Analisis Prn Seri 3 3 Jika Pengundi Luar Kawasan Tak Buat Kejutan


malaysiakini.com
Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan: Aug 11, 2023
ANALISIS | Enam pilihan raya negeri (PRN) berkemungkinan akan menyaksikan keputusan seri untuk Pakatan Harapan-BN dan Perikatan Nasional, dengan setiap pakatan memenangi tiga negeri sama yang ditadbir sebelum ini.

Kedua-dua gabungan utama yang bertanding dalam PRN berharap untuk menawan sekurang-kurangnya satu negeri tambahan. Dengna PH-BN menyasarkan Kedah, dan PN menyasarkan Selangor.

Walau bagaimanapun, kempen kedua-duanya nampaknya tidak menunjukkan isyarat yang ketara.

Namun, faktor yang mungkin mengubah keputusan yang memihak kepada PH-BN ialah pengundi luar kawasan - yang sentimennya masih tidak dapat diramalkan.

Bagi PH-BN, kerjasama dan usaha mereka sebagai kerajaan persekutuan nampaknya memberi kesan kecil kepada pengundi yang tinggal di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Tinjauan Ilham Center pada Julai lalu menunjukkan majoriti pengundi di Kedah, Kelantan, dan Terengganu tidak cenderung kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Tinjauan yang sama menunjukkan bahawa hanya satu daripada empat orang Melayu berpuas hati dengan prestasi perdana menteri itu.

Perbualan Malaysiakini dengan lebih 70 pengundi di seluruh Kedah nampaknya menunjukkan bahawa kebanyakan pengundi telah membuat keputusan, dan akan berpegang kepada pilihan yang mereka buat pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Pada masa yang sama, terdapat tanda-tanda bahawa sebilangan besar mereka yang mengundi BN tahun lepas, mungkin sama ada tidak mengundi atau beralih kepada PN.

Rasa tidak puas hati terhadap BN ini nampaknya merupakan gabungan rasa tidak senang dengan kepimpinan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta rasa tidak puas hati terhadap kerajaan secara amnya.

PN masih dominan di Kedah, K’tan, T’ganu

Di Kedah, menteri besar sementara Muhammad Sanusi Md Nor juga menjadi cabaran utama kepada PH dan BN.

Sanusi meraih sokongan yang begitu kuat di Kedah sehinggakan ada pengundi di negeri itu yang akan mengundi PN kerana mahu Sanusi kembali memegang jawatan menteri besar.

Pada masa ini, PH-BN dilihat berisiko kehilangan kerusi dan memenangi lebih sedikit kerusi berbanding potensi menawan negeri itu.

Di Kelantan, PH-BN dijangka memberi cabaran sengit di beberapa kerusi, seperti Kota Lama, Wakaf Bharu, Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Galas, Nenggiri, dan Paloh.

Bagaimanapun, harapan terbaik gabungan itu ialah menghalang PN daripada menang semua kerusi di Kelantan seperti yang berlaku pada PRU15.

Keadaan itu nampaknya sama di Terengganu, dengan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli - pakar strategi utama PH - dilaporkan mengakui bahawa PN masih mendahului.
“Di Terengganu pada pandangan saya, PN masih mendahului kita, dan saya mengakui ini secara terbuka,” katanya pada ceramah di Telok Ayer Tawar, Pulau Pinang pada Ahad.

Sebarang peluang untuk gabungan Madani memintas PN di Kelantan kemungkinan terletak pada pengundi luar kawasan - terutamanya pengundi atas pagar yang tinggal di negeri PH-BN.

Jika 20 peratus daripada pengundi atas pagar ini - yang sebelum ini mengundi PN - beralih kepada PH-BN, terdapat peluang untuk gabungan itu menang di Kedah, pada masa sama meraih kerusi di Kelantan dan Terengganu.

Taktik gesa pengundi keluar mengundi

Untuk menggalakkan kehadiran penyokong luar dan pengundi atas pagar, PH menggunakan taktik menakutkan pengundi.

Sama seperti PN yang memainkan sentimen Melayu-Islam dikatakan berada di bawah ancaman, PH juga menggunakan taktik yang hampir sama.

DAP Pulau Pinang misalnya, telah mendakwa bahawa 20 peratus pengundi Cina di negeri itu mungkin beralih kepada PN, tidak mengundi, atau merosakkan undi mereka.

Sementara itu, pengundi juga ditakutkan dengan kemungkinan orang bukan Islam akan kehilangan kebebasan peribadi seperti boleh memakai seluar pendek jika PN berkuasa.

Malah Anwar pernah terlibat dalam retorik sedemikian.
Dalam program bersama pelajar matrikulasi, Anwar menimbulkan kontroversinya susulan jawapannya terhadap soalan yang diajukan pelajar bukan Melayu yang mahukan kuota pendidikan digantikan dengan sistem meritokrasi.

Anwar berkata, penghapusan kuota pendidikan akan menyebabkan PH dan BN kalah dalam semua pilihan raya.

“Kalau saya nak puas kan hati awak, hari ini Anwar kata tamatkan sistem kuota, kami akan kalah semua pilihan raya di negara ini dan anda akan lebih menderita di negara ini. Itu kena faham.

"(Negara akan) diperintah PAS dan Bersatu, kena faham. Tapi, janganlah umpanya nak suruh batal sistem kuota ini. Akan berlaku pergolakan dalam negara…ini persefahaman dibuat sejak sekian lama,” katanya seperti dilapor media pada 5 Ogos.

Sementara itu, Anwar juga memberi amaran bahawa jika pengundi di Selangor "salah mengundi" maka negeri itu mungkin akan jadi seperti Kedah atau Kelantan.

Sama ada taktik menakutkan itu akan berkesan untuk PH dan BN masih belum dapat dilihat.

Walau bagaimanapun, ia menghadapi risiko meminggirkan pengundi di negeri yang dikuasai PN.

“Rasa marah sebab mana boleh bandingkan dengan negeri negeri tu sebab kat Kedah ni banyak dah tempat yang dah maju sekarang," kata Muhamad Abid Najimi Ahmad, seorang pengundi Kedah berusia 19 tahun.

Di sebalik taktik menakut-nakutkan, kerajaan Madani juga nampaknya mengambil langkah untuk memenangi pengundi Melayu konservatif.

Antara lain, ini termasuk peningkatan subsidi untuk pesawah, serta langkah Kementerian Dalam Negeri mengharamkan jam tangan Swatch yang mengandungi unsur LGBT.

Gelombang PN melimpah ke Selangor

Sementara itu, kempen PN di Selangor kelihatan lebih baik daripada PH-BN di Kedah.

Di timur laut negeri ini, PN nampaknya membuat kehadiran yang ketara di kawasan pantai dari Sabak Bernam ke Tanjong Karang dan telah menjadikannya tumpuan kempen.

Lima kerusi PH-BN di kawasan ini berisiko ditawan PN iaitu Sungai Air Tawar, Sabak, Sungai Panjang, Sungai Burung, dan Permatang.

PN juga dilihat aktif di Kuala Selangor, dengan kemungkinan memenangi semula kerusi Jeram.

Sumber dalam PH pula menyatakan kebimbangan mengenai peluang untuk mengekalkan kerusi Bukit Melawati dan Ijok.

Kerusi lain PN dijangka memberi saingan sengit di Selangor termasuk Kuang di bawah parlimen Selayang, Sungai Ramal di Bangi, Selat Klang di Kapar, serta Sijangkang dan Morib di Kuala Langat.

Kerusi majoriti Melayu yang lain juga akan menyaksikan saingan sengit.

Walau bagaimanapun, di beberapa kawasan, ia tidak berjalan lancar.

Ini terutamanya di Gombak, kerusi yang ditandingi bekas menteri besar Selangor Azmin Ali dan pembantunya Hilman Idham masing-masing di Hulu Kelang dan Gombak Setia.
Jentera PAS tempatan di sana dilaporkan kecewa kerana dua kerusi itu diberikan kepada Bersatu untuk bertanding, dan mereka dilhat tidak berusaha keras untuk menggerakkan penyokong untuk kempen Azmin dan Hilman.

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berkata bahawa gabungan itu tidak mendedahkan siapa calon menteri besar Selangor mereka kerana dibimbangi kalah.
Sementara itu, PN juga sedang berhadapan dengan konflik dalaman di Batang Kali, dengan bahagian Bersatu Hulu Selangor menolak pilihan calon parti itu.

Terdapat juga rasa kurang senang di kalangan akar umbi PN tempatan di Bukit Malawati kerana calon gabungan itu adalah bekas ketua Pemuda Umno yang baru menyertai PN.

Berdasarkan situasi semasa, PN mungkin akan memenangi sekitar 10 hingga 15 kerusi di Selangor.

Ini adalah peningkatan daripada lima kerusi yang dimiliki PN di Selangor, dengan empat daripadanya dimenangi ketika Bersatu menjadi sebahagian daripada PH pada 2018.

Walaupun PN dijangka mengurangkan jumlah keseluruhan kerusi yang dikuasai PH dan BN di negeri itu, kemungkinan besar ia tidak akan mencukupi untuk menafikan penguasaan gabungan Madani di Selangor.

PN kalah semua kerusi di Negeri Sembilan?

Di Negeri Sembilan, jika corak pengundian PRU ke-15 berterusan, PH dan BN boleh menyapu bersih negeri itu.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa kerusi untuk PN tampil sebagai pemenang, meski dengan peluang yang tipis.

Salah satu daripada kerusi ini ialah Jeram Padang - kerusi campuran dengan lebih 30 peratus pengundi adalah India.

Secara tradisinya, BN diwakili oleh MIC di kawasan itu, tetapi dengan MIC tidak menyertai PRN, seorang calon Umno telah diletakkan untuk mempertahankan kerusi itu.

PN pula meletakkan bekas ahli MIC, Surash Sreenivasan, yang sebelum ini menduduki tempat kedua ketika bertanding sebagai calon bebas pada 2018 di kerusi berkenaan.

MIC telah menyaksikan ahli dan pemimpinnya berpaling tadah kepada PN, yang mungkin memberi manfaat kepada Surash dan membantu meningkatkan bahagian undi pembangkang di kawasan itu daripada 21 peratus yang diterimanya pada PRU15.

Saingan di kerusi Melayu di Pulau Pinang

Di utara Pulau Pinang, pertelingkahan antara Gerakan dan PAS merencatkan kempen PN sedikit sebanyak. Namun gabungan itu masih dijangka akan menembusi negeri itu.

Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata bahawa tiga kerusi majoriti Melayu di Balik Pulau akan menyaksikan pertarungan sengit dengan pemenang hanya meraih majoriti tipis.
Menurut Chow ini termasuk Bayan Lepas, kerusi yang ditandingi Presiden Gerakan Dominic Lau.

Kempen Lau tidak berjalan lancar, dengan PAS tempatan meminggirkannya.

Walaupun kepimpinan PAS pusat telah mengeluarkan arahan untuk membantu Gerakan, sama ada ia akan mendorong penyokong PAS Bayan Lepas untuk keluar mengundi atau tidak masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, PN juga dijangka meraih kemenangan di kerusi majoriti Melayu di kawasan Parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Permatang Pauh.

Satu lagi faktor yang mungkin menguntungkan PN ialah perbalahan di kalangan DAP Pulau Pinang, terutamanya selepas P Ramasamy dan pengikutnya digugurkan sebagai calon.

Dua daripada rakan rapat Ramasamy bertanding sebagai calon bebas di kerusi DAP.

Faktor Muda-PSM

Bagi Muda dan PSM, kedua-dua parti itu berkemungkinan akan menjadi mangsa sistem first-past-the-post (pemenang undi terbanyak).

Dengan pengundi terpaksa membuat pilihan strategik, Muda dan PSM - yang kebanyakannya bertanding di kerusi PH - tidak mungkin meraih sebarang kemenangan jika pengundi bertekad untuk menghalang PN.

Sebaliknya cabaran utama bagi kedua-dua parti itu ialah sama ada mereka boleh mengekalkan deposit pertandingan atau tidak.

Kedua-dua parti nampaknya tidak mendapat respons yang kuat terhadap usaha kempen dan ceramahnya.

Bagaimanapun, Muda sekurang-kurangnya, dilihat meletakkan sumber yang besar dalam kempen media di media sosial, dan juga slot iklan di stesen radio bandar BFM.

Pengundian untuk enam negeri akan diadakan Sabtu ini.

Laporan oleh B Nantha Kumar, Cha Zhi Ting, Hariz Mohd, Haspaizi Zain, Hoi Jia Xuan, Isabelle Leong, Low Choon Chyuan, Nadjwatul Huda Mohd Zuraidi, Noor Faizal Ghazali, Raveena Nagotra, Wang Ping, Yap Si Err, Zikri Kamarulzaman.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/analisis-prn-seri-3-3-jika-pengundi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Pulau Pinang Pengundi Muda Cenderung Ph Bn

Prn Pulau Pinang Pengundi Muda Cenderung Ph Bn

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 118 hits
Oleh Abdullah ZaidGelanggang Pilihan Raya Negeri di Pulau Pinang dilihat santai dan bersahaja buat calon gabungan Pakatan Harapan Barisan Nasional untuk meraih sokongan sebelum tarikh pengundian pada 12 Ogos ini Hanya berbaki 7 hari sebelum...
Prn Faktor 4 9 Juta Pengundi Muda

Prn Faktor 4 9 Juta Pengundi Muda

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 111 hits
Amir Abd Hamidamir hamid mediaprima com myKuala Lumpur Kemenangan mana mana calon dan parti politik yang akan bersama membentuk serta mentadbir kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos nanti dijangka banyak disumbangkan fakt...
Prn Status Quo Atau Kejutan

Prn Status Quo Atau Kejutan

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 112 hits
Keputusan PRN di enam negeri Semenanjung pada 12 Ogos ini bergantung kepada sama ada sikap pemilih telah berubah atau tidak sejak PRU November lalu Kalau sikap pemilih kekal maka status quo pun kekal juga iaitu Perikatan Nasional mengekalka...
Lompat 3 Kawasan Sejak Pru14 Rina Hadapi Kesukaran Yakinkan Pengundi

Lompat 3 Kawasan Sejak Pru14 Rina Hadapi Kesukaran Yakinkan Pengundi

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 129 hits
Lompat 3 kawasan sejak PRU14 Rina hadapi kesukaran yakinkan pengundi Ketua Wanita Bersatu Rina Harun berhadapan situasi sukar meraih keyakinan pengundi di DUN Batu Tiga Yang dipersoalkan susulan kekerapannya berpindah kawasan sejak PRU14 Be...
Prn 2023 Pengundi Melayu Menolak Umno Pkr Dan Amanah

Prn 2023 Pengundi Melayu Menolak Umno Pkr Dan Amanah

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 108 hits
Saya berani mengatakan ia menang itu pun atas undi penyokong DAP BN dan PKR Mengharapkan undi penyokongnya sendiri ia tidak boleh menang walau satu kerusi pun Tun Abdul Hamid Mohamad Utusan Malaysia DUA tajuk terakhir rencana saya mengenai ...
Prn Pengundi Melayu P Pinang Akan Pilih Ph Bn

Prn Pengundi Melayu P Pinang Akan Pilih Ph Bn

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 106 hits
Malaysiakini Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang kali ini boleh menyaksikan kejutan dengan pengundi di kawasan majoriti orang Melayu memberi sokongan kepada gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional demi masa depan negara Pengerusi PH Datu...
Prn Ahmad Zahid Yakin Dua Negeri Swing Back Kepada Bn Ph

Prn Ahmad Zahid Yakin Dua Negeri Swing Back Kepada Bn Ph

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 139 hits
kosmo onlineOleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA29 Julai 2023 3 35 pmAhmad Zahid merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti Parti Komponen Kerajaan Perpaduan di Bangunan UMNO Kota Bharu hari ini Foto MUSTAQIM MOHAMEDKOTA BHARU Presiden U...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Pet Expo Midvalley 2024

Drama Lara Kasih

Goh Sze Fei Naib Juara Kejohanan Asia 2024

Luvia Band Lelah Dan Kalah Chord

Berkuasa Di Dunia Kuasai Pertambangan By Dr Haji Mura Riau Dosen Adi

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia