Annuar Saya Bukan Pondan Politik



(Malaysiakini) – Umno boleh membuat apa sahaja keputusan, sama ada untuk menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional, ataupun untuk menyokong DAP mahupun Anwar Ibrahim, asal sahaja keputusan itu dibuat mengikut saluran yang betul.
Pesan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Setiausaha Agung BN, Annuar Musa kepada ahli-ahli Umno, berbincang biarlah bertempat, dan platform Facebook dan kumpulan sembang bukanlah tempat yang sesuai bagi membincangkan keputusan parti.
Membayangkan ada suara-suara daripada parti yang mahukan Umno menarik balik sokongan daripada PN, kata Annuar, kalau itu yang dimahukan, biarlah ia diputuskan oleh parti sendiri, bukan menerusi cakap-cakap yang bukan di saluran sepatutnya.
“Tapi saya nak tanyalah, keluar tu nak pergi ke mana? Keluar nak jadi pembangkang ke? Keluar nak sertai DAP ke? Keluar nak bergabung dengan Anwar Ibrahim ke? Kalau itu jalan nak keluar, ayuh kita bincang dulu.
“Nak bincang di mana? Kita bincang di tempat sesuai, bukan dalam Facebook, bukan dalam grup WhatsApp. Parti boleh buat apa saja keputusan, tapi bincang biar bertempat.
“Sesama ahli Majlis Tertinggi (MT), berapa kali nama saya dibedal oleh sama-sama ahli MT. Sampai hari ini saya pilih untuk tak menjawab. Sebab bukan kelasnya kita duduk dalam Majlis Kerja Tertinggi, (tetapi) bedal sesama sendiri.
“Cara orang lain saya tak tahu, tapi bukan cara saya. Tapi saya bukan pondan. Saya bukan pondan politik,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ketereh 2020 hari ini.
Rentak mana yang betul?
Sebelum ini, Annuar dibidas beberapa rakan di dalam Umno kerana dikatakan sering menyebelahi Bersatu terutamanya dalam isu kerjasama PN yang memang dari awal tidak disenangi oleh sebahagian ahli Umno.
Umno bersekutu dengan Bersatu – parti serpihannya sendiri – pada hujung Februari lalu bagi menjayakan Langkah Sheraton yang menyingkirkan kerajaan PH daripada kerajaan pusat, di bawah payung PN bersama PAS dan parti-parti lain.
Kerjasama dua parti itu awal-awal lagi menempuh jalan sukar apabila sebahagian pemimpin Umno berasa parti mereka dianaktirikan pentadbiran presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, malah tidak kurang juga yang menggesa ahli Umno menarik balik sokongan kepada perdana menteri.
Apatah lagi, Umno hilang banyak kerusi kepada Bersatu apabila ramai ahli parlimennya yang melompat parti selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.
Annuar yang merupakan menteri Wilayah Persekutuan di dalam kabinet Muhyiddin, dituduh seolah-olah menjadi jurucakap Bersatu berbanding Umno, antaranya oleh Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Puad Zarkashi.
Malahan, Puad menempelak Annuar yang dikatakan suka mendahului presiden dalam isu dasar dan taktikal parti.
Bagaimanapun, Annuar mencabar pihak-pihak yang menuduhnya untuk membuktikan dakwaan mereka.
“Sebut satu perkara yang saya mendahului presiden. Sebut dengan saya satu perkara yang saya katakan bukan keputusan parti.
“Cuma bezanya kadangkala, benda diputuskan oleh parti, semua berdiam tak nak bercakap, bila setiausaha agung (BN) sebut, orang kata sayalah yang mendahului presiden.
“[…] Masalah kita, yang kita bincangkan, kadang-kadang tak sampai ke akar umbi. Di atas kita bawa satu rentak, di bawah, kita bawa satu rentak yang lain. Ini yang menjadikan masalah.
“Sekarang saya tak tahu, rentak mana yang betul,” katanya lagi.
Tak terhegeh-hegeh nak jawatan
Annuar turut membidas pihak yang menyindirnya sebagai jurucakap Bersatu, dan memberi amaran tegas agar kesetiaannya di dalam Umno jangan sekali-kali dipertikaikan.
Katanya, dia bukan ahli yang taksub dengan individu, apatah lagi untuk menjadi pemimpin yang terhegeh-hegeh untuk mendapatkan jawatan dan politik atau berebut-rebut kedudukan.
Katanya, sejak menjadi ahli Umno pada 1978 hingga sekarang, pelbagai perkara telah ditempuhinya: kalah dan menang berkali-kali, menjadi menteri dan tidak menjadi menteri, diberikan pangkat, mahupun tanpa sebarang pangkat.
Malah, katanya, mudah-mudahan, dia akan dapat memperjuangkan dan mendukung perjuangan Umno sehinggalah ke penghujung nyawanya.
“Saya ingin mencabar mereka-mereka itu, yang belum kenal perjuangan saya yang telah menjadi ahli (Umno) nombor 00124 daripada 3.4 juta. Saya ahli Umno yang ke-124 yang bersama menghidupkan semula Umno sewaktu Umno diharamkan.
“[…] Malah saya seharusnya bersyukur, Allah telah memberikan lebih daripada yang selayaknya kepada saya.
“Menteri sudah, ketua bahagian sudah, menteri kampung sudah, menteri bandar sudah. Di atas sudah, di bawah sudah. Menang sudah, kalah sudah. Apa lagi yang Annuar Musa mahu?
“Cuma satu perkara. Jangan mencabar kewibawaan saya tentang kesetiaan saya kepada parti. Belum tentu orang lain yang mencabar saya punya rekod yang lebih baik dalam kesetiaan (berbanding) saya,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/01/02/annuar-saya-bukan-pondan-politik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemecatan Annuar Musa Umno Semakin Tidak Sabar Lagi Nak Pru Penganalisis Politik

Pemecatan Annuar Musa Umno Semakin Tidak Sabar Lagi Nak Pru Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional jelas menunjukkan tindakan tegas UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya D...
Annuar Sibuk Politik Mana Pelan Pembangunan Kg Baru

Annuar Sibuk Politik Mana Pelan Pembangunan Kg Baru

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 169 hits
Mana pelan pembangunan Kampong Bharu Annuar jangan sibuk berpolitik Syed Badli Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dinasihatkan jangan terlalu sibuk berpolitik mendedahkan surat Presiden Umno kepada Yang di Pertuan Agong berstat...
Muafakat Nasional Tidak Akan Didaftarkan Sebagai Parti Politik Annuar Musa

Muafakat Nasional Tidak Akan Didaftarkan Sebagai Parti Politik Annuar Musa

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 234 hits
PETALING JAYA Setiausaha Agung Muafakat Nasional Annuar Musa mendedahkan gabungan antara UMNO dan PAS itu tidak akan didaftarkan sebagai parti politik sebaliknya akan kekal menjadi wadah penyatuan umat Annuar berkata kenyataan segelintir pe...
Politik Bani Melayu

Politik Bani Melayu

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 198 hits
JAMZURI ARDANI Kemahuan akar umbi Umno jelas rasanya Mereka tidak mahu bersama PPBM Inilah naratif yang dijaja oleh team Zahid Najib Tetapi mereka juga tidak mahu bersama Anwar dan DAP Inilah pula naratif yang dijaja oleh team Anuar Musa da...
Parti Politik Kerajaan Hilang Arah Sudah Seperti Normalisasi Negara Arab Israel

Parti Politik Kerajaan Hilang Arah Sudah Seperti Normalisasi Negara Arab Israel

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 216 hits
ismaweb netMereka lupa Perlembagaan yang daulatkan Melayu Islam Raja RajaBANGI 21 Jamadilawal 1442H Selasa Kemelut politik yang tidak berkesudahan menjadi bukti jelas parti parti Melayu dan Islam pada hari ini sudah hilang arah Lebih menduk...
Rafizi Sudah Kurus Netizen Pujuk Kembali Dalam Politik

Rafizi Sudah Kurus Netizen Pujuk Kembali Dalam Politik

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 206 hits
ARIF ATANPenampilan awal tahun baharu bekas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang lebih kurus dan ceria menarik perhatian orang ramai Rata rata warganet memuji mantan Ahli Parlimen Pandan yang dilihat mengalami masalah berat badan ketika akti...
Bersatu Hormati Kerjasama Politik Belum Masa Sesuai Untuk Pru

Bersatu Hormati Kerjasama Politik Belum Masa Sesuai Untuk Pru

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 208 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 8 34 amDitekan oleh Umno antaranya dengan tuntutan agar pilihan raya umum diadakan segera Bersatu kemudian menegaskan agar semua pihak yang terlibat dalam Perikatan Nasional menunjukkan sikap sebaliknya ...
Ros Tolak Pendaftaran Pejuang Muda Sebagai Parti Politik

Ros Tolak Pendaftaran Pejuang Muda Sebagai Parti Politik

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 255 hits
1 223 total views 1 223 views today Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air yang dipimpin bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebuah parti politik Peguam Mior Nor Haidir Suhaim...
Politik Tidak Stabil Dasar Kerajaan Pula Ke Laut

Politik Tidak Stabil Dasar Kerajaan Pula Ke Laut

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 185 hits
Hyundai keluar dari Malaysia bukan sebab Covid Dan bukan juga semata mata sebab ketidakstabilan politik Hyundai keluar kerana dasar Dasar Jokowi adalah mengutamakan teknologi hijau termasuk penggunaan kereta elektrik Jokowi sasar penggunaan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp