Anlene Memperkenalkan Rumusan Actifit 3x Dan Gold 5x Sebagai Sebahagian Daripada Diet Yang Seimbang




 Pakar menasihati golongan  dewasa dalam usia pertengahan umur untuk menjaga kesihatan muskuloskeletal mereka di peringkat awal bagi menyokong kualiti hidup yang lebih baik menjelang peningkatan usia di masa hadapan. Penjagaan dalam pemakanan ketika usia begini perlulah dititikberatkan agar sentiasa sihat dan cergas.
Anlene™ memperkenalkan rumusan GOLD 5X™ sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang. Kekal aktif dengan pergerakan dan fleksibiliti yang lebih baik serta rasa lebih bertenaga, sihat dan ceria bersama keluarga.

Menjelang tahun 2040, bilangan warga Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas dijangka meningkat dua kali ganda berbanding anggaran semasa yang hanya 10.3% daripada jumlah penduduk! Menyedari akan pentingannya bagi golongan dewasa di Malaysia untuk mengekalkan kesihatan muskuloskeletal mereka dalam mempengaruhi pergerakan, fleksibiliti, keseimbangan dan seterusnya kualiti hidup mereka semasa usia meningkat, Fonterra Brands Malaysia menerusi jenama pemakanan orang dewasa, Anlene™ telah memperkenalkan ACTIFIT 3X™ dan GOLD 5X™. Kedua-duanya dirumuskan untuk memberi nutrien penting untuk orang dewasa di Malaysia.


Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya (Social Wellbeing Research Centre) menjangkakan bilangan warga Malaysia yang berusia 60 tahun dan ke atas akan mencapai jumlah seramai 6.3 juta orang pada tahun 2040, atau 2 daripada 10 orang warga Malaysia. Bilangan warga yang berusia bukan sahaja kian meningkat, malah jangka hayat warga emas juga kini dijangka lebih panjang dengan golongan lelaki yang mencapai umur 65 tahun pada 2019 dijangkakan akan hidup 14.8 tahun lebih lama sehingga umur hampir 80 tahun. Manakala golongan wanita yang mencapai usia 65 tahun pada tahun lepas, dijangka akan hidup 17.8 tahun lebih lama sehingga usia 82 tahun.



Menurut Dr Nor I'zzati Saedon, Pakar Geriatrik dan Pensyarah Perubatan Dalaman di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), kesihatan muskuloskeletal merupakan salah satu faktor utama dalam membolehkan manusia menjalani kehidupan mereka secara bebas dan ia bermula dengan membina dan mengekalkan kesihatan tulang, otot dan sendi  agar kekal kuat untuk masa yang akan datang. Sistem muskuloskeletal memberikan bentuk, sokongan, kestabilan, dan pergerakan untuk badan. Sistem ini terdiri daripada tulang rangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi dan tisu penghubung lain yang menyokong dan menghubungkan tisu dan organ bersama-sama.




"Orang dewasa yang berumur 40-an lazimnya tidak memberi perhatian terhadap kesihatan muskuloskeletal mereka sendiri disebabkan mereka tidak mengalami sebarang tanda, seperti sakit akibat kecederaan atau postur yang tidak baik. Kemampuan untuk berjalan memerlukan kekuatan, fleksibiliti dan keseimbangan. Tugas mudah seperti menyuap makanan dan memakai pakaian memerlukan kemampuan pergerakan tangan dan pergelangan tangan. Keupayaan untuk mencapai, membongkok dan mencangkung membolehkan seseorang melakukan aktiviti harian seperti berkebun, memasak dan membersihkan lantai. Setiap individu tentunya mahu terus dapat melakukan semua ini tanpa sebarang kekangan dan pertolongan, terutama ketika mereka mencapai usia 60-an dan seterusnya,” jelas beliau.
Seorang lagi pakar dalam bidang muskuloskeletal, Encik Calvin Shun, seorang pengamal kiropraktor dan Pengasas Osso Bone Care Chiropractic, menyoroti perubahan dalam sistem muskuloskeletal apabila usia meningkat. “Tulang kita mungkin menjadi lemah seawal usia 30-an , dan kehilangan sehingga 20% kepadatan tulang apabila usia meningkat dan tulang rawan sendi (bertindak sebagai ‘kusyen’ antara sendi) mungkin merosot secara ketara pada usia 40-an. Fungsi otot kita mungkin menjadi lemah dengan kehilangan sehingga 29% daripada kekuatannya apabila usia kita makin meningkat,” beliau berkata.

“Masalah muskuloskeletal, seperti osteoartritis yang biasanya berlaku pada bahagian lutut boleh mengganggu kemampuan kita untuk menjalankan aktiviti harian yang biasa. Gejala biasa termasuklah rasa sakit, kaku dan flesksibiliti yang berkurangan. Masalah ini mengurangkan tahap pergerakan, dan dalam jangka panjang akan menjejaskan kebebasan dan kemampuan untuk menyertai aktiviti keluarga, sosial dan bekerja, dan dengan itu kualiti hidup mereka akan terjejas,” tambah beliau lagi.Shun mengatakan bahawa kemerosotan jisim tulang, otot atau tulang rawan sendi mungkin dipercepat dengan penuaan, tetapi ada beberapa langkah yang dapat dilakukan seseorang untuk memperlahankan proses ini. Beliau menasihatkan orang dewasa yang berada dalam pertengahan umur untuk mengekalkan berat badan yang sihat; kerap bersenam, terutamanya senaman yang membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat; merawat kecederaan ringan dan jangan biarkan ianya melarat dan menjadi masalah yang lebih besar yang akan mempengaruhi pergerakan; dan selalu ingat untuk duduk dan berjalan dengan postur yang betul!
Dari segi pemakanan, Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Pematuhan di Fonterra Brands Malaysia yang memasarkan Anlene™, menekankan kepentingan orang dewasa yang berada dalam pertengahan umur untuk menjaga pergerakan mereka dengan mengekalkan kesihatan tulang, sendi dan otot yang penting untuk menyokong gaya hidup aktif dan penuaan yang sihat. “Selain kekal aktif secara fizikal, amalan pemakanan yang baik juga tidak kurang pentingnya,” kata beliau.
Satu kajian yang terkini menunjukkan kepentingan untuk mengamalkan senaman berkala dan mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang. Kajian tesebut mendapati bahawa mereka yang mengambil 2 gelas susu yang ditambah dengan MFGM (Milk Fat Globule Membrane) dan nutrien penting berserta dengan senaman yang kerap, mengalami 2X peningkatan fleksibiliti, 3 X peningkatan keseimbangan dan 40% lebih peningkatan jisim otot berbanding kumpulan kawalan.

“Diet seimbang yang merangkumi makanan berkhasiat adalah penting untuk menyokong kesihatan muskuloskeletal orang dewasa. Anlene™ ACTIFIT 3X™ dan GOLD 5X™ dirumus khas untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan yang penting untuk menyokong kesihatan muskuloskeletal” kata Megawati.

Anlene™ GOLD 5X™ yang baharu dirumus secara saintifik dengan nutrien-nutrien yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan orang dewasa dan tidak mengandungi gula tambahan. Ramuan unik yang terdapat di dalam produk ini ialah MFGM Active™, yang mengandungi MFGM - gabungan lemak dan protein yang membekalkan komponen yang hampir sama seperti terdapat dalam cecair sendi. Ayuh, nikmati kebaikan Anlene™ GOLD 5X™!
Di dalam setiap gelas susu Anlene™, anda boleh menikmati kebaikan ACTIFIT 3X™ yang mengandungi kalsium tinggi, protein tinggi, vitamin (B2, B6, B12, C, D, E) dan kolagen. Manakala Anlene™ GOLD 5X™ pula dirumus secara saintifik untuk memberikan MFGM Active™, nutrien yang sama seperti yang ditawarkan oleh Actifit 3X™ dan tanpa gula tambahan.





Anlene™ ACTIFIT 3X™ dan GOLD 5X™ dibawakan kepada para pengguna Malaysia oleh Fonterra Brands Malaysia, syarikat yang komited terhadap piawaian keselamatan dan kualiti makanan yang paling tinggi. Kedua-dua produk kini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara dan secara dalam talian di kedai rasmi kami di Shopee dan Lazada. Harga runcit yang disyorkan bagi Anlene™ ACTIFIT 3X™ (1kg) ialah RM34.65 dan Anlene™ GOLD 5X™ (1kg) pula ialah RM38.90.
Tag: #Anlene #AnleneActifit3x #AnleneGold5X #healthydrinks #beautyblogger

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2020/12/anlene-memperkenalkan-rumusan-actifit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anlene Gold 5x Untuk Diet Seimbang Kekal Aktif Dan Lebih Bertenaga

Anlene Gold 5x Untuk Diet Seimbang Kekal Aktif Dan Lebih Bertenaga

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 467 hits
Anlene GOLD 5X Untuk Diet Seimbang kekal aktif dan lebih bertenaga Semakin menghampiri usia emas semakin perlulah kita menjaga kesihatan tulang dengan mengamalkan diet seimbang Pakar menasihati golongan dewasa dalam usia pertengahan umur un...
Susu Anlene Actifit 3x Dan Gold 5x Terbaru Di Pasaran

Susu Anlene Actifit 3x Dan Gold 5x Terbaru Di Pasaran

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 378 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X Terbaru di Pasaran pula dengan korang Biasa lah bila umur dah meningkat naik nie kesihatan diri harus kita kena jaga lebih kan Selain dari senaman ring...
Tewas Saat Jaga Gereja Di Hari Natal Banser Ajukan Riyanto Sebagai Pahlawan Nasional

Tewas Saat Jaga Gereja Di Hari Natal Banser Ajukan Riyanto Sebagai Pahlawan Nasional

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 429 hits
Di balik suka cita perayaan Natal tersimpan kisah mengharukan salah seorang anggota Barisan Ansor Serbaguna NU yang patut untuk dikenang Dia adalah Riyanto yang tewas akibat ledakan bom Natal tahun 2000 Saat itu almarhum Riyanto ikut menjag...
Jangan Sampai Menteri Menteri Kabinet Dari Umno Bn Dilabel Sebagai Boneka Atau Keldai Suruhan Perdana Menteri Ppbm

Jangan Sampai Menteri Menteri Kabinet Dari Umno Bn Dilabel Sebagai Boneka Atau Keldai Suruhan Perdana Menteri Ppbm

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 322 hits
ADAKAH AHLI2 PARLIMEN UMNO BN YANG BERADA DALAM KABINET TS MUHYIDDIN YASSIN MEMANG MEMBAWA SUARA MEWAKILI PARTI UMNO BN Ketika diwawancara dalam satu program Soal Jawab bersama Saudara Shahril Hamdan Ketua Penerangan UMNO merangkap Naib Ket...
Cara Nak Tempah Roti Gardenia Sebagai Cenderahati Doorgift Kahwin

Cara Nak Tempah Roti Gardenia Sebagai Cenderahati Doorgift Kahwin

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 3168 hits
Sebelum ini mungkin pernah lihat orang kenduri kahwin bagi hadiah Doorgift Roti Gardenia agaknya berapa kos dan cara untuk menjadikan roti sebagai doorgift goodies kahwin Jadi jom kita selongkar tak susah pun sebenarnya Seiring dengan perub...
Polis Nelayan Rugi Rm13 000 Dakwa Di Tipu Individu Menyamar Sebagai Anak Perempuan

Polis Nelayan Rugi Rm13 000 Dakwa Di Tipu Individu Menyamar Sebagai Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 267 hits
nbsp KUANTAN nbsp Seorang nelayan berputih mata apabila kerugian RM13 000 selepas mendakwa ditipu individu tidak dikenali yang menyamar sebagai anak perempuannya menerusi panggilan telefon Jumaat lepas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersi...
Jadikan Rakyat Malaysia Sendiri Dulu Sebagai Pelabur Baru Yang Berpotensi Sebelum Nak Utamakan Pelabur Luar

Jadikan Rakyat Malaysia Sendiri Dulu Sebagai Pelabur Baru Yang Berpotensi Sebelum Nak Utamakan Pelabur Luar

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 294 hits
UNTUK JAYAKAN SEBUAH EKONOMI BUKAN HANYA PERLUKAN MODAL TAPI JUGA PERLUKAN KEPADA IDEA DAN AKAL YANG BIJAK Bajet 2021 adalah rancangan kewangan khususnya dari aspek pendapatan dan perbelanjaan yg bakal dilaksana oleh kjaan sepanjang tahun 2...
Terpilih Sebagai Salah Seorang Pemenag

Terpilih Sebagai Salah Seorang Pemenag

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 573 hits
Alhamdulillah setelah sekian lama tak join mana mana giveaway Zati terpilih saalah satu pemenang diantara giveaway yang zati join Rezeki hujung tahun Okay zati ada join satu giveaway yang diberi tajuk Dan semalam dah diumumkan pemenang nya ...
Hiburan Aina Abdul Pilih Lady Gaga Sebagai Idola Fesyen Ini Cara Saya Agar Lebih Mendapat Perhatian Dan Dikenali Ramai

Hiburan Aina Abdul Pilih Lady Gaga Sebagai Idola Fesyen Ini Cara Saya Agar Lebih Mendapat Perhatian Dan Dikenali Ramai

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 357 hits
Sering tampil dengan imej pelik dan unik dalam setiap persembahan dan video muziknya Aina Abdul mengakui dia banyak menerima kritikan dan menjadi bahan jenaka dalam kalangan sesetengah netizen Namun begitu bagi Aina dia memang sengaja memil...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini