Anak Susah Nak Dengar Kata 6 Trick Ini Kata Sebaliknya



Sebagai ibu bapa, sebahagian besar tenaga anda pergi ke arah cubaan mengawal anak kecil. Itu agak memalukan untuk diakui, bukan? Tetapi ia tidak begitu memalukan kerana hakikatnya, anda sentiasa kalah. Ada rahsianya! Beberapa taktik psikologi, kalau dilakukan dengan baik, boleh trick mereka untuk mengikuti arahan anda. Berikut adalah 6 kemahiran baru yang anda tercari-cari selama ini.

Psiko Mereka
Lain kali jika anak anda berfikir bahawa mereka terlepas melakukan sesuatu yang tidak baik, jangan panggil mereka. Bukan tidak langsung, tapi bukan terus panggil. Sebaliknya, berpura-pura anda tidak melihat apa-apa dan berpaling. Kemudian, dengan membelakangi, beritahu bahawa anda tahu apa yang mereka lakukan dan terangkan secara terperinci. Mereka akan terkejut dan tidak mempersoalkan bahawa anda mempunyai kuasa psikik. Serius, ia berkesan – atau, sekurang-kurangnya, ia akan berkesan sehingga mereka berusia sekitar 7 tahun.

Mengapa ia berkesan? Fikiran kanak-kanak prasekolah belum cukup berkembang untuk memahami sepenuhnya bahawa setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza. Mereka mengandaikan bahawa anda melihat dan merasakan perkara yang sama seperti mereka. Jadi, apabila anda mengatakan sesuatu seperti, “Mak tahu along tengah conteng dinding walaupun Mak tak tengok”, anak anda akan benar-benar percaya kepada anda. Sebab dia percaya, yang Mak dia memang ada ‘mata’ di belakang kepala!

Katakan “Ya, tapi…”
Surprise! Kanak-kanak memberontak terhadap perkataan “tak” atau “jangan”. Dengan mengatakannya, anda mengekang kebebasan mereka untuk menuang mee goreng ke atas kepala mereka, dan mereka tak akan berdiam diri. Tidak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Apa yang anda boleh lakukan adalah menjadikan perjuangan itu jauh lebih mudah dengan memberitahu mereka “tak” tanpa menggunakan perkataan “tak“.

Apabila anak anda mengatakan sesuatu seperti, “Boleh tak angah menonton TV?”, jangan kata “Tak, angah kena buat kerja rumah angah”. Sebaliknya, katakan “Ya, tetapi buat kerja rumah terlebih dahulu”. Ahli psikologi berkata dengan membuang perkataan “tidak” , akan menghalang anak-anak daripada melawan. Kalau tidak selalu, kadang-kadang. Mereka mungkin hanya baling mee itu kepada anda. Kanak-kanak ini pelik betul.

Ringan-ringankan
Ahli psikologi kanak-kanak melakukan eksperimen di mana mereka meletakkan mainan baru di dalam bilik dan memberitahu kanak-kanak bahawa jika mereka bermain dengannya semasa mereka bersendirian, mereka akan berada dalam kesusahan. Beberapa kanak-kanak diberi ancaman ringan; yang lain diberikan ancaman yang keras. Apabila para penyelidik pergi, kanak-kanak yang diancam dengan keras segera meraih mainan itu. Saat mereka terfikir mereka boleh terlepas apabila para penyelidik sudah tak ada di situ, mereka terus menerkam mainan tersebut. Sebaliknya, kanak-kanak yang diancam dengan ringan tidak begitu peduli terhadap mainan yang dilarang. Amaran itu cukup untuk menghalang mereka daripada menyentuhnya, tanpa ancaman itu menduduki benak pemikiran mereka.

Jadi, jika anda tidak mahu anak anda menyentuh, menjilat, menggosok, atau menjerit tak tentu hala, beri mereka ancaman yang ringan. Beri amaran kepada mereka, jika mereka berkelakuan buruk atau buat sesuatu yang anda terang-terangan larang, mereka hanya akan mendapat 5 biji buah anggur dan bukannya 6. Apa-apalah, yang anda rasakan biasa sahaja. Kemungkinan besar, mereka akan mendengar cakap anda. Mengawal mereka melalui ketakutan dan ancaman keras hanya akan melahirkan sifat rebellious. Sebaliknya jika anda lebihkan tenaga minda mereka untuk tidak memikirkan ancaman yang keras itu, idea untuk ‘berlaku keras’ terhadap anda sukar untuk bercambah. Don’t plant the seed.


Banyakkan Bercerita
Apabila anda meminta kanak-kanak untuk memberus gigi, mereka mungkin akan menentang. Mereka tahu anda sedang berusaha untuk membuat mereka melakukan sesuatu, dan mereka sangat berdedikasi untuk pertahankan kebebasan mereka sendiri. Walaupun ia adalah untuk kebaikan mereka sendiri, mereka tetap akan memerangi kamu.

Tetapi jika anda boleh membawa mereka ke dalam dunia fantasi, mereka tidak akan melihat apa yang anda lakukan. Daripada berkata, “gosok gigi sekarang!” Beritahu mereka bahawa ada pengembaraan ajaib dan mereka perlu memberus gigi untuk membebaskan puteri jelitawan. Ia tidak semestinya perlu menjadi cerita – anda boleh menyanyikan lagu atau membuat permainan. Selagi kamu menarik mereka keluar dari realiti dan ke dalam dunia fantasi, ia akan menghalang mereka daripada melawan kamu.

Gunakan Teknik “Tapi Awak Bebas”
Ini juga berkesan ke atas orang dewasa – dan, antara semua skill di sini, inilah yang paling terbukti berjaya. Sekurang-kurangnya 42 kajian telah dijalankan, dan semuanya menunjukkan bahawa ia boleh meningkatkan peluang untuk anak anda berkata “ya” terhadap permintaan atau arahan anda.

Apabila anda mahu anak anda melakukan sesuatu, beri peluang kepada mereka untuk mengatakan “tidak”. Beritahu mereka apa yang anda mahukan, dan pada masa yang sama biarkan mereka tahu bahawa mereka bebas melakukan perkara yang lain. Sebagai contoh, katakan, “Mak nak along kemaskan bilik along, tapi along bebas untuk terus bermain.”

Ia berlawanan dengan intuitif, maksudnya secara harfiah ia bukanlah yang kita hendak secara langsung. Namun, inilah namanya permainan psikologi. Reverse psychology. Kanak-kanak akan mematuhi anda dua kali ganda lebih kerap jika anda memberi mereka pilihan untuk tidak mematuhi. Pelik bukan? Penjelasannya mudah sahaja. Ini kerana apabila kebebasan mereka tidak terancam, maka mereka tidak mempunyai naluri semulajadi untuk menolak, melawan, atau memberontak. Sekali lagi, kanak-kanak sukakan kebebasan mereka maka jangan kacau yang itu. Tetapi ‘beri’ juga kebebasan kepada mereka untuk melaksanakan arahan anda. Tanpa mereka sedari, mereka perlahan-lahan patuh kepada perintah anda, merasakan mereka melakukannya atas kehendak mereka sendiri.

Berpura-pura Bodoh
Betul itu, bersikap kebudak-budakan (play dumb) sangat berkesan. Menurut Dr. Harvey Karp, penulis The Happiest Toddler On The Block bersikap kebudak-budakan adalah “salah satu alat yang paling berkesan… untuk meningkatkan kerjasama anak kecil”. Mengapa? Nah, ia membuat anak anda berhenti melihat anda sebagai ancaman atau seseorang yang cuba mengawalnya, dan membantu menghindarkan mereka dari bertukar menjadi raksasa.

Pada masa yang akan datang, jika anak anda, katakanlah, enggan memakai jaket – pakaikan anda punya secara terbalik dan tanya dia, “Eh? Betul ke ni?” Melihat anda melakukan sesuatu yang salah akan membuat anak anda ingin menunjukkan kepada anda cara melakukannya dengan betul, “Bukan macam tu lah ayah..” (dan mungkin ketawa sehingga hingus dia terkeluar).

Jangan risau tentang kehilangan rasa hormat anak terhadap anda. Apabila anda berpura-pura dan bersikap kebudak-budakan, anak anda bukannya percaya yang anda benar-benar bodoh – mereka hanya menghargai usaha anda. Sesuatu arahan atau kerja yang pada awal kelihatan bosan dan merimaskan, boleh menjadi sesuatu yang seronok! Dengan syarat, anda ciptakan fun tersebut.
~
Bagaimana? Mantapkan ENAM tips mudah untuk buat anak-anak anda mendengar kata? Kongsikan dengan teman-teman dan pasangan anda. Lihat perubahan emosi dan psikologi secara positif. Selamat beramal!

Sumber : ohsemmama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rangerkacak.blogspot.com/2017/11/anak-susah-nak-dengar-kata-6-trick-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kembar Susah Tak Nak Jaga

Anak Kembar Susah Tak Nak Jaga

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 199 hits
Kalau orang yang belum kawin soalan popularnya adalah bila nak kawin kan Tapi aku yang ada anak kembar ni soalan popularnya adalah susah tak nak jaga Dah banyak kali soalan tu ditanya oleh orang kat aku malah kat mak aku pun orang tanya soa...
Sedih Tapi Saya Yakin Anak Itu Kepunyaan Allah Hantar Anak Ke Asrama Ds Shahida Yakin Buat Pilihan Bijak

Sedih Tapi Saya Yakin Anak Itu Kepunyaan Allah Hantar Anak Ke Asrama Ds Shahida Yakin Buat Pilihan Bijak

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 946 hits
Siapa yang tak mahu memberikan yang terbaik buat anak anak yang sedang membesar Melepaskan anak untuk memasuki ke sekolah asrama penuh memang berat namun inilah yang terbaik untuk masa depan anak anak Inilah yang dikongsikan oleh isteri usa...
Dah Masuk Umur 3 Tahun Agak Susah Nak Bentuk Mulakan Sejak Lahir Dr Sheikh Kongsi Petua Didik Anak

Dah Masuk Umur 3 Tahun Agak Susah Nak Bentuk Mulakan Sejak Lahir Dr Sheikh Kongsi Petua Didik Anak

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 262 hits
Nak mendidik anak memang memerlukan ilmu keibubapaan seperti yang dikongsi oleh Dr Sheikh Muszaphar melalui instagramnya di mana anak anak perlu di didik sejak lahir lagi supaya rutin tersebut menjadi amalan mereka Ikuti perkongsian ini Kei...
Nak Susukan Anak Dengan Perut Baru Lepas Operate Tu Susah Momen Kelahiran Anak Detik Termanis Farah Nabilah

Nak Susukan Anak Dengan Perut Baru Lepas Operate Tu Susah Momen Kelahiran Anak Detik Termanis Farah Nabilah

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 411 hits
Pengalaman melahirkan anak adalah satu pengalaman yang paling terindah dalam hidup seorang wanita Satu pengalaman yang mendebarkan namun tidak mungkin dilupakan sampai bila bila Bagi pelakon cantik manis Farah Nabilah pengalaman melahirkan ...
Resepi Donut Ball 2 Bahan Anak Anak Tak Perlu Susah Nak Uli Gerenti Lembut

Resepi Donut Ball 2 Bahan Anak Anak Tak Perlu Susah Nak Uli Gerenti Lembut

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 377 hits
Menu donut antara yang menjadi kesukaan anak anak Namun tak semua orang boleh buat donut yang gebu dan lembut Bagi yang jarang jarang buat ada ketikanya akan menghadapi masalah doh tak kembang elok Kali ini untuk ibu ibu yang anaknya pengge...
Anak Tolak Direct Feed Masuk Usia 3 Bulan Bukan Sebab Tak Nak Susu Ibu Ini Jawapanya

Anak Tolak Direct Feed Masuk Usia 3 Bulan Bukan Sebab Tak Nak Susu Ibu Ini Jawapanya

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 333 hits
Aduh kenapa pulak anak tak nak menyusu Memang risau memikirkan perkara ni kan Lebih lebih lagi masa dalam pantang si kecil elok je menyusu susu badan Bila jadi macam ni tentu sekali mama rasa sedih Opss jangan sedih sedih Mama kena kekal te...
Selalu Tanya Bila Daddy Nak Balik Luahan Rindu Anak Isteri Hargai Pengorbanan Alif Satar

Selalu Tanya Bila Daddy Nak Balik Luahan Rindu Anak Isteri Hargai Pengorbanan Alif Satar

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 279 hits
Isteri kepada penyanyi dan pengacara Alif Satar meluahkan rasa sayu dan sebak melihat kegigihan suaminya bekerja siang dan malam demi tanggungjawabnya kepada kerjaya dan keluarga Malah menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi ada waktun...
Sindrom Anak Sulung Akan Muncul Bila Ada Adik Ada Cara Nak Atasinya

Sindrom Anak Sulung Akan Muncul Bila Ada Adik Ada Cara Nak Atasinya

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 289 hits
Ibu bapa mana yang tidak gembira dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka Sudah tentu bayi bertuah itu akan dibelai dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh Suasana yang harmoni dan sejahtera ini akan berterusan sehinggalah tiba waktu...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri