Anugerah Bintang Popular Zul Ariffin Remy Ishak Dan Zizan Razak Tidak Tersenarai


KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pengelola majlis Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-34 mengesahkan undian diperoleh tiga calon artis awal ABP34 dalam kategori solo menerusi pencalonan Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Versatil Popular tidak akan dikira dan tidak disenaraikan pada tangga lima teratas.



Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABP34, Shamshul Azree Samshir berkata ia juga merangkumi undian seorang calon kategori YouTuber Popular, yang mengumumkan menarik diri sebelum ini.
Menurut Shamshul, sebagai acara hiburan berprestij yang mementingkan integriti dan legasi dicipta lebih tiga dekad lalu, ABP mahu terus memberi mandat kepada peminat untuk menentukan artis mana yang layak bergelar Bintang Paling Popular.
Pun begitu, katanya, undian diperoleh tiga artis untuk kategori atas talian iaitu Gandingan Serasi Drama Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular, tetap diambil kira atas faktor pencalonan adalah mengikut watak gandingan yang dibawa calon dalam drama atau filem, selain mahu berlaku adil kepada pasangan atau pelakon yang digandingkan dalam karya dipertandingkan.
“Tiga artis solo itu adalah Zizan Razak yang tersenarai dalam calon awal kategori utama Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Versatil Popular dan kategori online Gandingan Serasi Filem Popular; Zul Ariffin (kategori utama Pelakon TV Lelaki Popular.
“Selain itu, Zul juga mendapat dua pencalonan dalam kategori online Gandingan Serasi Drama Popular) serta Remy Ishak (kategori utama Pelakon TV Lelaki Popular dan kategori online Gandingan Serasi Drama Popular).
“Calon kategori Artis YouTuber Popular yang turut menyatakan hasrat menarik diri daripada pencalonan awal ABPBH 34 ialah Zukie Mohamad,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Baca Juga : Azzam Shah dan Sheryl Shazwani Selamat Bertunang
Selain itu, kata Shamshul, pihaknya menghargai keutuhan, kesetiaan dan sokongan peminat terhadap penggiat seni walaupun industri kreatif tempatan dilihat agak sepi sejak pandemik Covid-19 melanda, 18 bulan lalu.
“Tidak keterlaluan jika dianggap peminat adalah penyelamat kepada kelangsungan dunia hiburan yang perlahan-lahan bangkit semula susulan kelonggaran diberi kerajaan kepada penggiat industri kreatif, baru-baru ini.
“Sehubungan itu, ABP mahu terus menyemarakkan industri kreatif dengan menyantuni sokongan diberi peminat terhadap penggiat seni termasuk artis yang tercalon dalam pusingan awal dan akhir ABP34,” katanya.
Shamshul juga berkata, ABP turut memperakui bakat dan sumbangan anak seni yang menepati syarat ditetapkan Jawatankuasa Penjurian ABP34 untuk dicalonkan dalam kategori utama dan online acara anugerah ini saban tahun.
“Sehubungan itu, ABP berharap usaha menyemarakkan industri kreatif pada era pandemik ini, dan lebih penting memberi peluang pekerjaan kepada petugas belakang tabir sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran edisi ke-34 ABP ini dapat diteruskan atas semangat kekitaan sesuai dengan tema tahun ini #KITABERSAMA.
“Kami juga ambil maklum mengenai sebab-sebab penarikan diri mereka, dan akan mengambil langkah-langkah penambahbaikkan yang sesuai bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang, demi memastikan acara tahunan ini mampu menyumbang dengan lebih efektif dalam memartabatkan lagi industri kreatif tanah air,” katanya.
Pada malam kemuncak ABP34, sebanyak 14 kategori utama dipertandingkan iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular.
Selain itu, kategori lain termasuk Penyampai Radio Popular, Watak Animasi Popular, enam (6) kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular.
Undian untuk kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular mula dibuka hari ini.
Sumber - Utusan Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.papaglamz.com/2021/10/anugerah-bintang-popular-abp34-zul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Mana Yang Buat Drama Bodoh Macam Tu Zul Yahya Kecam Drama Babak Panas Zul Ariffin

Melayu Mana Yang Buat Drama Bodoh Macam Tu Zul Yahya Kecam Drama Babak Panas Zul Ariffin

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 198 hits
March 22 2022Sejak Jumaat lalu hangat diperkatakan mengenai video babak panas yang dimuat naik oleh Zul Ariffin bersama seorang pelakon baru Siti Hariesa mengundang kecaman ramai Perkara itu turut mendapat perhatian bekas pelakon Zul Yahya ...
Che Ta Pesan Usah Buat D0sa Mengata Zul Ariffin Tak Sangka Ini Reaksi Netizan

Che Ta Pesan Usah Buat D0sa Mengata Zul Ariffin Tak Sangka Ini Reaksi Netizan

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 134 hits
BERFIKIRAN matang dan rasional merupakan cara terbaik untuk seseorang pelakon itu memilih watak bagi mengelak berlaku sebarang kontroversi
Anggap Allah Sedang Uji Zul Ariffin Nabil Minta Netizen Buang Sifat Iblis Dalam Diri

Anggap Allah Sedang Uji Zul Ariffin Nabil Minta Netizen Buang Sifat Iblis Dalam Diri

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 157 hits
SEDIH melihat rakan artis dikecam pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menganggap apa yang berlaku terhadap Zul Ariffin berkaitan kontroversi klip video ghairah adalah ujian buat aktor itu
Lama Menghilang Lepas Teruk Kena Kritik Kali Ni Zul Ariffin Mula Muat Naik Sesuatu Buat Ramai Yang Terkedu

Lama Menghilang Lepas Teruk Kena Kritik Kali Ni Zul Ariffin Mula Muat Naik Sesuatu Buat Ramai Yang Terkedu

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 333 hits
SEJAK kontroversi adegan panas lakonannya bersama Siti Hariesa tercetus Zul Ariffin mengambil keputusan untuk menyepi seketika dalam Instagramnya Mungkin kerana terlalu banyak kritikan yang mnkm dada dan menjauhkan diri seketika adalah jala...
Nak4l Lah Zul Ariffin Ni Tular Video Zul Tidur Atas Riba Ruhainies Buat Ramai Ger4m

Nak4l Lah Zul Ariffin Ni Tular Video Zul Tidur Atas Riba Ruhainies Buat Ramai Ger4m

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 195 hits
Sebut je nama pasangan sejoli Zul Ariffin dan Ruhainies pasti ramai yang menyangka beliau telah bernikah Terbaru tular satu video behind the scene semasa pergambaran untuk satu produk di laman Tiktok telah menjadi bualan ramai Video Love ru...
Polis Siasat Zul Ariffin Angkara Babak Panas Drama Perempuan Itu

Polis Siasat Zul Ariffin Angkara Babak Panas Drama Perempuan Itu

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 222 hits
Pelakon filem yang cukup terkenal dengan filem seperti J Revolusi dan juga Sangkar Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia akibat perbuatannya yang memuat naik klip panas drama Perempuan Itu di media sosial...
Tak Tolak Zul Ariffin

Tak Tolak Zul Ariffin

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 107 hits
Tak tolak Zul Ariffin Baru empat tahun melayari kerjaya lakonan nama pelakon Nina Smith tiba tiba menarik perhatian ramai gara gara tindakan beraninya menarik diri di saat akhir dari pengambaran drama Bunga Hati terbitan Zeel Production pad...
Hiburan Zul Ariffin Kini Disiasat Bawah Seksyen 233 Akta Kmm Berikutan Adegan Panas Annuar Musa

Hiburan Zul Ariffin Kini Disiasat Bawah Seksyen 233 Akta Kmm Berikutan Adegan Panas Annuar Musa

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 188 hits
Menteri Komunikasi Multimedia Tan Sri Annuar Bin Haji Musa ada memaklumkan bahawa pelakon Zul Ariffin sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM berikutan hantaran YouTube yang telah menyalahi undang undang Perkara tersebut dimaklumkan A...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Sepiring Celebrates 9 Years Of Uniting Malaysians Through Authentic Local Flavours


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Generate Unique Brand Names

Sesekali Belanja Anak Anak Fruit

Pencarian Bakat Penulis Muda

Filem Reeza Gtr

Tip Masak Ketam Telur Masin Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Perubahan Gred Sspa Senarai Jawatan Disatukan Ditukar