Anak Tunjuk Jari Tengah Di Manakah Silap Kita
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Alhamduillah syukur nikmat Allah bagi kepada kita. Pada hari ini Naim hendak cerita satu kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Anak-anak ini ibarat kain putih dan ibu bapa akan mencorak kehidupan anak-anak untuk menjadi baik atau sebaliknya.Jika didikan daripada ibu bapa soleh dan solehah nescaya anak-anak lebih beradab dan teratur kehidupan mereka di atas dunia ini. Dan kesan pengaruh daripada kawan-kawan anak jua menjadi kesan sampingan kepada pembesaran anak-anak tersebut.
Berbalik kepada situasi ini, Naim melihat 3 beradik bersembang dan lalu salah seorang adik mereka mengangkat jari tengah kepada abang mereka. Lalu mereka berkelahi dan berkawan semula . Naim terfikir bagaimana kanak-kanak seusia 5 dan 6 tahun sudah tahu mengangkat jari tengah walhal tidak tahu maksud jari tengah ini. Makluman semua, jari tengah merupakan isyarat lucah yang selalu di di gunakan orang dewasa.
Di sini siapakah yang salah? anak mereka atau si ibu bapa tersebut.Kita tidak boleh menyalahi anak-anak tersebut 100%. Jika ibu bapa peka dan tegas di dalam mendidik anak-anak mereka. Hatta pengaruh kawan-kawan juga memberi impak di dalam kehidupan anak-anak tersebut. Usia kanak-kanak tersebut mereka menyalin apa sahaja yang keluar di mulut orang tua mereka hatta sekelilingi mereka.
Dan ibu bapa jangan terlampau memikirkan urusan dunia sampai mengabaikan hak seorang anak-anak mereka. Kerana anak-anak ini adalah Amanah daripada Allah kepada kita. Dan rezeki dari Allah jua kepada kita mengurniakan anak-anak kepada kita.
Oleh itu, pantaulah anak-anak kita di mana mereka berkawan dan cara berkata-kata dengan orang lebih dewasa. Pengaulan antara lelaki dan perempuan kena ada batas mereka. Jangan alpa tentang batas pengaulan antara lelaki dan perempuan walhal adik beradik sendiri. Akhir sekali jom dengar nasihat daripada Ustaz Muhaizad tentang Hukum Tunjuk Jari Tengah. boleh klik pada gambar di bawah untuk penjelasan daripada ustaz
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pemudattbc.blogspot.com/2023/01/anak-tunjuk-jari-tengah-di-manakah.html