Anak Tak Aktif Bergerak Dalam Perut Ibu Hamil Ambil Makanan Ni Rangsang Bayi
Merasa tendangan dan pergerakkan bayi di dalam kandungan buat pertama kali sememangnya nikmat yang paling membahagiakan seorang ibu. Pengalaman yang cukup indah.
Namun pengalaman ini jika dibiarkan tanpa dipantau boleh mengakibatkan kehilangan yang paling menyedihkan. Jangan sekali-kali abaikan pergerakan ini kerana ia cukup penting!
Dr Anisah Latiff, yang kini bertugas di Klinik Dr Alyna berkongsi fakta mengenainya.
Kita sebagai ibu, cara untuk kita kenal pasti baby dalam perut sentiasa sihat adalah dengan cara mengesan pergerakkannya. Dan bila tak ada sebarang pergerakan, sudah tentulah sangat berbahaya.
Ada sesetengah ibu yang rasa baby tak bergerak terutama di hujung-hujung kehamilan perkara biasa dan normal, sedangkan itu tidak patut berlaku.
Biasanya pada minggu ke 28 hamil, ibu sudah boleh merasa pergerakkan bayi dalam kandungan sehinggalah waktu melahirkan iaitu ketika usianya sembilan bulan.
Sepuluh gerakan setiap hari dalam tempoh 12 jam adalah sangat penting untuk diambil kira.
Misalnya dari 9 pagi hingga 9 malam dan gerakan ini ada gerakan lembut, gerakan aktif dan gerakan yang kuat. Semua gerakan ini harus diambil kira.
Kebiasaannya sekitar jam 3 hingga 4 petang, sepuluh kiraan itu sudah pun selesai dikira oleh ibu. Namun jika anak tak cukup bergerak atau tendangannya kurang aktif, ibu perlu rujuk untuk mendapatkan nasihat doktor dan pemeriksaan.
Rangsang bayi bergerak dengan makanan
Pun begitu, bagi memastikan bayi dalam kandungan terus bergerak dan aktif di dalam perut, sebenarnya ada beberapa daya rangsangan yang ibu boleh lakukan.
1. Ibu banyakkan bergerak
2. Makan benda manis
3. Makan dan minum makanan sejuk seperti aiskrim atau air sejuk.
4. Cuba sentuh perut dan bercakap dengan anak.
Jika kesemua cara ini sudah dilakukan tetapi anak masih tidak mahu bergerak, ada baiknya ibu rujuk kepada doktor untuk rawatan.
Bila ibu tidak sihat?
Bila keadaan ibu tidak sihat, seperti demam dan sebagainya, anak juga akan turut sama mengalami kesannya. Anak juga kurang aktif seperti selalu.
Apa yang boleh dilakukan adalah melakukan cara rangsangan yang sama seperti di atas untuk kembali membuatkan anak aktif bergerak. Wajib cuba!
Nasihat untuk ibu, kiraan 10 kali di dalam tempoh 12 jam itu tersangatlah penting. Jangan culas untuk mencatit pergerakan ini di dalam buku pink ibu!
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!
Untuk mama papa yang ada baby masih merangkak, jom sertai Pa&Ma x Meracle Baby Merangkak Race dan berpeluang menang wang tunai.
Daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/baby-merangkak-race/)
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
The post Anak Tak Aktif Bergerak Dalam Perut, Ibu Hamil Ambil Makanan Ni Rangsang Bayi! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/anak-tak-aktif-bergerak-dalam-perut-ibu-hamil-ambil-makanan-ni-rangsang-bayi/