Anak Yang Terbiasa Mengamalkan Makanan Sunnah Akan Membesar Sebagai Anak Sihat


Semua ibu bapa mahukan anak-anak yang dilahirkan membesar dengan sihat dan bijak. Selain melakukan pelbagai rangsangan untuk perkembangan otak yang cerdas, soal pemakanan juga perlu dijaga dan dititikberatkan seawal anak itu mula makan.
Menjaga pemakanan sejak anak mula diberikan makanan pejal sangat penting jika mahu anak anda sihat dan bijak. Selain membekalkan sumber khasiat untuk tumbesaran tubuh badan yang sihat, makanan juga penting untuk perkembangan otak. Bahkan menjaga pemakanan juga sangat digalakkan dalam ajaran Islam.
Selain mengajar anak-anak mengamalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kesihatan badan dan diet yang seimbang, jangan lupa biasakan si kecil untuk mengamalkan makanan sunnah Rasulullah SAW. Makanan sunnah bukan sahaja baik untuk kesihatan badan tetapi juga membantu mencerdaskan otak.
Percayalah, anak yang terbiasa mengamalkan makanan sunnah akan membesar sebagai anak yang sihat dan bijak dengan izin Allah SWT seperti yang dikongsikan oleh Tazkirah.net

1. Madu
Tak perlu dipertikaikan lagi. Madu lengkap sebagai makanan yang memiliki semua komponen keperluan manusia seperti enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak.
2. Kismis
Diperbuat daripada anggur kering, kismis kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Kismis adalah salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak.
Manakala ramai ulama’ yang menggalakkan pelajar mereka memakan kismis untuk menambah daya ingatan otak seperti Ibni Qayyim sebagai berkata:
“Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis.”
Petikan kitab Tibb an-Nawawi

3. Kurma
Amalan memakan kurma amat digalakkan kepada wanita mengandung bagi membentuk otak yang sihat buat bayi di dalam kandungan. Buah kurma juga telah diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w sebagai makanan yang baik untuk otak.
4. Buah Tin
Kualiti buah tin bertambah seiring dengan kadar pengeringan buahnya. Buah tin memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.
Secara saintifiknya apabila komponen dan keperluan badan adalah lengkap, maka badan akan berada dalam keadaan kesihatan yang optimum kerana mampu berfungsi dengan baik.
Buah tin banyak membantu menyihatkan sistem pencernaan. Apabila sistem penghadaman sihat maka segala nutrisi dan khasiat makanan dapat diserap dengan sepenuhnya oleh darah.
Darah yang terhasil adalah lebih berkualiti dan darah ini akan mudah diangkut ke seluruh badan termasuk otak. Bukan sahaja otak mendapat segala kebaikan malah antioksida, vitamin dan mineral dari buah ini juga dapat mengelak keradangan otak dan meningkatkan fungsi otak.
5. Habbatussauda
Biji hitam ini sangat baik bagi meningkatkan imunisasi badan dan melawan penyakit. Dalam Kitab Sahih al Bukhari Muslim, Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda’ kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati.”

6. Minyak Zaitun
Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan.
Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.
Para saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser. Tubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung.
Secara khusus kepada otak pula, minyak zaitun membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori. Mungkin kunci utamanya adalah lemak berguna di dalam minyak zaitun yang penting bagi pemantapan kondisi otak kerana 60% komponen otak adalah lemak.
7. Susu Kambing
Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.
Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu sendiri.
Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.
Proses penutrisian otak adalah berkait rapat dengan sistem penghadaman yang baik. Melalui sistem penghadaman yang sihat, segala nutrisi yang kaya di dalam susu dapat dimanfaatkan bukan sahaja pada otak malah ke seluruh tubuh manusia.

Selain mendisplinkan anak dengan pengambilan makanan sihat, ibu bapa yang kesuntukan masa boleh mengambil alternatif dengan memberikan suplemen Al-Fateh kerana khasiat di dalamnya mengandungi kismis, madu, safron, gam Arab, delima yang bagus untuk minda anak-anak.
Keterangan lanjut mengenai Al Fateh hubungi 019-6129869 atau layari www.alfatehjunior.com dan boleh emailkan di [email protected]
The post Anak Yang Terbiasa Mengamalkan Makanan Sunnah Akan Membesar Sebagai Anak Sihat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-yang-terbiasa-mengamalkan-makanan-sunnah-akan-membesar-sebagai-anak-sihat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuaca Sekarang Ini Tak Terjangka Pastikan Anak Anak Kekal Sihat Dengan Udara Bersih Dalam Rumah

Cuaca Sekarang Ini Tak Terjangka Pastikan Anak Anak Kekal Sihat Dengan Udara Bersih Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 287 hits
Cuaca di Malaysia sekarang tengah tidak menentu Sekejap panas terik sekejap hujan lebat Jadi risau dibuatnya ibu ibu apabila anak mula tunjuk tanda nak demam Nak bawa keluar pun tak berani Makin bertambah risau hati ibu apabila mengenangkan...
Nak Sihat Dan Kurus Cuba Buat 7 Perkara Ni Ketika Sediakan Makanan

Nak Sihat Dan Kurus Cuba Buat 7 Perkara Ni Ketika Sediakan Makanan

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 603 hits
Nak sihat dan kurus Cuba Buat 7 Perkara Ni Ketika Sediakan Makanan Nak sihat tak semestinya perlu berbelanja mahal Tak perlu bazirkan duit untuk sihat Cuma Tukar dan ubah gaya dan cara kita memasak je Sudah cukup untuk memastikan hasil masa...
Bahaya Pewarna Dalam Makanan Memang Anak Suka Tapi Kesannya Jejaskan Kesihatan

Bahaya Pewarna Dalam Makanan Memang Anak Suka Tapi Kesannya Jejaskan Kesihatan

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 495 hits
Sekarang ni banyak makanan berwarna warni dijual semata mata untuk menarik pelanggan Bagi ibu yang ada anak kecil makanan berwarna ini antara menjadi pilihan kerana boleh tarik anak untuk makan Bagaimanapun tahukah anda di sebalik pewarna i...
Anak Anak Tak Sihat Kena Virus Age Demam Cirit Dan Muntah

Anak Anak Tak Sihat Kena Virus Age Demam Cirit Dan Muntah

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 517 hits
ANAK ANAK TAK SIHAT KENA VIRUS AGE DEMAM CIRIT DAN MUNTAH AGE ini adalah dari nama panjangnya ACUTE Gastroenteritis Virus yang memyebabkan cirit birit muntah dan demam Allahu sian betul tengok anak anak masa ni Pada mulanya Rabu tu Dzal ken...
Pergi Camping Sihat Walafiat Balik Camping Kaki Retak Aduhai Anak

Pergi Camping Sihat Walafiat Balik Camping Kaki Retak Aduhai Anak

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 452 hits
Aduhai anak Dah la awak tu satu satunya anak mama ni awak la harta mama dunia akhirat bila sakit macam ni hati siapa tak risau nak marah tengah sakit Kan betul kata hati mama malam Sabtu lepas hati mama ni berbolak balik teringat teringat k...
Mudah Sahaja Nak Rangsang Supaya Anak 0 6 Bulan Bijak Gunakan Mainan Ini Sebagai Alat Mendidik

Mudah Sahaja Nak Rangsang Supaya Anak 0 6 Bulan Bijak Gunakan Mainan Ini Sebagai Alat Mendidik

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 371 hits
Kebanyakkan ibu bapa berfikir bahawa bayi baru lahir tidak memerlukan mainan tapi tanggapan tersebut kurang tepat Bayi 0 6 bulan memerlukan mainan untuk membantu pertumbuhannya merangsang skill motor sensori dan anak akan menjadi lebih cerd...
Bella Ajar Saya Bagaimana Menjadi Ibu Anak Sulung Membesar Dr Halina Sebak Cepatnya Masa Berlalu

Bella Ajar Saya Bagaimana Menjadi Ibu Anak Sulung Membesar Dr Halina Sebak Cepatnya Masa Berlalu

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 654 hits
Anak sulung peranannya sangat besar mengajar seorang wanita bagaimana menjadi seorang ibu buat kali pertama Kadangkala tidak sangka pantasnya masa berjalan si kecil makin membesar Datin Dr Halina sebak melihat anak sulungnya Sophea Isabella...
Bolehkah Saya Menyusu Anak Ketika Saya Tidak Sihat Anda Perlu Tahu Bila Waktu Sesuai Untuk Menyusu

Bolehkah Saya Menyusu Anak Ketika Saya Tidak Sihat Anda Perlu Tahu Bila Waktu Sesuai Untuk Menyusu

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 319 hits
Sakit ketika anda dalam fasa menyusukan anak adalah satu perkara yang menyusahkan dan memenatkan Namun yang demikian percaya atau tidak menyusu anak anda ketika anda tidak sihat adalah selamat untuk anak anda bahkan boleh jadi bermanfaat ke...
Biarkan Anak Saya Bersemadi Sebagai Orang Islam Rayu Ibu

Biarkan Anak Saya Bersemadi Sebagai Orang Islam Rayu Ibu

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 471 hits
Predeep Nambiar GEORGE TOWN Ibu kepada K Surinder Kaur hari ini merayu supaya jenazah anaknya dibiarkan bersemadi bersama bapa dan abangnya yang beragama Islam Nazirah Bibi 68 berkata anak perempuan bongsu itu baru baru ini memberitahu seor...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Suriname Negara Pelbagai Kaum

Wayang Isu Pembinaan Kb Sentral

Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera