Annuar Sependapat Dengan Rakyat Nyawa Lebih Penting Daripada Pru15


 Manzaidi Mohd Amin
Pengundi mengamalkan penjarakan sosial pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Sekolah Agama Negeri Pekan, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa bersetuju dengan pandangan netizen agar tidak berlaku Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tempoh terdekat ini.
Sebaliknya, kata beliau, kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini harus menumpukan kepada usaha mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan selepas berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
Beliau turut menggesa semua parti politik, baik dari Muafakat Nasional (MN), PN mahupun Pakatan Harapan (PH) agar tidak memikirkan soal berpolitik semata-mata.
Katanya, semua parti politik harus bekerjasama dengan kerajaan, Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk bagaimana mencari jalan mengatasi Covid-19 yang sudah mencapai angka tiga bagi kes positif semalam.
“Saya secara peribadinya bersetuju dengan kutipan pandangan dari netizen di media sosial yang lebih 80 peratus tidak bersetuju jika PRU 15 diadakan dalam tempoh terdekat ini.
“Oleh itu, saya menyeru parti-parti jangan pentingkan politik, sebaliknya utamakan nyawa dan keselamatan rakyat.
“Saya sendiri, selepas pulang dari Sabah, belum pulang ke rumah. Saya mengawal diri dengan tinggal di hotel. Ini bagi mengelakkan berlaku jangkitan yang tidak diingini,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.
Pada majlis itu mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Norhisham Ahmad Dahlan menyerahkan tugas kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu, Datuk Mahadi Che Ngah.
Menurut Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, mengakui sepanjang berada di Sabaj mengendalikan jentera pilihan raya, berlaku ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).
Kegagalan mematuhi SOP itu, katanya, menyebabkan ada di kalangan mereka dijangkiti wabak Covid-19 dan membawa pulang virus itu ke Semenanjung.
“Sepanjang PRN Sabah ramai tidak patuh SOP. Mereka pulang ke Semenanjung, kemudian menularkan wabak itu di sini.
“Oleh itu, kita perlu menjaga kawalan diri dan mematuhi SOP seperti membasuh tangan, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal,” katanya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/annuar-sependapat-dengan-rakyat-nyawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Bebek Lebih Menarik Dari Persoalan Rakyat

Ketika Bebek Lebih Menarik Dari Persoalan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 210 hits
Oleh Gde Siriana SEMESTINYA hari Kamis 8 Oktober 2020 Presiden Jokowi menemui mahasiswa yang hendak protes ke istana negara terkait Omnibus Law Cipta Kerja yang telah disahkan DPR Undangan aksi yang telah disosialisasikan beberapa hari sebe...
Pakej Langkah Baru Untuk Menyokong Ekonomi As Lebih Penting Daripada Kesihatan Trump

Pakej Langkah Baru Untuk Menyokong Ekonomi As Lebih Penting Daripada Kesihatan Trump

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 316 hits
Kejatuhan mendadak dalam pasaran saham disebabkan oleh berita mengenai penyakit Presiden AS dan wanita pertama Purata Perindustrian Dow Jones segera bertindak balas terhadap pesanan ini dan turun 400 mata Namun segera menjadi jelas bahawa p...
Rakyat Sabah Bersuara 41 32 Annuar Musa

Rakyat Sabah Bersuara 41 32 Annuar Musa

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 255 hits
Kuala Lumpur Gabungan Rakyat Sabah akan membentuk kerajaan negeri dengan jumlah 41 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk tiga wakil rakyat Bebas yang menang dalam Pilihan Raya Negeri malam tadi Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annu...
Jika Pn Bn Kalah Rakyat Sabah Berjaya Sekat Pru15 Tergempar

Jika Pn Bn Kalah Rakyat Sabah Berjaya Sekat Pru15 Tergempar

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 235 hits
Pilihan Raya Umum ke 15 menurut penganalisis politik berkemungkinan besar akan diadakan secara tergempar pada hujung 2020 sekiranya Perikatan Nasional dan BN berjaya dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Sebaliknya jika kalah maka PN akan menangg...
Pru15 Lebih Awal Jika Grs Menang Di Sabah

Pru15 Lebih Awal Jika Grs Menang Di Sabah

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 524 hits
KOTA BELUD Pilihan Raya Umum ke 15 boleh diadakan lebih awal jika Gabungan Rakyat Sabah menang dalam Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PRN Sabah penting kerana ia penentu masa d...
Rakyat China Belanja Lebih Rm60 Juta Beli Durian Musang King Tak Sampai Sejam

Rakyat China Belanja Lebih Rm60 Juta Beli Durian Musang King Tak Sampai Sejam

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 430 hits
Jika sudah duduk di Malaysia tidak sah sekiranya jika tak merasa durian Sebut saja nak makan durian apa dari durian kampung sehinggalah durian gred paling agung semua ada di sini BACA Shah Rukh Khan Berkopiah Dari Temerloh Mohon Maaf Di ata...
Nyawa Rakyat Digadai Politikus Dr Maza

Nyawa Rakyat Digadai Politikus Dr Maza

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 385 hits
KUALA LUMPUR Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengkritik sikap mementingkan diri ahli politik sehingga menggadaikan nyawa rakyat yang terpaksa berdepan gelombang pandemik Covid 19 Katanya sikap kebanyakan ahli politik hampir sa...
Demi Berebut Pengaruh Nyawa Rakyat Dipertaruh Kata Mufti Perlis

Demi Berebut Pengaruh Nyawa Rakyat Dipertaruh Kata Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 273 hits
734 total views 734 views today KUALA LUMPUR Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyindir tindakan ahli politik yang sanggup mementingkan diri sendiri demi kepentingan kuasa sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat ketika neg...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation