Anda Nak Apa Dalam Belanjawan 2021 Tengku Zafrul Nak Dengar Pandangan Anda





KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2020 : Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, melancarkan portal rasmi bagi mengumpulkan cadangan dan maklum balas Belanjawan 2021, hari ini.


Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, pelancaran itu diadakan dalam lawatan rasmi beliau ke Johor sempena Jelajah Konsultasi Belanjawan 2021.





Pihak awam boleh mengemukakan cadangan dan maklum balas secara terus kepada kementerian itu mulai hari ini hingga 15 September depan melalui laman sesawang http://belanjawan2021.treasury.gov.my.


"Lawatan rasmi ke Johor kali ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan untuk mendekati pihak berkepentingan melalui sesi libat urus.





"Ia bagi mendapatkan maklum balas mengenai inisiatif pakej pemulihan ekonomi PRIHATIN (Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) serta mengumpul cadangan awal dalam merangka Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan pada 6 November depan," menurut kenyataan itu.


Dalam lawatan itu, Tengku Zafrul turut mengadakan sesi dialog bersama wakil sektor pendidikan dan farmaseutikal, usahawan wanita perusahaan kecil dan sederhana serta bertemu beberapa ibu tunggal yang menerima bantuan bawah PENJANA.





Menurut Kementerian Kewangan, antara topik diketengahkan pada sesi dialog bersama wakil sektor pendidikan di Educity Iskandar Malaysia ialah usaha mempromosikan institusi pendidikan di Iskandar Malaysia sebagai destinasi pendidikan berkualiti dari peringkat sekolah hingga pengajian tinggi serta memperkasakan bidang teknikal dan vokasional.


Turut disentuh ialah memudah cara pengurusan kemasukan pelajar antarabangsa dalam era norma baharu dan meningkatkan pelaburan dalam sektor pendidikan.





Mengulas status ekonomi semasa, Tengku Zafrul berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua 2020 yang merekodkan penguncupan sebanyak 17.1 peratus, adalah disebabkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19, yang telah mengekang aktiviti ekonomi dalam tempoh berkenaan.


Bagaimanapun, beliau berkata, apabila dianalisis secara lebih mendalam, penguncupan KDNK jelas dilihat berkurangan dari April (-28.6 peratus) kepada Mei (-19.5 peratus) dan seterusnya penambahbaikan mendadak berbentuk-V bagi Jun (-3.2 peratus).


Ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi mulai pulih pada Mei lalu apabila ekonomi dibuka semula secara berperingkat dan kadar jangkitan COVID-19 lebih terkawal. 


Sumber : BERNAMA





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaminang.com/2020/08/anda-nak-apa-dalam-belanjawan-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tingkat Usaha Perkukuh Belia Melalui Belanjawan 2021 Kata Tengku Zafrul

Kerajaan Tingkat Usaha Perkukuh Belia Melalui Belanjawan 2021 Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 207 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan menyedari belia memerlukan sokongan yang dapat memberi peluang untuk berdikari serta berjaya KUALA LUMPUR Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memperkukuh golongan belia su...
Moratorium On Loan Repayments Valued At Rm62 8 Bln As Of July 24 Tengku Zafrul

Moratorium On Loan Repayments Valued At Rm62 8 Bln As Of July 24 Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 171 hits
The blanket loan moratorium is scheduled to expire on Sept 30 8211 Bernama file photo KUALA LUMPUR The moratorium on loan repayments extended by financial institutions which came into effect on April 1 is estimated to be worth RM62 8 billio
Bersatu Sertai Mn Umno Dengar Pandangan Akar Umbi Netizen

Bersatu Sertai Mn Umno Dengar Pandangan Akar Umbi Netizen

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 298 hits
SHAH ALAM Pandangan akar umbi dan netizen akan diberikan keutamaan sebelum Muafakat Nasional membuat sebarang keputusan untuk menerima penyertaan daripada parti lain Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu juga akan ...
Economy Set To Recover Next Year Tengku Zafrul

Economy Set To Recover Next Year Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 221 hits
MALAYSIA S economy is on the right track for recovery in 2021 said Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Judging by the recent pick up in economic performance the minister said he was optimistic that the country s econ...
Malaysia Berada Di Landasan Tepat Pemulihan Ekonomi Tengku Zafrul

Malaysia Berada Di Landasan Tepat Pemulihan Ekonomi Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 317 hits
BATU KAWAN 8 OGOS Ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai pemulihan pada 2021 kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata negara berkedudukan baik untuk mencatatkan peningkatan semula pada ...
Filem Jack In The Box Ni Buatkan Kita Semua Tak Sabar Nak Tengok Ending Dia Seram Betul

Filem Jack In The Box Ni Buatkan Kita Semua Tak Sabar Nak Tengok Ending Dia Seram Betul

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 303 hits
Pawagam baru jer dibenarkan beroperasi dan semua movie yang keluar akan ditayangkan mengikut prosedur operasi standard baru yang telah pun ditetapkan Korang tak rindu ke nak chill dekat wayang sambil makan popcorn Disebabkan baru jer dibuka...
Duit Koyak Rosak Kat Mana Nak Tukar Ini Jawapannya

Duit Koyak Rosak Kat Mana Nak Tukar Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 478 hits
Duit Koyak Rosak Kat Mana Nak Tukar Ini Jawapannya Pernah tak kalian jumpa duit syiling cacat yang nombornya sama sekali tak kelihatan Atau mungkin juga terkena duit koyak hingga nombor sirinya hilang entah ke mana Itu belum di kira dengan ...
Amalkan Senaman Kegel 3 Kali Sehari Kalau Tak Nak Terkoyak Masa Bersalin

Amalkan Senaman Kegel 3 Kali Sehari Kalau Tak Nak Terkoyak Masa Bersalin

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 456 hits
Ramai ibu hamil takut vagina akan terkoyak ketika melahirkan anak Kalau diberi pilihan memang tak nak ada insiden terkoyak Berikut ada beberapa tip untuk elak vagina dari terkoyak ketika bersalin TIPS MENGELAKKAN KOYAKKAN TERUK MASA BERSALI...
Mana Boleh Umno Bersatu Jer Pas Nak Jugak Bro

Mana Boleh Umno Bersatu Jer Pas Nak Jugak Bro

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 224 hits
PAS kata dah list beberapa kerusi yang dikatakan berpotensi Tapi apabila kami merujuk kepada laporan wikipedia keputusan PRU 14 Didapati tiada kerusi yang berpotensi mendapat undi menang tipis pun jika PAS bertanding Anda boleh refer sini K...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord