Andre Anura Lebur Rekod Kebangsaan Berusia 12 Tahun


Skuad olahraga negara membuka kempen Sukan SEA ke-30 di Filipina dengan pencapaian sederhana setelah sekadar mengutip dua pingat perak dan satu gangsa pada hari pertama pertandingan di Stadium Olahraga New Clark City, di sini, hari ini.
Atlet kelahiran Sabah, Andre Anura Anuar, bagaimanapun, mencuri tumpuan setelah memecahkan rekod lompat jauh kebangsaan selama 12 tahun milik Josbert Tinus dengan lompatan 8.02 meter (m) untuk meraih pingat perak.
Catatan berkenaan, sekali gus menyaksikan Anura memadam rekod terdahulu iaitu 7.88m dengan jarak dilakar Josbert pada Kejohanan Terbuka Thailand cdi Bangkok pada Oktober 2007.
“Saya tidak sangka buat lompatan melebihi 8 meter kerana sasaran saya hanya lakukan yang terbaik, dan saya bersyukur dapat pecahkan rekod kebangsaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya acara berkenaan.
Anura melakar catatan peribadi terbaik 7.90m yang dilakukannya pada Kejohanan Terbuka Berwang di Kota Kinabalu pada 2 Nov lalu, namun tidak disahkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kerana beliau mendapat bantuan angin melebihi 2.0 meter per saat.
Pingat emas acara berkenaan dimenangi oleh atlet Indonesia, Sapwaturrahman yang mencipta rekod baharu Sukan SEA iaitu 8.03m dan berjaya memadam rekod terdahulu dicipta atlet Filipina, Henry Dagmil pada edisi 2007 di Korat, Thailand.
Atlet Thailand, Suttisak Singkhon meraih gangsa dalam acara berkenaan dengan lompatan sejauh 7.89m.
Dalam pada itu, pemegang rekod kebangsaan acara lompat bergalah lelaki, Iskandar Alwi sekadar mencatat ketinggian 5.0m untuk meraih pingat gangsa dalam acara berkenaan.
Wakil tuan rumah, Ernest John Obiena memenangi acara berkenaan setelah mencatat rekod baharu Sukan SEA iaitu 5.45m, sekaligus memadam rekod terdahulu, iaitu 5.35m yang dilakar atlet Thailand, Porranot Purahong pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Purahong terpaksa berpuas hati dengan kutipan perak setelah mencatat lompatan setinggi 5.20m.
Pelari kelahiran Australia, Russell Alexander Nasir Taib pula menghadiahkan pingat perak untuk Malaysia dalam acara 200m setelah mencatat masa 21.11 saat (s).
Dua atlet Thailand, Chayut Khongprasit dan Siripol Punpa meraih dua kedudukan teratas selepas masing-masing melakar catatan masa 20.71s dan 20.78s.
Pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi, Jackie Wong Siew Cheer pula meraih pingat perak menerusi balingan sejauh 63.83m manakala rakan sepasukan, Sadat Marzuki Ajisan menduduki tangga keempat dari tujuh peserta dengan balingan 57.35m.
Atlet Thailand, Kittipong Boonmawan mencipta rekod baharu Sukan SEA menerusi balingan sejauh 67.56m, sekali gus memadam rekod terdahulu, 65.90m dicipta Wong pada 2017.
Atler Myanmar, Aung Ye Htet meraih gangsa dengan balingan sejauh 58.88m
New national record. First ever Malaysian jump over 8 m pic.twitter.com/z5RRmSD52Z
— #TeamMALAYSIA 🇲🇾 (@AtletMalaysia) December 7, 2019


Sumber: Bernama,  Twitter Atlet Malaysia
The post (Video) Andre Anura Lebur Rekod Kebangsaan Berusia 12 tahun appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/08/video-andre-anura-lebur-rekod-kebangsaan-berusia-12-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telefon Bimbit Kuno Berusia 800 Tahun

Telefon Bimbit Kuno Berusia 800 Tahun

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 479 hits
Vienna Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar arkeologi menjadi viral di Internet menyebabkan ramai membuat spekulasi bahawa ia membuktikan mengembara merentas masa sesuatu yang boleh berlaku Antara spekulasi...
Cubaan Penyamun Cuba Pecah Masuk Rumah Gagal Apabila Dia Dibelasah Teruk Bekas Peninju Wanita Berusia 82 Tahun

Cubaan Penyamun Cuba Pecah Masuk Rumah Gagal Apabila Dia Dibelasah Teruk Bekas Peninju Wanita Berusia 82 Tahun

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 432 hits
Ibarat buku bertemu ruas seorang penyamun yang cuba memecah masuk rumah milik seorang warga emas berhadapan nasib malang apabila dia dipukul dan dibelasah dengan teruk oleh wanita tua itu Wanita berusia 82 tahun dikenali sebagai Willie Murp...
Rumah Kampung Melayu Berusia 130 Tahun Di Pulau Ubin Ini Terima Bantuan Baik Pulih Dari Nparks

Rumah Kampung Melayu Berusia 130 Tahun Di Pulau Ubin Ini Terima Bantuan Baik Pulih Dari Nparks

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 262 hits
SINGAPURA Sebuah rumah kampung Melayu jenis panggung yang berusia sekitar 130 tahun merupakan antara tujuh rumah kampung di Pulau Ubin yang menerima bantuan untuk diperbaiki dan dipulihara oleh Lembaga Taman Negara Bantuan tersebut bermakna
Survey Harga Baju Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Agama Anak Tahun 2020

Survey Harga Baju Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Agama Anak Tahun 2020

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 1948 hits
SURVEY HARGA BAJU SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH AGAMA ANAK TAHUN 2020 Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua Memandangkan anak nak sekolah darjah 1 tahun depan dan tok mak depa ni pun ada bagi tahu nak sponsor baju sekolah cucu cucuny...
Pahatan Batu Tertua Di Dunia Ditemukan Di Indonesia Berusia 44 000 Tahun

Pahatan Batu Tertua Di Dunia Ditemukan Di Indonesia Berusia 44 000 Tahun

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 234 hits
Seni pahat dalam gua menggambarkan aktivitas berburu ditemukan di Indonesia berusia 44 000 tahun menjadikannya seni pahat tertua yang diciptakan manusia
Akhirnya Bertemu Jodoh Jua Nenek Berusia 56 Tahun Akhir Zaman Bujang Dengan Sirajudin

Akhirnya Bertemu Jodoh Jua Nenek Berusia 56 Tahun Akhir Zaman Bujang Dengan Sirajudin

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 585 hits
Akhirnya bertemu jodoh jua Nenek berusia 56 tahun akhir zaman bujang dengan SirajudinViral gambar gambar pernikahan seorang wanita warga emas yang berasal dari Kendari Sulawesi Tenggara Indonesia yang mendapat pelbagai reaksi netizen Hj Haw...
Finlandia Bakal Punya Pm Baru Termuda Di Dunia Berusia 34 Tahun

Finlandia Bakal Punya Pm Baru Termuda Di Dunia Berusia 34 Tahun

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 217 hits
Finlandia akan memiliki perdana menteri termuda di dunia Sanna Marin pemimpin Partai Sosial Demokratik akan segera dilantik
Berusia 70 Tahun Tapi Masih Dara

Berusia 70 Tahun Tapi Masih Dara

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 325 hits
Nenek ini BERUSIA 70 tahun ini ia masih perawan walaupun usianya 70 tahun Pam Shaw 70 tahun wanita bekas penari kabaret dengan nama panggung The Sexational pam mengatakan bahawa dirinya masih perawan kerana percaya dengan perkahwinan dan ti...
Individu Berusia 20 Hingga 29 Tahun Paling Ramai Hidap Hiv

Individu Berusia 20 Hingga 29 Tahun Paling Ramai Hidap Hiv

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 258 hits
Seramai 45 peratus pesakit HIV merupakan mereka yang berusia dalam lingkungan 20 sehingga 29 tahun manakala 32 peratus terdiri daripada individu berusia 30 hingga 39 tahun HIV merupakan sejenis virus yang menyebabkan pesakit mudah dijangkit...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang