Anda Backpacker Lasak Atau Merancang Percutian Santai Bersama Keluarga Lokasi Ini Sesuai Untuk Kedua Duanya


Bercakap tentang bercuti di Thailand, pasti ramai yang terbayangkan Phuket, Hat Yai, Krabi dan Bangkok. Tak ramai yang tahu tentang keindahan satu tempat di selatan negara tersebut yang digelar ‘Gerbang Keindahan Thailand’.
Digelar Wilayah Seribu Pulau, Surat Thani mempunyai gugusan pulau yang besar dan kecil yang indah antaranya Koh Samui, Koh Phangan, Koh Tao dan Koh Nangyuan. Untuk ke sini, pelancong perlu melalui wilayah Surat Thani terlebih dahulu, sebab itulah ia digelar ‘Gerbang Keindahan Thailand’.
Pulau-pulau di sana mempunyai kepelbagaian bentuk geografi dan sangat sesuai untuk pelbagai aktiviti bagi korang yang nak travel dengan BFF atau merancang percutian dengan keluarga sempena cuti sekolah yang bakal tiba nanti.
Koh Tao. (Kredit: Khunyo3001) Kalau korang ingin bercuti bersama keluarga, korang boleh ke pulau Koh Samui untuk ke pantai yang sangat cantik antaranya pantai Bhoput, Lipa Noi dan Lamai Beach. Setiap pantai ini ada keistimewaannya yang tersendiri.

Di Bhoput, korang boleh nikmati pelbagai makanan Siam yang sedap terutamanya makanan laut seperti udang, ketam, sotong dan lobster yang masih segar di Kampung Nelayan Bhoput. Korang juga boleh dapatkan kraf tangan dan cenderamata pada harga yang berpatutan di sini.
Nikmati makanan laut segar di Kampung Nelayan Bhoput. (Kredit: Instagram Arno A.M. Branger) Tak sah lawatan ke Thailand jika tidak menikmati pelbagai jenis makanan yang menggiurkan. Manjakan diri anda ketika percutian di tepi pantai dengan menikmati ais krim di dalam tempurung kelapa dan pulut mangga di kampung nelayan ini.
(Kredit: Instagram @_Veronicasouth) Kredit: Instagram @Cravefood_Instyle Selain itu, korang juga boleh saksikan pertunjukan api di Kampung Nelayan Bhoput.
Kredit: Instagram @Vishwasakshini Kredit: Instagram @Vishwasakshini Bukan itu saja, Pantai Lipa Noi pula sangat sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil. Pantai ini cetek sehingga jarak 100 meter dan tiada batu karang yang tajam di persisiran pantai, menjadikannya lokasi selamat untuk kanak-kanak bermain air di tepi pantai. 
Selain itu, korang juga boleh bawa anak-anak ke Paradise Park Farm berhampiran pantai ini untuk tengok pelbagai haiwan seperti burung kakak tua, rusa dan emu sebelum meneruskan perjalanan ke Air Terjun Namuang untuk menikmati air sejuk yang menyegarkan.
Selain Lipa Noi, pantai Lamai juga sesuai untuk keluarga. Lautan di sini yang lebih cetek dan kurang berombak sesuai bagi kanak-kanak di samping pelbagai makanan dijual di sini.
Para penjual akan menjaja pelbagai makanan seperti salad betik, minuman sejuk, ais krim, jagung manis, buah-buahan dan ayam untuk dinikmati bersama keluarga.
Mereka juga menyediakan khidmat urutan yang murah di samping alat permainan di tepi pantai. Harga urutan di sini ⅓ lebih murah berbanding urutan Thai di Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang!
Selepas bermain di pantai, bagi can lah untuk geng ibu-ibu jamu mata di pusat beli belah terbuka, Central Festival Samui. Di sana, korang boleh dapatkan barangan fabrik, kraf tangan, rempah ratus serta herba di Chaweng Walking Street dan pekan Nathon.
Terokai keindahan alam dengan BFF Bagi korang yang ingin backpacking bersama kawan-kawan pula, korang boleh pergi ke Koh Tao, Koh Phangan dan Koh Nangyuan. Di sana, korang boleh lakukan pelbagai aktiviti santai atau lasak beramai-ramai seperti skuba, snorkelling, sky fox, mendaki bukit ataupun sekadar menikmati bayu laut di tepi pantai.
Kredit: Instagram @Anasta_Lov Kredit: Instagram @Katherineleeky Thailand merupakan salah satu destinasi terbaik dan termurah untuk korang yang ingin mendapatkan lesen Professional Association Diving Instructors (PADI) di Asia Tenggara. Antara pulau-pulau di sekitar Koh Samui, korang boleh pilih lokasi tersendiri untuk sertai kursus PADI yang menjanjikan pengalaman berbeza mengikut keadaan geografi pulau tersebut.
Antara pulau terkenal dengan aktiviti skuba ini ialah Koh Tao dan Koh Phangan. Kedua-dua pulau ini terkenal dengan keindahan dasar laut dan hidupan marin yang unik seperti ikan yu paus, angelfish, penyu serta terumbu karang berwarna-warni yang dijaga dengan rapi.
Jika bernasib baik, korang boleh menjumpai ikan yu paus ketika melakukan selaman di sana.
Ikan yu paus di Koh Tao. (Kredit: Instagram @Y_Yoshida_91) Kredit: Instagram @Y_Yoshida_91 Kredit: Instagram @Y_Yoshida_91 Tidak terhad kepada skuba, korang juga boleh lakukan aktiviti snorkelling di pulau-pulau tersebut. Selain bot pelancong, korang boleh berkayak untuk ke Koh Tao kerana kawasannya terbuka kepada semua jenis bot. Dengan menggunakan kayak, lebih mudahlah perancangan korang semua jika ingin bergerak dari satu tempat snorkelling ke tempat yang lain.
Selain kedua-dua pulau ini, pulau Koh Nangyuan juga mempunyai keunikan tersendiri. Pulau ini merupakan gabungan tiga pulau kecil yang bersambung antara satu sama lain dengan beting pasir. Untuk ke sini, korang mempunyai pilihan samada ingin menaiki bot pelancong atau berkayak dari Koh Samui kerana lokasinya yang berdekatan.
Selain aktiviti air, percutian korang akan lebih menyeronokkan dan mencabar dengan mendaki bukit bersama-sama untuk ke  Air Terjun Namuang, Air Terjun Hin Lad dan Maenam Viewpoint. Pasti korang tak menyesal sebab lokasi-lokasi ini sangat cantik dan sesuai untuk korang yang inginkan lebih privasi.
Air Terjun Hin Lad. (Kredit: Instagram @Soulnuschka) Kredit: Instagram @Soulnuschka Air Terjun Namuang. (Kredit: Instagram @Aqimmy) Bukan itu sahaja, korang juga wajib cuba sky fox di hutan hujan Thailand yang eksotik. Mempunyai kepanjangan sehingga kira-kira 2 kilometer merangkumi 21 platform, aktiviti ini pasti memicu hormon adrenaline korang dengan kelajuan mencecah 55 batu sejam bersamaan 88.5 km/j.
Best kan? sekarang ni, tak perlu susah payah beratur kat sempadan berjam-jam cop passport untuk masuk di sempadan Thailand nak ke Surat Thani, tak perlu pandu kereta berbelas jam nak ke sana, tak pelu habis duit banyak minyak dan tol sampai 500 hingga 600 sebab AirAsia ada tawarkan penerbangan ke sana.

Gambar atas adalah hasil ‘pancingan’ penulis sendiri, RM175 jer pergi balik, jimat masa 4 hingga 5 kali ganda, sebab naik flight hanya RM175, korang pandai-pandailah ‘pancing’ sendiri kat website www.airasia.com.
 
Tak susah pun nak ke sanakan, korang dapat melalui ‘gerbang keindahan Thailand’ ini, Jadi tempah penerbangan anda di www.airasia.com sekarang.
Oh ya, korang kalau ke sana jangan pula cuba tunggang gajah atau tengok sarkas kat sana ya. Kesian binatang-binatang tu kena dera untuk belajar buat semua persembahan yang bukan sifat semulajadi mereka. 
Apapun, selamat bercuti.



 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/22/anda-backpacker-lasak-atau-merancang-percutian-santai-bersama-keluarga-lokasi-ini-sesuai-untuk-kedua-duanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Bersama Anak Berusia 13 Tahun Kedua Duanya Positif Ganja Ditahan

Bapa Bersama Anak Berusia 13 Tahun Kedua Duanya Positif Ganja Ditahan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 451 hits
PULAU PINANG 11 Julai Seorang bapa bersama anak lelakinya berusia 13 tahun yang kedua duanya positif dadah jenis methamphetamine antara yang ditahan dalam operasi di sekitar kawasan Jalan Masjid Kapitan Keling Georgetown di sini awal pagi s...
Lelaki Gigit Ular Selepas Dipatuk Akhirnya Kedua Duanya Mati

Lelaki Gigit Ular Selepas Dipatuk Akhirnya Kedua Duanya Mati

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 226 hits
The ReporterSeorang lelaki berusia 60 tahun maut dipatuk ular di Gujarat India namun sebelum itu dia sempat menggigit ular itu sehingga mati Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari Sabtu lalu ketua kampung Ajanwa berkata mangsa Parvat ...
Mawar Tiada Konflik Dengan Ibu Atau Keluarga Saya Fizo Omar

Mawar Tiada Konflik Dengan Ibu Atau Keluarga Saya Fizo Omar

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 390 hits
Hampir seminggu mengumumkan perpisahan masih ramai juga yang terkesan dengan berita perceraian pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim apatah lagi Mawar juga mengatakan keputusan untuk berpisah ini adalah pengorbanan terbesar dirinya demi kebahag...
Siapa Yang Suami Harus Didahulukan Isteri Atau Ibu Bapa Dan Keluarga

Siapa Yang Suami Harus Didahulukan Isteri Atau Ibu Bapa Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 951 hits
Dalam hidup berumahtangga pastinya akan ada masa di mana berlakunya perselisihan faham di antara suami isteri Di antara isu yang sering menjadi persoalan adalah keutamaan manakah yang perlu diberi dalam soal nafkah Menerusi perkongsian di F...
Keluarga Baha Don

Keluarga Baha Don

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 629 hits
Saksikan drama komedi Keluarga Baha Don yang membariskan pelakon seperti Remy Ishak Khir Rahman Susan Lankester Sharifah Aleysha Jihan Muse Mark Adam Namron dan ramai lagi Ditayangkan bermula 11 Julai 2019 menerusi laman hiburan atas talian...
Gunung Tangkuban Parahu Erupsi 5 Spbu Pertamina Sekitar Lokasi Tetap Beroperasi

Gunung Tangkuban Parahu Erupsi 5 Spbu Pertamina Sekitar Lokasi Tetap Beroperasi

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 176 hits
Gunung Tangkuban Parahu erupsi pada Jumat sore PT Pertamina memastikan lima Stasiun Pengisian Bahan Bakar Umum berjarak sekitar 5 12 Km dari lokasi tetap beroperasi Untuk antisipasi hujan abu vulkanik para petugas operator juga telah mengen...
Bakal Terima Ahli Keluarga Baru Ini Antara Surah Amalan Ketika Mengandung Yang Baik Untuk Bayi Dalam Kandungan

Bakal Terima Ahli Keluarga Baru Ini Antara Surah Amalan Ketika Mengandung Yang Baik Untuk Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 414 hits
AssalamualaikumSurah2 dari ayat suci Al Quran sememangnya sangat elok diamalkan oleh semua orang termasuk bagi ibu ibu hamil Ia dapat memberi pelbagai manfaat bukan sahaja kepada ibu tetapi juga kepada bayi didalam kandungan Insyallah jika ...
Ibu Bapa Keluarga Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Anak Menantu Inikah Yang Berlaku Pada Fizo Dan Mawar

Ibu Bapa Keluarga Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Anak Menantu Inikah Yang Berlaku Pada Fizo Dan Mawar

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 1157 hits
Ibu bapa keluarga jangan campur urusan rumah tangga anak menantu Inikah Yang Berlaku Pada Fizo Dan Mawar Berikutan kes penceraian antara pelakon dan usahawan Fizo Omar serta isterinya Mawar Abdul Karim ramai netizen terkejut dan tidak menya...
5 Potret Seru Liburan Bunga Citra Lestari Dan Keluarga Di Ntt

5 Potret Seru Liburan Bunga Citra Lestari Dan Keluarga Di Ntt

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 139 hits
Bunga Citra Lestari tengah menikmati momen liburannya bersama keluarga di Nusa tenggara Timur Ia pun membagikan potret seru nya liburannya di instagram pribadinya
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut