Andaipun Di Hujung Senapang Garuda Jusit Tetap Kibar Jalur Gemilang


Nora MahparJusit Rantai, individu pertama di Sabah yang menaikkan bendera Malaysia ketika pengisytiharan pembentukan Malaysia. (Gambar keluarga Jusit Rantai)PETALING JAYA: “Berbagai kaum sudah berikrar, menjunjung cita-cita 1 bangsa 1 bahasa Malaysia berjaya. Dari Perlis sampailah ke Sabah, kita sudah merdeka negara makmur rakyat mewah kita sudah berjaya.”
Begitulah bait lirik lagu “Malaysia Berjaya” yang berkumandang ketika sambutan pengisytiharan Malaysia di Padang Bandaran, Jesselton atau kini dikenali sebagai Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada 16 Sept 1963.
Tiga beradik – George Laim Jusit, Jane Jusit, dan Juliana Jusit – menyaksikan peristiwa yang meresap jiwa ribuan orang yang hadir itu.
Kebanggaan di hati keluarga Jusit ini melebihi segala-galanya kerana individu yang diberi amanah menaikkan Jalur Gemilang pada hari itu ialah bapa mereka, Sarjan Jusit Rantai.
Gorge, Jane, dan Juliana juga mempunyai peranan masing-masing pada hari itu. Mereka mewakili sekolah masing-masing yang berbaris di Padang Merdeka bagi memeriahkan upacara pengisytiharan Malaysia.
“Walaupun masing-masing berasa teruja kerana kami anggap bapa sebagai ‘hero’ terpilih menaikkan bendera Malaysia tetapi kami masih berjaga-jaga,” kata Juliana, 65, kepada FMT.
“Bapa sudah pesan supaya jaga diri dan berhati-hati pada waktu itu berikutan khabar angin akan berlaku kekacauan.”
Jusit Rantai berdiri di belakang pentas (kiri gambar) yang menempatkan Timbalan Perdana Menteri Abdul Razak Hussein dan Ketua Menteri Muhammad Fuad Stephens ketika pengisyiharan Malaysia. (Gambar keluarga Jusit Rantai)Amukan Garuda
Peristiwa bersejarah di Kota Kinabalu ketika itu berlatarkan Konfrontasi (1963–1966), respon Indonesia kepada pembentukan Persekutuan Malaysia susulan pengunduran British di Asia Tenggara.
Ia melibatkan penyusupan bersenjata, serangan bomb, dan tindakan subversif lain yang bertujuan untuk menggugat kestabilan anggota persekutuan baharu itu, iaitu Sabah, Sarawak, Tanah Melayu, dan Singapura.
“Ketika itu, ada khabar angin mengatakan sesiapa yang menaikkan bendera berada dalam bahaya kerana mungkin diserang,” kata Juliana.
“Di saat melihat bapa menaikkan bendera, hati saya berdebar-debar, bangga, dan takut bercampur-baur kerana bimbang bapa mungkin diserang.”
Walaupun upacara selesai tanpa gangguan, bayangkan setiap saat yang begitu menguji perasaan 3 beradik ini yang berusia 8 hingga 11 tahun ketika itu.
“Selepas habis majlis bapa pergi kepada kami dan kami berpelukan erat kerana semuanya selamat,” kata Juliana.
Sarjan Jusit Rantai di hadapan Balai Polis Pensiangan pada 1970 ketika bertugas sebagai ketua polis balai. (Gambar keluarga Jusit Rantai)Hingga akhir hayat
Jusit Rantai, seorang pegawai polis berketurunan Murut, merupakan individu pertama di Sabah yang menaikkan Jalur Gemilang.
Dari sebelum peristiwa 16 Sept itu lagi, Jusit merupakan perantara antara pemerintah dengan suku kaumnya yang ketika itu agar berfikiran negatif tentang betapa pentingnya pembentukan Malaysia.
Di sebalik kesungguhan dan ketegasan Jusit adalah tulang belakangnya, Norah Siambing, bekas bidan di Hospital Keningau dan penjaga kewangan keluarga. Bersama mereka dikurniakan 17 anak termasuk George, Jane, dan Juliana.
Juliana JusitJuliana menceritakan bapanya sangat komited apabila diberi amanah menaikkan Jalur Gemilang. Menurut pesara guru ini, sebenarnya ada seni tertentu dalam perbuatan yang dilihat mudah itu.
“Bapa berlatih hampir sebulan kerana baginya tugas menaikkan bendera itu tugas paling berat sepanjang kerjayanya sebagai anggota polis.”
Norah meninggal dunia pada 21 Feb 2006, dan Jusit mengikut langkahnya pada 11 Jan 2010.
Jane, 67, berkata kebanggaan yang dirasai pada 16 Sept itu tidak pernah pudar malah diingati setiap tahun menerusi upacara menaikkan bendera di Kampung Susulat di daerah Sook, yang diamalkan sejak 1978 selepas Jusit bersara pada 1976.
“Peristiwa 16 Sept amat besar maknanya kepada kami semua,” katanya kepada FMT.
Jane Jusit“Tiap-tiap tahun pada sambutan Hari Malaysia, keluarga besar kami yang terdiri daripada 4 generasi iaitu 17 adik beradik, 59 cucu, 46 cicit, dan 3 piut akan melakukan pelbagai aktiviti sukan, jamuan, dan membersihkan tanah perkuburan bapa dan ibu.”
Ahli kelurga Jusit berharap untuk membukukan riwayat hidup bapanya, menceritakan tentang susur galur seorang tokoh Murut.
FMT diberitahu Jusit merupakan anak angkat kepada Agnes Newton Keith, penulis dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan autobiografi tentang kehidupan di Sabah sebelum, semasa, dan selepas Perang Dunia Ke-2.
Agnes dan suaminya, Harry, berada di Sandakan ketika Jepun mendarat pada 19 Jan 1942. Mereka berada dalam tawanan tentera Nippon sehingga mereka dibebaskan askar Australia pada 11 Sept 1945.
Buku pertama Agnes, “Land Below the Wind”, menjadi cogankata tidak rasmi Sabah.
Lakaran Jusit dalam buku Agnes Keith Newton, “Land Below The Wind”. (Gambar keluarga Jusit Rantai)“Bapa diserahkan kepada keluarga Keith ketika berusia 8 atau 9 tahun dalam suatu majlis keraian sempena pertabalan King George (VI) di kediaman Keith di Sandakan.
“Malah Agnes turut memasukkan lakaran Jusit sebagai seorang budak lelaki dalam bukunya itu,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/andaipun-di-hujung-senapang-garuda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mbjb Arah Turun Jalur Gemilang Bendera Johor Di Premis Awam Persendirian

Mbjb Arah Turun Jalur Gemilang Bendera Johor Di Premis Awam Persendirian

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 274 hits
MBJB RAH TURUN JALUR GEMILANG BENDERA JOHOR DI PREMIS AWAM PERSENDIRIAN JOHOR BAHRU Majlis Bandaraya Johor Bahru meminta pemilik premis awam dan persendirian di bandar raya ini untuk menurunkan bendera Johor dan Jalur Gemilang MBJB dalam sa...
Polis Siasat Balai Polis Pasang Jalur Gemilang Terbalik

Polis Siasat Balai Polis Pasang Jalur Gemilang Terbalik

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 502 hits
BAGAN SERAI Polis sedang menjalankan siasatan mengenai Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di Balai Polis Simpang Lima Parit Buntar di sini semalam Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat berkata pihaknya menerima lapora...
Jalur Gemilang Terbalik Ditemui Di Luar Balai Polis

Jalur Gemilang Terbalik Ditemui Di Luar Balai Polis

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 673 hits
Polis sedang menyiasat kejadian di mana Jalur Gemilang ditemui terbang terbalik di luar Balai Polis Simpang Lima di Parit Buntar Gambar ihsan pembaca PERAK Polis sedang menyiasat kejadian di mana Jalur Gemilang ditemui terbang terbalik di l...
Pemilik Kilang Direman Pasang Jalur Gemilang Terbalik

Pemilik Kilang Direman Pasang Jalur Gemilang Terbalik

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 483 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI PEMILIK kilang bersama pekerja warga Indonesia berjalan memasuk bangunan Mahkamah Majistret Kulai kerana memasang Bendera Jalur Gemilang secara terbalik di Kulai semalam FOTO BAAZLAN IBRAHIM KULAI Dua individu termasuk...
Ormas Di Garut Ubah Kepala Garuda Pancasila Dan Cetak Uang Sendiri

Ormas Di Garut Ubah Kepala Garuda Pancasila Dan Cetak Uang Sendiri

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 285 hits
Sebuah organisasi kemasyarakatan yang menamakan diri Kandang Wesi Tunggul Rahayu diketahui telah mengubah lambang Negara Kesatuan Republik Indonesia Burung Garuda Selain mengubah lambang negara ormas tersebut mencetak uang sendiri yang digu...
Viral Kepala Garuda Pancasila Diubah Logo Organisasi

Viral Kepala Garuda Pancasila Diubah Logo Organisasi

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 478 hits
Pemkab Garut mendalami kasus adanya organisasi bernama Paguyuban Tunggal Rahayu yang mengubah kepala Garuda Pancasila dari menghadap ke kanan menjadi ke depan kemudian diganti logo organisasinya Saat ini kami masih dalami bagaimana gerakann...
Tidak Hanya Merubah Garuda Pancasila Ormas Di Garut Ini Juga Cetak Uang Sendiri Ini Penampakannya

Tidak Hanya Merubah Garuda Pancasila Ormas Di Garut Ini Juga Cetak Uang Sendiri Ini Penampakannya

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 1659 hits
Organisasi kemasyarakatan dengan nama Paguyuban Kandang Wesi Tunggul Rahayu di Garut Jawa Barat bikin heboh karena mengubah lambang negara Garuda Pancasila Kini diketahui ormas tersebut juga ternyata mencetak uang sendiri Badan Kesatuan Ban...
Tiga Pasangan Daftar Pilkada Lamongan Satu Dari Jalur Independen

Tiga Pasangan Daftar Pilkada Lamongan Satu Dari Jalur Independen

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 543 hits
Tiga bakal pasangan calon resmi mendaftar Pilkada Kabupaten Lamongan Jawa Timur
Rsd Wisma Atlet Buat Pengaturan Jalur Agar Tak Ada Lagi Antrean Ambulans

Rsd Wisma Atlet Buat Pengaturan Jalur Agar Tak Ada Lagi Antrean Ambulans

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 245 hits
Kepala Staf Kodam Jaya Brigjen TNI Saleh Mustafa memohon maaf atas kondisi tersebut Tetapi malam itu katanya ambulans memang datang bersamaan dengan jumlah yang banyak dengan peningkatan kedatangan hampir 100 di RSD Wisma Atlet
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Cuba Pilih Mana Daun Sirih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji