Muafakat Nasional Tidak Akan Didaftarkan Sebagai Parti Politik Annuar Musa



PETALING JAYA: Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN), Annuar Musa, mendedahkan gabungan antara UMNO dan PAS itu tidak akan didaftarkan sebagai parti politik, sebaliknya akan kekal menjadi wadah ‘penyatuan umat’.
Annuar berkata, kenyataan segelintir pemimpin bahawa MN tidak didaftarkan kerana nama berkenaan sudah digunakan pihak lain adalah tidak tepat, sebaliknya Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, sendiri meminta jawatankuasa perunding gabungan itu supaya MN tidak didaftarkan.
“Kenapa hendak sembunyi? Beritahulah. Ada yang kata MN tidak didaftarkan kerana MN ada parti lain, ada yang kata tidak boleh daftar sebab perlembagaan tidak siap. Saya jelaskan, setakat rekod yang ada pada saya, kita buat keputusan MN tidak akan didaftar sebagai sebuah parti politik.
“Ia akan kekal sebagai salah satu wadah yang mendokong gerakan penyatuan umat, tidak eksklusif kepada UMNO dan PAS. Malah terbuka pada penglibatan parti politik dan Islam, hatta NGO yang menyokong semangat sama iaitu penyatuan umat, tanpa ia didaftarkan,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, beritahu FMT, gabungan UMNO, PAS, dan PPBM itu tidak dapat didaftarkan kerana MN sudah digunakan pihak lain dan sudah berdaftar bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM).
Annuar berkata, dakwaan kegagalan pendaftaran MN berpunca daripada beliau adalah tidak benar, sebaliknya menjelaskan bahawa beliau sendiri sudah merangka perlembagaan dan lambang MN.

“(Namun) setakat ini keputusan jawatankuasa pemandu MN, yang dipengerusikan Tuan Ibrahim dan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, membuat keputusan dan bersetuju bahawa MN tidak perlu didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Ini fakta,” katanya.
Sementara itu, Annuar turut menolak kritikan sesetengah pemimpin UMNO yang menggesa parti itu mengambil tindakan disiplin terhadapnya, selain mendesak kepimpinan tertinggi UMNO membuat ketetapan untuk keluar daripada gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Jangan cabar saya! Keputusan parti sehingga kini masih kekal, iaitu ‘katakan tidak kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dan tidak akan bersama dengan DAP’.
“Jika kita keluar PN, kita hendak pergi ke mana? Adakah mahu bersama DAP, PKR, atau macam mana?”
Beliau menggesa pemimpin UMNO supaya membincangkan hal keluar PN di tempat yang sesuai, bukan di Facebook atau WhatsApp.
“Berapa kali nama saya ‘dibedal’ oleh ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sendiri, tetapi saya tidak melawan. Bukan kelas saya, tetapi saya bukan pondan politik,” katanya.
Annuar mengingatkan mereka akan rekod politiknya, mengatakan beliau pernah menentang Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau boleh sahaja melawan kembali mana-mana pemimpin yang mempertikaikan kredibilitinya, namun tidak berminat jika ia menimbulkan perpecahan.
“Kalau hendak tengok lawan, Annuar Musa ini boleh sahaja berlawan. Kalau rumah tangga sendiri tidak boleh tunjukkan keharmonian, jangan harap orang luar hendak percaya.
“Saya ada prinsip saya dan pada bila tiba masanya, saya akan pertahankan prinsip ini,” katanya.

The post Muafakat Nasional tidak akan didaftarkan sebagai parti politik – Annuar Musa appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/02/muafakat-nasional-tidak-akan-didaftarkan-sebagai-parti-politik-annuar-musa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tan Sri Annuar Musa Telah Di Pecat Sebagai Setiausaha Agung Bn Dan Muafakat Nasional

Tan Sri Annuar Musa Telah Di Pecat Sebagai Setiausaha Agung Bn Dan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 313 hits
KHALA LUMPUR Barisan Nasional memecat Tan Sri Annuar Musa sebagai setiausaha agung gabungan itu Beliau juga digugurkan sebagai wakil UMNO dalam sekretariat MN kata sumber Sumber itu memberitahu Datuk Seri Ahmad Maslan akan menggantikan Annu...
Annuar Umno Tidak Mahu Daftarkan Muafakat Nasional

Annuar Umno Tidak Mahu Daftarkan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 218 hits
Setiausaha Agung BN yang dipecat Annuar Musa mendakwa bahawa PAS telah mengusulkan supaya gabungan Muafakat Nasional yang terdiri daripada parti itu dan Umno didaftarkan tetapi Umno menolaknya Dakwaan itu berbeza dengan apa yang dikatakan o...
Ahmad Maslan Sahkan Ganti Annuar Musa Di Lantik Sebagai Setiausaha Agung Bn Hari Ini

Ahmad Maslan Sahkan Ganti Annuar Musa Di Lantik Sebagai Setiausaha Agung Bn Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa berkuat kuasa serta merta Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO menjelaskan pelantikannya itu b...
Ros Tolak Pendaftaran Pejuang Muda Sebagai Parti Politik

Ros Tolak Pendaftaran Pejuang Muda Sebagai Parti Politik

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 259 hits
1 223 total views 1 223 views today Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air yang dipimpin bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebuah parti politik Peguam Mior Nor Haidir Suhaim...
Keh Dah Kena Tendang Dah Annuar Musa Dipecat Serta Merta Sebagai Setiausaha Agung Bn

Keh Dah Kena Tendang Dah Annuar Musa Dipecat Serta Merta Sebagai Setiausaha Agung Bn

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 222 hits
Annuar Musa dipecat serta merta sebagai Setiausaha Agung BNAstro AwaniJanuari 4 2021 Sumber UMNO memaklumkan keputusan memecat Tan Sri Anuar Musa dibuat Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa Gambar Astro AWANI SHAHIR OMA...
Pemecatan Annuar Musa Umno Semakin Tidak Sabar Lagi Nak Pru Penganalisis Politik

Pemecatan Annuar Musa Umno Semakin Tidak Sabar Lagi Nak Pru Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 294 hits
KUALA LUMPUR Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional jelas menunjukkan tindakan tegas UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya D...
Annuar Musa Rela Dipecat Asal Dapat Pertahan Muafakat Dalam Kerajaan Pn

Annuar Musa Rela Dipecat Asal Dapat Pertahan Muafakat Dalam Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 276 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Annuar Musa sanggup dipecat asalkan dapat mempertahankan muafakat parti Melayu dan Islam dalam kerajaan Perikatan Nasional Beliau juga menegaskan akan tetap mempertahankan keputusan MKT menolak DAP dan Presi...
Ahmad Maslan Dilantik Sebagai Sua Barisan Nasional Dan Muafakat Nasional Yang Baru

Ahmad Maslan Dilantik Sebagai Sua Barisan Nasional Dan Muafakat Nasional Yang Baru

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 317 hits
Kuala Lumpur Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Datuk Ahmad Maslan menggantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional berkuatkuasa serta merta Perlantikan ini adalah bagi menggantika...
Pas Tidak Mahu Mana Mana Pihak Persoal Parti Itu Serius Bersama Muafakat Nasional

Pas Tidak Mahu Mana Mana Pihak Persoal Parti Itu Serius Bersama Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR PAS tidak mahu mana mana pihak mempersoalkan sama ada mereka benar benar serius mahu menjadi sebahagian daripada Muafakat Nasional Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata partinya berpegang teguh kepada Piagam MN y...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi