Antara Saya Yang Dituduh Celupar Dengan Tangan Hitam



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Zaman awal Felda: Peneroka kerjakan sendiri kebun mereka
BEKAS Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dalam tampalan Facebook beliau pada 27 Oktober telah menuduh saya “sangat tidak jujur serta seorang bermulut cekupar”.
Dia menaggil saya “Pak Kadir”. Terima kasih. Tetapi sepanjang ingatan saya, selama saya mengenalinya sejak tahun 1977, saya tidak ingat dia menanggil saya “Pak Kadir”.
Akan tetapi ada seorang bekas pegawai kanannya yang menggunakan panggilan itu. Kebetulan pegawai itu terlibat terus dengan penjualan/penggadaian harta Felda bagi melakukan tawaran awam permulaan (IPO) FGV Holdings Berhad (FGV).
Kita tidak dapat menolak kemungkinan Facebook seorang yang berkemampuan seperti Mohd Najib mempunyai pentadbir atau sekumpulan pentadbir (Admin) yang menulis, menampal dan menjawab bagi pihak tauke mereka.
Daripada pengeboman maki-hamun dan carutan yang saya terima dalam Facebook saya, jelaslah bahawa Mohd Najib mempunyai laskar siber (cybertroopers) yang sangat ramai. Tidak mustahil sebahagian daripada mereka mengendalikan akaun palsu (fake accounts).
Tidak kira dalam bahasa apa dan mengenai isu apa asalkan menyentuh Mohd Najib mereka akan serang dengan maki-hamun dan carutan kerana itu tugas mereka. Daripada komen mereka, jelaslah mereka tidak pun baca apa yang ditulis.
Ini pun menyentuh soal maruah. Mohd Najib sebagai bekas pemimpin Umno tentu mengutamakan maruah Melayu. Tetapi daripada komen yang dihantar kepada saya, jelaslah maruah, budi pekerti, akhlak dan intelek tidak bermakna sedikit pun.
Yang nampaknya menjadi matlamat adalah “salam” atau duit. Dalam perbicaraan bekas Pengerusi Felda/FGV, Mohd Isa Abdul Samad, mahkamah diberitahu setiap kali dia mahu wang sogokan dibayar, dia akan mengirim “salam” melalui perantaranya.
Kalau itulah cerminan pemikiran dan tahap budi serta akhlak penyokong dan pelindung Mohd Najib maka saya tidak hairan dengan apa yang sedang berlaku terhadapnya.
Namun saya berterima kasih kepada pengikut Blog dan Facebook saya yang berkongsi (share) tulisan saya dalam apa bentuk sekali pun. Terima kasih.
RM8 bilion Musnah
Bagi menjawab serangan Mohd Najib, izinkan saya mengemukan fakta dan perkara berikut:-
1. Tidak dapat dinafikan bahawa Felda lestari (sustainable) dan mampu menjaga kebajikan peneroka sehinggalah 2011 dengan pendapatan purata RM3.1 billion setahun.
2. Pada masa itu, selain tanah peneroka yang diuruskannya, Felda juga mempunyai ladang sendiri seluas 350,000 hektar (864,868 ekar) yang sebahagian pendapatannya digunakan untuk menokok tambah pendapatan peneroka.
3. Malapetaka mula melanda apabila Mohd Najib menyenaraikan FGV di Bursa Malaysia pada tahun 2012. Mulai tahun berikutnya (2013), FELDA menderita kerugian secara berterusan akibat pengadaian hartanya kepada FGV.
4. Sebuah agensi kerajaan yang sepatutnya menjaga kebajikan 112,635 peneroka serta ahli keluarga mereka menjadi begitu tenat akibat rasuah dan penyelewengan sehingga memerlukan penyelematan melalui suntikan RM6.3 bilion oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
5. Jika betul dakwaan Mohd Najib bahawa IPO dan penyenaraian FGV pada tahun 2012 adalah untuk tujuan tanam semula maka pada pendapat saya kegiatan itu boleh dibiayai dengan mudah menggunakan rizab dalaman FELDA atau dengan mendapatkan pinjaman murah daripada kerajaan.
6. Sebaliknya, kerana ada duit mudah (easy money) yang boleh dibuat dengan menyenaraikan FGV, Mohd Najib dan para penasihat serta perundingnya – termasuk ahli lembaga pengarah Felda dan FGV – telah membinanasakan kelestarian Felda.
7. Amat jelas bahawa propaganda mereka bahawa penyenaraian harta Felda melalui FGV adalah langkah bijak sebenarnya satu pembohongan dan penyelewengan fakta. Felda parah dan GFV terus berdarah. Tahun lalu (2018) FGV rugi RM1.08 bilion.
8. Salah seorang penasihat IPO FGV, Omar Mustapha Ong, atau lebih terkenal dengan panggilan Omar Ong yang menjawab tulisan saya berkata, Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah FGV sewaktu proses penyenaraian dipengerusikan Shahril Ridza Ridzuan (waktu itu beliau Ketua Eksekutif KWSP & kini Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad) dan turut dianggotai oleh Abdul Rahman Ahmad (mantan Presiden  & Ketua Pegawai Eksekutif PNB dan akan menjawat Pengerusi Sime Darby Bhd pada 31 Oktober 2019). 
9. Omar Ong yang memanggil saya “Pak Kadir” berkata, mereka berdua ini masih boleh dihubungi oleh pihak yang berwajib sekiranya ada bukti berlakunya maksiat perogolan dalam penyenaraian FGV pada tahun 2012.
10. Saya menyahut saranan Omar Ong itu dengan bertanya kepada Datuk Shahril Riza, kalau pelaburan FGV bagus, kenapakah KWSP menjual saham FGV dan menanggung kerugian RM203.18 juta?
11. Tidak ada fakta yang lebih jelas untuk menunjukkan kehambaran penyenaraian FGV oleh Mohd Najib dan konco-konconya daripada harga saham FGV. Daripada harga terbitan RM4.55 seunit pada tahun 2012 ia hanya tinggal RM1.06 pada 25 Oktober – jatuh merudum hampir 430 peratus!
12. Dengan fakta-fakta di atas adakah Mohd Najib akan tuduh saya sangat tidak jujur dan celupar kalau saya katakan bahawa dia umpana Sang Kelambai kerana segala yang disentutnya menjadi batu?
13. Perogolan Felda dan FGV menjadi lebih teruk apabila Mohd Najib menyerahkan dua entiti itu kepada Mohd Isa sebagai Pengerusi dan “budak PEMANDU” Emir Mavani Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FGV.

14. Mohd Najib meluluskan dalam masa sehari permohonan Mohd Isa untuk menubuhkan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC). Syarikat inilah yang membuat pelbagai pelaburan yang tidak kena mengena dengan kepentingan peneroka.
15. Dan syarikat ini jugalah yang membawa bala besar kepada Felda dengan kerugian berbilion ringgit.


Antara kerugian yang dicatatkan oleh Felda, Felda Investment Corporation (FIC) dan FGV adalah:-

i. Kerugian urus niaga projek KLVC Jalan Semarak dianggarkan RM2 bilion (MR2,000,000,000);
ii. Peruntukan susut nilai (impairment) ke atas saham FGV RM2.2 bilion (RM2,200,000,000);
iii. Peruntukan susut nilai saham Eagle High Plantations (EHP) RM2 bilion (RM2,000,000,000);
iv. Peruntukan susut nilai Asian Plantations Ltd RM596 juta (RM596,000,000);
v. Kerugian projek-projek perumahan Felda (PWF/PGBF) RM430 juta (RM430,000,000);vi. Terlebih bayar untuk saham Encorp Bhd RM223 juta (RM223,000,000);
vii. Kerugian akibat Felda Wellness Corp Sdn Bhd RM186 juta (RM186,000,000);
viii. Projek LiDAR yang terbengkalai RM148 juta (RM148,000,000);
ix. Terlebih nilaian Dataran Aras Sdn Bhd yang dibeli oleh Felda RM146 juta (RM146,000,000);
x. Terlebih nilaian Kensington Hotel di London RM171 juta (RM171,000,000);
xi. Terlebih nilaian Merdeka Palace Hotel di Kuching RM80 juta (RM80,000,000). (Mohd Isa sedang dibicarakan kerana kes ini);
xii. Terlebih nilaian Felda House and Grand Felda House di UK RM71 juta (RM71,000,000);
xiii. Kerugian pelaburan dalam IRIS Corporation Bhd RM92 juta (RM92,000,000);
xiv. Terlebih nilaian pembelian sebuah hotel di Port Dickson RM40 juta (RM40,000,000); dan
xv.Kerugian pelaburan dalam saham Barakah Offshore Petroleum Bhd RM27 juta (RM27,000,000).
Jumlah semua (jumlah besar): RM8 bilion (RM8,410,000,000). 

Tetapu ada satu sumber lain pula berkata kerugian yang diderati oleh Felda mungkin mencecah RM10.5 bilion dan sumber ini amat rapat dengan Mohd Najib.
Boleh jadi sesetengah orang yang terlibat kini berasa bersalah atau takut disabitkan dalam penyiasatan serta perbicaraan kes-kes berkaiatan Felda maka mereka mula bercakap di belakang tabir.
Saya sekali lagi menggesa pengurusan baru Felda dan pihak berkuasa lain, khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), agar meneliti dengan lebih dalam skandal di atas dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas semua pihak yang terlibat.
Menyentuh sedikit lagi mengenai pembelian 37 peratus saham EHP dengan syarat “put option”, Mohd Najib menghalalkannya dengan alasan ia mempunyai ladang yang luas - 340,000 ekar.Dia sengaja tidak menyebut bahawa EHP menanggung hutang yang besar. Apabila Felda beli EHP, ia bukan saja beli aset EHP tetapi ia turut memikul hutang EHP.
Kita akan sambung perbincangan mengenai konspirasi pembelian EHP ini pada kesempatan lain kerana kita sudah pun membincangkannya dalam tampalan lepas.
Kesimpulannya, siapakah yang membawa kemudaratan kepada Felda dan peneroka – saya yang Mohd Najib kata “sangat tidak jujur serta seorang bermulut cekupar” – atau dia sendiri?
Wallahuaklam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/10/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Padah Guna Inai Hitam Dipercayai Mungkin Ada Bahan Bertoksik Kanak Kanak Tersiksa Kulit Tangan Menggelembung Teruk

Padah Guna Inai Hitam Dipercayai Mungkin Ada Bahan Bertoksik Kanak Kanak Tersiksa Kulit Tangan Menggelembung Teruk

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 1169 hits
Pemakaian inai sebagai perhiasan diri dalam masyarakat kita pada hari ini sudah tidak asing lagi Secara lazimnya pemakaian inai dapat dilihat dipakai ketika majlis majlis perkahwinan Bukan di majlis perkahwinan sahaja inai ini juga sudah me...
Mayat Mekanik Ditemui Tangan Kaki Terikat

Mayat Mekanik Ditemui Tangan Kaki Terikat

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 331 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Operasi Dadah Bertukar Hasil 2 Bom Tangan 689 Peluru Dijumpai

Operasi Dadah Bertukar Hasil 2 Bom Tangan 689 Peluru Dijumpai

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 299 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Trauma Kepala Anak Naik Kutu Buat Ibu Tak Tidur Malam Siaplah Sikat Di Tangan

Trauma Kepala Anak Naik Kutu Buat Ibu Tak Tidur Malam Siaplah Sikat Di Tangan

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 547 hits
Perhatikan anak anda Jika dia menggaru kepalanya dengan kerap dan bersungguh sungguh eloklah anda periksa Kalau setakat gatal kerana peluh dia tidak akan menggaru dengan kuat Mungkin di celahan rambutnya ada kutu memang menyakitkan hati ent...
Ada Tangan Ghaib Sokong Graduan Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah

Ada Tangan Ghaib Sokong Graduan Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 260 hits
BANGI 24 Safar 1441H Rabu Tindakan graduan kejuruteraan Wong Yan Ke yang membawa plakad bantahan ke pentas ketika istiadat konvokesyen Universiti Malaya minggu lalu dipercayai didalangi pihak pihak tertentu dakwa Ahli Dewan Negara Prof Emer...
Kamera Disangkakan Senjata Kanak Kanak Angkat Tangan Serah Diri

Kamera Disangkakan Senjata Kanak Kanak Angkat Tangan Serah Diri

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 501 hits
Menjalani rutin harian di negara bergolak sememangnya berdepan dengan pelbagai ancaman musuh sehingga hidup dalam ketakutan sekiranya bertemu pihak yang tidak dikenali Pada tahun 2015 gambar dua kanak kanak perempuan yang menyangka kamera a...
Jam Tangan Wear Os Fossil Gen 5 Boleh Menjawab Panggilan Telefon Pada Iphone

Jam Tangan Wear Os Fossil Gen 5 Boleh Menjawab Panggilan Telefon Pada Iphone

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 314 hits
Wear OS sepatutnya adalah pesaing kepada watchOS dalam dunia jam tangan pintar Amat mengecewakan apabila Google tidak bersungguh sungguh dalam pembangunan Wear OS ini Pengeluar harus membangunkan sendiri ciri fungsi yang sepatutnya Google b...
Jalinan Kerjasama Kpj Healthcare Ampang Puteri Dan Antabax Untuk Tingkatkan Kesedarana Tentang Kebersihan Tangan

Jalinan Kerjasama Kpj Healthcare Ampang Puteri Dan Antabax Untuk Tingkatkan Kesedarana Tentang Kebersihan Tangan

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 525 hits
Jalinan Kerjasama KPJ Healthcare Ampang Puteri Dan Antabax Untuk Tingkatkan Kesedarana Tentang Kebersihan Tangan Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia pencegahan dan kawalan terhadap jangkitan perlu untuk kekal sihat Di seluruh dunia seramai 3...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash