajar istimewa ini turut mendapat perhatian sewajarnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/03/anugerah-guru-pendidikan-khas-terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2019

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2019

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 470 hits
Dengan sambutan dan maklumbalas yang cukup memberangsangkan pada tahun lalu McDonald s Malaysia terus memberi pengiktirafan kepada para guru dengan pelaksanaan anugerah tahunan iaitu Anugerah Guru Inspirasi McDonald s Memasuki tahun ketiga ...
Kementerian Pendidikan Komited Kurangkan Bebanan Guru

Kementerian Pendidikan Komited Kurangkan Bebanan Guru

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 335 hits
Kementerian Pendidikan komited kurangkan bebanan guru Dikemas kini 51 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 22 Mar 2019 8 1
14 Grup Nasyid Asia Tenggara Akan Berlaga Di Final Dai Voice Thailand 2019

14 Grup Nasyid Asia Tenggara Akan Berlaga Di Final Dai Voice Thailand 2019

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 503 hits
Setelah menerima video lagu karya grup grup nasyid yang berada di wilayah Asia Tenggara untuk diseleksi pada ajang pencarian bakat nasyid DAI VOICE Thailand 2019 pada hari Selasa 5 Maret 2019 di Kuala Lumpur dewan juri menetapkan 10 grup na...
Tafsiran Logo Dan Tema Hari Guru 2019

Tafsiran Logo Dan Tema Hari Guru 2019

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 2288 hits
Tema Guru Obor Hemah Menyinari Pertiwi Logo Ini Memberi Maksud 1 Buku melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan YB Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan Malaysia memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca serta menzahirkan hasrat untuk me...
16 Tim Terbaik Berlaga Di Pubg Mobile Campus Championship 2018 2019 Akhir Pekan Ini

16 Tim Terbaik Berlaga Di Pubg Mobile Campus Championship 2018 2019 Akhir Pekan Ini

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 503 hits
PUBG Mobile Campus Championship Indonesia 2018 2019 memasuki putaran final di Jakarta Turnamen e sport antaruniversitas pertama dan terbesar di Indonesia ini memperebutkan hadiah Rp 300 juta Putaran final PMCC diikuti 16 tim terbaik yang di...
Keputusan Penuh Pemenang Miss Universe Malaysia 2019 Mahkota Menjadi Milik Gadis Punjabi

Keputusan Penuh Pemenang Miss Universe Malaysia 2019 Mahkota Menjadi Milik Gadis Punjabi

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 967 hits
Pencarian Juara Miss Universe Malaysia 2019 sampai ke kemuncaknya apabila dibuat seperti sebuah rancangan realiti tv dan acara pentas sebenar Miss Universe sendiri apabila Acara dimulakan dengan kesemua 18 peserta menggayakan pakaian mandi ...
La Streetball Campus Championship 2019 Digelar Delapan Tim Terbaik Siap Berlaga

La Streetball Campus Championship 2019 Digelar Delapan Tim Terbaik Siap Berlaga

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 327 hits
Sebanyak delapan tim basket terbaik nasional akan bersaing ketat dalam turnamen basket antar kampus bertajuk LA Streetball Campus Championship 2019 Acara yang akan digelar di GOR C Tra Arena ini berlangsung dari 6 sampai 10 Maret 2019
Piala Fa Kdm Malaysia 2019 Pusingan 16 Terbaik

Piala Fa Kdm Malaysia 2019 Pusingan 16 Terbaik

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 378 hits
PIALA FA KDM MALAYSIA 2019 PUSINGAN 16 TERBAIKSaingan Piala FA KDM Malaysia sudah sampai ke pusingan 16 terbaik kalah mati Di mana terdapat dua perlawanan Home Away bagi setiap pasukan Perlawanan pusingan pertama akan berlangsung pada 23 da...
Semak Dan Pohon Jawatan Kosong Guru Interim Kv Smt 2019

Semak Dan Pohon Jawatan Kosong Guru Interim Kv Smt 2019

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 684 hits
Permohonan jawatan kosong Guru Interim 2019 di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik kini dibuka Berikut dikongsikan maklumat lanjut serta syarat permohonan terkini seperti yang tertera di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia...
Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Perempuan Melawan Lara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Earn 1 000 000 Using Ufanance

The Business Of Pgslot99

The Evolution Of Phones From Early Communication To Smart Technology

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446h

Raja Muda Selangor Titah Mangsa Kebakaran Ditempat Di Lokasi Lebih Selesa

Common For Gas Pipelines To Pass Through Residential Areas Says Ex Engineer