Sedar tak sedar, kini Anchor Dairy sudah 133 tahun berada di pasaran. Di Malaysia pula, jenama ini telah meneroka pasaran tempatan pada tahun 1960 lagi. Memang sudah lama dan jenama yang dipercayai.
Turut hadir pada majlis ini adalah Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia dan Brunei iaitu Mr. Hunter Nottage. Menurut Mr Hunter, Ulangtahun ke 133 ini kejayaan besar buat Fonterra iaitu syarikat antarabangsa yang menjual produk tenusu ke 80 negara seluruh dunia. Apa yang menariknya, syarikat ini dianggotai oleh seramai 100,000 peladang di New Zealand.
Menurut Mr Jack Tan, Pengarah Bersekutu Fonterra Brands Malaysia pula, sambutan ulangtahun ke 133 ini adalah untuk menghargai sokongan yang diberikan oleh pelanggan dan juga pihak operator yang melebihi 6000 restoran, bakeri, dan kafe di seluruh negara. Ini kerana, merekalah yang sentiasa menggunakan produk Anchor dalam sajian mereka.
Oleh yang demikian, bertemakan ‘Our Birthday, Your Celebration: Rejoicing 133 Years of Quality Anchor Dairy’, pihak Anchor melancarkan peraduan #anchorlegendairy . Dengan mengambil bahagian di 1330 restoran, bakeri dan kafe di seluruh Malaysia dan Brunei, para pelanggan bertuah akan memenangi sehingga RM50,000. Peraduan ini bermula dari 1 Oktober 2019 sehinggalah 5 Januari 2020.
Selain itu juga, pihak Anchor Dairy juga bekerjasama dengan CARING MOMS selama 3 bulan untuk mempamerkan perjalanan mereka menggunakan produk Anchor Dairy dalam penyediaan makanan mereka yang enak. Pada majlis ini juga disajikan hasil air tangan ibu-ibu ini kepada para tetamu. Memang sedap!
Antara sajian yang dihasilkan oleh CARING MOMS menggunakan produk dari Anchor Dairy
Antara sajian yang dihasilkan oleh CARING MOMS menggunakan produk dari Anchor Dairy
Rangkaian produk Anchor Dairy sememangnya telah sebati dengan para bakers sejak dahulu lagi. Dengan kualiti yang terbaik pastinya akan menjadikan hasil air tangan mereka juga terbaik. Ianya tidak boleh disangkal lagi kerana lembu-lembu disana dijaga rapi supaya dapat menghasilkan susu yang terbaik seterusnya produk berkualiti dapat dihasilkan. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |