Anggunkan Akhir Tahun Anda Dengan Seleksi Sephora Holiday 2018 Ini
Inilah detik paling mengujakan bagi peminat tegar produk kecantikan apabila ‘taman mainan kecantikan’ terkenal Sephora, menghimpunkan koleksi Holiday dalam bentuk set dan individu yang amat menawan. Tidak melampau jika Jelita cakap, banyak yang anda mampu (dan mahu!) miliki.
Sephora Malaysia kali ini mencipta kelainan apabila telah membawa editor Jelita ke Club Med Cherating untuk merasai sendiri mood cuti-cuti hujung tahun dalam suasana magika sambil melihat koleksi terbaru di bawah jenama Sephora juga produk kecantikan yang turut dijual dalam gedung kecantikan ini. Sempat juga mereka raikan hari jadi saya dengan meriah, kebetulan jatuh pada tarikh sama, terima kasih Sephora Malaysia!
Dua bas sarat media, jurumekap profesional juga influencer kecantikan berombongan hingga ke sempadan Pahang berpeluang melihat, membelek dan mencuba produk terbaru Sephora Holiday dalam satu sesi eksklusif sebelum dijamu dengan makan malam tepi pantai disinari rembulan terang sambil didendangkan dengan persembahan akustik merdu seorang daripada GO Club Med berkenaan. Suasana jadi meriah apabila beberapa media dan selebriti seperti Cik Manggis, Azira Shafinaz (kedua-duanya anggota De Fam) juga Kilafairy turut sporting menyumbangkan beberapa lagu.
Kembara percutian ini lebih manis apabila team Sephora Malaysia turut mengejutkan tetamu dengan koleksi Holiday menawan dan mengujakan bila masa kami daftar masuk ke bilik masing-masing. Ingatkan cukup satu beg belang hitam putih pada hari pertama. Usai makan malam pada hari kedua, pulang saja ke bilik ada lagi barisan produk eksklusif Sephora yang disusun cantik siap dihiasi lampu kecil, simbolik tema Magical Holiday yang diketengahkan.
Semua ini anda boleh mula miliki di rangkaian Sephora Malaysia mulai sekarang ya! Mari Jelita kongsikan apa yang paling menarik perhatian dan anda boleh beli. Peminat tegar kecantikan pasti tidak mahu ketinggalan…
The post Anggunkan Akhir Tahun Anda Dengan Seleksi Sephora Holiday 2018 Ini! appeared first on Her Inspirasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://herinspirasi.com/fesyen-kecantikan/anggunkan-akhir-tahun-anda-dengan-seleksi-sephora-holiday-2018-ini/