Anti Vaksin Jangan Susahkan Orang Rosyam Nor


Terdapat selebriti yang terang-terangan mengakui sudah menerima tawaran berlakon walaupun belum divaksin.
Penggiat seni akhirnya boleh menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan industri kreatif sudah dibenarkan beroperasi melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Satu. Kerja-kerja penggambaran dan rakaman yang tertangguh bolehlah kembali diteruskan.


Anak seni kita bolehlah meneruskan kehidupan dan kembali menjana pendapatan.

Namun begitu, antara syarat utama untuk melakukan penggambaran ialah kesemua pasukan penggambaran, kru dan selebriti yang terlibat hendaklah menerima suntikan vaksin terlebih dahulu.

Maka timbul pula cerita yang tidak sedap didengar apabila terdapat golongan selebriti yang tidak mengambil vaksin namun mengakui sudah menerima tawaran berlakon.

Situasi ini telah menimbulkan perasaan kurang senang para pemain industri yang rata-ratanya gusar sekiranya rumah penerbitan dan selebriti terang-terangan mengakui melanggar SOP (prosedur operasi standard) yang digariskan kerajaan, tidak mustahil lampu hijau yang diberikan ini akan ditarik balik. Ia semestinya akan menjejaskan periuk nasi orang lain.

Sebelum ini, pelakon Fauziah Nawi pernah memuat naik sebuah video di laman sosial menyatakan rasa kecewa dan geramnya kepada individu yang mengakui sudah dipanggil ke set penggambaran walaupun belum divaksin.

View this post on Instagram A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)
View this post on Instagram A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)


Dia turut menegur sikap rumah penerbitan yang bersekongkol untuk melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan.


Turut memberi komen ialah penerbit dan pelakon veteran Datuk Rosyam Nor yang menyelar perangai pelakon yang kembali ke set penggambaran tanpa divaksin terlebih dahulu.

“Seluruh rakyat Malaysia berdepan masalah kehidupan dan ekonomi. Bila ada peluang untuk merancakkan kembali kehidupan dan ekonomi, saya berharap semua orang patuh.

“Kalau tak ambil vaksin atau anti vaksin, saya harap dia tarik diri dan jangan menyusahkan orang lain. Orang lain nak bekerja. Saya tak marah, cuma saya harap jangan menyusahkan orang lain,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di sidang media wajah baharu TV9 dengan tagline 'Janji Happy'.

Rosyam bakal tampil dengan sebuah program terbaharu di TV9 bertajuk ‘Sembang Viral’ yang akan disiarkan setiap hari selama 10 minit. Rancangan yang bakal menemui penonton jam 7.30 malam bermula 13 September akan membincangkan isu-isu yang dikongsikan netizen di media sosial dari perspektif Islam secara santai bersama-sama dengan ahli panel jemputan.


TV9 melakukan perubahan secara berperingkat dengan menjadikan waktu perdana lebih awal iaitu jam 6.00 petang. Mereka turut tampil dengan wajah baharu untuk menjadi destinasi hiburan keluarga dalam kalangan penonton setianya. - Getaran, 10 September 2021

SOURCE: Getaran.my

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/anti-vaksin-jangan-susahkan-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Jangan Susahkan Orang Lain Rosyam Nor Harap Pelakon Tak Vaksin Tarik Diri

Hiburan Jangan Susahkan Orang Lain Rosyam Nor Harap Pelakon Tak Vaksin Tarik Diri

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 262 hits
Baru baru ini kecoh diperkatakan apabila seniwati Fauziah Nawi menegur secara terbuka sikap selebriti yang dikatakan menerima tawaran penggambaran walaupun tidak divaksin ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementIsu hangat ini turut mendapat perhatia...
Hiburan Jangan Buat Provokasi Di Set Shahrulezad Beri Amaran Kepada Pelakon Anti Vaksin

Hiburan Jangan Buat Provokasi Di Set Shahrulezad Beri Amaran Kepada Pelakon Anti Vaksin

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 349 hits
Penerbit syarikat produksi Radius One Sdn Bhd dan pengarah ShahrulEzad Mohameddin memberi amaran kepada pelakon pelakon yang enggan mengambil vaksin membuat provokasi di lokasi pengambarannya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut penerbit ...
Wagub Dki Tak Tahu Booster Vaksin Keluarga Pejabat Kalau Ada Jangan Uang Negara

Wagub Dki Tak Tahu Booster Vaksin Keluarga Pejabat Kalau Ada Jangan Uang Negara

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 248 hits
Politikus Gerindra itu menegaskan pemerintah telah berupaya maksimal memberikan vaksinasi gratis untuk dosis pertama kedua dan ketiga khusus bagi tenaga kesehatan Di luar kelompok tenaga kesehatan sudah sepatutnya mengeluarkan bujet masing ...
Jangan Kecam Mak Ayah Bawa Anak Keluar Main Mungkin Rumah Dia Bertingkat Mya Cadangkan Ambik Vaksin Tambahan Untuk Anak

Jangan Kecam Mak Ayah Bawa Anak Keluar Main Mungkin Rumah Dia Bertingkat Mya Cadangkan Ambik Vaksin Tambahan Untuk Anak

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 465 hits
Pengacara TV Mya Zulkifli berkongsi pandangan tentang kesihatan mental dan fizikal kanak kanak yang banyak terganggu setelah berbulan bulan lamanya terkurung kerana Perintah Kawalan Pergerakan Akhirnya terdapat sedikit kelonggaran dalam SOP...
Hiburan Jangan Salah Guna Kuasa Sebagai Suami Fizo Omar Ulas Isu Talak Dan Pengambilan Vaksin

Hiburan Jangan Salah Guna Kuasa Sebagai Suami Fizo Omar Ulas Isu Talak Dan Pengambilan Vaksin

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 364 hits
Pelakon dan juga personaliti TV Fizo Omar mengakui dirinya terkejut apabila ada sesetengah suami yang menyalahgunakan kuasa talak hanya kerana mereka tidak menyokong pengambilan vaksin ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementIni berikutan tular satu...
Jangan Tindas Penjawat Awam Tolak Vaksin Kata Cuepacs

Jangan Tindas Penjawat Awam Tolak Vaksin Kata Cuepacs

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 507 hits
AGENDA DAILY Presiden Cuepacs Adnan Mat Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia menggesa supaya penjawat awam yang menolak vaksin tidak ditindas sebaliknya mencadangkan satu garis panduan mengenai isu pengambilan v...
Hiburan Ada Yang Dabik Dada Boleh Shooting Tanpa Vaksin Siap Cakap Jangan Jealous

Hiburan Ada Yang Dabik Dada Boleh Shooting Tanpa Vaksin Siap Cakap Jangan Jealous

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 285 hits
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara bagi industri kreatif Berita baik ini sudah tentu memberi kelegaan kepada penggiat seni yang menantikan pe...
Anti Vaksin Penjelasan Hujah Fakta Memanjangkan Provokasi

Anti Vaksin Penjelasan Hujah Fakta Memanjangkan Provokasi

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 340 hits
Oleh Media Mulia PETALING JAYA Laman Public Health Malaysia sebuah platform menyampaikan maklumat mengenai perkembangan dan isu berkaitan kesihatan awam memberikan petua mudah untuk berdepan golongan anti vaksin Dalam hantaran terbaharunya ...
Perlukah Sokong Golongan Anti Vaksin Ketika Nyawa Diancam Bahaya

Perlukah Sokong Golongan Anti Vaksin Ketika Nyawa Diancam Bahaya

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 324 hits
Oleh Dr Siti Suriani Othman Siti Sarah Binti Jantan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia Sebagai umat Islam kita maklum bahawa menjaga nyawa bagi diri keluarga dan masyarakat merupakan kewajipan yang disyariatka...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Namplawan Dan Colek Garam Thai Sedap

Tak Perlu Banyak Bahan Resipi Ayam Rebus Ni Memang Sedap Mudah

Dari Mana Asalnya Air Kelapa

Mark Adam Lelah Chord

45 Ucapan Selamat Lamaran Singkat Tapi Menyentuh