Antara Ma63 Korupsi Dan Isteri 16 Tahun


 

Saya merasa amat gembira dengan perubahan yang dibuat ke atas MA63 dan telah diluluskan oleh Parlimen minggu lepas. Satu titik bersejarah buat negara.
Dengan perkembangan ini saya berharap tidak timbul lagi ancaman dari parti politik Sarawak untuk keluar dari Malaysia.
Sebenarnya saya merasakan ramai pembaca yang merasa tidak senang dengan ancaman yang dibuat selama ini. Mereka juga, saya kira, semakin bosan dengan ancaman tersebut yang telah lama diperkatakan oleh kalangan ahli politik dari Sarawak ini.
Kita semua faham, isu ini dimainkan atas alasan politik berlatarkan rundingan antara negeri dan kerajaan persekutuan. Tetapi ada waktunya isu ini telah dimainkan secara berlebihan, dangkal, dan keterlaluan sehingga menjadi gangguan kepada perpaduan dan keselamatan nasional.
Tambah lagi sewaktu PRN seperti sekarang di Sarawak, desakan “kemerdekaan” semakin nyaring dan mengelirukan.
Ramai yang tidak tahu bahawa kalangan ahli politik cuma menggunakan isu ini untuk memancing undi, sekaligus bertindak menakut-nakutkan pengundi. Mereka sebenarnya tidak bermaksud apa yang mereka utarakan sewaktu berkempen.
Isu korupsi
Tetapi apa yang lebih besar dan paling mengecewakan ialah apabila ahli politik negeri itu sendiri tidak bertindak benar dan mengatakan apa sebenarnya yang mereka mahu.
Mereka menutup isu sebenar dan mengungkit perkara yang mengelirukan pengundi. Dengan cara ini, rakyat terus mengundi parti kerajaan yang sedia ada.
Saya percaya majoriti rakyat Sarawak (dan Sabah) tidak mahu keluar dari Persekutuan Malaysia.
Tetapi isu ini dimainkan untuk menutup isu yang lebih besar dan penting, iaitu kes-kes korupsi, yang mana mungkin melibatkan politikus tertentu, mahupun rakan atau ahli keluarga mereka.
Golongan ahli politik ini tidak mahu korupsi dijadikan topik perbincangan dalam mengupas politik Sarawak.
Parti-parti yang memerintah Sarawak telah lama bersekongkol dan berpihak kepada parti yang memegang tampuk kekuasaan di Putrajaya.
Hubungan akrab mereka turut dikaitkan kepada isu-isu korupsi, salah guna kuasa, politik wang, dan pengubahan wang haram yang membelenggui negara mahupun di Sarawak sendiri.
Tetapi isu-isu sebegini disorok daripada perhatian rakyat, malah ditutup dengan hal-hal yang sengaja dimainkan dan boleh digunakan oleh memomokkan pengundi semasa pilihan raya.
Contohnya, tindakan PAS bertanding hanya satu kerusi DUN pada pilihan raya negeri Sarawak dipergunakan sebagai untuk ‘menakutkan’ pengundi Sarawak dengan menggunakan kaedah psikologi terbalik (atau ‘reverse psychology’).
Penglibatan PAS yang dilihat parti dengan dasar-dasar melampau dalam PRN Sarawak diperalatkan untuk menimbulkan rasa gusar pengundi agar mereka mengundi parti yang mencanang kesederhanaan, yakni parti pemerintah yang sekian lama berkuasa.
Isu agama
Isu agama ini penting buat rakyat Sarawak.
Tetapi mereka tidak mendapat kepastian. Ketidakpuasan orang-orang Sarawak (dan Sabah) tentang isu-isu agama ini mencerminkan ketakutan mereka terhadap apa yang diperjuangkan oleh PAS di Semenanjung.
PAS sudah lama ditolak ramai rakyat Sarawak dan Sabah kerana dilihat agak ekstrim dalam banyak hal. Dari dulu, ramai ahli-ahli politik Sarawak tidak sebulu dengan ketua-ketua PAS dari Semenanjung.
Tetapi sekarang berlainan. Gabungan Parti Sarawak yang menerajui negeri itu dan PAS adalah rakan dalam kerajaan persekutuan. Mereka berbaik-baik atas kepentingan bersama, kononnya.
Oleh kerana PAS sekarang telah menjadi sebahagian dari kerajaan pusat, jadi kritikan kerajaan negeri terhadap tindak tanduk parti itu disenyapkan. Ini tindakan paling tidak adil dilakukan ramai ahli-ahli politik Sarawak ke atas pengundi negeri itu.
Malah, ini boleh disifatkan sebagai penggadaian politik. Demi mengekalkan kekuasaan di Sarawak, ahli politik negeri itu sanggup berdiam diri dan mengabaikan tanggungjawab membendung keterlaluan PAS di Semenanjung.
Saya percaya ramai rakyat Sarawak (dan juga Sabah) mahukan wakil rakyat mereka lantang dalam mempersoalkan PAS atas dasar-dasar ekstrimnya. Ini penting kerana ratusan ribu warga Sabah dan Sarawak tinggal di Semenanjung dan terkesan dengan dasar-dasar keterlaluan PAS yang direstui kerajaan persekutuan.
Misalnya, sekiranya Ahli Parlimen kerajaan Sabah dan Sarawak tidak bersetuju dengan tindak-tanduk PAS dalam menangani isu ‘Timah’ dan ‘4 digit’, kenapa mereka semua tidak bersuara?
Kahwin 16 Tahun
Saya juga percaya ramai di Sarawak dan Sabah tidak setuju dengan pengharaman penggunaan kalimah ‘Allah’ di sana, yang dulunya banyak dimainkan oleh penyokong PAS di Semenanjung.
Beberapa hari lalu, timbul lagi isu kanak-kanak perempuan yang dibenarkan kahwin ketika berumur 16 tahun, sesuatu yang direstui menteri-menteri PAS. Ini berlawan norma masyarakat dengan umur matang wanita mengikut Perlembagaan adalah 18 tahun.
Namun, amat mendukacitakan, perkara yang penting sebegini, tidak langsung mendapat perhatian Ahli-ahli Parlimen Sarawak, baik di Dewan Rakyat mahupun di luar. Adakah ini kerana mereka tidak mahu dilihat sebagai berlawanan dengan ahli-ahli PAS? Permainan politik sebegini amat tidak wajar.
Ramai Ahli Parlimen parti pemerintah Sarawak kelihatan seperti ketakutan apabila berdepan dengan PAS, bukan saja dalam isu remaja 16 tahun dibenarkan kahwin, tetapi juga dalam banyak perkara lain yang akhirnya yang memudaratkan rakyat di seluruh negara, termasuk Sarawak.
Paling tidak adil apabila mereka cuma berjuang untuk isu-isu yang berkisar di Sarawak sahaja. Isu-isu negara yang melibatkan kaum dan agama tidak disentuh oleh mereka.
Politik penakut
Apa yang merungsingkan lagi, secara tiba-tiba kalangan ahli politik merajuk dan mahu Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Ini namanya ahli-ahli politik yang penakut. Mereka takut untuk berdepan dengan isu-isu kaum dan agama, serta tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka.
Dimana letaknya sifat-sifat kepimpinan mereka itu, sekiranya mereka tidak berani berdepan dengan isu-isu yang yang melibatkan semua kaum termasuk kaum minoriti di Sarawak dan juga di Sabah?
Kenapa mereka lebih rela membiarkan pihak PAS mencorakkan Bangsa Malaysia walaupun cukup kenal dengan dasar-dasar parti itu yang bertentangan dengan usaha membina masyarakat yang harmoni, saksama, dan tidak menindas?
Selepas MA63 ditangani, ahli politik Sarawak mesti memainkan peranan dalam pembentukan negara dan bangsa. Jangan hanya berlagak sebagai ‘jaguh kampung’ sahaja. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/12/antara-ma63-korupsi-dan-isteri-16-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Nora Nafi Telah Berkahwin 2 Tahun Lalu Paksa Suami Ceraikan Isteri

Hiburan Nora Nafi Telah Berkahwin 2 Tahun Lalu Paksa Suami Ceraikan Isteri

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 371 hits
Belum pun seminggu bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli Penyanyi diuji apabila timbul khabar angin mengatakan yang dia sebenarnya sudah pun bernikah dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu 3 hari lalu Secocok Dan Sepadan Nora Ariffin Selam...
Hiburan Oktovia Manrose Bergelar Isteri Setelah Enam Tahun Bergelar Ibu Tunggal

Hiburan Oktovia Manrose Bergelar Isteri Setelah Enam Tahun Bergelar Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 314 hits
Pelakon kini telah sah bergelar isteri buat kali kedua kepada bekas pemain bola sepak Melaka United Mohamad Khairul Esfan pada Selasa lalu 4 bulan laluCari Keredaan Allah SWT Oktovia Manrose Kongsi Sudah Berhijab Sejak AidilfitriAdvertiseme...
6 Tahun Jadi Ibu Tunggal Oktovia Manrose Sah Bergelar Isteri Bekas Pemain Bola Sepak Mu

6 Tahun Jadi Ibu Tunggal Oktovia Manrose Sah Bergelar Isteri Bekas Pemain Bola Sepak Mu

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 532 hits
Hanya dengan sekali lafaz pelakon Oktovia Manrose sah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak Mohamad Khairul Efsan Mdisa Wang hantaran r4hsiaMenerusi laporan Kosmo Oktovia dan Khairul Efsan disatukan sebagai pasangan suami isteri da...
20 Tahun Berlalu Anak Shah Rukh Khan Dan Kajol Kini Antara Personaliti Terkacak Bollywood

20 Tahun Berlalu Anak Shah Rukh Khan Dan Kajol Kini Antara Personaliti Terkacak Bollywood

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 274 hits
Filem Khabi Khushi Khabi Gham merupakan antara filem Bollywood yang malar segar biarpun sudah 20 tahun berlalu Ia kerap dimainkan di kaca televisyen di Malaysia dan setiap kali menonton filem tersebut pasti air mata jatuh bercucuran kerana ...
Enam Tahun Sekatil Baru Sedar Isteri Bekas Ibu Tiri

Enam Tahun Sekatil Baru Sedar Isteri Bekas Ibu Tiri

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 255 hits
Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri RIYADH Seorang lelaki di Arab Saudi terpaksa menceraikan isterinya yang telah dikahwini selama enam tahun selepas mendapat tahu bahawa wanita itu merupakan bekas ibu tirinya lapor portal b...
Hiburan 2 Tahun Tunggu Majlis Konvo Akhirnya Isteri Beto Kusyairy Kini Bergelar Graduan

Hiburan 2 Tahun Tunggu Majlis Konvo Akhirnya Isteri Beto Kusyairy Kini Bergelar Graduan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 337 hits
Pelakon meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian isterinya yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknolohi Mara Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan b...
Video 4 Tahun Berkahwin Suami Isteri Teruja Kali Pertama Mampu Beli Peti Ais

Video 4 Tahun Berkahwin Suami Isteri Teruja Kali Pertama Mampu Beli Peti Ais

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 531 hits
Sebuah perkahwinan itu tidak lengkap jika tidak ada dugaan dan cabaran dalam menempuhi liku2 kehidupan berumah tangga Ada pasangan yang dikurniakan kehidupan yang serba serbi senang tetapi sebenarnya ada ramai pasangan yang menempuhi dugaan...
Jelang Akhir Tahun Uns Solo Kukuhkan Empat Guru Besar

Jelang Akhir Tahun Uns Solo Kukuhkan Empat Guru Besar

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 182 hits
Keempat profesor dari berbagai bidang keilmuan itu akan dikukuhkan dalam Sidang Senat Akademik Terbuka UNS hari ini Rabu di Auditorium G P H Haryo Mataram UNS
Masuk Usia 2 Tahun Ini Jumlah Gigi Si Kecil Anda Yang Perlu Tumbuh

Masuk Usia 2 Tahun Ini Jumlah Gigi Si Kecil Anda Yang Perlu Tumbuh

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 309 hits
Perkembangan gigi anak adalah proses transformasi berterusan sehingga mereka memasuki alam dewasa Untuk lebih lanjut berikut adalah pecahan pertumbuhan gigi anak anda Jenis gigi anak Terdapat empat jenis gigi utama Setiap satunya adalah uni...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi