Annuar Musa Syok Sendiri Ismail Sabri Poster Boy Umpama Umno Bunuh Diri


 
Membaca coretan Annuar Musa berhubung keputusan mesyuarat MT UMNO malam semalam pastinya membuat ramai yang senyum sendirian.
Beliau nampaknya lebih syok sendiri membuat kesimpulan berkenaan keputusan mesyuarat MT itu, khususnya berkaitan kedudukan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri, bakal “poster boy” dalam kempen PRU15 akan datang, isyarat bahawa pemilihan UMNO diadakan lebih dulu sebelum PRU dan Ismail Sabri akan dikekalkan sehingga habis penggal.
Jika dilihat kenyataan media oleh Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, langsung tidak disebut semua perkara itu dan apa yang dinyatakan hanyalah sokongan UMNO sekarang kepada Ismail Sabri saja.
Bagaimana sokongan akan datang atau dua tiga bulan akan datang, boleh jadi ia berubah lagi.
Annuar sebenarnya bukan ahli MT, tidak hadir dan tidak mengetahui secara detail butir perbincangan dalam mesyuarat berkenaan.
Lantaran itu, coretannya yang membuat rumusan dan kesimpulan seolah-olah UMNO akan meletakkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri dan “poster boy” bagi BN, tentu saja amat menggelikan hati.
Zahid Hamidi pun barangkali ketawa saja membacanya.
Terlihat bahawa yang ditulisnya itu lebih merupakan gambaran peribadi keinginan isi hatinya dan kelompok kluster menteri yang berada dalam kerajaan semata-mata.
Sekaligus, ia juga menggambarkan keinginan mereka agar Zahid Hamidi, Najib Razak, kepimpinan UMNO sekarang dan kluster mahkamah mesti dinyahkan lebih dulu daripada hireaki kepimpinan parti sebelum PRU15 diadakan.
Semua itu tidak lebih syok sendiri Annuar kerana kita semua tahu Zahid Hamidi dan Najib tidak mungkin akan membiarkan pemilihan UMNO diadakan terlebih dahulu sebelum tibanya tarikh PRU15.
Zahid Hamidi, Najib dan Mohamad Hasan pastinya mahu PRU15 diadakan lebih dahulu sebelum pemilihan UMNO supaya mereka ada kuasa menentukan calon pilihanraya dan mengenepikan mana-mana pemimpin yang tidak sebulu serta menentang mereka daripada bertanding dalam PRU15.
Dengan kes mahkamah dan tiada jawatan dalam kerajaan, jika Zahid Hamidi dan kepimpinan UMNO yang ada sekarang setuju pemilihan UMNO diadakan lebih dulu sebelum PRU15, ia lebih bererti seperti mereka bertindak bunuh diri dalam karier politik masing-masing.
Tidak itu saja, laluan ke penjara untuk mereka pun akan lebih terbuka selepas itu.
Berubahnya kepimpinan UMNO sebelum PRU15 juga akan menjadikan potensi lebih terbuka untuk parti itu membatalkan keputusan PAU2020 yang menolak untuk kerjasama dengan Bersatu.
Jika Ismail Sabri jadi Presiden UMNO, ditambah dengan Annuar, Shahidan dan lain-lain pemimpin kluster kabinet UMNO ada dalam hireaki kepimpinan parti, sudah pastilah, bukan saja hubungan dengan Bersatu akan terjalin semula dengan lehih akrab, malah akan dibuka sama ruang untuk berkongsi-kongsi kerusi dalam pilihanraya.
Adakah Zahid Hamidi dan kepimpinan UMNO tidak sedar perkara itu?
Jawabnya sudah tentu mereka amat sedar mengenainya dan tidak mungkin sedia untuk membenarkannya berlaku.
Sebab itu, dalam hal ini Annuar jangan terlalu syok sendiri serta klimaks terlalu awal daripada yang sepatutnya dengan pandai-pandai membuat rumusan sendiri.
Banyak lagi mesyuarat MT akan berlaku selepas ini dan macam-macam keputusan boleh berubah dengannya.
Pokoknya, lalian masih berliku bagi Ismail Sabri, jangan terlalu meletakkan harapan tinggi beliau akan diletakkan sebagai calon Perdana Menteri dan “poster boy” UMNO serta BN dalam PRU15 akan datang.
Tambahan lagi, dengan longgokan kelemahan dan kegagalan Ismail Sabri yang kian menimbun tinggi hari demi hari, meletakkan beliau sebagai calon Perdana Menteri dan “poster boy” boleh juga merupakan suatu tindakan bunuh diri bagi UMNO dan BN.
Dengan segala macam kelemahan, kegagalan dan ketidakmampuannya yang begitu terserlah, kalau sebahagian besar ahli UMNO pun tidak yakin dengannya, bagaimanakah rakyat biasa mahu berketuakannya lagi memimpin negara ini?
Ismail Sabri adalah Perdana Menteri paling gagal, paling lemah dan paling buruk dalam sejarah UMNO serta juga sejarah negara, maka tiada ruang sebenarnya untuk disandarkan harapan kemenangan kepadanya.
Kalau Zahid Hamidi setuju pemilihan UMNO diadakan lebih dahulu sebelum PRU15 adalah tindakan bunuh diri baginya, meletakkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri dan “poster boy” juga tindakan bunuh diri bagi UMNO dalam PRU15 nanti. – ShahbudinHusin 14/01/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/annuar-musa-syok-sendiri-ismail-sabri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Veteran Questions Annuar S Poster Boy Remarks

Umno Veteran Questions Annuar S Poster Boy Remarks

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 191 hits
Shahrir Samad has questioned Annuar Musa s claim that the party had endorsed Ismail Sabri Yaakob as the prime minister candidate for GE15 PETALING JAYA An Umno veteran has questioned Annuar Musa s claim that the party has endorsed Ismail Sa...
Ismail Sabri Ingkar Ketetapan Mt Apakah Umno Masih Nak Diam Diri Lagi

Ismail Sabri Ingkar Ketetapan Mt Apakah Umno Masih Nak Diam Diri Lagi

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 183 hits
Ketua Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa tuntutan pengeluaran i Citra berjumlah RM10 ribu adalah garis panduan UMNO kepada Naib Presidennya Ismail Sabri Yaakob untuk menduduki kerusi Perdana Menteri Kata beliau perkara itu sudah te...
Zahid Sahkan Kebebalan Ismail Sabri Pasal Kwsp Akan Jatuhkan Umno

Zahid Sahkan Kebebalan Ismail Sabri Pasal Kwsp Akan Jatuhkan Umno

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 292 hits
Adakah BERSATU mempunyai pengaruh yang amat kuat terhadap YAB Bera Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sehingga beliau sanggup menghiraukan pandangan parti beliau sendiri dalam isu pengeluaran KWSP 10k
Chong Wei Imbau Dorongan Ismail Sabri Di Olimpik Beijing 2008

Chong Wei Imbau Dorongan Ismail Sabri Di Olimpik Beijing 2008

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 142 hits
Chong Wei imbau dorongan Ismail Sabri di Olimpik Beijing 2008 HARI ini genap 62 tahun usia Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Namun bagi legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei beliau mempunyai cara tersendiri untuk menyamp...
Terima Kasih Atas Ucapan Doa Anda Semua Ismail Sabri

Terima Kasih Atas Ucapan Doa Anda Semua Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 199 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berterima kasih kepada semua yang memberikan ucapan dan doa sempena hari jadinya yang ke 62 hari ini Menerusi perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi Ismail Sabri ...
Mp Pkr Betulkan Tentang Ismail Sabri

Mp Pkr Betulkan Tentang Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 204 hits
Oleh HASSAN ABDUL KARIM January 16 2022 Pada Sabtu 15 Januari 2022 saya menerima satu kiriman whatsapp yang mengandungi satu screen shot facebook berkenaan Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia kita Dalam screen shot itu ada satu tul...
Prn Johor Untuk Lumpuhkan Pengaruh Ismail Muslihat Paksa Pru15 Sebelum Pemilihan Umno

Prn Johor Untuk Lumpuhkan Pengaruh Ismail Muslihat Paksa Pru15 Sebelum Pemilihan Umno

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 271 hits
SHAHBUDIN HUSINMenjadi perbualan hangat di seluruh negara bahawa PRN Johor akan diadakan dalam waktu terdekat ini mungkin dalam tempoh hanya sebulan dua akan datang saja lagi Dua faktor dilaporkan sebagai sebab mengapa Umno mahu menyegeraka...
Hanya Agong Layak Tamatkan Saya Keangkuhan Azam Baki Sekaligus Melekehkan Ismail Sabri

Hanya Agong Layak Tamatkan Saya Keangkuhan Azam Baki Sekaligus Melekehkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 229 hits
Selepas Pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang semalam menjadikan Yang Di Pertuan Agong sebagai talian hayat untuk mempertahankan kedudukannya kini Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pula berbuat demikian Berdepan tekanan yang kian meningkat yang men...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa