Anda Terlalu Was Was Dan Ragu Ragu Bagaimana Cara Mengatasinya


Ali berumur 25 tahun dan sejak kebelakangan ini beliau kerap berasa ragu-ragu (tidak yakin) ketika beribadat serta apa sahaja yang beliau lakukan setiap hari. Dia pernah berpatah balik walaupun telah keluar meninggalkan rumah sejauh 3km kerana berasa was-was sama ada pintu rumah sudah berkunci ke tidak. Rupa-rupanya telah dikunci.


Begitu juga semasa solat dimana selalu ada rasa ragu-ragu bilangan rakaat yang telah ditunaikan. Masa wuduk tidak kurang hebatnya, selalu berasa ragu-ragu sudah atau belum membasuh anggota wuduk.

Anda pernah tak mengalami rasa ragu-ragu atau dengan kata lain was-was seperti Encik Ali?

Apa itu was-was sebenarnya?

Perasaan ragu-ragu, tidak yakin atau was-was merupakan satu fenomena yang melanda kebanyakan manusia.

Individu yang diserang penyakit ragu-ragu selalunya akan menghadapi kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian.

Perasaan was-was ini amat berbahaya kerana ia bukan sahaja akan menyukarkan seseorang itu dalam aktiviti kehidupan sehariannya malah sampai satu tahap boleh mengakibatkan hati tidak tenteram.

Bagi orang Islam, ia akan mengganggu tumpuan dalam aspek keimanan dan amal ibadah seperti solat dan kepercayaan kepada Allah SWT.

Ada sejenis jin bernama Al-Maraddah yang bertugas hanya untuk membisik di hati dan mengganggu perasaan agar manusia ragu-ragu atas was-was.

Jenis jin Al-Maraddah ini membisikkan perkara bukan-bukan supaya timbul kecelaruan di dalam hati, malah kadangkala mempengaruhi keputusan akal.

Ia membuatkan suatu perasaan tidak sempurna dan menghilangkan keyakinan terhadap ibadat yang dilakukan.

“Katakanlah (Wahai Muhammad), “Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia, yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.” – Surah An-Nas: 1-6

Seorang sahabat Rasulullah, Utsman bin Abil ‘Ash pernah ditimpa gangguan was-was dan telah pergi kepada Rasulullah SAW dan mengadu kepada Baginda:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam shalatku dan membuat bacaanku terganggu.”

Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan ‘Khinzib’. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah.’ Aku pun melakukan hal itu dan Allah menghilangkan gangguan itu dariku.” – HR. Muslim

Penyakit was-was boleh menjadi satu masalah yang kronik sehingga ke peringkat di mana pesakit berasa putus asa dalam menjalankan ibadat dan meninggalkan ketaatan dalam beribadat.

Jenis Was-Was

Secara umumnya penyakit was-was terbahagi kepada dua, iaitu was-was dalam ibadah dan was-was dalam akidah.

Was-was Ibadah biasa pada perkara-perkara seperti:
Ambil wudhu berulang-ulang kali seperti tiada kesudahan.Mengangkat takbirratulihram (niat) yang berulang-ulang dengan muka yang amat tertekan.Bersuci dengan sabun pencuci terutama selepas membuang air besar dan setiap kali dia akan terasa seperti masih ada lagi najis yang terkeluar dan proses basuhan berlanjutan seperti tiada kesudahannya.Mandi hadas dengan basuhan berulang-ulang kerana tidak yakin dengan sahnya mandi hadas tersebut.Membaca basmalah dan Al-Fatihah dalam keadaan yang amat sukar serta berulang-ulang sebutan ayat-ayat tersebut.Ragu dan terlalu berhati hati dengan kebersihan tempat dan barangan.Was-was bilangan tawaf mengelilingi kaabah.Was-was akidah dari syaitan seperti berikut:Mula terfikir sesuatu yang batil (palsu) yang bersangkut dengan ketuhanan seperti timbul persoalan kewujudan tuhan.Memikirkan sesuatu yang batil tentang kenabian dan perkara-perkara yang ghaib.Memikirkan sangkaan buruk.
Bahaya Was-Was

1. Terganggu Aktiviti Harian

Seseorang yang terkena penyakit was-was biasanya akan mengganggu kerana setiap perbuatan perlu dilakukan secara berulang-ulang kali sehingga terpaksa menggunakan lebih masa dalam melaksanakan sesuatu perkara.

2. Hidup tak tenang

Rasa resah dan gelisah akan menghantui hidup pesakit penyakit was-was kerana dirasakan setiap tindak tanduknya tidak sempurna. Akhirnya menghadapi tekanan perasaan.

3. Mengganggu ketenteraman orang lain

Bila semasa solat berjemaah, masalah was-was ini akan menyebabkan seseorang berkali-kali melakukan takbir, maka akan mengganggu tumpuan makmun lain.

4. Meninggalkan sunnah Rasul dan mengikuti was-was syaitan

Inilah yang sangat ditakuti kerana apabila penyakit was-was ini menyerang, ia boleh menyebabkan pembaziran, membuang masa dan melakukan perkara yang merugikan.

5. Merosak akidah

Ini yang paling ditakuti. Was-was yang boleh membawa kepada meragukan keesaan Allah SWT.

“Syaitan akan selalu mendatangi salah seorang dari kalian seraya bertanya, ‘Siapa yang menciptakan ini?’ ‘Siapa yang menciptakan ini?’ Sampailah kepada pertanyaan: ‘Siapa yang menciptakan Allah?’ Barang siapa yang mendapati dalam dirinya pertanyaan tersebut, maka berlindunglah kepada Allah (membaca isti’adzah) dan hendaklah menghentikannya (mengakhirinya)’.“ (HR. Bukhari)

Bagaimana Menentang Dan Merawat Was-Was?

Bagi mengelak daripada perasaan was-was berlaku kepada diri, boleh mencuba amalan berikut:-

Beribadatlah mengikut kemampuan dan ingat kerja kita adalah melakukan ibadat dan bukan menentukan menentukan sah atau tidak ibadat kita.

Jangan patuh dan layan pada was-was dan bila ia datang biarkan ia berlalu.

Setiap kali was-was, fikirkan dalam minda dan hati, yang anda sudah LAKUKANNYA!

Bila was-was datang sematkan pada diri bahawa ianya adalah bisikan syaitan dan jangan dengar bisikan syaitan.

Banyakkan berzikir dan berdoa kepada Allah kerana Dialah yang Maha Penyembuh.

“Dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.“ – Surah al-A’raaf: 200

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
TIK! TIK! Dari Angka Satu Menjadi 31,104,000!Apa Sebenarnya Maksud Syaitan Dari Golongan Manusia?
sumber: el-hajj



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/terlalu-was-was-dan-ragu-ragu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Menghadapi Gangguan Was Was Dalam Islam

Cara Menghadapi Gangguan Was Was Dalam Islam

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 394 hits
Soalan Saya selalu was was Kalau saya ambil wuduk saya selalu rasa tidak puas Saya selalu syak rasa macam wuduk saya batal Saya buat seperti diajar kepada saya agar saya mengurut kemaluan selepas membuang air kecil supaya pastikan habis air...
Jaclyn Victor Menyesal Terlalu Manjakan Anak Tak Ajar Cara Berdikari

Jaclyn Victor Menyesal Terlalu Manjakan Anak Tak Ajar Cara Berdikari

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 623 hits
Jaclyn lakukan yang terbaik dan memberikan segalanya untuk anak anaknya Sebagai ibu kepada dua cahaya mata yang masih kecil penyanyi Jaclyn Victor mengakui terlalu memanjakan mereka hingga timbul rasa kurang senang jika ia berkemungkinan ak...
Jerawat Di Bokong Ini Penyebab Dan Cara Mengatasinya

Jerawat Di Bokong Ini Penyebab Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 280 hits
Jerawat di pantat disebabkan oleh kelembapan berlebih karena cuaca atau ketidakseimbangan hormon Gunakan tea tree oil witch hazel atau almond oil
Bagaimanakah Cara Sukses Jadi Penjual Seorang Ahli Jualan

Bagaimanakah Cara Sukses Jadi Penjual Seorang Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 295 hits
Sekarang kami akan ulas tentang Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin mempunyai pendapatan tambahan...
8 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri

8 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 285 hits
Tidak percaya bahawa anda boleh buat apa yang anda mahu Mungkin anda tidak pernah menghadapi kesusahan melakukan sesuatu tapi hal berkaitan keyakinan diri boleh difahami dengan perasaan takut untuk memulakan sesuatu perkara Banyak faedah ji...
Ibu Melampau Memukul Anak Cara Keterlaluan

Ibu Melampau Memukul Anak Cara Keterlaluan

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 253 hits
Nak kongsi cerita dengan teman teman ADAJEW DOT MET Kes tindakan seorang ibu menampar dan menekup mulut bayi perempuan berusia lingkungan 2 tahun viral di media sosial Selalunya perempuan jenis ini yang nak makan kaki atau penampar tanpa ba...
Bagaimana Sih Cara Ahli Jualan Buat Para Pedagang

Bagaimana Sih Cara Ahli Jualan Buat Para Pedagang

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 383 hits
Pembahasan kita kali ini ialah Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki penghasilan tambahan...
Cara Semak Baki Hutang Ptptn Secara Online Sii Nurul

Cara Semak Baki Hutang Ptptn Secara Online Sii Nurul

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 765 hits
AssalamualaikumBismillahHari ini aku baru tahu macam mana nak Semak Baki Hutang PTPTN Secara Online Pening kepala tadi mencari macam mana nak login Perlu call pihak PTPTN ke Siap take note lagi nombor pejabat PTPTN nak tanya Alhamdulillah b...
Enggan Masukkan Anak Ke Tadika Lebih Awal Cik Epal Suami Pilih Didikan Anak Cara Tradisi Jepun

Enggan Masukkan Anak Ke Tadika Lebih Awal Cik Epal Suami Pilih Didikan Anak Cara Tradisi Jepun

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 1370 hits
Nama Cik Epal dan suaminya Jofni Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Jo melonjak naik selepas isu kes saman menyaman di instagram Dek kerana terlalu terbuka berkongsi segala hal mereka dikecam tanpa usul periksa Mendekati Cik Epal dan sua...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025