Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023


Assalammualaikum semua! Apa khabar? Pada minggu lepas, Ruby telah mendengar perkongsian mengenai Anjung Husnul Khatimah dari YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali dan Ustaz Azadan Rabbani. Ia adalah satu perkongsian yang sangat menusuk jiwa. Terus Ruby tanam impian untuk meninggal dunia dalam Husnul Khatimah. 
Husnul Khatimah adalah impian setiap umat Islam. Kita perlu menimba ilmu agama, sentiasa istiqamah berbuat kebaikan dan sentiasa jujur semasa hidup, mudah -mudahan kita memperoleh Husnul Khatimah. Malah, ia ilmu yang baik untuk kita belajar demi persediaan kematian. Ini kerana, Mati itu PASTI.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ
“Tiap-tiap yg mempunyai jiwa akan merasakan kematian.”
Surah Al-A’raaf Ayat 34
Kompleks Anjung Husnul Khatimah Dijangka Siap 2023
Secara jujurnya, Ruby sangat baru dalam Husnul Khatimah. Apabila mendengar setiap kata-kata YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali. Ruby terus berasa teruja untuk istiqomah sampai Husnul Khatimah. Tidak sangka, ada program sebegini bakal membantu ummah. Ruby pasti, ramai menantikan program yang membantu kita pulang kepada Allah s.w.t dengan cara yang baik setelah kita diberi peluang hidup di dunia ini.  Menitis air mata apabila teringat kekurangan diri dan dosa. Jangan bimbang, selagi kita bernyawa. Kita masih berpeluang untuk bertaubat dan berubah.
Oleh kerana ia adalah program yang baik, sumbangan dana diperlukan untuk menjayakan Projek Kompleks Anjung Husnul Khatimah (AHK) menjadi kenyataan. Sumbangan tunai amatlah dialu-alukan. Pasukan Yayasan Kebajikan Sabha dan Perbadanan Wakaf Selangor akan menguruskan dari pembinaan projek ini sehingga ke modul peserta. InsyaAllah.
Kos pembinaan yang diperlukan adalah sebanyak RM 15 Juta hingga RM 20 Juta. Tanah seluas 3.2 ekar di Bukit Cerakah ini pada mulanya hak milik keluarga YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali. Setelah berbincang dengan keluarga, mereka bersetuju mewakafkan tanah tersebut untuk kegunaan ummah. MasyaAllah niat yang sangat baik.
Projek ini diusahakan oleh YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (YKS) dengan kerjasama PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS). Tapak Kompleks tersebut telah diwakafkan atas nama Majlis Agama Islam Selangor melalui PWS. Ia bukan milik YKS dan bukan juga milik PWS. Sebaliknya, ia dimiliki oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menjadi pemegang amanah kepada harta milik Allah SWT itu.
Lokasi di Bukit Cerakah sangat stratergik kerana dihubungkan melalui Persiaran Mokhtar Dahari, atau Lebuhraya Shah Alam – Batu Arang atau Lebuhraya Puncak Alam dan Jalan Batu Arang, adalah lebuh raya utama di Selangor, Malaysia.




Istiqomah Sampai Husnul Khatimah

Moto perjuangan Anjung Husnul Khatimah (AHK) bersandarkan kepada doa harian yang sering dibaca iaitu:

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة
Maksudnya: “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik, dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”Jika diperhatikan, Kompleks Anjung Husnul Khatimah bakal menjadi satu-satunya di Dunia, Asia, Malaysia dan Selangor. Pendidikan hujung usia yang pastinya dinantikan oleh semua umat Islam diseluruh dunia. Mercu tanda syiar islam. Jom kita sama-sama belajar mendapatkan Husnul Khatimah. Menuntut ilmu tidak pernah ada batasan. Betul bukan?


Keunikan Anjung Husnul Khatimah

Dari segi konsep, metodologi, kandungan program dan cara mengendalikannya Kompleks Anjung Husnul Khatimah (AHK) merupakan satu inisiatif yang unik dengan menggabungkan teori dan praktis. Inisiatif ini adalah yang pertama di dunia, satu-satunya di Asia dan satu-satunya di Malaysia

Anjung Husnul Khatimah (AHK) diurus menggunakan prinsip “non-profit making”, amal jariah, fisabilillah dan amal soleh. Ia dibangun dan dikendalikan sebagai satu cabang dakwah yang menekankan kepentingan mewujudkan institusi, program dan gerak kerja berbentuk fizikal (dakwah bil hal)








Lokasi:
Lot PT 29616, Bukit Cherakah, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan dengan Kampus Baru dan Fakulti Perubatan UiTM)

Fasiliti Kompleks Anjung Husnul KhatimahPusat Rawatan Islam125 bilik penginapan (berhawa dingin)Auditorium (kapasiti 350 orang)10 bilik kuliah (berhawa dingin)Ruang masak dan dewan makanBlok pentadbiranBilik rawatan2 unit Gymnasium (Lelaki & Wanita)Ruang rehat yang selesaRuang tamu mesraKiosk serba gunaRuang masak dan dewan makan8 kuaters untuk staffTandas awamTempat letak kereta yang mencukupiStorKebuk sampah*Struktur bangunan dan kemudahan mengikut piawaian bertaraf 3 bintang.
Modul Program Ibu Bapa 3 Hari 2 Malam
Anjung Husnul Khatimah (AHK) mengurus dan mengendalikan 2 jenis program penyaluran ilmu dan latihamal kepada lelaki dan perempuan dewasa termasuk anak-anak dewasa yang sedang dan bakal mengurus dan menjaga mereka. 
Pertama, ilmu dan latihamal yang menekankan persediaan fizikal, mental, emosional dan spiritual digabung dalam kombinasi FARDHU AIN dan FARDHU KIFAYAH. 
Ilmu dan latihamal yang diberi memungkinkan mereka yang mengikuti program tersebut memahami ruang ilmu dan amalan yang perlu digarap sebelum menemui Allah SWT. Berikut adalah 5 Modul yang disediakan:
Modul Pertama:“Tahap-Tahap Kehidupan Insan: Alam Rahim Ke Liang Lahad.”Modul Kedua:“Mempraktik Kehidupan Seimbang Antara Tuntutan Dunia Dan Akhirat.”Modul Ketiga:“Ilmu Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah Bagi Warga Hujung Usia.”Modul Keempat:“Membina Keperibadian Muslim Sejati Sebagai Pra-Syarat Mati Dalam Husnul Khatimah.”Modul Kelima:“Menangani Cabaran Dan Halangan Menjadi Insan Yang Dicintai Allah SWT.” 
Modul Program Anak-Anak Remaja Dan Dewasa 3 Hari 2 Malam

4 Modul disediakan untuk melahirtkan personaliti anak-anak yang Soleh & Solehah. Program ilmu dan latihamal untuk anak-anak bersedia mengurus dan menjaga ibubapa ketika hujung usia. Syarat penyertaan adalah berusia 15 tahun keatas dan sudah Akil Baligh. Pemilihan usia ini agar mereka boleh berdikari, mengurus masa patuh jadual program dan sudah faham tanggungjawab. Anak-anak dewasa ini akan mengikuti 4 modul:
Modul 1: “Kasih Sayang, Dan Adab Tertib Menjaga Ibubapa Hujung Usia.” Modul 2: “Mengurus Ibubapa Yang Sedang Nazak.” Modul 3: “Tanggungjawab Anak-Anak Mengurus Jenazah Ibubapa.” Modul 4: “Mengurus Harta Tinggalan Ibubapa Bagi Mengelakkan Konflik Di Kalangan Ahli Waris.”
Kriteria Penyertaan Peserta
Terbuka kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Modul program disediakan dalam Bahasa Melayu. Majoriti penyertaan adalah daripada Malaysia. Namun, Anjung Husnul Khatimah (AHK) menyediakan ruang penyertaan kepada kaum muslimin di negara jiran seperti Singapura, Brunei Darussalam, Selatan Thailand dan Indonesia. InsyaAllah

Penyertaan PERCUMA Kepada Mereka Yang MemerlukanGolongan asnafFakir miskinAnak yatim
Manakala, bagi mereka yang berkemampuan pula, pihak Anjung Husnul Khatimah (AHK) mengalu-alukan sumbangan ikhlas bagi menampung kos pengurusan, makan minum, penyelenggaraan dan sebagainya. Satu struktur yuran akan diwujudkan untuk menampung segala perbelanjaan terlibat


Anjung Husnul Khatimah Bukan Pusat Jagaan Harian

Anjung Husnul Khatimah (AHK) BUKAN pusat jagaan warga emas (old folks home). Ia juga BUKAN pusat jagaan harian (day care center) dan juga BUKAN tempat memberi khidmat kepada golongan masyarakat yang terpinggir seperti gelandangan dan kumpulan yang terbiar. Sebaliknya, AHK adalah sebuah institusi yang dibangunkan untuk menyediakan PROGRAM PENDIDIKAN HUJUNG USIA. Program pendidikan ini menekankan kepada ilmu dan latihamal yang mesti digarap oleh setiap muslim sebagai persediaan bertemu Allah Rabbul Jaleel.
ANJUNG HUSNUL KHATIMAH diurus mengikut prinsip “non-profit making”, amal jariah, fisabilillah dan amal soleh. Dibina dan dikendalikan sebagai satu cabang dakwah yang menekankan kepentingan mengujudkan institusi, program dan gerakerja yang dapat dilihat (dakwah bil hal). Dalam lain perkataan AHK BUKAN TEMPAT MENCARI KEUNTUNGAN, sebaliknya sebagai pusat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan persediaan fizikal, mental, emosional dan spiritual yang sewajarnya.

Sumbangan Kepada Pembinaan Kompleks Anjung Husnul Khatimah
“AYUH BINA MAHLIGAI DI SYURGA” Sumbangan melalui pembelian Sijil Waqaf: Pembelian Sijil Waqaf yang bernilai RM10.00, RM50.00 dan RM100.00Mereka yang menyumbang dalam bentuk Waqaf dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan melalui No. Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.5621Sumbangan Zakat dan Fidyah (Agihan daripada pembayar di Pusat Zakat)Sumbangan Infaq (Tunai) dan Sedekah (Tunai).Sumbangan Bayaran Melalui Blok Bangunan dan Komponen Bangunan.Sumbangan Tunai Amal Jariah Fisabilillah. Sumbangan Terus Ke Akaun Bank:YAYASAN KEBAJIKAN SABHANo Akaun Maybank : 5642 7652 7165

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ
“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.”
(HR Muslim)


Maklumat Lanjut:
YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali: http://wa.me/60192130147Cik Nisa: http://wa.me/60183173862
Kerjasama Bersama Azadan Rabbani
Berpengalaman dalam bidang pengurusan acara dan korporat komunikasi bersama Rabbani Productions M Sdn. Bhd. Seawal 1997 sehingga kini, dan sebagai usahawan dan duta produk dan menjadi kekuatan untuk Azadan Rabbani bersedia berganding bahu memikul tanggungjawab sebagai perunding dan juga melaksanakan gerak kerja promosi dan pemasaran untuk Kompleks Anjung Husnul Khatimah.
Selain menyediakan kemudahan untuk orang ramai menginfaq dan memberi sumbangan untuk dana Pembinaan Anjung Husnul Khatimah, Azadan juga telah menyusun beberapa aktiviti bersama YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali sepanjang tahun 2021 / 2022 ini. Antaranya menjayakan program dan aktiviti motivasi, kaunseling, perkemahan ibadah, majlis Ilmu dan sambutan bulan – Islam yang membawa kepada promosi dan pemasaran Kompleks Anjung Husnul Khatimah

Kami akan merancang pelbagai akitiviti dan program yang melibatkan rakan – rakan asatizah dan juga selebriti yang bersesuaian dengan konsep Anjung Husnul Khatimah. Semoga dengan ini dapat mempercepat dan memudahkan lagi proses pembinaan Kompleks Anjung Husnul Khatimah serta dapat memberi manfaatnya kepada kita semua.
Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada rakan media, orang perseorangan, sahabat – sahabat seperjuangan, rakan korporat, badan bukan kerajaan dan semua penyumbang semoga kita semua akan kembali dalam keadaan Husnul Khatimah

Mengenai YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali
Pemilik YAYASAN SABHA dan juga Kompleks Anjung Husnul Khatimah iaitu YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali dilahirkan di Klang, Selangor Darul Ehsan pada 28 November 1947. Beliau mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaya pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana dari University of Pittsburgh, USA pada tahun 1975 dan PhD dari University of Wisconsin, USA pada tahun 1985. Merupakan Pakar Motivasi, Pendakwah, Perunding Latihan, Usahawan dan Penulis Buku Ilmiah



Ikuti Facebook LIVE bersama YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali SETIAP HARI dalam segmen Titisan Embun Pagi pada 7 pagi dan Salam Husnul Khatimah pada 9.15 malam. Manakala segmen FIQH Hawa bersama Ustazah Nazirah Abu Bakar pada hari Ahad jam 9 malam. Pelbagai topik menarik akan dikongsikan bersama panel jemputan. Ia adalah segmen yang sangat bermanfaat. Amal Jariah Fisabilillah dari DDHA dan pasukannya. MasyaAllah. 
Facebook: Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed AliYoutube: Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed AliInstagram: @drhasan_aliTikTok: Dato' Dr. Hasan AliTwitter: Dato' Dr. Hasan AliTelegram Channel: Anjung Husnul Khatimah
Harapan YBhg. Dato Dr. Hasan Hj Mohamed Ali, dengan ada penubuhan Kompleks Anjung Husnul Khatimah ini, ia dapat melahirkan ummah yang bersedia dan insyaAllah mendapat kematian Husnul Khatimah. Beliau juga mengimpikan mempunyai cawangan Kompleks Anjung Husnul Khatimah di seluruh negeri dan nagara-negara islam. Agar ia mudah dihadiri oleh semua umat Islam. InsyaAllah. 
Alamat: YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (2016) 80B, Jalan Burhanuddin Helmi Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala LumpurHubungi: 603-7732 1669, 019-213 0147, 019-9927526 or 018-264 8706. E-mail: [email protected]: www.anjunghusnulkhatimah.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/09/anjung-husnul-khatimah-dijangka-siap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Tanda Meninggal Husnul Khatimah

Tanda Tanda Meninggal Husnul Khatimah

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 428 hits
Abu al Yazid Salama seorang peneliti Hukum di Unibersitas al Azhar Mesir menjelaskannya sebagai berikut sebagaimana dilansir dari Almasrawy Pertama kalimat terakhir yang diucapkan sebelum mengembuskan napas terakhir adalah menyebut nama All...
Cara Masak Sotong Sos Thai Paling Mudah 5 Minit Dah Siap

Cara Masak Sotong Sos Thai Paling Mudah 5 Minit Dah Siap

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 274 hits
Resipi sedap dan mudah untuk Sotong Sos Thai Menu ni saja makan dengan nasi panas pun dah sedap Kalau datang rasa malas nak masak macam macam lauk masak je menu sotong ni Rasanya dah cukup semua masam manis Jom kita cuba resipi daripada Nao...
Simpati Dengan Ibu Ibu Di Blitar Yang Curi Susu Demi Anak Hotman Paris Siap Ganti Kerugian Toko

Simpati Dengan Ibu Ibu Di Blitar Yang Curi Susu Demi Anak Hotman Paris Siap Ganti Kerugian Toko

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 301 hits
Terancam maksimal 7 tahun penjara Hotman Paris merasa bahwa ibu ibu tersebut terpaksa melakukan hal yang salah karena kegetiran ekonomi
Untung Isteri Pemuda Ini Bukan Setakat Siap Beli Rumah Sebelum Nikah Deko Pun Buat Seorang Diri Je

Untung Isteri Pemuda Ini Bukan Setakat Siap Beli Rumah Sebelum Nikah Deko Pun Buat Seorang Diri Je

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 409 hits
Menyediakan tempat tinggal untuk isteri merupakan salah satu daripada kewajipan seorang suami Menerusi satu perkongsian di TikTok lelaki ini bukan sahaja sudah menyediakan keperluan yang satu ini malah dia sendiri menghias dan mendekorasi r...
Kari Kepala Ikan Dan Kubis Goreng Stail Mamak Siap Tapi Lupa Masak Nasi

Kari Kepala Ikan Dan Kubis Goreng Stail Mamak Siap Tapi Lupa Masak Nasi

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 426 hits
Assalamualaikum HARI ini Pak Inche balik agak lambat Banyak kerja katanya Tadi pagi sebelum keluar rumah Sk bertanyakan cadangan lauk untuk malam ini Kari ikan jawabnya Macam dah lama pulak rasanya tak masak kari ikan jadinya Sk terus setuj...
Siap Masak

Siap Masak

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 301 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera KK sekarang agak kemalasan jadi sebab tu jarang timbul kat sini hahaha tapi alhamdulillah masih lagi meneruskan kehidupan seperti biasa KK ada saja cuma jarang nak bercerita macam harini KK cuti jadi se...
Comelnya Ayash Affan Shuib Siap Sedia Bawa Pulang Ke Rumah Tangan Jari Sebiji Tangan Ibu

Comelnya Ayash Affan Shuib Siap Sedia Bawa Pulang Ke Rumah Tangan Jari Sebiji Tangan Ibu

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 316 hits
Syukur itu luahan pelawak Shuib Sepahtu apabila anak pramatangnya iaitu Ayash Affan yang lebih sebulan dip4ntau di h0spital akhirnya dibenarkan pulang ke rumah pada Selasa Kata Shuib atau Shahmira Muhamad jika arw4h Siti Sarah masih ada ia ...
Tak Sempat Buat Majlis Kahwin Sebab Pkp Suami Isteri Bersanding Siap Bawa Anak Kembar

Tak Sempat Buat Majlis Kahwin Sebab Pkp Suami Isteri Bersanding Siap Bawa Anak Kembar

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 269 hits
Sejak PKP dikuatkuasakan di Malaysia ramai pengantin yang terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka dan sekadar membuat akad nikad Segala wedding dream juga terpaksa dilupakan selain merancang akan membuat persandingan berdasarkan kel...
Hiburan Ada Yang Dabik Dada Boleh Shooting Tanpa Vaksin Siap Cakap Jangan Jealous

Hiburan Ada Yang Dabik Dada Boleh Shooting Tanpa Vaksin Siap Cakap Jangan Jealous

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 215 hits
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara bagi industri kreatif Berita baik ini sudah tentu memberi kelegaan kepada penggiat seni yang menantikan pe...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord