Anggota Dan Aset Atm Diatur Gerak Kekang Covid 19
Kementerian Pertahanan satu-satunya kementerian yang mampu melaksanakan pelbagai tugas menggunakan kepakaran anggota dan aset-aset yang dimiliki.Tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terdiri Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) danTentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempunyai kepakaran dan aset masing-masing yang boleh diatur gerak pada waktu aman mahupun perang.
Contohnya, TD mempunyai 18 rejimen dan kor (termasuk pasukan elit) yang mempunyai pelbagai kepakaran. Mereka bukan sahaja mampu berperang, tetapi juga melakukan tugasan pada waktu aman.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyedari keupayaan ATM dalam melaksanakan tugasan selain di medan perang.
Beliau bijak merancang dan melaksanakan apa yang mampu dilakukan anggota ATM, terutama ketika wabak Covid-19 ini.
ATM sejak awal lagi terlibat membantu mengekang wabak Covid-19. Paling ketara dapat dilihat ialah penglibatan anggota tentera bersama-sama terlibat bertugas di sekatan jalan raya (SJR), rondaan berkenderaan dan di pusat rawatan.
Ketika wabak merebak teruk di Sabah, ATM melalui TUDM terlibat menghantar ubat-ubatan dan peralatan hospital. Selain itu, ATM turut membina hospital medan di sana.
Menyedari beberapa kekangan dihadapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melaksanakan proses memberi suntikan vaksin, sekali lagi Ismail Sabri bersedia mengatur gerak anggota dan aset ATM untuk melancarkan proses tersebut.
Beliau bukan sahaja memikirkan tentang SOP, tetapi juga bagaimana kementerian yang diketuainya dapat memberi sumbangan maksima.
Sekarang ini ATM telah melaksanakan sistem vaksin secara pandu lalu kepada anggota ATM yang didapati lebih mudah, cepat, selamat dan selesa.
Tak perlu bangunan besar. Sangat cepat, 15 minit sahaja.
Vaksinasi pandu lalu dilaksanakan untuk anggota dan keluarga di Kem Sungai Besi dan akan dibuka kepada anggota dan keluarga dari kem-kem lain di Lembah Klang.
Menurut Ismail Sabri, berdasarkan keberkesanan vaksin secara pandu lalu, ATM juga akan buka vaksin pandu lalu di kem-kem di negeri-negeri terutamanya di negeri-negeri berisiko tinggi.
Tambahnya lagi, selepas itu, kita akan buka kepada orang ramai.
"ATM juga telah menawarkan dari segi logistik untuk hantar vaksin ke kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak.
"Trak-trak tentera akan melalui jalan ke pedalaman ini.
"Jika tiada akses jalan, kita akan menggunakan helikopter untuk menghantar vaksin.
"Kita juga akan menggunakan bot untuk bawa vaksin melalui sungai bagi kawasan pedalaman yang tiada jalan darat.", ujar Ismail Sabri dalam catatan di FBnya.
Ternyata penglibatan anggota tentera dapat merapakan anggota ATM dengan masyarakat, selain Projek Jiwa Murni yang telah dilaksanakan selama ini.
Tahniah kepada Ismail Sabri yang memikir dan bertindak yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Hebat ATM.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://lokmanismail.blogspot.com/2021/06/gtf.html