Annuar Ingatkan Umno Jangan Lalai Lepas Tawan Semenyih


MALAYSIAKINI

   
Umno dan BN diingatkan agar tidak mudah lupa atau terlalu leka dengan kemenangan pada pilihan raya kecil DUN Semenyih, kata Setiausaha Agungnya Annuar Musa.

"Sebesar mana sekalipun kemenangan, Umno-BN jangan mudah lupa atau terlalai.

"Jauh sekali kembali kepada “penyakit” lama ego, sombong, jauh dari rakyat serta segala amalan buruk seperti politik wang, politik war lords, rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya.

"Anggaplah kita baru berada di pangkal jalan, setelah sekian lama tersesat di hujung jalan. Perjalanan semula memerlukan masa yang panjang dan berliku," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan PRK Semenyih yang menyaksikan BN menawan semula kerusi itu selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi persaingan empat penjuru dengan memperoleh majoriti 1,914 undi.

Zakaria menewaskan calon PH Muhammad Aiman Zainali, yang memperoleh 17,866 undi, Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) (847 undi) dan calon bebas yang juga seorang aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 56, (725 undi).
Perbaiki perpecahan ummah
Mengulas lanjut, Annuar berkata paling utama kini Umno-BN perlu menjaga amanah rakyat serta kembali pada asas perjuangannya selama ini, iaitu berjuang kerana Allah demi kemuliaan agama, bangsa dan kemakmuran Negara.

"Antara agenda terpenting sekarang ialah perbaiki perpecahan ummah yang dibawa PH, terutama perpecahan umat Islam dan kaum peribumi. Gantikan dengan perpaduan dan penyatuan.

"Seterusnya perbaiki polarisasi kaum yang dibawa DAP, di mana negara ini harus dibina atas asas kepelbagaian kaum melalui politik sejahtera lagi murni.

"Asas bina negara seperti yang terpasak dalam Perlembagaan perlu di semarakkan. Suasana saling menghormati hak asas semua kaum mesti terhormati agar tiada siapa rasa terancam, apa lagi kalangan majoriti," katanya.
Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail pula menyifatkan kemenangan itu sebagai keputusan yang sangat baik sekali gus mengekalkan momentum kemenangan di Cameron Highland tempoh hari.

"Gabungan pembangkang antara Umno dan PAS ini berjaya membuktikan bahawa rakyat sudah hilang percaya kepada kerajaan PH sekali gus berpihak kepada barisan pembangkang.

"Saya yakin dan percaya, dengan penambahan seorang lagi ahli Dewan Negeri Selangor yang berpihak kepada pembangkang maka suara pembangkang akan semakin kuat didengari, demi memperjuangkan kepentingan rakyat,"katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia, Shahir Adnan berkata kemenangan pembangkang di DUN Semenyih merupakan isyarat yang jelas buat PH.

"Isyarat kedua kepada kerajaan Pakatan Harapan supaya mereka sedar sebenarnya mereka gagal dalam memerintah Malaysia dan rakyat tidak lagi termakan dengan harapan dan janji palsu Pakatan Harapan.

"Kemenangan pembangkang di DUN Semenyih juga merupakan isyarat jelas yang kedua kepada blok pembangkang supaya meneruskan persefahaman dan kerjasama agar menjadi gagasan pembangkang yang kuat demi menyuarakan denyut nadi rakyat Malaysia dan meletakkan kerajaan PH sentiasa berhati-hati dalam ketelusan pentadbiran mereka," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/annuar-ingatkan-umno-jangan-lalai-lepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Semenyih Cukuplah Sekali Kita Kena Tipu Jangan Kena Tipu Lagi Batin Aleh Minta Orang Asli Semenyih Undi Bn

Prk Semenyih Cukuplah Sekali Kita Kena Tipu Jangan Kena Tipu Lagi Batin Aleh Minta Orang Asli Semenyih Undi Bn

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 672 hits
Seorang Tok Batin meluahkan apa yang masyarakat Orang Asli di PDM Ulu Semenyih rasai sejak 9 bulan PH memerintah Malaysia Pendedahan ini dibuat Batin Aleh ketika ditemui semalam Beliau yang kecewa dengan cara PH sekarang turut membongkar pe...
Umno Tawan Perak Amanah Anggap Pas Mimpi Dap Kata Berangan

Umno Tawan Perak Amanah Anggap Pas Mimpi Dap Kata Berangan

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 350 hits
Diterbitkan Hari ini 2 08 tengahariDua pemimpin PH Perak hari ini mempertikaikan kenyataan Pemuda PAS negeri itu yang memberi bayangan kerajaan negeri mungkin bertukar tangan jika PAS dan BN bergabung Exco kanan Perak Asmuni Awi malah menga...
Jangan Pertikai Pemimpin Bersatu Bantu Pengundi Semenyih Melalui Sumbangan

Jangan Pertikai Pemimpin Bersatu Bantu Pengundi Semenyih Melalui Sumbangan

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 292 hits
Pemberian hadiah sumbangan kepada pengundi di Prk Semenyih oleh Parti Bersatu adalah tidak salah kerana ianya bukanlah melanggar sebarang undang undang negara kata seorang Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Ini sebagai selingan Bila ada penyerah...
Lepas Kalah Di Semenyih Mb Akui Ph Perlu Teliti Semula Polisi

Lepas Kalah Di Semenyih Mb Akui Ph Perlu Teliti Semula Polisi

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 337 hits
MALAYSIAKINI Selepas gagal mempertahankan DUN Semenyih dalam pilihan raya kecil semalam Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengakui PH perlu meneliti semula beberapa polisinya PRK DUN Semenyih adalah satu pertarungan yang agak sengit dan...
Lepas 3 Hari Menang Semenyih Ingatkah Siapa Dipeluk

Lepas 3 Hari Menang Semenyih Ingatkah Siapa Dipeluk

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 507 hits
Teringat Husin pergi pejabat mantan Menteri Dalam Negeri Disambut dengan high five dakap di tengkok dan picit perut Dalam satu lagi majlis lain selepas pertemuan tengok kita macam tak kenal Nama pun dah tak ingat Ingat kita mudah percaya da...
Kemenangan Di Semenyih Umno Bn Adalah Wake Up Call Megat Zulkarnain

Kemenangan Di Semenyih Umno Bn Adalah Wake Up Call Megat Zulkarnain

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 264 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Prk Semenyih Pemuda Umno Tuduh Ph Beri Rasuah Politik

Prk Semenyih Pemuda Umno Tuduh Ph Beri Rasuah Politik

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 501 hits
Dua keping gambar ditularkan dalam Facebook Asyraf Wajdi BANGI Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih yang bakal berlangsung 2 Mac ini semakin panas apabila Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menuduh Pakatan Harapan melakukan rasuah politik untuk mem...
Bekas Adun Umno Kempen Untuk Ph Di Semenyih

Bekas Adun Umno Kempen Untuk Ph Di Semenyih

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 234 hits
Diterbitkan 21 Feb 2019 9 18 malamPRK SEMENYIH Adun Guar Chempedak Ku Abd Rahman Ku Ismail menjadi individu pertama dari kalangan bekas wakil rakyat Umno yang muncul untuk menyokong Pakatan Harapan pada kempen pilihan raya kecil Semenyih ha...
Ex Umno Man Campaigns For Harapan In Semenyih

Ex Umno Man Campaigns For Harapan In Semenyih

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 335 hits
SEMENYIH POLLS Guar Chempedak assemblyperson Ku Abd Rahman Ku Ismail is one of the first Umno defectors to back Pakatan Harapan by making an appearance in the Semenyih by election campaign trail today Speaking to constituents during a meet ...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton