Anda Nilaikan Sendiri Daripada 5 Kes Yang Telah Diputuskan Peguam Negara Baru


Kes 1: Dr Mahathir Mohamad v Najib Razak (Disember 2017)

Keputusan: Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan saman Dr Mahathir Mohamad yang difailkan di bawah “tort misfeasance in public office” tanpa dibenarkan ke peringkat bicara. Alasannya ialah perdana menteri bukanlah “penjawat awam” sedangkan, menurut Mahkamah Rayuan, tort tersebut hanya terpakai ke atas penjawat awam.

Panel 3 hakim mendengar kes ini. Alasan penghakiman ditulis oleh seorang hakim yang lain. Tetapi alasan tersebut dipersetujui oleh Idrus Harun.

Perkembangan terbaru: Pada 2019, Mahkamah Persekutuan dalam kes Tony Pua v kerajaan Malaysia dan Najib memutuskan yang alasan keputusan dalam kes Mahathir v Najib adalah salah. “Tort misfeasance in public office” terpakai terhadap “pegawai awam” termasuk perdana menteri.


Kes 2: Suruhanjaya Pilihan Raya v kerajaan Selangor (Mac 2018)

Latar Belakang: Kes ini berkaitan dengan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi negeri Selangor yang dijalankan oleh SPR. Kerajaan Selangor memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk membatalkan proses yang dijalankan oleh SPR. Mahkamah Tinggi menolak permohonan tersebut.

Namun, pada masa yang sama Mahkamah Tinggi membenarkan penggantungan proses SPR tersebut sementara menunggu rayuan kerajaan Selangor ke Mahkamah Rayuan. Alasannya, proses tersebut jika diteruskan akan menyebabkan rayuan kerajaan Selangor sia-sia.

Keputusan: Mahkamah Rayuan mengenepikan perintah penggantungan tersebut. Idrus menulis penghakiman kes ini. Alasan keputusan ialah proses yang dijalankan oleh SPR tersebut tidak boleh dihalang oleh mahkamah. Ini kerana hasil proses tersebut akan dikemukakan kepada Parlimen untuk diputuskan. Mengganggu proses tersebut melanggar doktrin pemisahan kuasa antara mahkamah dan Parlimen. Terdapat juga kepentingan lebih besar proses demokrasi yang mewajibkan proses berkaitan dalam persempadanan semula dijalankan.


Kes 3: Najib Razak v Pendakwa raya (April 2019)

Latar Belakang: Di bawah Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah, sebelum perbicaraan, pihak pendakwa hendaklah membekalkan kepada tertuduh dengan dokumen-dokumen yang pihak pendakwa ingin gunakan semasa kes pendakwaan. Dalam kes ini, tertuduh dibekalkan dengan dokumen berjumlah 7,000 muka surat menurut seksyen 51A tersebut. Bagaimanapun, tertuduh memohon kepada mahkamah supaya pendakwa raya membekalkan lagi penyata-penyata saksi dan dokumen yang diperolehi dalam siasatan tetapi tidak ingin digunakan oleh pendakwa raya dalam kes pendakwaan. Permohonan ini dibuat berdasarkan Seksyen 30(9) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Seksyen 40 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Keputusan: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan tertuduh. Idrus menulis penghakiman kes ini. Alasannya ialah, bagi pengemukaan dokumen sebelum bicara, pihak pendakwa hanya perlu mematuhi Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah. Sebaliknya, Seksyen 30(9) dan Seksyen 40 tersebut adalah berkaitan dengan penerimaan masuk dokumen tertentu semasa bicara dan bukannya tentang pembekalan dokumen sebelum bicara. Jika permohonan ini dibenarkan, kesannya besar kerana ini bermakna keseluruhan kertas siasatan hendaklah diserahkan kepada tertuduh sebelum bicara. Undang-undang belum dipinda untuk membenarkan penzahiran menyeluruh begini seperti yang dipohon.


Kes 4: JRI Resources v Kuwait Finance House (April 2019)

Latar Belakang: Isunya ialah sama ada peruntukan dalam Akta Bank Negara Malaysia (BNM) yang mewajibkan sebarang persoalan syariah dalam transaksi kewangan Islam mesti diputuskan oleh Majlis Penasihat Syariah BNM dan bukannya oleh mahkamah, adalah melanggar perlembagaan.

Keputusan: Kes ini diputuskan oleh 9 hakim Mahkamah Persekutuan. Dengan majoriti 5:4, Mahkamah Persekutuan memutuskan yang peruntukan dalam Akta BNM tersebut tidak melanggar perlembagaan. Idrus tidak menulis sendiri penghakiman. Namun, beliau bersetuju dengan penghakiman minoriti. Bermakna, beliau berpendapat mahkamah yang mesti memutuskan persoalan syariah dalam transaksi kewangan Islam, bukannya Majlis Penasihat Syariah BNM.


Kes 5: Kes “bin Abdullah” (Februari 2020)

Keputusan: Dengan majoriti 4:3, Mahkamah Persekutuan memutuskan yang nama bapa kandung dan nama “bin Abdullah”, kedua-duanya tidak boleh digunakan bagi anak luar nikah dalam kes ini.

Penghakiman majoriti memutuskan yang undang-undang Islam Negeri Johor boleh diambil kira oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam membuat keputusan mereka kerana isu ini berkaitan dengan hal undang-undang peribadi pihak-pihak yang beragama Islam. Undang-undang Islam Negeri Johor menghalang nama bapa kandung digunakan sebagai bin kepada anak di luar nikah.

Pada masa yang sama, undang-undang Islam Negeri Johor tidak menuntut nama “bin Abdullah” digunakan. Dalam hal ini, pihak JPN bergantung kepada fatwa kebangsaan yang mewajibkan nama “bin Abdullah”. Bagaimanapun, fatwa tersebut belum diterima pakai di negeri Johor pada masa berkenaan. Oleh itu, “bin Abdullah” juga tidak boleh digunakan bagi anak tersebut.

Nota: Ulasan kes “bin Abdullah” ini hanya berdasarkan ringkasan media yang dikeluarkan oleh mahkamah. Alasan penghakiman lengkap belum dijumpai. Namun, dinyatakan yang Idrus bersetuju dengan penghakiman majoriti dalam kes ini.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/anda-nilaikan-sendiri-daripada-5-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Catat 14 Kes Baru Netizen Kesal Orang Malaysia Masih Tegar Melancong Luar Negara

Covid 19 Catat 14 Kes Baru Netizen Kesal Orang Malaysia Masih Tegar Melancong Luar Negara

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 454 hits
Dalam pada kita sibuk dengan isu isu politik sebenarnya tanpa kita sedari bahawa kini kes koronavirus sudah semakin bertambah Menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia setakat ini sudah terdapat 14 kes baharu sekaligus mencata
Peguam Negara Baru Benarkan Sri Ram Dakwa Najib Rosmah

Peguam Negara Baru Benarkan Sri Ram Dakwa Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Peguam Gopal Sri Ram berkata beliau diarahkan Peguam Negara baru Idrus Harun untuk meneruskan semua pendakwaan ke atas beberapa individu termasuk bekas perdana menteri Najib Razak Sri Ram yang diberikan kelulusan khas untuk men...
Hakim Idrus Harun Diumum Peguam Negara Baru

Hakim Idrus Harun Diumum Peguam Negara Baru

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 359 hits
Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan Idrus Harun sebagai peguam negara baru menggantikan Tommy Thomas yang melepaskan jawatan pada 28 Feb Selaras Fasal Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan Agong...
Peguam Negara Mohon Idrus Buka Semula Kes Kes Pernah Digugurkan Tommy Thomas

Peguam Negara Mohon Idrus Buka Semula Kes Kes Pernah Digugurkan Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 681 hits
Harapan rakyat mahu lihat perundangan negara dimartabatkan semulaRAKYAT berterima kasih kerana tempoh malang perundangan negara sudah berakhir Alhamdulillah tokoh yang berwibawa dan berintegriti dipilih sebagai Peguam Negara baharu Tahniah ...
Peguam Lesapkan Diri Dalam Kes Jutaan Dolar Dikenakan 12 Tuduhan Baru

Peguam Lesapkan Diri Dalam Kes Jutaan Dolar Dikenakan 12 Tuduhan Baru

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 272 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Seorang peguam yang dikenakan tuduhan jenayah sejak Jun tahun lalu kini berdepan dengan 12 tuduhan baru pada Isnin melibatkan S 33 8 juta secara keseluruhannya Ini kali pertama dia didakwa bagi berjuta juta d
Peguam Negara Perlu Rujuk Semula Kes Adib Ltte Terowong Pulau Pinang

Peguam Negara Perlu Rujuk Semula Kes Adib Ltte Terowong Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 321 hits
Peguam Negara yang baharu Tan Sri Idrus Harun digesa supaya merujuk kembali kes kes yang telah ditutup dan masih tidak selesai demi keadilan dan kesejahteraan rakyat Sebagai contoh keadilan terhadap kematian anggota Bomba dan Penyelamat Mal...
Peguam Negara Tommy Thomas Hantar Surat Letak Jawatan

Peguam Negara Tommy Thomas Hantar Surat Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 469 hits
KUALA LIMPUR Peguam Negara Tommy Thomas telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menurut satu laporan berita Dihubungi oleh Malaysiakini untuk pengesahan itu beliau menjawab Ya Memetik sumber ...
7 Lagi Kes Baru Coronavirus Dikesan Jumlah Kes Meningkat Kepada 36 Mangsa Di Malaysia

7 Lagi Kes Baru Coronavirus Dikesan Jumlah Kes Meningkat Kepada 36 Mangsa Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 448 hits
Terdapat 7 lagi kes baru positif Covid 19 dilaporkan di Malaysia menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 36 kes Memetik kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri jumlah kes sembuh setakat ini adalah 61 1 peratus iaitu 22 kes daripad...
Terkini Peguam Negara Tommy Thomas Letak Jawatan

Terkini Peguam Negara Tommy Thomas Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 517 hits
Berita terkini menurut laporan The Edge Market melaporkan Peguam Negara Tommy Thomas meletakkan jawatan beliau sebagai Peguam Negara Surat peletakan jawatan itu beliau sampaikan kepada Perdana Menteri Interim Tun Mahathir di Kompleks Perdan...
Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Cairns Ancient Rock Markers That Still Save Lives

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Daqmie Korbankanlah Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Samenta Calls For Higher Sst Threshold To Help Smes

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Rezeki Tahun Ini