Antara Kekuatan Psikologi Dan Kekangan Fisiologi The Pocket Rocketman


 

KUALA LUMPUR: Kekuatan dari sudut psikologi membolehkan jaguh berbasikal trek negara dan juara dunia 2017 Mohd Azizulhasni Awang mengatasi kekangan dari aspek fisiologi atau sifat fizikal untuk membuktikan kemampuan diri sebagai atlet elit di persada dunia.
Sikap tidak mudah berputus asa bukan lagi rahsia kejayaan Mohd Azizulhasni, 33, yang terkenal dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’, malah kecekalan dan keazaman tinggi pelumba itu dalam menjalani rutin latihan lebih sedekad lalu telah membantunya mengekalkan prestasi optimum di sebalik usia semakin meningkat.
Bahkan, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil itu sentiasa memastikan dirinya dilengkapi pengetahuan sains sukan terkini dalam usaha menangani setiap cabaran dihadapi bagi mencapai prestasi terbaik dalam setiap perlumbaan.
Perkara itu diakui, Team Lead Sukan Berbasikal Olimpik, Mohd Izham Mohamad, yang merupakan antara individu bertanggungjawab memantau perkembangan prestasi Mohd Azizulhasni, menyifatkan keistimewaan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu terletak pada tahap psikologinya.
“Saya pernah menguji dan menganalisis atlet berbasikal Malaysia selain Azizulhasni secara fisiologi, namun apa yang membuatkan beliau istimewa adalah psikologinya. Beliau seorang atlet dengan pakej lengkap sebagai atlet elit terutama dalam aspek psikologi,” katanya kepada Bernama, hari ini.
“Mohd Azizulhasni sentiasa komited dan berdisiplin di dalam dan luar latihan…sentiasa berusaha memperbaiki prestasi dengan mempelajari ilmu pengetahuan kejurulatihan, latihan dan sains sukan terkini. Kami juga sering berdebat berdasarkan fakta semasa berkaitan sains, teknologi, pemakanan, sukan dan lain-lain.

“Beliau boleh memberi maklum balas tepat dan cepat bagi setiap latihan serta ujian dijalankan. Beliau merupakan “thinking athlete” yang memudahkan lagi kerja kami selaku pasukan sokongan. Itu yang membuatkan beliau istimewa,” jelasnya.
Menjelang temasya Sukan Olimpik Tokyo pada Julai depan, Mohd Azizulhasni yang menjadi sandaran merangkul emas Olimpik sulung negara, kini berada di kedudukan pertama acara pecut individu dan kedua keirin berdasarkan ranking terkini dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), baru-baru ini.
Bakal tampil buat kali keempat di temasya Sukan Olimpik selepas Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016, Mohd Izham berkata kejayaan membanggakan diraih pelumba itu adalah kombinasi kemahuan diri, latihan bersistematik dan sokongan daripada aplikasi sukan dan teknologi tanpa melanggar ‘hukum sains’.
Beliau yang juga Ketua Pusat Pemakanan Sukan di Institut Sukan Negara (ISN) berkata meskipun Mohd Azizulhasni mempunyai saiz tubuh badan yang kecil, namun kelebihan beliau dari aspek teknikal, taktikal dan psikologi banyak mempengaruhi pembangunan prestasinya.
“Keunikan sukan berbasikal ini semuanya boleh dinilai dan dianalisis dari segi masa, kelajuan, kekuatan, tekanan dan sebagainya. Apabila elemen-elemen itu disatukan, kita boleh menjangkakan prestasi atlet melalui kaedah ‘modelling’ (pemodelan) dan ia banyak membantu dalam mencorakkan latihan,” katanya.
Selain pernah meraih gangsa di Sukan Olimpik dan menjadi juara dunia acara keirin, antara pencapaian membanggakan Mohd Azizulhasni adalah dua pingat emas diraih masing-masing dalam acara keirin dan pecut pada temasya Sukan Asia edisi 2010 dan 2018 serta deretan kejayaan di pentas Kejohanan Asia.

Sementara itu, peranan ISN dalam peningkatan prestasi ikon sukan negara itu tidak dapat dinafikan selepas kepakaran dalam bidang sains sukan berjaya membantu Mohd Azizulhasni menyinar di pentas antarabangsa meskipun sebelum ini kemampuannya dipersoal kerana saiz tubuh badan yang kecil.
Mohd Izham mengakui antara faktor utama boleh mempengaruhi prestasi atlet dalam acara pecut adalah saiz tubuh badan merangkumi aspek fisiologi iaitu komposisi otot yang tinggi diperlukan bagi menghasilkan daya kayuhan tinggi.
Namun, menurut beliau terdapat beberapa faktor lain memainkan peranan penting dalam sukan berbasikal trek seperti aspek teknikal, taktikal, fisiologi serta psikologi yang menyaksikan elemen tersebut dimanfaatkan sepenuhnya Mohd Azizulhasni bersama pasukannya.
“Kami merancang pelan prestasi dengan menekankan aspek teknikal iaitu aerodinamik, posisi kayuhan, peralatan basikal, pemilihan gear dan dari aspek taktikal, kami melihat kepada strategi perlumbaan dan membaca taktik pihak lawan.
“Dari sudut fisiologi pula adalah komposisi tubuh, nisbah kuasa berat atau ‘power to weight ratio’, latihan di trek dan gimnasium, pemulihan serta pemakanan selain dari aspek psikologi. Setiap elemen ini memainkan peranan penting dan menyumbang kepada prestasi beliau secara keseluruhan,” jelasnya.
Selepas 14 tahun sejak memperkenalkan diri di pentas antarabangsa pada 2007, Mohd Azizulhasni terus konsisten berada dalam kelompok pelumba berbasikal trek terbaik dunia dengan meraih pingat gangsa acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Dunia 2020.
Beliau yang kini sedang membuat persediaan rapi di Melbourne dalam misi membawa pulang pingat emas Olimpik pertama negara, turut mengakhiri musim 2020 penuh bergaya setelah meraih pingat emas acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2020 di Brisbane, Disember lepas.
— BERNAMA

The post Antara kekuatan psikologi dan kekangan fisiologi ‘The Pocket Rocketman’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/19/antara-kekuatan-psikologi-dan-kekangan-fisiologi-the-pocket-rocketman/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=antara-kekuatan-psikologi-dan-kekangan-fisiologi-

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Proposals On How To Combine The Perfect Carpet With Sofa

10 Proposals On How To Combine The Perfect Carpet With Sofa

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 332 hits
Find in our selection the winning combination of sofa and carpet for your living room What is your style 1 A DESIGNER SOFA AND A VERY DISCREET RUG When you have a design sofa like this The post appeared first on
Drama The Maid

Drama The Maid

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 242 hits
Saksikan drama The Maid membawakan kisah suami berpoligami empat isteri dan diberikan pembantu rumah setiap seorang Drama genre komedi thriller diarahkan oleh Helmi Yusof Akan mula ditayangkan pada 6 Januari 2021 setiap hari Rabu jam 9 00 m...
Pkr Mp Has Good Wishes For The People Barbs For Pn Govt

Pkr Mp Has Good Wishes For The People Barbs For Pn Govt

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 225 hits
PKR s Hang Tuah Jaya MP Shamsul Iskandar Mohd Akin issued a Chinese New Year message with a difference while hoping for wealth prosperity and well being for the people he has taken the PN government to task for its inability to make decisio...
The Golden Ox Comes In With Little Fanfare

The Golden Ox Comes In With Little Fanfare

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 217 hits
The Kwan Imm Temple in Klang where Rela officers were on hand to ensure the SOPs were followed KUALA LUMPUR With the movement control order in place the Year of the Golden Ox was welcomed with muted celebrations by the Chinese community tod...
Homes From The King For Flood Victims

Homes From The King For Flood Victims

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 223 hits
The King being briefed about the progress of the houses being built for the flood victims in Kampung Tanjung Pulai today PEKAN Victims of the floods that hit Pahang recently are getting a royal helping hand Concerned with the plight of thos...
Why Is The Minister For Women Silent On The Miri Lockup Rape

Why Is The Minister For Women Silent On The Miri Lockup Rape

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 214 hits
When will Minister for Women Family and Community Development Rina Mohd Harun speak up for women and children When will she speak out for the underage girl who was raped in a Miri police lock up Why are our women ministers meek weak and ine...
The House That Chan Wing Built For The Kings

The House That Chan Wing Built For The Kings

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 370 hits
Chan Wing in 1933 Taken from From Poor Migrant to Millionaire by Chan King Nui KUALA LUMPUR Most of us know of Yap Ah Loy the man who helped found Kuala Lumpur and Loke Yew who helped develop the city in infancy But what about Chan Wing Cha...
The Man Putin Fears The Most

The Man Putin Fears The Most

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 199 hits
Navalny has been described as the man Vladimir Putin fears most by The Wall Street Journal Putin avoids directly referring to Navalny by name Navalny was a Russian Opposition Coordination Council member He is the leader of the Russia of the...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Silat Gayong

Kaki Pelancong Terpaksa Dipotong Semasa Berkayak

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich