Angola Nafi Haramkan Islam Tapi Roboh 60 Masjid


Laporan kontroversi yang mengatakan negara Angola telah mengharamkan Islam dan mula merobohkan masjid telah dinafikan sekerasnya oleh Pengarah Kementerian Institut Kebangsaan,Kebudayaan dan Hal-Ehwal Agam Angola, Manuel Fernando, Selasa lalu.


“Tidak ada peperangan di Angola terhadap Islam atau mana-mana agama lain,” Fernando memberitahu Agence France- Presse (AFP).

“Tidak ada keputusan rasmi yang menyasarkan kemusnahan atau penutupan tempat-tempat ibadat mana-mana agama sekalipun.”

Namun, menurut seorang sumber yang merupakan ahli masjid yang diarahkan tutup atas arahan pihak berkuasa wilayah Huambo, ini merupakan masjid ke-60 ini yang ditutup di Angola.

Seorang pemimpin Islam terkemuka Angola,David Ja menegaskan bahawa kerajaan telah melibatkan diri dalam ” penganiayaan politik ” dan ” tiada toleransi agama” serta menolak penafian Fernando.

“Sebuah masjid telah ditutup minggu lepas di Huambo (selatan Angola) dan minggu ini kami telah didedahkan dengan tekanan berhubungan sebuah masjid di Luanda,” katanya.

Ja dilaporkan juga memberitahu Exame Angola bahawa “masyarakat Islam berasa marah dengan penutupan tempat-tempat ibadat mereka.”

Sementara itu,mufti Mesir Shaqi Allam telah memberi kenyataan mengenai laporan penganiayaan anti-Islam oleh kerajaan Angola itu.

“Mereka bukan sahaja mencetuskan provokasi umat Islam Angola, malah kepada lebih daripada 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia.”

Bagaimanapun, laporan penindasan terhadap umat Islam Angola itu tetap ditepis sekeras-kerasnya oleh pegawai kedutaan republik itu di Amerika Syarikat,dalam temu bual yang diadakan oleh International Business Times.

“Republik Angola adalah sebuah negara yang tidak mengamalkan campur tangan terhadap soal agama,” kata pegawai tersebut.

“Kami mempunyai banyak agama di sana,dan kami menyokong kebebasan beragama. Kami mempunyai Katolik, Protestan, Baptist , umat Islam dan Evangelis.”

Seorang lagi pegawai mengesahkan Isnin lalu bahawa kedutaan Angola tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai pengharaman Islam atau plot oleh kerajaan untuk memusnahkan masjid.

“Pada masa ini, kami tidak mempunyai sebarang maklumat tentang itu.”

Tambahnya lagi, ”Kami membaca mengenainya seperti anda di Internet. Kami tidak mempunyai apa-apa notis bahawa apa yang anda membaca di Internet adalah benar. “

Jumaat lalu, akhbar La Nouvelle Tribune menerbitkan sebuah artikel yang memetik kenyataan beberapa pegawai Angola, termasuk Menteri Kebudayaan Rosa Cruz,yang menyatakan: “Proses amalan Islam tidak mempunyai kelulusan oleh Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Manusia, masjid mereka akan ditutup sehingga diberitahu kelak.”

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/11/angola-nafi-haramkan-islam-tapi-roboh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Yang Hampir Terjatuh Ke Dalam Tanah Mendap Di Jalan Masjid India Peluk Islam

Lelaki Yang Hampir Terjatuh Ke Dalam Tanah Mendap Di Jalan Masjid India Peluk Islam

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 329 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia hari ini mengesahkan pengislaman seorang saudara baru selepas tragedi tanah jerlus di Jalan Masjid India minggu lalu Kenyataan ini dikeluarkan berikutan penularan maklumat berkenaan di aplikasi WhatsApp Menerus...
Sama Tapi Mujur Tak Serupa

Sama Tapi Mujur Tak Serupa

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 200 hits
Sudah beberapa minggu berlalu sejak rusuhan anti imigrasi tercetus di beberapa bandar seluruh England Menyedihkan ia masih berlaku Semuanya bermula 29 Julai apabila seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menyerang dengan pisau beberapa kana...
Tawaran Menarik Tapi Jika Gagal Kami Hukum Rizwadi Kata Ngo Orang Asli

Tawaran Menarik Tapi Jika Gagal Kami Hukum Rizwadi Kata Ngo Orang Asli

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 115 hits
freemalaysiatoday com13 Aug 2024Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Nasir Dollah berharap janji calon PAS Rizwadi Ismail melantik pegawai dari kalangan komuniti itu bukan hanya sekadar menyedapkan hati menjelang PRK Neng...
Periuk Dah 22 Tahun Guna Hari Hari Tapi Kekal Bersih Berkilat Ini Tip Mencucinya

Periuk Dah 22 Tahun Guna Hari Hari Tapi Kekal Bersih Berkilat Ini Tip Mencucinya

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 259 hits
Usia periuk dah 22 tahun digunakan untuk memasak saban hari di rumah tapi periuk tahap legend yang kebiasaannya hitam ini masih elok bersih berkilat Supaya periuk kita pun kekal bersih begini berkongsi tip yang digunakan sejak dulu Cara bel...
Sudah Datang Ke Kpk Tapi Batal Diperiksa Hasto Sebut Penyidik Lagi Sibuk

Sudah Datang Ke Kpk Tapi Batal Diperiksa Hasto Sebut Penyidik Lagi Sibuk

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 233 hits
Sedianya Hasto akan diperiksa sebagai saksi dalam kasus DJKA Kementerian Perhubungan
Jual Vs Pajak Tapi Bukan Sampai Puloh Tahun

Jual Vs Pajak Tapi Bukan Sampai Puloh Tahun

papar berkaitan - pada 11/8/2024 - jumlah : 110 hits
HilmiJUAL TANAH vs PAJAK TANAH tak sama PAJAK ni MACAM SEWA lah Kalu tak bayar KENA HAMBAT TUBIK lah Mugo MILIK KITA Che IbrahimPajakan tanah ni ada dua Jenis 1 Pajakan hakmilik selama 99 samada kepada individu syarikat badan kebajikan atau...
Kerja Penat Cari Rezeki Tapi Bila Balik Rumah Bini Membebel Sampai Yang Ni Pon Aku Kena Buat

Kerja Penat Cari Rezeki Tapi Bila Balik Rumah Bini Membebel Sampai Yang Ni Pon Aku Kena Buat

papar berkaitan - pada 11/8/2024 - jumlah : 203 hits
Isteri yang baik datangnya dari layanan suami yang baik dan juga cerminan bagaimana rumahtangga tersebut Layanan suami yang buruk juga pasti menunjukkan bagaimana si isteri protes dalam perhubungan maka kerana itu perlu saling refleksi diri...
Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Speed Read A Hartford Vr150 Flat Tracker From Taiwan And More

Metamask Security Warning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


2 Kali Ganda Lebih Ramai Isu Kesihatan Mental Kanak Kanak Makin Membimbangkan

Puasa Sunat Enam Syawal

Resepi Kueh Seri Muka

Metamask Security Warning

Ufabet

Jackpot Fever Awaits On 389sports Slots