Anak Tak Duduk Diam Kuat Mengamuk Caranya Bagi Dia Main Sampai Penat


Anak tidak kira lelaki dan perempuan ada yang aktif dan mudah mengamuk, ada yang jenis banyak cakap. Bermacam jenis karakter yang muncul seiring perkembangan usia. Ibu bapa perlu faham bagaimana menghadapi setiap tahap untuk memanipulasi mereka. Lebih elok & berkesan daripada pukul & marah!

Perkongsian daripada Puan Maryam Jamadi ini boleh dijadikan panduan. Tidak dinafikan  adakalanya ibu bapa akan memarahi anak sedangkan ada cara lain yang boleh dilakukan untuk memanipulasi keadaan. Tidak rugi mencuba kaedah dan tip ini, mama papa pun tidak akan rasa penat dan stres.
CARA MEMANIPULASI ANAK Anak saya nakal.
Anak saya tak mendengar kata.
Anak saya suka bongkar almari.
Anak saya melawan cakap saya.
Anak saya suka berlari.
Anak saya suka sepahkan rumah.
Anak saya suka main air.
Anak saya sudah pandai menipu. Isu ini memang sangat normal bagi mak ayah yang mempunyai anak yang berumur sekitar 6 bulan hingga 12 tahun. Bagi yang ada anak aktif memang pening kepala asyik nak mengemas rumah. Baru kemas 10 minit, dah sepah balik. Bila orang datang rumah, masa inilah kelam kabut campak semua barang!

FITRAH ANAK  BERMAIN, JANGAN DITENGKING & DIHUKUM
Memang fitrah budak-budak untuk bermain, saya tak kata kita boleh benarkan sahaja anak nak main apa. Tapi yang sedihnya bila anak seusia setahun sudah dihukum, ditengking, dipukul dan diperlekehkan.
Semakin anak meningkat dewasa, semakin susah untuk dikawal. Betullah pepatah “anak kecil ini umpama kain putih, kita yang mencorakkan mereka”. Salah mereka atau salah kita mendidik anak?
Sebelum anak pandai memanipulasi kita, lebih baik kita belajar macam mana untuk memanipulasi mereka. Fahami perkembangan emosi mereka dahulu, barulah mak ayah boleh bertindak selaras dengan umur mereka.
PUKUL ANAK, EMOSI MEREKA BOLEH TERGANGGU
Ada orang kata “budak budak bukan ingat pun kita pukul atau marah mereka”. Memang mereka tak ingat tapi jangan terkejut yang yang otak mereka simpan segala memori pahit ini dan perkembangan emosi mereka terganggu. Tak hairanlah, kes buli di sekolah tak pernah lenyap sebab perkembangan emosi mereka tidak stabil dan akhir menyebabkan masalah sosial di masa akan datang.
Pengalaman mereka masa kecil akan mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial (Cohen and others, 2015). Emosi dan sosial memang sangat berkait rapat untuk kemahiran sosial untuk mereka belajar meluahkan perasaan, cara berkawan, cara bercakap dan sebagainya. Jadi bagi saya penting untuk mak ayah fahami setiap tahap perkembangan psikososial anak sebelum menghukum anak:

TAHAP PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL
Oleh: Erik Erikson 1. Selepas lahir hingga umur setahun+ (Trust vs Mistrust)
Tahap ini adalah fasa untuk dapatkan kepercayaan anak (trust). Jagalah dia dengan penuh kasih sayang. Tunjuk kasih sayang dengan perbuatan, belaian, senyuman dan cakap kita sayang mereka. Fasa ini yang bahayanya jika tak dapat kepercayaan mereka, akan ada masalah psikososial seperti kuat memberontak dan tantrum (mistrust). Selalunya terjadi bila mereka rasa “kurang” kasih sayang.
*Rujuk post “Jangan Biarkan Mereka Menangis” :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1383185041735052&id=100001307091103
2. Umur 18 bulan hingga 2-3 tahun (Autonomy vs shame/doubt)
Jika fasa sebelum ini kita “menang” kepercayaan mereka maka fasa seterusnya akan mudah bagi ibu bapa untuk mengawal anak. Selalunya fasa ini bermula apabila anak sudah pandai berjalan, bercakap dan berminat untuk buat semua sendiri. Fasa dimana anak suka “mengemas” sepahkan semua barang, bongkar almari baju dah lipat, berlari kesana kesini, pantang bilik air terbuka terus main air, nampak kolam air terus nak terjun, nampak apa-apa ada sahaja nak membebel tanya itu ini dan sebagainya. Orang tua kata “panjang akal ada je nak dibuatnya”.
Fasa ini sangat kritikal untuk mak ayah belajar kawal situasi. Fahami keperluan mereka, contohnya

A) SUKA BUAT SEPAH
Kalau yang jenis suka sepahkan barang.
Boleh cuba letak 1 sudut barang untuk disepahkan. Kalau suka main baju, letaklah satu bukit baju dekat situ. Kalau suka main pinggan mangkuk, letaklah pinggan dekat situ. Bagi dia main sampai penat dan bosan. Ajak dia mengemas sekali, jenis ini memang suka ikut mak ayah buat apa semua nak join sekali. Ajar dia kemas mainan sendiri, masuk baju kotor sendiri dalam bakul, susun mangkuk cawan, belikan penyapu kecil macam di Daiso dan sebagainya. Ada ciri- ciri anak yang rajin bantu mak ayah kemas rumah nanti

B) AKTIF MEMANJAT, BERLARI & MELOMPAT
Kalau yang jenis suka memanjat, berlari atau melompat.
Kena rajin bawa ke taman, salurkan “energy” dengan cara yang betul. Kalau malas nak bawa ke taman sebab panas, boleh bawa pergi shopping mall utk dia explore sekeliling, luangkan masa sekejap untuk bagi dia “lead” untuk dia rasa berkuasa atas diri sendiri. Ikut sahaja mana dia pergi. Mana yang suka lompat atas katil takut katil rosak, beli trampoline atau beli katil buruk bagi lompat sampai penat. Mana tahu dah besar jadi pelompat galah, pelari pecut Malaysia nanti.
C) ANAK SUKA BERCAKAP & BERTANYA
Kalau yang jenis suka potpet bising setiap masa.
Selalu ajak menyanyi bersama sambil menari. Layankan kepochi dia tu jangan abaikan, bila dia tanya itu ini cuba jawab juga walaupun tengah sibuk sebab sel sel otak sedang berhubung dengan pesat. Jangan cakap tak elok depan dia, 10 saat je dah pandai ikut. Untung anak banyak cakap, mana tahu dah besar boleh jadi pengacara tv, politician atau peguam terkenal
D) ANAK AKTIF, TAK DUDUK DIAM
Kalau yang jenis tak reti diam, lagi-lagi bila pergi rumah orang ada sahaja nak dibuatnya contohnya conteng kusyen orang, pecahkan pasu atau bunga, buka peti ais rumah orang lain, masuk bilik orang lain dan sebagainya.
Anak jenis ini memang suka explore sekeliling, dia tertanya-tanya kalau tolak pasu ini apa akan jadi? Apa dalam laci? Apa dalam bilik? Apa dalam peti ais? Untuk mengelakkan mak ayah jadi “tarzan” atau “hulk” di rumah orang eloklah bawa mainan sendiri dari rumah. Kalau mainan baru lagi bagus untuk yang suka menconteng eloklah bawa kertas dan pen. Alihkan perhatian dia, bawa “busy book” dari rumah. Boleh google je cara untuk buat “busy book” ok?

D) ANAK SUKA MAIN AIR
Kalau yang jenis suka main air, bagilah dia main sekejap masa mandi. Belajar cedok-cedok air dalam baldi ke baldi lain. Atau beli kolam renang kecil muat dalam toilet, mandi dalam tu tapi tak boleh lepas pandang, kena sentiasa tengok dan rajin-rajinlah bawa anak pergi berenang kalau ada masa
Jika kita selalu layankan keperluan berdikari (Autonomy) mereka, anak akan membesar dengan sihat fizikal dan emosi.
Jika kita terlampau sekat ini tak boleh dan itu tak boleh, kesannya anak akan membesar menjadi seorang yang tak ada jati diri, tak ada pendirian, tak ada kenyakinan diri, penakut dan tak nak mencuba benda baru (Shame/Doubt).
Tapi kena ingat, dalam kita memberi kemahuan mereka perlu juga bertegas kalau melibatkan masalah tingkah laku.Kesimpulannya, mak ayah perlu tahu cara untuk memanipulasi anak sebelum anak memanipulasi kita. Semua masalah tingkahlaku lagi mudah dibendung dan dielakkan jika kita tahu macam mana perkembangan emosi dan sosial anak berkembang mengikut umur.
Teori ini ada 8 tahap, yang saya kongsikan ini cumalah 2 tahap (lepas lahir sehingga umur 3 tahun). Kalau ada banyak permintaan untuk umur 3 keatas, saya akan cuba kongsikan di post yang lain ye.
Semoga bermanfaat, terima kasih.
Sumber: Maryam Jamadi
The post Anak Tak Duduk Diam & Kuat Mengamuk, Caranya Bagi Dia Main Sampai Penat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-tak-duduk-diam-kuat-mengamuk-caranya-bagi-dia-main-sampai-penat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suka Memanjat Menyepah Rumah Tak Duduk Diam Tandanya Anak Kita Sihat

Suka Memanjat Menyepah Rumah Tak Duduk Diam Tandanya Anak Kita Sihat

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 331 hits
Berlari memanjat melompat menyepahkan rumah Ini antara sebahagian sikap anak kecil yang kadangkala cukup menguji kesabaran ibu bapa Yang geram juga adalah bila ibu tengah lipat kain lipat satu si kecil pun punggah satu Lipat lagi satu dia a...
Anak 2 Tahun Pandai Berkawan Tapi Suka Main Tolak Tolak Mama Jangan Marah Ada Caranya Nak Tegur

Anak 2 Tahun Pandai Berkawan Tapi Suka Main Tolak Tolak Mama Jangan Marah Ada Caranya Nak Tegur

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 633 hits
Melihat perkembangan anak kecil kita yang sudah pandai berkawan dan berinteraksi pada usia dua tahun memang seronok Mama pun rasa lega bila anak dah pandai bergaul dengan rakan rakan Namun satu hal yang sentiasa membuatkan mama risau bila m...
Ini Rupanya Kenapa Anak Lelaki Tak Boleh Duduk Diam Asyik Lari Lompat Panjat Kerjanya

Ini Rupanya Kenapa Anak Lelaki Tak Boleh Duduk Diam Asyik Lari Lompat Panjat Kerjanya

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 242 hits
Adam boleh tak duduk sekejap ke Penat mama tengok awak lompat sana lompat sini memanjat dan berlari tak berhenti henti Siapa yang ada anak lelaki tentu biasa berhadapan dengan perangai mereka yang tak tahu duduk diam walaupun sekejap Kadang...
Anak Akan Cerdik Sendiri Tak Perlu Kejar Jadi Bijak Biar Anak Puas Main Dulu

Anak Akan Cerdik Sendiri Tak Perlu Kejar Jadi Bijak Biar Anak Puas Main Dulu

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 345 hits
Pada usia anak 2 tahun ke atas mereka seakan mahu berdikari seakan telah memperolehi kunci untuk membuat semua perkara sendiri Kadang tu bila dihalang boleh mengamuk Adakah ini perkembangan yang bagus Jawapannya ya sebab waktu ini anak seda...
Penat Berkejar Dengan Anak Di Rumah Urus Rumah Tangga Fiza Baru Tahu Nikmat Jadi Suri Rumah

Penat Berkejar Dengan Anak Di Rumah Urus Rumah Tangga Fiza Baru Tahu Nikmat Jadi Suri Rumah

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 686 hits
Pelakon Fiza Halim akui bersyukur dan puas kerana kini dapat menjaga sendiri anaknya Aleena berusia 10 bulan di rumah Malah bekas ahli kumpulan Elite ini berkata dia lebih puas apabila kini dia dapat menguruskan hal rumahtangga sendiri tanp...
Mama Adik Nak Mainlah Panggil Baik Baik Bila Anak Tengah Kusyuk Main Jangan Sergah

Mama Adik Nak Mainlah Panggil Baik Baik Bila Anak Tengah Kusyuk Main Jangan Sergah

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 362 hits
Ada waktunya kita sendiri tak sedar kita dah lakukan beberapa kesilapan kecil dalam mendidik anak Salah satunya adalah memanggil nama anak dengan panggilan yang kasar atau kuat ketika anak sedang melakukan sesuatu perkara Tak kisahlah samad...
Penat Ada Anak Ni Mak Ayah Jangan Sesekali Sebut Nanti Menyesal

Penat Ada Anak Ni Mak Ayah Jangan Sesekali Sebut Nanti Menyesal

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 359 hits
Emm penatnya ada anak ni Dahla anak anak ramai Rasa nak nangis pun ada Sedihnya bila terhilang sabar Bukan sengaja nak sakitkan anak tapi rasa tak mampu nak tahan sabar tu Ungkapan ini kadang terkeluar secara tak sengaja dari mulut ibu bapa...
Jangan Main Bagi Je Suplemen Periksa Dulu Sebelum Bagi Anak Dan Mak Ayah Kita Dr Izzar Kongsi Tip

Jangan Main Bagi Je Suplemen Periksa Dulu Sebelum Bagi Anak Dan Mak Ayah Kita Dr Izzar Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 552 hits
Ibu mana yang tak mahu berikan yang terbaik buat anak anaknya Kalau boleh semua produk dan suplemen kita nak beli demi memastikan mereka sihat dan bijak Begitu juga orang tua kita Lega hati kita bila dapat pastikan mereka sentiasa sihat wal...
Rayakan Hari Anak Pemkot Bekasi Ajak Anak Difabel Main Salju

Rayakan Hari Anak Pemkot Bekasi Ajak Anak Difabel Main Salju

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 216 hits
Kota Bekasi baru saja mendapatkan penghargaan kota layak anak kategori Nindya ini menjadi sebuah prestasi ujar Wakil Wali Kota Bekasi Tri Adhianto
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025