Antara Covid 19 Dan Rebut Kuasa



Antara Covid-19 dan rebut kuasa. SEJAK seminggu lalu, perkembangan politik tanah air nampaknya kembali bergolak, cuma yang tidak berubah adalah kita masih bertarung nyawa memerangi pandemik.
Ketika Covid-19 masih menular, ada segelintir pemimpin masih menikmati keseronokan dalam ‘kapal mewah’ dan bermain dengan kuasa dimiliki.
Namun, majoritinya berada dalam sampan menghadapi gelombang lautan. Ada yang hanya tinggal pengayuh di tangan dan ada juga kehilangan segala-galanya.
Sama ada mampu berenang sampai ke tepian pantai, hanya Tuhan yang mampu mengetahui nasib hidup mereka.
Ketika rakyat bertungkus-lumus mencari nafkah hidup, episod perebutan kuasa pula sedang rancak berlangsung.
Peperangan menentang Covid-19 adalah usaha daripada orang perseorangan, keluarga, syarikat, kerajaan hingga seluruh negara.
Mana-mana pihak yang melakukan kegagalan, selagi itulah kita semua terus terheret dalam peperangan itu tanpa kesudahannya.
Sebagai bukti, Taiwan yang sebelum ini dipuji kerana keberkesanannya membendung Covid-19 dan keadaan United Kingdom yang dikatakan sudah beransur pulih, hari ini kita nampak rakyat kedua-dua negara itu kembali hidup dalam ketakutan.
Tidak banyak negara yang mampu mendabik dada telah mengalahkan Covid-19. Agaknya kita perlu meneruskan hidup bersama Covid-19.
Covid-19 telah berubah menjadi pelbagai varian baharu. Sebaliknya, manusia tidak tahu berubah dan tidak mahu berubah.Manusia terus dikongkong oleh sikap tamak haloba, hasad dengki, sombong, pentingkan diri sendiri dan sebagainya.
Apabila kita mendepani musuh yang sama iaitu Covid-19, malangnya masih ramai mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan majlis keraian.
Mereka melihat kebebasan itu lebih penting daripada nyawa sendiri.
Sekiranya rakyat masih pentingkan diri dan tidak takut mati, sudah tentu kerajaan tidak mampu terus menghulurkan bantuan sepanjang masa.
Begitu juga sebaliknya, sekiranya tidak ada kerajaan yang stabil dan berkesan, dengan pemimpin terus berebut kuasa, pertarungan dengan Covid-19 akan berlarutan.
Banyak kilang tentunya terpaksa ditutup, rakyat bertambah miskin, malah ada yang kehilangan nyawa.
Mengikut laporan, dalam tempoh 16 bulan lalu, hampir 20 hingga 30 peratus premis perniagaan dalam pusat beli-belah ditutup sehingga menyebabkan 300,000 pekerja hilang pekerjaan.
Pada masa sama, ancaman beberapa varian seperti Delta dan Delta+ pula dilaporkan semakin serius.
Sokong Anwar, 25 Ahli Parlimen BN ragu ‘ketelusan’ Zahid bertemu Agong – Nazri

Sekiranya berlaku gelombang baharu, seberapa banyak pelan pemulihan negara atau pakej perangsang ekonomi diberikan kerajaan pun tidak mampu membantu.
Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja telah menitahkan agar sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.
Ramai mendakwa Perdana Menteri mahu melengah-lengahkan masa mengadakan sidang Parlimen.
Sebenarnya terdapat seorang lagi individu penting untuk memberikan pandangan sama ada sidang Parlimen sesuai dibuka atau tidak.
Beliau ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau bukanlah orang politik tetapi boleh memberikan cadangan berdasarkan situasi pandemik dan kesihatan.
Ketika dalam proklamasi darurat, pandangan beliau perlu diberi perhatian serius.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sememangnya menghadapi tekanan amat berat. Beliau akan menghadapi masalah sekiranya gagal menangani dengan baik.
Ketika ini kita mendapati UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merancang menggulingkan kuasa pemerintahan Muhyiddin.
Bagaimanapun, pergolakan politik ini tetap tidak akan ditamatkan biarpun Muhyiddin dijatuhkan kerana tiada sebuah parti atau gabungan politik pun mampu membentuk sebuah kerajaan kuat dan stabil.
Sekarang bukan masa sesuai berebut kuasa disebabkan pandemik masih bahaya dan ekonomi dalam kedudukan meleset.
Dengan membiarkan penularan Covid-19 dan perebutan kuasa antara pemimpin politik tanpa noktah, seluruh rakyat Malaysia pasti akan menjadi mangsa dan terpaksa membayar harga yang mahal.
* Kuik Cheng Kang ialah Ketua Pengarang Sin Chew Daily
Antara Covid-19 dan rebut kuasa Baca Artikel Menarik :
Guan Eng mahu Rais ganti Takiyuddin Kempen bendera hitam sohor kini di media sosial Pemuda lari PKPD langgar kawat duri Hantar pelacur kepada pelanggan, taktik terbaru PKP Mangga miyazaki berharga RM1,000 sebiji Resepi sambal tumis sotong petai Layari Laman Facebook MYKMU
Lokman, Puad , Ku Li & Nazri, Urged Zahid To Step Down

 
The post Antara Covid-19 dan rebut kuasa appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/04/antara-covid-19-dan-rebut-kuasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Australia Antara Negara Paling Berjaya Menangani Pandemik

Covid 19 Australia Antara Negara Paling Berjaya Menangani Pandemik

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 169 hits
ZUBAIDI SUDIN SEJAK AWAL PANDEMIK pd Jan 2020 saya sering mengikuti perkembangan dua negara yg sgt berdisiplin dan Kerajaan mereka allout menangani pandemik COVID 19 Ya Ekonomi rakyat mereka turut terjejas tapi mereka bingkas bangun dan men...
Kelompok Baru Covid 19 Thailand Kuat Kuasa Semula Sekatan Pergerakan Mulai Isnin

Kelompok Baru Covid 19 Thailand Kuat Kuasa Semula Sekatan Pergerakan Mulai Isnin

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 282 hits
Images Orang ramai beratur untuk memeriksa suhu badan mereka sebelum memasuki Pasar Malam Ratchada Railway di Bangkok Thailand yang dibuka semula KONGSI ARTIKEL BANGKOK Thailand akan melaksanakan se
Bekas Pesakit Covid 19 Masih Boleh Dijangkiti Long Covid Ini Antara Gejala Dan Golongan Yang Berisiko

Bekas Pesakit Covid 19 Masih Boleh Dijangkiti Long Covid Ini Antara Gejala Dan Golongan Yang Berisiko

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 226 hits
Long covid boleh dialami bekas pesakit Covid 19 meskipun sudah bebas daripada wabak itu GEJALA selepas dijangkiti Covid 19 atau long covid boleh terjadi kepada bekas pesakit selama berminggu minggu atau berbulan lamanya
Covid19 Antara Ujian Kepada Manusia Dan Ujian Kepada Pemimpin Gila Kuasa

Covid19 Antara Ujian Kepada Manusia Dan Ujian Kepada Pemimpin Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 177 hits
Di ketika ini ujian bagi semua orang ialah wabak Covid19 yang secara tiba tiba melanda negara sejak lebih setahun yang lalu Akibat daripadanya ramai yang mati hilang kerja hilang pendapatan hilang ahli keluarga kerana kematian termasuk hila...
Ibu Hamil Nak Ambil Vaksin Covid Usia Kandungan Mesti Antara 14 Hingga 33 Minggu

Ibu Hamil Nak Ambil Vaksin Covid Usia Kandungan Mesti Antara 14 Hingga 33 Minggu

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 396 hits
Ibu mengandung adalah golongan berisiko tinggi dan penting untuk mereka mendapatkan vaksin COVID 19 Fahami dengan lebih lanjut tentang kesesuaian vaksin vaksin COVID 19 kepada golongan ini seperti yang dikongsikan oleh Garis Panduan Vaksin ...
Wanita 104 Tahun Antara 62 Mati Akibat Covid 19

Wanita 104 Tahun Antara 62 Mati Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 183 hits
Wanita berumur 104 tahun antara 67 individu yang meninggal dunia akibat Covid 19 hari ini Gambar hiasan KUALA LUMPUR Wanita berumur 104 tahun antara 62 individu yang meninggal dunia akibat Covid 19 hari ini Menurut Ketua Pengarah Kesihatan ...
Jururawat Ncid Antara 3 Kes Covid 19 Tanpa Hubung Kait

Jururawat Ncid Antara 3 Kes Covid 19 Tanpa Hubung Kait

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 149 hits
SINGAPURA Singapura melaporkan 13 kes baru COVID 19 dalam masyarakat setakat 12 00 tengah hari pada termasuk tiga kes tanpa hubung kait Antaranya seorang jururawat berusia 34 tahun dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit yang b
Sekolah Siap Gelar Ptm Pemkot Yogya Masih Tunggu Perkembangan Kasus Covid

Sekolah Siap Gelar Ptm Pemkot Yogya Masih Tunggu Perkembangan Kasus Covid

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 219 hits
Oleh karena itu Heroe yang juga Ketua Harian Satuan Tugas Penanganan Covid 19 Yogyakarta itu mengatakan perlu dipetakan pola persebaran kecepatan penularan hingga asal usul penularannya
Polri Bekali Anggota Buku Saku Pedoman Penanganan Covid 19

Polri Bekali Anggota Buku Saku Pedoman Penanganan Covid 19

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 166 hits
Argo mengungkap bahwa buku ini merupakan salah satu bentuk kontribusi dan perjuangan Polri dalam mendukung pemerintah guna mencegah penyebaran Covid 19 yang semakin meluas
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization