Peguam Negara Mohon Idrus Buka Semula Kes Kes Pernah Digugurkan Tommy Thomas


Harapan rakyat mahu lihat perundangan negara dimartabatkan semula

RAKYAT berterima kasih kerana ‘tempoh malang’ perundangan negara sudah berakhir. Alhamdulillah tokoh yang berwibawa dan berintegriti dipilih sebagai Peguam Negara baharu. Tahniah Tan Sri Idrus Harun. Semoga mampu melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan adil.

Sebelum ini, rakyat amat kecewa dengan sistem perundangan negara. Berat sebelah, paling malang ‘rule of law’ yang dilaung-laungkan hanya omong kosong. Keadilan seperti mereka yang punya. Pilih kasih jangan dikata. Itu yang diamalkan.

Pedang yakin siapa pun takkan lupa sosok tubuh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. Beliau lah yang berbahasa Inggeris ketika sidang media pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak suatu ketika dahulu, sehingga menimbulkan kekecohan di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Tindakan Tommy itu dikritik hebat, kerana bagaimana seorang peguam negara yang sepatutnya menggunakan bahasa Melayu dalam prosiding perbicaraan kurang fasih bahasa kebangsaan, sehingga memaksa beliau memohon maaf dan berjanji akan memperbetulkan keadaan.

Sejak itu, satu persatu tindakan Tommy dipersoal. Beliau menggugurkan sepenuhnya beberapa kes berprofil tinggi membabitkan hubungan diplomatik negara tanpa alasan munasabah. Antaranya kes penderaan yang menyebabkan kematian pembantu rumah Indonesia, Adelina Jerima Sau dan juga kes dua suspek warga Vietnam dan Indonesia dalam kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam.

Tommy juga membatalkan arahan untuk mendakwa aktivis liberal, Siti Kassim yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penonton di forum Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Lebih memalukan, apabila tularnya video tarian ‘twist’ Tommy dengan Siti Kassim sebelum kes itu digugurkan – rakyat persoal di mana integriti Tommy sebagai peguam negara?

Bukan itu sahaja, Tommy juga berani mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels untuk digunakan dalam kelayakan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).



Beliau juga dikaitkan dengan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim kerana didakwa menghina mahkamah dan menyalahi prinsip perundangan inkues. Tommy secara tidak bertanggungjawab dan subjudis telah membuat satu afidavit dengan menyatakan pendirian awal mengenai punca kematian Adib.

Paling terkini sebelum beliau meletakkan jawatan, Tommy telah menghentikan prosiding undang-undang terhadap 12 individu termasuk 2 pemimpin parti tamak halona DAP yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas LTTE.

Tommy menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.

Pedang merasakan kegagalan Tommy memelihara kedaulatan dan keluruhan Perlembagaan telah merobek kepercayaan rakyat terhadap sistem perundangan negara.

Beliau sepatutnya menjadikan perkara berkenaan sebagai keutamaan dan bertindak secara adil tanpa mengambil kira fahaman politik kerajaan yang memerintah mahupun pendirian politik peribadi.

Pedang melihat perbuatan Tommy sebelum ini amat berbahaya dan kini perlu ditangani segera oleh Tan Sri Idrus Harun.

Tindak-tanduk Tan Sri Idrus pastinya diperhati dengan penuh minat oleh rakyat, sama seperti perhatian yang mereka berikan kepada kepemimpinan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali, kerajaan baharu bersikap seperti kerajaan PH yang begitu mengecawakan.

Namun Pedang yakin anak kelahiran Sanglang, Kedah yang kini berusia 65 tahun itu seorang yang berwibawa dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai peguam negara dengan baik sesuai pengalaman luas beliau dalam bidang perundangan selama 40 tahun.


Kita harapkan Tan Sri Idrus akan meneruskan kes perbicaraan membabitkan pemimpin BN dan janganlah dihentikan secara mengejut seperti yang pernah dilakukan oleh rejim pemerintahan terdahulu.

Pedang juga memohon jasa baik peguam negara untuk membuka semula kertas siasatan berkenaan tahanan LTTE yang dibebaskan, selain cuba memberi keadilan sewajarnya terhadap kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Di bahu Tan Sri Idrus kini terletaknya harapan rakyat Malaysia yang mahu melihat sistem perundangan negara dimartabatkan semula.

Kata Pedang: Apa khabar dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sekarang?

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net, tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

sumber

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/03/mohon-idrus-buka-semula-kes-kes-pernah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idrus Harun Dilantik Peguam Negara Ganti Tommy Thomas

Idrus Harun Dilantik Peguam Negara Ganti Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 599 hits
PUTRAJAYA Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara bagi menggantikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan Tan Sri Tommy Thomas
Tommy Thomas Letak Jawatan Peguam Negara

Tommy Thomas Letak Jawatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 378 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai peguam negara Perkembangan mengejutkan itu dilaporkan media yang memetik sumber sebagai mengesahkan bahawa Tommy telah menghantar surat peletakan jawatan Bagaimanapun bila ditanya...
Peguam Negara Tommy Thomas Hantar Surat Letak Jawatan

Peguam Negara Tommy Thomas Hantar Surat Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 473 hits
KUALA LIMPUR Peguam Negara Tommy Thomas telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menurut satu laporan berita Dihubungi oleh Malaysiakini untuk pengesahan itu beliau menjawab Ya Memetik sumber ...
Terkini Peguam Negara Tommy Thomas Letak Jawatan

Terkini Peguam Negara Tommy Thomas Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 520 hits
Berita terkini menurut laporan The Edge Market melaporkan Peguam Negara Tommy Thomas meletakkan jawatan beliau sebagai Peguam Negara Surat peletakan jawatan itu beliau sampaikan kepada Perdana Menteri Interim Tun Mahathir di Kompleks Perdan...
Buka Semula Kes Digugurkan Ag

Buka Semula Kes Digugurkan Ag

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 300 hits
Kes kes melibatkan ahli politik Pakatan Harapan yang pernah digugurkan Tan Sri Tommy Thomas ketika menjadi peguam negara mesti dibuka semula Pensyarah Institut Perbankan dan Kewangan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Azna...
Tommy Thomas Letak Jawatan Sebagai Peguam Negara

Tommy Thomas Letak Jawatan Sebagai Peguam Negara

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 564 hits
Peguam Negara Tommy Thomas telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menurut satu laporan berita Memetik sumber The Edge berkata Thomas mahu meletak jawatan ketika Mahathir masih mengetuai nega...
Peguam Negara Perlu Rujuk Semula Kes Adib Ltte Terowong Pulau Pinang

Peguam Negara Perlu Rujuk Semula Kes Adib Ltte Terowong Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 326 hits
Peguam Negara yang baharu Tan Sri Idrus Harun digesa supaya merujuk kembali kes kes yang telah ditutup dan masih tidak selesai demi keadilan dan kesejahteraan rakyat Sebagai contoh keadilan terhadap kematian anggota Bomba dan Penyelamat Mal...
Anda Nilaikan Sendiri Daripada 5 Kes Yang Telah Diputuskan Peguam Negara Baru

Anda Nilaikan Sendiri Daripada 5 Kes Yang Telah Diputuskan Peguam Negara Baru

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 320 hits
Kes 1 Dr Mahathir Mohamad v Najib Razak Keputusan Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan saman Dr Mahathir Mohamad yang difailkan di bawah tort misfeasance in public office tanpa dibenarkan ke peringkat bicar...
Hakim Idrus Harun Diumum Peguam Negara Baru

Hakim Idrus Harun Diumum Peguam Negara Baru

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 361 hits
Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan Idrus Harun sebagai peguam negara baru menggantikan Tommy Thomas yang melepaskan jawatan pada 28 Feb Selaras Fasal Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan Agong...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Adakah Perbezaan Antara Tempeyek Dan Rempeyek


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Gambar Sekadar Hiasan

Ets Diselenggara Secara Berkala

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini