Annuar Musa Dakwa Banyak Umno Negeri Bahagian Terima Bersatu Mohon Beliau Senaraikan



Bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Annuar Musa, membayangkan lebih banyak lagi bahagian parti itu atau kepimpinan peringkat negeri bakal mengambil pendirian untuk meneruskan kerjasama dengan Bersatu.
Kenyataannya itu hadir selepas Umno Perlis dan Sabah menyatakan pendirian mereka yang bertentangan dengan kecenderungan rasmi MT Umno.
Ia juga berlaku sesudah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengutus surat kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menamatkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Ia juga memberikan isyarat bahawa Ahmad Zahid bakal berdepan dengan lebih banyak kesukaran untuk membawa agenda yang dinyatakan Umno sebelum ini.
Kata Annuar, berdasarkan “tinjauan” sebenarnya banyak bahagian Umno lebih suka mengambil pendekatan strategik untuk terus bekerjasama dengan “parti Melayu”.
Mereka juga kata Annuar memilih untuk memutuskan pendirian berkenaan soal kerjasama dengan Bersatu setelah parlimen dibubarkan.
Bekas setiausaha agung Umno itu juga mendakwa kenyataan 147 bahagian Umno menolak Bersatu adalah tidak tepat, sebaliknya hanya 118 bahagian yang mengemukakan usul berkenaan.
 
Akan ikut Perlis, Sabah
Itu pun dakwa Annuar lagi kerana mereka diarahkan berbuat demikian, dan tidak kurang juga mengubah pendirian setelah mendapat penjelasan berkenaan hal itu.
“Difahamkan beberapa pemimpin kanan parti akan mula turun ke bawah dan membuat penjelasan dan akan mengambil pendirian menolak cara yang diambil pemimpin tertentu.
“[…] Kini semakin banyak bahagian Umno memilih untuk mengambil langkah lebih bijaksana iaitu kekal bekerjasama, berunding sesama parti Melayu, fokus menjayakan usaha kerajaan membantu rakyat memerangi Covid-19, immunisasi dan memulihkan ekonomi,” katanya di Facebook hari ini.
Meskipun tidak menyebut nama secara khusus Annuar dipercayai menujukan kenyataan tersebut kepada Ahmad Zahid.
Untuk rekod Ahmad Zahid bukanlah satu-satunya pemimpin Umno yang bertegas mahu memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Bersatu. Selain ahli parlimen Bagan Datuk itu, beberapa pemimpin Umno juga secara terbuka menyokong pendirian berkenaan seperti ahli MT, Puad Zarkashi.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu turut mendakwa dia yakin selepas ini akan ada Umno negeri lain akan mengikuti langkah Perlis dan Sabah.
Annuar sebelum ini menempelak keputusan MT Umno untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu yang dizahirkan melalui surat presiden Umno kepada presiden Bersatu.
Kata Annuar, Umno wajib memimpin muafakat parti-parti Melayu, bukannya lari daripadanya, lebih-lebih lagi persetujuan dicapai untuk Umno mendapat paling banyak kerusi dalam PRU ke-15 berbanding Bersatu dan PAS.
Katanya, untuk menghadapi PH strategi ke arah PRU harus diambil secara pragmatik dan ketetapannya harus dibuat apabila tiba masanya, bukan sekarang.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Umno tetap memiliki hala tuju dan pengkritiknya tidak harus menganggap sebaliknya jika ia tidak mengikut atau memenuhi “keperluan peribadi tertentu”.
“Umno ada hala tuju. Saya pernah beri penjelasan panjang lebar mengenainya sebelum ini. Atau mungkin Umno hanya dianggap ada hala tuju jika ikut kemahuan mereka.
“Tidak bolehlah begitu. Tidak boleh sekadar memenuhi keperluan peribadi tertentu. Hala tuju Umno mesti demokratik. Bermusyawarah. Berdasarkan kepentingan akar umbi parti, negara dan rakyat keseluruhan,” katanya di Facebook.


The post Annuar Musa dakwa banyak Umno negeri, bahagian terima Bersatu, mohon beliau senaraikan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/06/annuar-musa-dakwa-banyak-umno-negeri-bahagian-terima-bersatu-mohon-beliau-senaraikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Ini Lebih Banyak Umno Negeri Bahagian Akan Berkerjasama Dengan Bersatu Kata Annuar

Selepas Ini Lebih Banyak Umno Negeri Bahagian Akan Berkerjasama Dengan Bersatu Kata Annuar

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 203 hits
Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Annuar Musa membayangkan lebih banyak lagi bahagian parti itu atau kepimpinan peringkat negeri bakal mengambil pendirian untuk meneruskan kerjasama dengan Bersatu Kenyataannya itu hadir selepas Umno Perlis d...
Annuar Musa Dakwa 118 Bahagian Umno Yang Tolak Bersatu Telah Diarah Berbuat Demikian

Annuar Musa Dakwa 118 Bahagian Umno Yang Tolak Bersatu Telah Diarah Berbuat Demikian

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 314 hits
tuncarlos com Kata Annuar berdasarkan tinjauan sebenarnya banyak bahagian Umno lebih suka mengambil pendekatan strategik untuk terus bekerjasama dengan Bersatu Mereka juga kata Annuar memilih untuk memutuskan pendirian berkenaan soal kerjas...
Annuar Muasa Kata Umno Umum Putus Dengan Bersatu Pramatang Kamu Ahli Parti Mana

Annuar Muasa Kata Umno Umum Putus Dengan Bersatu Pramatang Kamu Ahli Parti Mana

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 347 hits
Bekas setiausaha agung BN Annuar Musa menyifatkan keputusan Umno untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada PRU15 sebagai pendirian pramatang Dia mengulas surat yang diutus Presiden Umno Ahmad Zahid Hamid kepada Perdana Menteri dan Presi...
147 189 118 Mana Satu Annuar Persoal Jumlah Sebenar Bahagian Umno Tolak Ppbm

147 189 118 Mana Satu Annuar Persoal Jumlah Sebenar Bahagian Umno Tolak Ppbm

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 291 hits
March 3 2021 8 15 PMAnnuar Musa sebelum ini mendakwa hanya 99 bahagian Umno yang menolak kerjasama dengan PPBM PETALING JAYA Ketika ramai pemimpin Umno menuntut Majlis Kerja Tertinggi memenuhi tuntutan akar umbi dan memutuskan hubungannya d...
Annuar Musa Sudah U Turn Tidak Lagi Pro Bersatu

Annuar Musa Sudah U Turn Tidak Lagi Pro Bersatu

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 257 hits
Pemimpin Parti Bersatu yang masih baharu dan belum faham dengan politik lebih baik diam daripada menunjukkan sikap ghairah dalam soal dalaman UMNO Bekas Setiausaha Agung BN Annuar Musa menyifatkan desakan dari pemimpin Bersatu agar UMNO men...
Tolak Bersatu Datang Dari Akar Umbi Lebih 100 Umno Bahagian Senada Tok Mat Hasan

Tolak Bersatu Datang Dari Akar Umbi Lebih 100 Umno Bahagian Senada Tok Mat Hasan

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 259 hits
Ia bukan keputusan seorang dua ahli UMNO tetapi keputusan daripada lebih 100 bahagian jadi tidak timbul isu dipengaruhi sesiapa katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Nasional Negeri Sembilan yang turut dihadiri Pes...
Ppbm Tidak Perlu Sibuk Ambil Tahu Beri Umno Ruang Urus Parti Sendiri Kata Annuar Musa

Ppbm Tidak Perlu Sibuk Ambil Tahu Beri Umno Ruang Urus Parti Sendiri Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 226 hits
Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa membidas pemimpin PPBM yang menggesa Umno mendedahkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu di Janda Baik Pahang dengan berkata tiada mana mana pihak yang mempunyai kuasa ve...
Annuar Musa Sengaja Cari Sensasi Isu Lama Lebih Baik Saja Masuk Bersatu Segera

Annuar Musa Sengaja Cari Sensasi Isu Lama Lebih Baik Saja Masuk Bersatu Segera

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 217 hits
Sekali lagi Annuar Musa cuba mencari sensasi dengan mendedahkan isu kandungan surat Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi kepada Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN Muhyiddin Yassin Menambahkan sensasi lagi beliau turut membangkitkan beberap...
Bersatu Sahkan Terima Surat Umno Tidak Mahu Bersama Dalam Pru 15

Bersatu Sahkan Terima Surat Umno Tidak Mahu Bersama Dalam Pru 15

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 439 hits
malaysiadateline com Bersatu mengesahkan mereka menerima surat Umno yang memaklum parti itu tidak akan bersama Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang Sehubungan dengan itu kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin ahli M...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults