Aneka 11 Resepi Laksa Pelbagai Negeri Laksa Utara Penang Johor Sarawak Etc


ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Fuhhhh laksaaa sehhh! Siapa minat laksa kat sinii? Haaa ni nak share aneka 11 resepi laksa dari pelbagai negeri dan pelbagai jenis seperti laksa utara, laksa penang, laksa kedah, laksa johor, laksa sarawak dan laksa luar negara pun ado ha! Singapore dan Siam Thai kapkunkapp.

Saya minat laksa tapi lebih minat kuah laksa dari laksa hahaha. Seriuss ni. Saya pernah ambil kuah laksa tanpa laksa tau. Pelik tak pelik kan.

ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI - LAKSA UTARA, PENANG, JOHOR, SARAWAK, etc.Credit: Idea Masakan
1. RESEPI LAKSA UTARA YANG SEDAP DAN MUDAH!ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERILaksa utara ni pernah menang "makanan terbaik" di luar negara dulu, memang tak dapat dinafikan, satu Malaysia suka makan. Ni admin share dengan korang, cuba la! share cepat!
Bahan-bahannya:
(Untuk kuah)
5-7 ekor ikan kembong (saya biasa guna ikan kembung, ikan lain pun boleh macam sardin dan sebagainya) saiz ikut besar ikan. Kalau kecil tambah jadi 10 ekor. Sebolehnya mesti ikan segar.5-10 biji cili kering (ikut tahap kepedasan yang digemari)1 biji bawang besar saiz sederhana hingga besar.5 ulas bawang merah.1-2 cm belacan.5-6 keping asam gelugur (asam keping).Daun kesum / bunga kantan.Garam / Serbuk perasa (jika suka)Air kosong ikut kesesuaian.
(Bahan Laksa dan tabur)
1-2 bungkus laksa (dicelur sehingga lembut)Daun selom / daun putat / pucuk gajus / ulam raja.Bawang besar.Limau nipis.Telur rebus.Cili padi.Semua bahan-bahan ni di potong halus dan mengikut kesukaan anda. Kalau di Kedah, selalunya laksa tak di makan dengan daun salad. Lain rasanya.
Cara Membuat Kuah Laksa:
1. Rebus ikan, masukkan 2 keping asam jawa dan sedikit garam dalam air rebusan. Setelah masak, asing isi ikan dengan tulang-tulangnya dalam bekas yang berlainan. Air rebusan jangan dibuang, boleh digunakan untuk membuat kuah. Biasanya saya gunakan periuk yang sama untuk merebus ikan dan membuat kuah.
2. Masukkan isi ikan ke dalam blender dan kisar seketika dengan sedikit air. Jangan terlampau halus isi ikan itu. Biarkan isinya agak kasar. Tuangkan isi ikan yang telah dikisar ke dalam periuk yang ada lebihan air kukusan tadi.
3. Mesin pula tulang dan kepala ikan bersama air sehingga halus. Kemudian tapis airnya dan masukkan dalam periuk tadi. Ulang tapis sehingga 2 hingga 3 kali.
4. Cili kering tadi direbus dan dikisar bersama-sama bawang besar, bawang merah dan belacan sehingga halus. Kemudian masukkan kedalam periuk kuah tadi.
5. Dalam masa yang sama, masakkan kuah tadi dengan api sederhana.
6. Masukkan daun kesum, bunga kantan yang telah di potong, garam dan serbuk perasa serta asam keping.
7. Masaklah sehingga mendidih dan rasakan kuah anda biar secukup rasa. Jika terlampau pekat, sila tambahkan air mengikut kesukaan anda.
8. Biarkan mendidih atas dapur buat buat seketika.
9. Sedia untuk dihidang bersama-sama laksa dan bahan-bahan tabur tadi. Juga sedap ditambah otak udang.
Selamat mencuba dan jumpa lagi.
*Tips dari admin, nak sedap lagi kuahnya, simpan satu malam.
2, LAKSA PENANGANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERIBahan-bahan Untuk Stock Ikan
- 10 ekor ikan kembung ~ boleh juga menggunakan ikan mata besar atau ikan sardin- 5 keping asam keping- Air secukupnya untuk merebus ikan- Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih.- Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih.- Selain ikan kembung anda boleh juga menggunakan ikan mata besar, ikan sardin, ikan tenggiri atau ikan tongkol
1. Ikan yang kita dah siang tadi, kita masukkan ke dalam periuk.2. Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.3. Masukkan juga asam keping4. Kemudian rebus ikan hingga empuk. Bila dah empuk tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.5. Asam keping ni kita dah tak gunakan lagi, bolehlah di buang.6. Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.7. Isi ikan pula kita bahagi 2.8. 1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.9. Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.10. Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.11. Lepas kisar, kita tapis.12. Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk.
Bahan untuk pes
20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas boleh kurangkan.10 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1 keping belacan yang telah di bakar ~ belacan ni anggaran besar duit 50 sen
Semua bahan ini, disatukan di dalam pengisar dan kisar halus
Bahan Untuk Kuah Laksa
Air rebusan ikanAir tulang ikanAir isi ikanIsi ikan yang di ramas kasarPes cili, bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah di kisar2 batang serai ~ di titik (maaf tak ada di dalam gambar terlupa letak)2 kuntum bunga kantan ~ di belah 27 keping asam keping1 inc lengkuas ~ di hiris1 mangkuk daun kesum1 sudu besar pes udang atau petis1 batang empulur nenas (isi nenas ni kita simpan untuk di racik halus)
Bahan dah pun siap!Sekarang masanya untuk kita mulakan memasak.Perasakan garam gula dan asamnya secukup rasa.Laksa ni kena ada rasa masam, masin dan manis, jika kurang rasanya boleh lah tambah kan asam, garam atau gula mengikut selera masing-masing.
3. LAKSA SIAMANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERIBahan kuah
Isi ikan sardin (1kg)3bji bawang Holland*4ulas bawang putih*Halia*Serai*Lengkuas*Kunyit hidup*Asam kepingcili API*1 sudu kecil serbuk ketumbar*Daun limau perutSantanAir rebusan ikan
Kisar semua bahan yang bertanda*
Cara Masak Macam Masak lemak ye...
Bahan hiasan
TimunTaugeSerbuk cili SiamKacang pnjangLimau nipisPudinaDaun selasih
Selamat mencuba!
Kredit Resepi: kayroll rizz
4. RESEPI LAKSAM KELANTANANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERIBahan-Bahan:
Laksam –
2 cawan tepung beras1/2 cawan tepung gandum2 sudu kecil tepung ubisecubit garam4 cawan air suam
Kuah –
1/2 kg ikan selayang/ sardin/ kembungSedikit halia5 biji bawang merahSedikit serbuk lada hitam3 cawan santan (dari 1 biji kelapa)Sedikit asam kepingSedikit gula
Cara Membuat:
Laksam –
1. Campur semua bahan dan gaul sebati. Perap dalam setengah jam.2. Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api.3. Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)4. Letak pinggan tu dalam periuk kukusan. Tuang 2 senduk dan ratakan sampai nipis. Kukus sampai keras.5. keluarkan dan tunggu suam terus gulung. Gunting sederhana tebal.
Kuah –
1. Rebus ikan dengan air dalam periuk. Paras air sama dengan paras atas ikan.2. Masukkan satu asam keping dan sedikit garam.3. Bila ikan sudah masak, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang. Buang tulang ikan.4. Kisar isi ikan dengan halia, bawang merah dan air rebusan. Masakkan bahan kisaran dalam periuk.5. Tambahkan serbuk lada hitam, garam, satu lagi asam keping dan sedikit gula.6. Masukkan santan. Masak hingga kuah agak pekat. Tutup api.
Ulam –
1. Kacang panjang, kobis, daun kesum, bunga kantan, daun ketumbar – semua hiris halus dan campurkan bersama.2. Taugeh – direndam dalam air panas sebentar3. Timun – buang kulit, buang tengah dan hiris panjang
Sambal –
1. Rebus semua cili selama 5 minit.2. Buang air rebusan dan tumbuk semua cili dengan sedikit garam.3. Tambahkan belacan dan sedikit air perahan limau nipis.4. Hidangkan laksam bersama kuah dan ulam-ulaman.
5. LAKSA SINGAPURAby: Pn Asmah Laili reseANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI2 kg mi laksa - dicelur dan toskan3 tangkai daun kesum - dicuci bersih dan dirampai3 tangkai daun selasih - dicuci bersih dan dirampai300 gm taugeh - boleh celur atau dimakan mentah3 biji timun - di hiris halus lidi mancis
Bahan Kuah1 ekor ikan parang - boleh juga ganti dgn ikan tenggiri20 tangkai cili kering - direndam dan dikisar6 batang serai - dikisar2 cm lengkuas - dikisar10 ulas bawang putih - dikisar (ita kurangkan)4 biji bawang besar - dikisar (ita guna bawang merah)1/2 biji kelapa parut - dijadikan kerisik2 biji kelapa parut putih - ambil santannyer1.25 liter air8 sudu makan rempah kari ikan150 gm asam jawa - ramas bersama air dan tapis ambil airnya sahaja250 gm ikan kering kurau - diambil isinyer dan direndam hingga lembut125 ml minyal masak - utk menumissedikit garam dan gula.sedikit belacan - ita tambah1 kiub ikan bilis - ita tambah
Bahan sambal belacan30 biji cili merah10 biji cili padi1 sudu makan penuh belacan bakar1 biji limau kasturiSemua bahan diatas ditumbuk atau dikisar kemudian letakkan jus limau kasturi dan secubit garam.
Cara memasak:

1. Untuk membuat kuahnya, buang kulit ikan parang, dipotong empat dan dibersihkan. kukus ikan bersama serai.2. Setelah sejuk, buang tulang dan ambil isinyer. Kisarkan isi ikan bersama kerisik kelapa dan ketepikan.3. Gaulkan rempah kari ikan bersama bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik aromanya.4. Kemudian masukkan kerisik dan ikan yang telah dikisar. gaul higga sebati dan tutup periuk sebentar.5. Setelah itu barulah masukkan air dan biarkan mendidih.6. Apabila mendidih masukkan santan dan kacau lagi hingga rata. biarkan mendidih sekali lagi.7. Setelah mendidih masukkan air asam, diikuti dengan ikan kurau dan biarkan hingga kuahnyer naik minyak.8. Perlahan-lahan dengn menggunakan senduk, keluarkan minyak yang terdapat di permukaan kuah dan buang.9. Apabila masak, angkat dan hidangkan bersama mi laksa, sambal belacan dan juga bahan hiris yang lain.
6. ASAM LAKSASumber : Kegemaran MalaysiaANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI1 bungkus laksa - direbus - ita beli yg dah siap punyer...1 kg ikan kembung atau ikan selayang - disiang dan dicuci bersih - ita guna ikan kembung1 liter air5 biji cili merah - dibuang biji dan dikisar - ita lebihkan cili5 biji cili padi - dikisar - ita tambah2 cm belacan - dikisar5 ulas bawang merah - dikisar3 ulas bawang putih - dikisar5 keping asam gelugur - ita lebihkan sebab suka masam21 tangkai daun kesum - ita letak lebih sikit sebab suka bau dia...2 kiub ikan bilis - ita tambahgaram secukup rasa
"DO IT YOURSELF"
Rebus ikan dan ambil isinyer sahaja. Isi ikan tadi dihancurkan kasar kasar sahaja. (ita ambil tulang ikan tu bersama air rebusan ikan tadi dan kisar halus kemudian ita tapis ambil airnyer sahaja. Air tu ita gunakan untuk dikisar bersama dengan bahan-bahan kisar....)
Masukkan air rebusan ikan dan isi ikan kedalam periuk. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar, asam gelugur dan daun kesum. Masak atau rebus bahan ini hingga kuah mendidih. Masukkan kiub ikan bilis dan garam secukup rasa. Biar sehingga kuah merenih dan boleh lah dihidangkan bersama bahan-bahan ulam- ulaman.
7. LAKSA JOHORANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERIBahan-bahan:● Spagetti 1 paket (direbus)● 1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)● 1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
Bahan-bahan yang perlu dikisar halus● 15 ulas bawang merah● 5 ulas bawah putih● 3 inci lengkuas
Bahan-bahan yang perlu dikisar (A)● 3 batang serai● 300 gm udang kering
Bahan yang perlu dibakar dan dikisar (B)● 150 gm ikan kurau kering
Bahan (C)● Kerisik● Santan kelapa● Garam dan serbuk perasa
Cara menyediakan:1. Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.2. Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.3. Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.4. Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap
Untuk Ulam:1. Taugeh2. Daun kesom & daun selasih3. Lobak asin4. Sambal belacan5. Timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus(bukan seperti buat laksa asam)6. Limau kasturiHALAL TO share yer
8. Resepi Laksa Kuala PerlisANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERIBahan-Bahan:
1 kg laksa beras – di rebus dan toskan (Boleh guna laksa kering)1 kg ikan kembung – di bersihkan1/2 kg ikan selayang – di bersihkan2 batang bunga kantan – di hiris5 tangkai daun kesum3-5 keping asam gelugur3 liter airGaram secukup rasa
Bahan Kisar –
250gm bawang besar150gm cili kering – kurangkan jika tak tahan pedas25gm belacan
Bahan Hiasan –
8 biji telur – di rebus dan dibelah dua20gm cili padi – di potong5 tangkai daun selom – di hiris1 biji timun – di hiris halus
Cara Memasak:
1. Rebus ikan kembung dan selayang. Asingkan bahagian isi dan tulang ikan.
2. Isi ikan dikisar dan dimasukkan kedalam periuk yang berisi air. Kemudian kisar tulang ikan sehingga hancur, tapis dan masukkan ke dalam periuk yang sama.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam rebusan ikan tadi.
4. Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan perasakan. Biarkan mendidih dan angkat.
5. Masukkan laksa ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan hiasan.
9. LAKSA LEMAK KEDAHANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI - LAKSA UTARA, PENANG, JOHOR, SARAWAK, etc.Resepi:
1 paket laksa direbus hingga lembut (saya guna Laksa Bihun Mak Siti yang kecil tu)
Bahan-bahan sampingan:Timun- di hiris nipisPucuk gajusTaugehTelur rebusLimau kasturiCili padi
Bahan-bahan untuk kuah:1 kilo ikan selayang/sardin- direbus, diambil isinya sahaja dan dikisar sedikit2 cawan santan3 cawan air rebusan ikan2-3 sudu besar serbuk kari ikan1 batang bunga kantan2 sudu besar serbuk kari- bancuh dengan sedikit air2 tangkai daun kesum3 keping asam gelugorGaram secukup rasa3 ulas bawang merah- dimayang1 ulas bawang putihDaun kariSedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga layu.2. Masukkan pes serbuk kari .. tumis hingga pecah minyak.. api jangan kuat tau...3. Masukkan isi ikan, air rebusan dan santan.4. Masukkan asam gelugor, daun kesom dan bunga kantan..5. Masak kuah hingga mendidih. Tambah air jika kuah terlalu pekat.6. Perasakan dengan garam dan gula...rasa dan jika ok boleh tutup api..dan sedia dihidangkan
10. Resepi Laksa SarawakANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERIBahan-Bahan:
Pes Laksa Sarawak – (200 gm)
8 biji bawang merah*4 ulas bawang putih*10-12 tangkai cili kering*1 inci lengkuas*1 sk (sudu kecil) ketumbar1 sk jintan manis1 sk jintan putih3 biji buah keras*2-3 batang serai*1 inci belacan bakar*1/4 cawan kacang tanah (digoreng)1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)Sedikit garamSedikit minyak untuk menumis
Laksa Sarawak – (6 Orang Makan)
200 g pes atau perencah laksaIsi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)1/2 kilo udang basah1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)2 batang serai (diketuk)200-250 ml santan pekatGaram dan gula secukup rasaTaugeh (dicelur)Sedikit daun ketumbar (diracik)Limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Sambal Udang Kering –
6 biji bawang merah (dikisar)2 ulas bawang putih (dikisar)Sedikit belacan bakar (dikisar)Segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnyaSedikit air asam jawaGaram dan gula
Cara Membuat:
Pes Laksa –
1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda (*).
2.Bahan-bahan seperti jintan manis/ putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda (*).
3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan.

4. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
5. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak –
1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Sambal Udang Kering –
1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.
2. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
11. Laksa Mee PangkorResepi oleh: Junainie OmarANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERINi resipi nya...
Kuah laksa mee:Ikan/ketam/udangAsam kepingGaram(rebus semuanya kemudian letak garam sikit)
Sayur kacang:Kacang panjang (dihiris nipis)Lobak masin (dihiris nipis)Bawang putih+bawang besar (dihiris nipis)Udang/isi ikan/isi ketam (dipotong ikut kehendak)Kicap manisGaram
Cara masak:Tumis bawang putih + bawang besarMasukkn lobak masinKemudian masukkan udang/ isi ikan/ isi ketamSeterusnya masukkan kacang panjangLetak sikit kicapTutup api letak sikit garam
Sambal:Cili keringBawang bsrBawang putih (dihiris nipis)Air asam jawaCukaCili api
Cara masak:Cili kering direbus kemudian dikisar bersama bawang besar dan cili apiLetakkan dalam mangkukMasukkn sedikit air asam jawa dan cukaKemudian goreng bwang putih yang dihiris dan tabur bersama mnyak yang digoreng atas cili kering tadi...(tumis darat namanya )
Mee:Laksa mee di rebus
(sebenanrnya laksa mee ni hanya ada dijual di area manjung/ pantai remis/ lumut/ pangkor Perak... tapi kalau cikgu-cikgu ke pasaraya... boleh beli mee teow... lebih kurang je mee nya sebab laksa mee ni makanan orang cina pangkor)
Selamat mencuba semua!
p/s: Laksa mee ni banyak cara memasaknya.. Ni cara arwah makngah saya orang sana.

Moga bermanfaat. Selamat memasak laksa slurppp!

Daa~ wassalam! :)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2018/12/aneka-11-resepi-laksa-pelbagai-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laksa Penang

Laksa Penang

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 659 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semalam ada pasar malam KK ni dari minggu lepas tunggu tuan laksa penang sebabnya minggu lepas dia tak meniagaMujurlah minggu ni ada tak adalah meleleh air liur kan hahaha sebab kat sini memang sedap la...
Jabatan Pendidikan Negeri Johor 20181212 Latihan Kebakaran

Jabatan Pendidikan Negeri Johor 20181212 Latihan Kebakaran

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 442 hits
Jabatan Pendidikan Negeri Johor 20181212 Latihan Kebakaran Actually Benda sepatutnya dah ada hanky panky Siren terbunyi awal Semua pakat dah turun Bila diarah naik kebanyakan duduk kat area bawah sahaja sampai bunyi siren sebenar kedengaran...
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Negeri Jpn Johor Bil 3 2018

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Negeri Jpn Johor Bil 3 2018

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 301 hits
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Negeri JPN Johor Bil 3 2018 Alhamdulillah Dengan selesainya mesyuarat terakhir ni maka lengkaplah semua agenda penting kami untuk 2018 Bermula mesyuarat ini penggunaan dashboard rasmi KPM dikuatkua...
Resepi Bubur Asyura Utara Paling Ringkas Tapi Sedap Untuk Makan Dengan Famili

Resepi Bubur Asyura Utara Paling Ringkas Tapi Sedap Untuk Makan Dengan Famili

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 792 hits
Bubur Asyura Kedah Perlis a k a Bubur Asyura Utara setiap tahun mak akan masak di kampung bersama penduduk setempat secara bergotong royong demi untuk memasan Bubur Asyura ini Jika dulu semasa tinggal di utara bersama family sememangnya wak...
Resepi Asam Pedas Versi Utara Style Mak Saya

Resepi Asam Pedas Versi Utara Style Mak Saya

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 754 hits
mmmmm dapnyaaaaa hirup kuah saje pon dah mengenyangkan hihi kalau time badan tak sihat ini yang dirindui asampedasversiutara airtanganmakSimpan sini resepi mudah ni Kekadang anak mak ni jenis pelupa Nak buat menggelabah call sana sini Ini r...
Jawatan Kosong Pejabat Menteri Besar Johor

Jawatan Kosong Pejabat Menteri Besar Johor

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 714 hits
Jawatan Kosong Pejabat Menteri Besar Johor Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Pejabat Menteri Besar Johor bagi jawatan seperti berikut PEGAWAI PENYELI...
Kedudukan Mb Johor Tidak Perlu Dibangkitkan Rileksmedia

Kedudukan Mb Johor Tidak Perlu Dibangkitkan Rileksmedia

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 281 hits
KULAI Parti Pribumi Bersatu Malaysia menegaskan jika terdapat usaha melobi atau menjatuhkan Menteri Besar ia bukan sahaja tidak baik untuk individu bahkan negeri secara keseluruhannya Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kedudukan M...
Pulau Kukup Kekal Sebagai Taman Negara Johor

Pulau Kukup Kekal Sebagai Taman Negara Johor

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 821 hits
Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara Johor nbsp Dikemas kini 9 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 9 Dec 2018 3 53PM
Footgolf Pertama Di Johor Bahru Hanya Di Pulai Springs Resort

Footgolf Pertama Di Johor Bahru Hanya Di Pulai Springs Resort

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 409 hits
Assalamualaikum semua Minggu lepas Ummi berpeluang menyaksikan perasmian FootGolf pertama di Johor Bahru iaitu di Pulai Springs Resort Wahhhh memang teruja tau tengok diorang beraksi Maklumlah baru pertama kali permainan ni wujud di negeri ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation