Aneka Resipi Masakan Harian Paling Mudah Masak Guna Santan Kotak


Menjadi rutin bagi ibu-ibu terutamanya yang berkerjaya untuk mencari seleksi resipi yang mudah dan cepat masak. Paling penting ia sedap serta digemari suami serta anak-anak.
Masakan terutamanya yang bersantan, semuanya enak-enak. Kari, Gulai, Masak Lemak Cili Padi, aneka bubur dan manisan antara sajian popular yang digemari dan menduduki carta teratas dalam senarai menu kegemaran rakyat Malaysia. 
Namun ada yang mengeluh kalau nak memasak lauk pauk begini, terpaksa ke pasar basah untuk beli santan perah segar. Jika ramai pelanggan, kenalah ambil giliran dan menunggu. . Harga santan perah sekarang pun boleh tahan mahal juga. Malah cepat basi jika tidak kena cara penyimpanannya.
Tahukah anda memasak masakan bersantan menggunakan SAJI Santan adalah lebih mudah, sedap dan menjimatkan masa? Malah SAJI Santan juga mempunyai keunikan aroma wangi santan dan rasa segar seperti baru diperah.

Seleksi SAJI Santan juga lebih terjamin dari segi kebersihan berbanding santan yang diperah secara manual. Ia dihasilkan menerusi proses Ultra High Temperature (UHT) sekaligus menjadikan SAJI Santan lebih selamat digunakan dalam masakan harian.
SAJI Santan sesuai digunakan dalam semua jenis masakan seperti lauk pauk, manisan, kuih muih, minuman, dan bermacam-macam lagi.
Terdapat tiga pilihan SAJI Santan yang menjadi pilihan para surirumah di Malaysia iaitu:
SAJI Santan KelapaSAJI Krim KelapaSAJI Santan Kelapa “Light”
Tidak perlu berasa ragu untuk menggunakan SAJI Santan setiap hari dalam masakan anda kerana ketiga-tiga varian ini dijamin:
Segar seperti baru diperahMakanan bebas kolesterolTanpa Bahan PengawetSAJI Santan Kelapa diperbuat daripada santan baru diperah dari kelapa yang dipilih khas untuk memberikan rasa yang terbaik. Tekstur santannya halus serta beraroma menjadikan masakan anda jadi lebih sempurna. Boleh didapati dalam saiz 200ml, 1 liter, dan pek jimat (200mlx6).
SAJI Krim Kelapa, memberikan rasa paling berlemak antara semua varian. Teksturnya lebih pekat, lebih berkrim . Ia juga mempunyai rasa dan aroma santan yang lebih kuat. Sangat sedap digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan boleh didapati dalam saiz 200ml.
Bagi anda yang sukakan santan yang kurang lemak, pilihlah SAJI Santan Kelapa “Light” ini. Bersaiz 200ml, kandungan lemaknya hanya 12% sahaja. Wow! Memang lebih sihat. Tapi walaupun lemaknya lebih rendah, rasa, aroma, serta kesegarannya tetap terbaik.
Masak apa pun menjadi dengan SAJI Santan ni. Patutlah santan ni menjadi pilihan Instafamous tersohor, KhairulAming. Anda pun kalau nak masak sedap-sedap macam beliau, jangan lupa guna SAJI Santan dalam masakan.
Istimewa buat anda, RASA ingin berkongsi seleksi resipi mudah, sedap, dan cepat masak yang boleh dihasilkan menggunakan seleksi produk SAJI Santan. Cubalah. Pasti anda dan keluarga sukakannya.
 
1.KARI AYAM TELUR REBUS

BAHAN-BAHAN:
600gm ayam – potong sederhana2-3 biji telur rebus – kupas200ml SAJI Santan Kelapa2 sudu makan rempah kari daging1/2 sudu makan serbuk cili1 tangkai daun kariAir asam jawa secukupnyaGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menumisAir secukupnyaREMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis1 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga cengkih2 biji buah pelagaBAHAN KISAR:
1/2 biji bawang besar2 ulas bawang merah4 ulas bawang putih1 inci haliaCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan rempah penumis bersama daun kari hingga wangi.
2, Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili.
3. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam, kemudian diikuti ayam. Kacau lagi, kemudian biarkan seketika hingga isi ayam kecut.
4. Tambahkan SAJI Santan Kelapa. Biarkan mereneh guna api sederhana sehingga ayam empuk. Tambah air jika perlu.
5. Masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
6. Tutup api dan kari ayam sedia dihidangkan.
 
2. UDANG KARI MERAH THAI BERSAMA NANAS

BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XL4 keping nanas200ml SAJI Santan Kelapa “Light”2 sudu makan pes kari merah thai – boleh didapati di pasaraya3 helai daun limau purut – carik2 hiris lengkuasGaram dan gula secukup rasa4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah3 biji cili merah4 ulas bawang putih2cm haliaCARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan pes kari merah Thai, kacau rata lebih kurang dua minit.
3. Masukkan udang, hirisan lengkuas dan daun limau purut.
4. Kacau rata, kemudian masukkan SAJI Santan Kelapa “Light” dan hirisan nanas.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Apabila udang masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
 
3. GULAI NANGKA IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:
2 ketul ikan masin kurau/talang – dipotong dan direndam1 mangkuk nangka muda – direbus empuk200ml SAJI Santan Kelapa “Light”100ml SAJI Krim Kelapa1 biji tomato – belah empatSebatang serai – dititikGaram secukup rasaBAHAN KISAR:
1 biji bawang besar3 biji bawang merah4 biji cili merah1 biji cili padi4cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
1. Satukan bahan kisar, SAJI Santan Kelapa “Light”, ikan masin, serai dan nangka. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
2. Masukkan SAJI Krim Kelapa dan tomato. Kacau rata. Rasa sebelum menambah garam dengan secukupnya.
3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
 
4. PULUT SEKAYA

BAHAN LAPISAN PULUT:
2 cawan pulut – rendam semalaman1/2 sudu makan garam1 1/2 sudu teh gula1/2 cawan SAJI Krim Kelapa1 ½ cawan airBAHAN LAPISAN ATAS:
5 biji telur1/2 tin susu pekat1/2 tin susu cair2 ketul gula melaka @ gula merah /dicairkanCARA MASAK LAPISAN PULUT:
1. Toskan beras pulut dan satukan dengan garam, gula, SAJI Krim Kelapa dan air. Kacau sebati dan kukus hingga masak.
2. Setelah pulut masak, masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic tahan panas. Tekan-tekan sehingga mampat dan padat.
CARA MASAK LAPISAN ATAS:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau hingga sebati.
2. Kemudian tapis dan tuangkan di atas lapisan pulut tadi.
3. Kukus sekali lagi selama 45 minit hingga sejam.
4. Setelah sejuk, bolehlah dipotong untuk dihidang.
 
5. BUBUR LABU CHACHA

BAHAN-BAHAN:
• 100gm chacha
• 100gm labu – dipotong
• 100gm gula pasir atau secukup rasa
• 50gm gula merah/melaka
• 200ml SAJI Krim Kelapa
• 600gm air
• 1 helai daun pandan
• 2 sudu makan sagu mata ikan – basuh dan toskan air
• 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus chacha bersama air sehingga agak kembang, kemudian masukkan labu. Masaklah sehingga empuk.
2. Setelah empuk masukkan sagu, gula, gula merah, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan SAJI Krim Kelapa.
3. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
 
6. PENGAT KELEDEK UNGU

BAHAN-BAHAN:
400gm keledek ungu – potong dadu lebih kurang 2cm x 2cm100gm gula pasir atau secukup rasa50gm gula merah/melaka200ml SAJI Krim Kelapa600gm air1 helai daun pandan – simpul1/2 sudu teh garamCARA MEMASAK:
1. Dalam periuk bersesuaian, rebus keledek sehingga empuk.
2.kemudian masukkan gula, gula merah/melaka, garam dan daun pandan.
3. Kacau sebentar kemudian masukkan SAJI Krim Kelapa.
4. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
 
 
Nak tahu lebih banyak lagi informasi mengenai SAJI Krim Kelapa & SAJI Santan Kelapa? Layari https://fgvdelima.com/ dan boleh dapatkan produk-produk ini menerusi pembelian atas talian di https://shopee.com.my/kedaifgv
 
 
 
 
 
The post Aneka Resipi Masakan Harian Paling Mudah Masak Guna Santan Kotak appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2023/01/aneka-resipi-masakan-harian-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Roasted Chicken Mudah Paling Pantas Guna Air Fryer Air Tangan Superdaddy Paling Mantap

Resipi Roasted Chicken Mudah Paling Pantas Guna Air Fryer Air Tangan Superdaddy Paling Mantap

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 170 hits
Sebut sahaja ayam panggang anak anaklah yang paling suka Berebut rebut anak makan dengan sos padu dan kuah pekat Nak tambah lagi buatkan salad ringkas untuk anak Nak jimatkan masa ayam panggang dengan air fryer paling disarankan Jom cuba re...
Bahan Tak Banyak Main Susun Susun Je Resipi Cheesekut Sos Karamel Ni Paling Sedap Mudah Nak Buat

Bahan Tak Banyak Main Susun Susun Je Resipi Cheesekut Sos Karamel Ni Paling Sedap Mudah Nak Buat

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 173 hits
Berbanding kek atau puding salah satu manisan yang paling mudah hendak disediakan adalah Cheesekut yang satu ketika dulu pernah viral Dah lama tak buat apa kata kali ini kita main susun susun biskut untuk buat cheesekut paling mudah dan sed...
Resipi Sambal Tempe Basah Sangat Sedap Cara Masak Pun Mudah

Resipi Sambal Tempe Basah Sangat Sedap Cara Masak Pun Mudah

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 217 hits
Sambal Basah memang menjadi kegemaran ramai Salah satu yang mudah dan sedap ialah resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni Menurut beliau Sambal Tempe yang dikongsi ini versi basah dan bilisnya pun rangup Sangat sedap dimakan bersama na...
Resipi Tauhu Telur Berlado Petai Masak Macam Ni Barulah Best

Resipi Tauhu Telur Berlado Petai Masak Macam Ni Barulah Best

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 115 hits
Sedapnya menu Tauhu Telur Berlado Petai ni Lauk sangat ringkas namun rasanya sangat padu Memang terbaik Kadang kadang tidak perlu lauk pauk yang mewah dan mahal untuk membuka selera Hidangan ringkas begini ada kalanya lebih memuaskan hati M...
Seleksi Resipi Nasi Himpit Terengganu Mudah Sedap

Seleksi Resipi Nasi Himpit Terengganu Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 253 hits
Menu nasi himpit atau nasi kapit popular di Terengganu Sesuai dimakan bila bila masa saja namun kebiasaannya nasi himpit dijadikan menu sarapan Kali ini kita kongsikan 4 resipi nasi himpit oleh Muliadi Ramli yang sering menjadi pilihan Anda...
Santan Segar Berkualiti Premium Adalah Santan Mawar Menjadi Pilihan Dalam Masakan Dan Minuman

Santan Segar Berkualiti Premium Adalah Santan Mawar Menjadi Pilihan Dalam Masakan Dan Minuman

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 268 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Penggunaan santan kotak atau santan pek sekarang ini sangat menjadi pilihan terutama bagi pengusaha makanan di restoran atau h...
2 Cara Restart Iphone Paling Mudah Dan Cepat

2 Cara Restart Iphone Paling Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 220 hits
Bagimana cara restart iphone Atau anda tak pernah restart iPhone anda hehe Ada artikel yang mengatakan bahawa jika anda restart smartphone anda sekurang kurang nya 1 kali dalam 1 2 minggu ia boleh memanjangkan hayat smartphone anda dari seg...
Jejari Roti Bersalut Tepung Mudah Buat Hanya Guna 2 Bahan Ini Je

Jejari Roti Bersalut Tepung Mudah Buat Hanya Guna 2 Bahan Ini Je

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 299 hits
Idea untuk minum petang kali ini sangat mudah Kalau ada roti dah nak tamat tempoh tapi masih banyak boleh cuba resipi ini Teksturnya rangup memang berselera makan Bukan setakat anak yang ralit makan sesiapa jua yang makan pasti susah nak be...
Jpn Tangguh Pengeluaran Mykid 6 Bulan Boleh Guna Surat Beranak Bagi Urusan Harian

Jpn Tangguh Pengeluaran Mykid 6 Bulan Boleh Guna Surat Beranak Bagi Urusan Harian

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 290 hits
Jabatan Pendaftaran Negara terpaksa menangguhkan pengeluaran kad pengenalan kanak kanak selama enam bulan Keputusan itu dibuat susulan kekurangan bekalan mikrocip yang kini sedang melanda seluruh dunia Bagaimanapun Ketua Pengarah JPN Datuk ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah