Antara Iran As Saya Tetap Kembali Kepada Al Quran Pas





PENDIRIAN Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu Iran dan Asia Barat sekali lagi terbukti susulan reaksi beliau berkenaan peristiwa pembunuhan Jeneral Qassem Soleimani di tangan Amerika di Iraq baru-baru ini.

Ketika ramai masih terperangkap dengan pemikiran sempit yang hanya melihat geopolitik dengan pandangan hitam putih dua kutub sahaja yang kaku, jumud, dan rigid – seperti hanya antara ‘Iran vs Arab Saudi’, atau ‘Amerika vs Rusia’, atau ‘Iran vs Amerika’, ‘Syiah vs Sunni’, atau ‘Turki vs Syria’ semata-mata, Tuan Guru Abdul Hadi Awang jelas menegaskan sudut pandang kepentingan geopolitik Islam merentas negara-bangsa tertentu sahaja – bahkan bersifat fleksibel menurut keutamaan semasa.

Apakah pendirian geopolitik Tuan Guru Abdul Hadi Awang?  Jawapannya jelas dalam kenyataan berikut pada tahun 2017 lagi: beliau mendukung “Gabungan Turki, Iran dan Rusia, serta Qatar yang sudah beralih kecenderungan bersama beberapa negara Arab yang lain tanpa mempedulikan kebanyakan negara teluk”. 

Jelas, beliau bukannya menyokong Iran semata-mata, bukannya menyokong Rusia semata-mata, bukannya menyokong Turki semata-mata, dan bukannya menyokong Qatar semata-mata. Sebaliknya beliau mendukung gabungan kesemua negara ini dalam menatijahkan kepentingan kepada perjuangan politik Islam. Ada ‘hedging’nya.

Pendirian beliau ini cukup tegas, bahkan disertakan dengan penegasan berikut: “Saya tetap kembali kepada al-Quran walaupun raja yang menjadi khadam dua Tanah Haram (Arab Saudi) mengadakan hubungan intim dengan Israel bersama Amerika Syarikat kerana saya tidak beriman kepada Batu Kaabah tetapi beriman kepada Allah”.

Pendirian Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini bersifat mengutamakan kelompok negara yang lebih utama dalam memberikan hasil positif kepada kepentingan politik Islam, tanpa meletakkan kebergantungan kepada satu kuasa semata-mata. 

Dalam masa yang sama, beliau tidak hanya meletakkan sandaran kepada negara-negara Islam semata-mata, sebaliknya turut mendukung kerjasama dengan negara kuasa besar yang mampu mengimbangi kuasa besar yang lebih memudaratkan kepentingan politik Islam.  Jelas, Rusia ialah kuasa besar yang memberi lebih banyak manfaat kepada perjuangan politik Islam. 

Ringkasnya, pendirian Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah seperti berikut: antara Amerika dengan Rusia, umat Islam perlu menyokong Rusia.  Antara Iran dengan Amerika, umat Islam perlu memberi sokongan kepada Iran. Hal ini cukup jelas kerana Iran membantu perjuangan Hamas dan Jihad Islam di Palestin, di samping mengimbangi Zionis yang disokong Amerika di Lubnan melalui Hezbollah. Namun begitu, umat Islam tidak hanya 100 peratus diseru menyokong atau bergantung pada Iran, tetapi juga perlu memberi sokongan kepada Turki dan Qatar serta negara-negara Islam lain yang menyokong perjuangan Islam.  Apa yang pasti, sokongan tidak diberi kepada negara-negara Arab yang bacul dan tunduk dengan imperialisme Amerika serta Zionis Israel.

Rusia mampu mengimbangi Amerika yang jelas bersikap imperialis dengan langkah menyokong Zionis sepanjang masa – sama ada dalam isu menobatkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, atau dalam isu mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel, mahu pun melalui sokongan persenjataan berterusan bagi menyembelih umat Islam Palestin.

Hal ini terbukti melalui penjualan sistem pertahanan udara S-400 Rusia kepada Turki – negara Islam yang bukan sahaja kuat menyokong Ikhwan Muslimin dan mula menjarakkan hubungan dengan Zionis di bawah Presiden Erdogan, tetapi juga dalam masa yang sama mampu ‘mengimbangi’ peluasan pengaruh Arab Saudi yang didukung Amerika di Timur Tengah.

Turki bukan sahaja mengimbangi pengaruh Amerika melalui Arab Saudi, tetapi juga melalui memerangi cubaan Amerika mewujudkan tapak negara Kurdish di sebelah sempadan Turki-Utara Syria.

Terbukti, Turki kemudiannya bekerjasama dengan Rusia dan Iran dalam Rundingan Astana untuk menamatkan Perang Saudara Syria – bebas daripada pengaruh Amerika.

Qatar pula, selain daripada bertindak melindungi para Ulamak Ikhwan Muslimin, turut bekerjasama dengan Turki dalam pelbagai aspek yang boleh memberi kelebihan kepada perjuangan politik Islam.  Malah, pada 2017 Qatar dipulau secara besar-besaran pada bulan Ramadan oleh Arab Saudi dan sekutunya seperti UAE, Bahrain, Kuwait, dan lain-lain.

Iran pula seperti mana menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri, “menunjukkan perubahan kerajaannya yang tidak terikat dengan Feqah Syiah yang fanatik dalam pemerintahannya kepada sistem Islam yang demokratik yang mereka sebut Wilayah Al-Faqeh”.  Hal ini jelas membezakan Iran di bawah Ayatollah Ruhollah Khomenei dahulu dengan Ayatollah Ali Khamenei hari ini.

Sebaliknya, negara-negara Arab yang berdiam diri dengan kezaliman Zionis dan Amerika – bahkan tidak segan silu bekerjasama untuk menguatkan cengkaman kedua-dua rejim itu di Asia Barat – dikecam oleh Tuan Guru seperti berikut: “kini negara Arab terus berlindung dengan Sunni yang paling Salafinya, tetapi berwajahkan diktator yang tidak ada kaitan dengan Sunni”.

Justeru seruan beliau: “Marilah kita bersatu menghadapi Israel dan sekutunya terlebih dahulu, kemudian selesaikan isu Sunni dan Syiah secara dalaman dan ukhuwwah dalam satu keluarga Islam dalam perkara rukun dan asas, walaupun berkhilaf cabangnya”.

Terbaru, kenyataan Tuan Guru berikut telah menimbulkan perdebatan berkenaan status Iran dalam perancangan jangka panjang di Asia Barat:

“PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al-Marhum Jeneral Qassem Suleimani yang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh pihak Amerika Syarikat di Baghdad, pagi ini.

PAS melahirkan rasa kesal terhadap insiden ‘keganasan antarabangsa’ yang melampaui batas ini, dan mengecam campur tangan pihak Amerika Syarikat dalam urusan dalaman di Timur Tengah yang boleh meningkatkan ketegangan di rantau tersebut.

Semoga roh Al-Marhum Jeneral Qassem Soleimani ditempatkan di kalangan para syuhada dan hamba-Nya yang soleh.

Kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang merangkap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang bertarikh 7 Jamadil Awwal 1441 (3 Januari 2019) ini telah menimbulkan kembali suara golongan yang hanya menyempitkan sudut pandangan mereka kepada isu perbezaan Syiah-Sunni semata-mata.

Bahkan ada yang berhujah tidak patut Tuan Guru mendoakan supaya Al-Marhum Jeneral Qassem Soleimani ‘ditempatkan di kalangan para syuhada’ kerana menuduh beliau bertanggungjawab ‘membunuh umat Islam Sunni di Iraq dan Syria’.

Tidak kurang juga yang menuduh kononnya Jeneral Qassem Soleimani sebagai arkitek peluasan kuasa ‘Syiah’ untuk menghapuskan umat Islam Sunni di Syria, Iraq, Yaman, dan Lebanon.  Hakikat bahawa tindakan Iran ini menghalang proksi Amerika seperti ISIS tidak disebut.  Hakikat bahawa Iran membantu Hamas dan Jihad Islam di Palestin daripada penyembelihan Zionis Israel – di saat negara-negara Arab lain memilih untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel – tidak disebut sama sekali. Hakikat bahawa Jeneral Qassem menumpaskan lebih 600 tentera imperialis Amerika tidak diambil kira. Hakikat Jeneral Qassem menyumbang dalam Perang Lubnan 2006 menentang Israel tidak diambil peduli.

Pendukung teori yang menuduh bahawa Iran sebenarnya selama ini ‘berlakon’ untuk bermusuh dengan Amerika dan sebaliknya bekerjasama dengan Rusia (dan dengan Amerika di belakang tabir) untuk menumpahkan darah umat Islam Sunni di seluruh Timur Tengah bagi membuka laluan kewujudan Israel Raya jelas mempunyai pelbagai ketempangan. Tidak memahami sosiologi politik warga Iran yang cukup anti-Zionis dan anti-Amerika yang imperialis itu salah satu daripadanya.  Jutaan warga Iran yang turun berarak mengiringi jenazah Jeneral Qassem Soleimani sambil mengangkat bendera merah yang dihalakan kepada Amerika itu satu lagi bukti.

Wajib ditegaskan bahawa Iran bukan semudah itu untuk dijual beli – ketahanan mereka dalam berdepan sekatan ekonomi Amerika jauh sama sekali berbeza dengan negara-negara Arab lain yang lebih rela melihat umat Islam Palestin disembelih dan dirampas tanah mereka daripada mengecam Amerika dan Israel sekeras-kerasnya.  Sokongan mereka kepada Hamas di Palestin bukan lakonan. Hakikat bahawa Jeneral Iran yang dibunuh, bukannya jeneral Arab Saudi, jelas membuktikan bahawa pertembungan Amerika-Israel vs Iran ini bukanlah ‘lakonan’ semata-mata.

Seperti mana Iran, Rusia juga memiliki kepentingan mereka yang tersendiri.  Sokongan Rusia kepada Basyar al-Assad sebagai contoh, menimbulkan pelbagai perdebatan dalam kalangan para pejuang hak asasi manusia dan juga para ulamak Islam.

Namun begitu, jelas seperti mana kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Rusia kemudiannya bertindak menjual persenjataan S-400 kepada Turki, dan bekerjasama dengan Turki pula untuk menstabilkan Syria daripada pengaruh Amerika.

Pokoknya, umat Islam wajib menyedari bahawa dalam percaturan politik, perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah kepentingan umat Islam. Seterusnya, strategi politik yang dilakukan perlu mengambil kira kekuatan semasa di samping tidak jumud dan tertutup dengan menganggap hanya negara ‘Sunni’ sahaja yang boleh dianggap sebagai ‘baik’ manakala negara yang bukan ‘Sunni’ dianggap musuh. 

Semoga Allah mengurniakan kesihatan berterusan kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 7/1/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/01/antara-iran-tetap-kembali-kepada-al.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Catatan Harian Pedagang Pasangan Eur Usd Pada 09 01 2019 Krisis Antara As Iran Berakhir

Catatan Harian Pedagang Pasangan Eur Usd Pada 09 01 2019 Krisis Antara As Iran Berakhir

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 379 hits
Berita utama pada masa kajian semula Pemimpin Iran Khamenei mengatakan bahawa mogok di pangkalan Amerika Syarikat di Iraq adalah dendam yang memadai untuk pembunuhan seorang Panglima Iran oleh mogok AS AS telah mengumumkan sebelumnya bahawa...
Pelan Dagangan Pada Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 9 Januari 2020 Ketegangan Antara As Dan Iran Berkurang

Pelan Dagangan Pada Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 9 Januari 2020 Ketegangan Antara As Dan Iran Berkurang

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 349 hits
Dalam beberapa hari kebelakangan ini motif utama untuk pasaran adalah dijangkakan perang AS Iran selepas mogok AS yang membunuh Ketua Soleimani dan serangan balas Iran terhadap pangkalan AS di Iraq Pada pagi Khamis dilaporkan bahawa Amerika...
Balas Dendam Belum Usai Iran Kembali Gempur Markas Pasukan Amerika Serikat Di Irak

Balas Dendam Belum Usai Iran Kembali Gempur Markas Pasukan Amerika Serikat Di Irak

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 197 hits
Konflik Iran Amerika Serikat belum usai Pangkalan militer Amerika Serikat Al Balad di Irak ditembak roket
Presiden Iran Ingatkan Balasan Berbahaya Jika As Kembali Menyerang

Presiden Iran Ingatkan Balasan Berbahaya Jika As Kembali Menyerang

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 258 hits
Presiden Iran Hassan Rouhani memperingatkan Amerika Serikat bahwa pihaknya akan melakukan balasan berbahaya jika Gedung Putih kembali menyerang
Kita Mesti Kembali Ke Manifesto Kita Dan Kekalkan Peralihan Mei 2020

Kita Mesti Kembali Ke Manifesto Kita Dan Kekalkan Peralihan Mei 2020

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 269 hits
Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia Tahun 2019 merupakan tahun yang mencabar bagi negara kita di pelbagai sudut Walaupun Pakatan Harapan dapat membawa beberapa pencapaian luar biasa termasuk dasar ekonomi ...
Panglima Tni Sebut Gardu Induk Kembangan Kembali Normal Setelah Salat Jumat

Panglima Tni Sebut Gardu Induk Kembangan Kembali Normal Setelah Salat Jumat

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 170 hits
Panglima TNI bersama Kapolri terus memantau sejumlah lokasi terdampak banjir saat tahu baru Selain gardu di Kembangan pemantauan juga dilakukan di Gardu Listrik di Cinere Depok Jawa Barat
Tarif Tol Dalam Kota Kembali Normal

Tarif Tol Dalam Kota Kembali Normal

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 181 hits
Direktur Utama PT Jasa Marga Desi Arryani menyatakan tarif Jalan Tol Dalam Kota telah kembali diberlakukan secara normal hari ini sejak pukul 12 00 WIB usai diberlakukan pembebasan biaya penggunaan Jalan Tol Dalam Kota sejak Rabu
Jakarta Banjir Pesawat Kepresidenan Sempat Kembali Ke Solo

Jakarta Banjir Pesawat Kepresidenan Sempat Kembali Ke Solo

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 189 hits
Akibat ditutupnya Bandara Halim Perdanakusuma lantaran banjir Rabu siang pesawat Kepresidenan yang sudah terbang ke Jakarta harus kembali ke Solo Namun setelah bandara dibuka kembali pesawat Kepresidenan kembali terbang dari Bandara Interna...
2 Tahun Tidak Diganggu Api Misteri Dalam Rumah Muncul Kembali

2 Tahun Tidak Diganggu Api Misteri Dalam Rumah Muncul Kembali

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 334 hits
Pasti ramai masih ingat lagi dengan kemunculan api misteri yang berlaku terhadap sebuah keluarga namun sehingga kini penyebab munculnya api itu masih tidak diketahui lagi Lebih memilukan akibat gangguan tersebut pada September 2017 rumah me...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba