Antara 4 Cara Menentukan Niche Blog Dengan Betul
Korang dah ada blog tak kisah sama ada dalam WordPress ataupun dalam versi percuma seperti Blogspot ataupun mana-mana platform lain. Tetapi masih keliru nak mulakan dengan tema atau niche (topik) yang sesuai. Masih buntu san tidak tahu cara untuk menentukan niche blog yang tepat?
Apakah Itu Niche Blog?
Niche blog adalah tema ataupun topik utama yang korang nak ketengahkan dalam blog yang dibangunkan. Blog boleh dibangunkan dalam platform percuma dan juga berbayar.
Kebanyakan topik ataupun konten yang diterbitkan adalah tertumpu dan berkisar tentang niche yang telah dipilih.
Antara Kebaikan Menentukan Niche Blog
Meningkatkan bilangan pengunjung dan pembaca blogPengkhususan topik atau niche membuatkan blog anda nampak lebih profesional
Antara Tips dan Cara Menentukan Niche Blog
1- Pilih Minat Sebagai Niche Blog
Minat antara perkara yang paling penting jika sedang cari cara menentukan niche blog. Sebab apa? Sebab kalau kita buat sesuatu perkara yang kita minat, perasaan teruja dan usaha itu selalunya lebih mendalam.
Sebagai contoh kita minat memasak.
Blog anda boleh di tulis berkisar tentang perkara yang berkaitan resipi masakan.
Bukan setakat memasak sahaja anda juga boleh terbitkan artikel mengenai tips memasak dengan cepat ataupun cara nak bagi masakan lebih sedap dan sebagainya.
2- Kerjaya dan Kelebihan Diri
Anda sedang bekerja atau ada kerjaya sebagai seorang profesional. Sebagai contoh seorang guru. Anda boleh mulakan blog yang berkisar tentang dunia seorang pendidik contohnya.
Banyak topik yang boleh anda kongsikan dengan pembaca tentang kerjaya seorang pendidik dan cabaran-cabarannya.
Selain itu, kelebihan diri juga boleh dijadikan niche blog. Contohnya anda sangat mahir bermain permainan komputer ataupun Playstation dan Xbox. Anda boleh ceritakan ataupun buat review tentang permainan (games) yang pernah anda cuba.
Perkongsian tentang tips dan juga trick bermain mesti menarik minat ramai pembaca yang sedang cari info tersebut.
3- Budaya Hidup
Anda seorang yang sangat suka mengembara ataupun travel ke pelbagai tempat orang. Apa kata anda kongsikan pengalaman mengembara tersebut dengan pembaca di internet.
Pasti sangat ramai yang sedang cari info berkenaaan tempat percutian tersebut sebelum ke situ. Lagi-lagi kalau kongsikan tips contohnya travel dengan keluarga. Memang ramai pembacanya.
Walaupun memang tidak dinafikan niche berkenaan pengalaman travel ini memang sudah ramai yang buat, namun setiap pengalaman pastinya berbeza bukan?
4- Trend Sepanjang Masa
Kalau nak menulis ataupun buat blog dengan niche trend boleh juga kan? Tetapi lagi bagus kalau trend yang kita tulis tu evergreen ataupun ada pembaca sepanjang masa.
Melainkan kalau kita memang ada target untuk cerita trending hanya pada masa tertentu.
Kenapa Penting Menentukan Niche Untuk Blog
Sebenarnya memang ada sahaja yang tulis pelbagai topik dalam blog mereka. Tak ada niche khas atau topik tertentu. Boleh sahaja tak ada masalah sebab ianya pilihan anda sendiri.
Cuma kalau ada pilihan niche yang tertumpu pembaca dapat tentukan dan ingat blog anda berkenaan dengan apa.
Kelebihan blog dari segi pengiklanan juga lebih baik. Jadi untuk ini anda kenalah buat pilihan yang betul dalam memilih niche blog.
Kalau memang ada banyak topik pelbagai niche anda boleh letakkan dalam kategori tertentu di blog. Maka dengan itu lebih mudah pembaca untuk cari info-info berkenaan di blog. Oleh itu semoga tips cara menentukan niche blog di atas dapat bantu anda buat pilihan dengan tepat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://eksplorasilea.com/antara-cara-menentukan-niche-untuk-blog/