Anak Sungai Derhaka Rosmah Ditahan Sprm Akhirnya 8537



Anak Sungai DerhakaRosmah Ditahan SPRM Akhirnya..Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 minggu yang laluROSMAH Mansor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi, selepas dipanggil memberikan keterangannya berhubung siasatan membabitkan jenayah penggubahan wang haram. SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan Rosmah yang ditahan pukul 3.20 petang tadi di ibu pejabatnya di Putrajaya. SPRM juga memaklumkan ia sudah mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa isteri bekas perdana menteri itu. “Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Am... lagi »Rosmah Ke SPRM, Najib Pula Ke PDRMAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 minggu yang laluPagi ini bekas Perdana Menteri DS Najib Tun Razak yang juga bekas Presiden UMNO dipanggil PDRM untuk beri keterangan berhubung siasatan di bawah AMLA. Manakala isterinya DS Rosmah Mansor pula dipanggil ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk beri keterangan. KUALA LUMPUR, 3 Okt ― Datuk Seri Najib Razak diminta memberi keterangan sekali lagi berhubung siasatan kes pengubahan wang haram dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bekas perdana menteri hadir di ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID) di Jalan Tun Razak di sini jam 10 pagi ini, kata penyokongnya Datuk Lokman N... lagi »Bekas Pengerusi Tabung Haji Direman Empat HariAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 minggu yang laluAHLI Parlimen Baling Azeez Abdul Rahim, seorang abangnya dan seorang sepupu mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk permohonan reman berhubung siasatan kes rasuah. Azeez, abangnya Latiff dan sepupu mereka itu yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dibawa oleh ke mahkamah pada kira-kira jam 10.35 pagi. Individu berkenaan dibawa oleh beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketiga-tiganya ditahan oleh pasukan tersebut semalam dan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM kerana didakwa menerima rasuah. Sekumpulan kira-kira 50 ora... lagi »Skandal 1MDB: Najib Mengaku Tidak Salah Terhadap 25 PertuduhanAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 5 minggu yang laluKUALA LUMPUR, 20 Sept — Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat tuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dimasukkan ke akaun peribadi beliau. Najib, 65, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi. Pendakwaan diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala peguam Tan sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai barisan pembelaan. Bagi kes rasuah, mengikut pertuduhan per... lagi »Skandal 1MDB: Najib Berdepan 21 Tuduhan BaruAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 5 minggu yang laluKelmarin, media juga melaporkan isteri Najib, Rosmah Mansor dijangka berdepan 20 tuduhan di mahkamah, kebanyakannya berhubung kesalahan mengubah wang haram, apabila pasukan penyiasat melengkapkan siasatan dalam waktu yang terdekat. Hari ini.. NAJIB Razak akan berdepan 21 pertuduhan membabitkan duit RM2.6 bilion atau AS$681 juta yang masuk ke akaun peribadinya, apabila bekas perdana menteri itu dihadapkan ke mahkamah petang ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim berkata sembilan dakwaan kerana menerima wang haram, lima kerana menggunakan wang haram dan tujuh keran... lagi »Skandal 1MDB: Najib Ditahan SPRM Lagi..Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 5 minggu yang laluPUTRAJAYA 19 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau. SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, penahanan itu dibuat pada petang ini pukul 4.13 petang di Ibu Pejabat SPRM, di sini. "Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. "Najib akan dibawa ke Mahkama... lagi »Inilah Yang Dikata.. Bila Pokok Tumbang, Beruk Pun Bertempiaran LariAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 5 minggu yang laluTentu ramai yang pernah mendengar peribahasa yang menyebut "Bila pokok tumbang, beruk pun bertempiaran lari".. Maksudnya kalau tak silap aku ialah bila tempat bergantung, tempat mencari makan hilang maka semua yang selama ini bergantung di situ akan bertempiaran meninggalkan tempat itu.. Dalam hal ini UMNO pada ketika ini amat sesuai dijadikan contoh apa yang dimaksudkan dengan peribahasa itu.. Setelah lebih dari 60 tahun menguasai pemerintahan negara, bila mereka kalah dan tumbang pada Pilihanraya yang lalu, berbagai alasan dicipta oleh Pemimpin mereka yang meninggalkan UMNO/... lagi »Rosmah Dijangka Berdepan 20 Pertuduhan?Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 5 minggu yang laluIsteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram dalam tempoh terdekat, selepas siasatan terhadapnya yang bermula dua tahun lalu, dibuka semula. NSTP difahamkan, pasukan penyiasat sudah melengkapkan kelompangan dalam siasatan mereka terhadap isteri Datuk Seri Najib Razak itu, baru-baru ini. Difahamkan, pasukan penyiasat membuka semula fail membabitkan Rosmah, 66, sejak tiga bulan lalu sejurus tumbangnya kerajaan Barisan Nasional (BN). Siasatan khusus itu menjurus kepada dakwaan s... lagi »Setelah RM2.97 Billion Disahkan Masuk Akaunnya Najib Cuba Perbodohkan Rakyat Lagi..Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 5 minggu yang laluSetahun atau dua tahun yang lepas ada seorang Pemimipin UMNO yang menjadi Timbalan Menteri berkata adalah amat bodoh bagi seorang Perdana Menteri memasukkan wang yang sangat besar jumlahnya ke dalam akaunnya sendiri. Bagaimanapun hari ini setelah tumbangnya Barisan Nasional dan Najib dianggap sebagai liabiliti kepada Barisan Nasional hinggakan tak dijemput langsung untuk membantu kempen dalam 3 PRK yang baru berlangsung ternyata akhirnya.. Perdana Menteri tersebut sememangnya bodoh. Malangnya walaupun setelah disahkan oleh pihak Polis bahawa RM2.97 Billion sebenarnya telah masu... lagi »1MDB: Polis Sahkan RM2.973 Bilion Masuk Akaun NajibAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 5 minggu yang laluSejumlah 64 individu termasuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Nooryana Najwa telah dirakam percakapan kerana menerima wang dalam transaksi yang kini dalam proses siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim juga mengesahkan sejumlah daripada individu ini adalah terdiri daripada ahli politik. Jelasnya, sebanyak 132 transaksi penggubahan wang haram ini telah dikenal pasti dan sejumlah RM2.973 bilion telah didapati dimasukkan ke akaun bekas perdana menteri itu yang kini sedang disiasat melalui ... lagi »Shafee Mengaku Tidak Bersalah 4 Tuduhan, Ikat Jamin RM1 JutaAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - Sebulan yang laluPeguam terkemuka, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menerima wang RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Razak hasil aktiviti pengubahan wang haram serta membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Beliau memohon untuk dibicarakan selepas Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. Muhammad Shafee didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek milik Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke dalam akaun CI... lagi »SPRM Tahan Shafee AbdulllahAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - Sebulan yang laluKUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdulllah dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram. Menurut sumber, beliau telah ditahan di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini. “Beliau didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). Sebelum ini, Shafee didakwa menerima bayaran sebanyak RM9.5 juta dari bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. pada tahun 2013 dan 2014. Se... lagi »Akhirnya Petron Buka MulutAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - Sebulan yang laluSyarikat Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) akhirnya membuka mulut selepas terpalit kontroversi susulan penyebaran memo pelantikan sebagai pembekal petrol dan diesel untuk kerajaan tular di media sosial, Khamis lalu. Petron dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan permohonan menjadi pembekal kerajaan telah dibuat sejak Mac 2015 dan diluluskan November tahun sama. “Pada mulanya, kami memohon untuk menjadi pembekal kerajaan pada bulan Mac 2015 dan telah menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan pada bulan November tahun yang sama sebagai pembekal peralatan. “Kami... lagi »Hishammuddin Hussein Disiasat SPRM?Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - Sebulan yang laluSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengambil keterangan bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung kemungkinan memainkan peranan dalam membawa masuk wang berjumlah AS$12 juta ke negara ini. Sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata SPRM menyiasat sama ada pemimpin Umno itu memainkan peranan untuk mengaturkan pertemuan yang didakwa berlaku di Timur Tengah antara bekas ketua pengarah risikan, Datuk Hasanah Abdul Hamid dan pihak lain. "Hishammuddin adalah antara beberapa saksi yang dikehendaki penyiasat SPRM bagi membantu siasatan ber... lagi »Timbalan Pendakwa Raya Jelaskan Sebab Kes Guan Eng DigugurkanAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - Sebulan yang laluSetelah berdepan kecaman pelbagai pihak, hari ini seorang pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara (AGC) tampil menjelaskan mengapa mereka menarik balik pertuduhan ke atas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, dan seorang wanita ahli perniagaan. Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, berkata keputusan untuk bertindak secara nolle prosequi (pihak pendakwa membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan) ke atas Lim dan Phang dibuat tanpa penglibatan Peguam Negara Tommy Thomas. Mohamad Hanafiah berkata beliau diberi tanggungjawab untuk membuat keput... lagi »Bekas ADUN PAS Direman SPRMAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - Sebulan yang laluRekod Pas yang berstatus bersih daripada sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya lebur selepas bekas Adunnya direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa membabitkan RM50,000. Tempoh tahanan reman itu bermula hari ini dan tamat pada esok. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Alam, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas membenarkan permohonan SPRM. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Terdahulu, wanita berusia 56 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 10.40 untuk prosidi... lagi »Budak-budak Kecil Tak Faham Reformasi - AzminAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - Sebulan yang laluDatuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam menyelar individu yang mempersoalkan kesetiaannya terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggelar mereka sebagai ‘budak-budak kecil’ yang tidak memahami perjuangan reformasi sebenar. Timbalan Presiden PKR itu berkata selama ini beliau hanya bersabar dan mengambil pendirian untuk tidak ‘menyerang’ semula individu terbabit meskipun tindakannya itu dipersoalkan. “Ada budak budak kecil dua, tiga kerat nak persoalkan kesetiaan saya, saya sabar saya tidakpun serang mana-mana individu sehingga orang kata Azmin kamu terlalu diam. ... lagi »Dakwaan Azmin Tak Setia Kepada Anwar Hanya Persepsi Kata Wan AzizahAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - Sebulan yang laluTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan dakwaan calon timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak konsisten dalam menyatakan kesetiaannya kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanyalah persepsi semata-mata. Katanya, kemungkinan persepsi itu sengaja ditimbulkan bagi menghangatkan suasana pemilihan PKR yang bakal berlangsung bermula 14 September ini. “Saya kira itu hanya persepsi. Persepsi itu ramai orang boleh keluarkan dalam rangka persaingan dalam parti, tetapi apa yang kita mahu persaingan itu biarlah persaingan sihat. “Ole... lagi »Kes MEIO: USD6.3 Juta Dirampas, Seorang Lagi Datuk DitahanAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - Sebulan yang laluPETALING JAYA: Sebanyak AS$12 juta disyaki diseleweng penjawat awam dengan baki kira-kira AS$5 juta sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan lapan pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Selain bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang direman selama lima hari bermula Rabu dan terkini seorang ahli perniagaan berstatus Datuk direman selama tujuh hari bermula hari ini. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, suspek terkini kes berkenaan ditangkap di Kel... lagi »RM49 Juta Diseleweng Bekas Pengarah ME10?Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - Sebulan yang laluMenurut New Straits Times, wang AS$12 juta yang diselewengkan daripada dana pilihan raya itu dibawa masuk dalam bentuk tunai melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar pertengahan April, 2018 didakwa bagi kegunaan pilihan raya umum ke-14. Para penyiasat SPRM yang mengendalikan kes bekas pengarah perisikan, Datuk Hasanah Abdul Hamid dilaporkan sedang meneliti kaitan wang AS$12 juta yang diselewengkan daripada dana pilihan raya dan 1MDB. Berikut adalah laporan tersebut.. KUALA LUMPUR: INVESTIGATORS are hot on the trail of the US$12 million (RM49 million) sa... lagi »Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Ditahan SPRMAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - Sebulan yang laluPUTRAJAYA: Seorang bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit dalam salah guna kuasa dan penyelewengan dana milik kerajaan bagi peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Datuk Hasanah Abdul Hamid, 61, yang menulis surat kontroversi kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) sebelum PRU-14 meminta sokongan Amerika Syarikat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), ditahan jam 4.15 petang semalam selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini. Hasanah dijangka dibawa ke Mahkam... lagi »Pemilihan PKR: Nasib Rafizi Di Tangan JPPAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - Sebulan yang laluSama ada Rafizi Ramli dibenarkan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) nanti. Bagaimanapun, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti tidak mempunyai sebarang halangan untuk membenarkan beliau bertanding jawatan tersebut. "Itu kena tanya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Kita kena melihat bagaimana ROS menilai perkara ini. "Rafizi sepatutnya tidaklah menerima sabitan apa-apa. Dia tidak bersalah, jadi apa salahnya beliau bertanding. JPP mungkin ada keputusan," katanya kepada media di Parlim... lagi »Hanya Peralihan 11% Undi Boleh Sebabkan Pakatan TumbangAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 2 bulan yang laluPAKATAN Harapan (PH) akan menjadi kerajaan satu penggal jika 11% daripada jumlah undi Melayu yang diterima pada pilihan raya umum lalu berpaling kepada Umno, dedah satu kajian. Peralihan 11% undi pengundi Melayu menurut Ilham Centre, yang memberikan kuasa kepada pakatan empat parti itu untuk menggulingkan Umno dan gabungan Barisan Nasional (BN) dari Putrajaya. Dan ketika kerajaan PH yang baru melepasi tempoh 100 hari bersejarah dalam pentadbirannya, Ilham Centre memberi amaran undi lebihan 11% yang diterima itu bukanlah sokongan “tulen”. “Jumlah 11% itu mudah terjejas. Ia adala... lagi »Dari 10 Janji PH, Hanya 2 Berjaya Ditunaikan...Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 2 bulan yang laluDARIPADA 10 perkara yang dijanji untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), hanya dua sahaja yang tertunai. Enam yang lain masih dalam progres, walaupun ia masih jauh untuk dilaksanakan sepenuhnya kerana pelbagai kajian perlu dilakukan atau melibatkan pindaan undang-undang. Dua janji lain pula tidak boleh ditunaikan sama sekali, selepas menyedari lebih banyak masa, dana dan penilaian perlu dilakukan untuk memastikan kebolehlaksanaannya. Menjelang tempoh 100 hari yang jatuh pada 16 Ogos ini, The Malaysian Insight melihat bagaiman... lagi »Kenapa Azharuddin Bukan Hishammuddin Dipersalahkan? - Waris MH370Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 2 bulan yang laluHISHAMMUDDIN Hussein perlu dipertanggungjawabkan kerana gagal mematuhi protokol pengawal trafik udara di Kuala Lumpur ketika pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang, kata ahli keluarga mangsa. Jiang Hui, adalah anak kepada Jiang Cui Yun, antara mangsa tragedi itu berkata, Hishammuddin yang merupakan pemangku menteri pengangkutan ketika itu tidak wajar dibebaskan daripada sebarang tanggungjawab. “Azharuddin Abdul Rahman patutnya meletak jawatan lama dahulu. Mereka tidak mengeluarkan kenyataan separa penggal untuk menjelaskan proses operasi mencari setiap tahun menurut Konvensyen C... lagi »Nepali Times Dakwa Syarikat Kroni Pemimpin UMNO Tipu Pekerja NepalAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluThe Malaysian Insight melaporkan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi adalah antara syarikat Malaysia yang dinamakan dalam sindiket penipuan yang didakwa menipu pekerja Nepal sehingga meraih RM185 juta (Rs5 bilion) sejak lima tahun lalu, lapor portal Nepali Times. Portal berita dalam talian Nepal itu dalam laporannya bertajuk “Kleptocrats of Kathmandu and Kuala Lumpur” menamakan Bestinet Sdn Bhd bersama-sama beberapa syarikat lain yang menerima sokongan politikus berpengaruh Malaysia sebagai antara pihak yang meraih keuntungan daripada proses baha... lagi »CEO Sapura Energy Jelaskan Kenapa Beliau Dibayar RM200,000 SehariAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluSebahagian daripada gaji besar yang diterima Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy Bhd., Tan Sri Shahril Shamsudin menimbulkan tanda tanya mengenai perjanjian saham yang dimilikinya dengan institusi kewangan ketika syarikat minyak dan gas itu membiayai semula pinjaman bernilai RM14 bilion. Bercakap kepada akhbar The Edge Financial Daily, Shahril mengesahkan kewujudan perjanjian berkenaan dan ia menjadi sebab bagi pakej imbuhannya yang tinggi. “Ya kami telah menerangkan perkara ini dalam mesyuarat agung tahunan (AGM). Memang benar sebahagian daripada pakej imbuhan t... lagi »CEO Sapura Energy Dibayar RM200,000 Satu Hari?Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluMeskipun pada tahun kewangan 2018 Sapura Energy Bhd. mencatatkan kerugian RM2.51 Billion dan dikatakan tidak membayar dividen kepada pemegang-pemegang sahamnya, CEO Syarikat tersebut dibayar bonus RM55 Juta. Menurut Laporan Tahunan Sapura Energy, Shahril dibayar sehingga RM71.92 juta untuk tahun kewangan 2018 berakhir 31 Januari. RM71.92 juta itu terdiri daripada RM7.24 juta gaji (dan elaun lain), RM55 juta bonus dan RM9.34 juta di bawah pelan sumbangan serta RM348,000 untuk pelbagai faedah lain. Ini bermakna pakej bayaran Shahril adalah 34.91% daripada keuntungan selepas cukai... lagi »Merungkai Kekeliruan Antara GST Dan SSTAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluISU 'Goods and Services Tax' atau GST kembali menjadi perbincangan hangat di kalangan pengamal media, pihak kerajaan dan pembangkang. Wujud beberapa kekeliruan dan salah tafsir mengenai GST yang memerlukan kepada penjelasan. Penjelasan ini penting bagi merungkai kekeliruan yang dihadapi oleh rakyat mengenai GST. Terdapat tiga persoalan utama yang perlu dijawab. Pertama, benarkah cukai GST lebih mahal dan menekan kos pengeluar berbanding SST? Secara teknikalnya, cukai GST lebih murah berbanding SST. GST adalah cukai yang dikenakan ke atas nilai ditambah ataupun bahasa mudahnya m... lagi »Najib Terus Dengan Sindrom PenafiannyaAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang lalu*KEMELUT* dan masalah Najib dan kerajaannya bukanlah satu perkara baharu tetapi telah lama menjadi bahan persoalan kepada rakyat jelata. Semasa beliau menguasai tampok pemerintahan, semua ini telah dibendung dan dikawal rapi daripada disiasati dan tindakan undang-undang. Hanya selepas beliau hilang kuasa ekoran dari kekalahan BN dan Umno didalam PRU 14 baru-baru ini, barulah masalah-masalah tersebut dapat diselongkar untuk pengetahuan umum dan disusuli dengan tindakan undang-undang. Ketika Najib mula-mula dinobatkan sebagai PM ke-6, sudah ada pihak-pihak tertentu yang mengenali ... lagi »PMO Sekat Langkah Menteri 'Lantik' Kawan-kawanAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluBeberapa menteri nampaknya tidak mendapat memo mengenai usaha berterusan untuk mewujudkan Kabinet kecil dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Menteri-menteri ini berusaha untuk memberi ganjaran kepada penyokong politik mereka dengan memberikan pekerjaan walaupun cara itu melanggar peraturan pengambilan pegawai kerajaan. Namun Pejabat Perdana Menteri (PMO) berusaha untuk menghentikan langah tersebut. Difahamkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan surat pekeliling ke pejabat semua menteri dan timbalan menteri sebagai peringatan. Dalam surat tersebut, beli... lagi »Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Selepas Akaun Dibeku Rosmah Disaman RM60 Juta pula..Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluInilah dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga, dah ditimpa tangga ditimpa rumah pula, akaun dibeku Kerajaan Malaysia kemudian disaman pula RM59.831 juta oleh Global Royalty Trading SAL dari Lubnan. Itu baru ditimpa tangga, ditimpa rumah pula bila Kerajaan Malaysia pula dijangka memohon kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk mencelah dalam kes saman tersebut. Oleh itu diharap Ketua Wanita UMNO yang baru tu dan juga Lokman Adam serta lain-lain macai UMNO sudi untuk melancarkan tabung "SaveRosmahMansor" pula.. Wanita-wanita UMNO yang ada barang emas berkati-kati itu.. sudilah kir... lagi »Ayah Sanggup Menderita Jika Itu Membahagiakan Rakyat Tulis Anak Najib Sambil Berpoya-poya Dengan Artis Taiwan?Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluStatus facebook anak lelaki Najib yang dipetik dan dilaporkan oleh Berita Harian ini dikatakan ditulis di Taiwan pada pukul 9.58 malam dimana pada hari yang sama pada sebelah siangnya bapanya dituduh di Mahkamah. Dimana pada ketika itu anak Najib ini dilaporkan sedang berpoya-poya dengan seorang artis wanita Taiwan, Celia Zhang. Berita Harian melaporkan.. Anak Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin menyifatkan bapanya sanggup menghadapi penderitaan akibat pertuduhan pecah amanah dan rasuah terhadapnya jika itu membahagiakan rakyat Malaysia. "Sekiranya penderitaan seorang... lagi »Najib Hadapi 3 Tuduhan Pecah Amanah, 1 Salahguna KuasaAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluIni adalah satu sejarah, sejarah yang perlu dijadikan pedoman atau tauladan buat semua yang dipilih memegang kuasa.. sesungguhnya ada yang lebih berkuasa dari mereka iaitu rakyat dan juga Allah yang Maha Berkuasa.. 3 Tuduhan pecah amanah dan satu salah guna kuasa dikenakan terhadapnya berkenaan skandal SRC International anak Syarikat 1MDB.. Belum lagi 1MDB... Laporan dari Bernama.. *B*ekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung da... lagi »Najib Dah Kena Tangkap Akan Didakwa EsokAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluKUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta kira-kira jam 3 petang tadi. Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok. Tiga kereta milik SPRM dilihat memasuki perkarangan kediaman Najib dipercayai kira-kira jam 2 petang tadi. Ketiga-tiga kereta berkenaan termasuk sebuah kereta Proton Inspira berwarna merah dinaiki Najib dilihat keluar dari perkarangan rumah kediaman pada jam 3.07 petang tadi. Sebelum ini, Najib dipanggil memberi keterang... lagi »RM25 Juta Untuk Projek 1Malaysia Negaraku Diseleweng?Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluPETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan ke atas dakwaan penyelewengan dana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bernilai hampir RM25 juta yang diluluskan untuk projek 1Malaysia Negaraku. Menurut sumber, dana tersebut diluluskan untuk kira-kira 10 projek bawah 1Malaysia Negaraku tetapi semua projek itu tidak dilaksanakan. Katanya, siasatan mendapati seorang pegawai kanan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) terlibat dalam hampir semua projek itu. Menurut sumber, pegawai kanan terbabit dipercayai diarah ole... lagi »Skandal 1MDB: SPRM Beku 900 Akaun Bank Termasuk UMNOAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membekukan 900 akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sumber berkata, antara akaun yang dibekukan itu adalah milik UMNO. "Mereka yang mendapati tidak lagi mempunyai akses kepada akaun mereka sejak beberapa hari lalu, termasuk individu yang disiasat adalah kerana dipercayai ada kaitan dengan siasatan 1MDB," kata sumber itu. Di Johor Bahru, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam, mendedahkan SPRM membekukan akaun... lagi »Rosmah Terkejut Dengan Jumlah Rampasan Yang Diumumkan Kata NajibAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluPETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak mendakwa bahawa beliau tidak sedar koleksi barangan kemas dan barang-barang lain menyeluruh milik isterinya dan menyatakan bahawa dirinya seperti suami-suami yang lain. Dalam temu bual eksklusif bersama Malaysiakini pada Rabu, bekas perdana menteri itu berkata, nilai bagi barangan yang dirampas itu subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu berusia kira-kira 20 tahun. Malah, nilai ketika sesebuah barangan itu dibeli juga perlu diambil kira, katanya. "Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga bergantung, bila... lagi »Apa Lagi Najib Mahu? Soal Amar SinghAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluPolis semalam mendedahkan nilai pasaran barang rampasan di hartanah dikaitkan dengan Najib, termasuk beribu-ribu barang kemas, berjumlah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion. Bagaimanapun dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di ibu pejabat portal ini di Petaling Jaya semalam, Najib berkata nilainya “subjektif dan tidak realistik”. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mempertahankan anggaran nilai yang diumumkan mereka semalam atas alasan ia dibuat dengan bantuan pakar. Senarai penuh wang tunai dan barang rampasan dari premis dikaitkan dengan bekas perdana me... lagi »Beg Tangan Jenama 'BIJAN' Bernilai RM1.6Juta Antara Dirampas?Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluHari ini, dalam sidang media polis berhubung barang rampasan di kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kita berpeluang mengenali kewujudan jenama Bijan yang merupakan jenama khusus yang hanya dijual mengikut tempahan. Jadi, nak tahu apa istimewanya jenama beg yang tidak begitu popular dalam kalangan orang awam tetapi hanya golongan VVIP yang mampu membeli beg tangan tersebut. Jenama ini diasaskan di Los Angeles oleh seorang ahli perniagaan Pakzad Bijan. Beliau lahir pada April 1940 di Tehran, Iran yang mengkhusus pada koleksi pakaian lelaki dan wangian. Butikny... lagi »RM1.1Billion Nilai Harta Rampasan Dari Rumah Najib..Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluJUMLAH keseluruhan nilai barangan dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya sudah membuat pengiraan barang yang dirampas sejak 21 Mei hingga 25 Jun lalu. "Pengiraan dan pemeriksaan mengambil masa lama kerana angka adalah besar. Lapan pasukan khas terdiri daripada pakar dan pegawai terbabit dalam pengiraan dan pemeriksaan membabitkan 150 anggota. "Sebanyak 25 daripada 72 beg mengandungi barang kemas sepe... lagi »Skandal 1MDB - Ahmad Said Beri Keterangan 5 Jam Kepada SPRMAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluBekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memberi keterangan selama lima jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini pada pukul 9.30 pagi telah memberi keterangan dalam tempoh dari pukul 11 pagi sehingga pukul 5 petang. Menurut Ahmad, beliau memberi keterangan berhubung beberapa perkara mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum entiti berkenaan diambil alih oleh Kerajaan Persekut... lagi »Buat Kali Ke-5 Najib Tarik Balik Saman..Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 3 bulan yang laluIni adalah kali ke-5 Najib bertindak untuk tidak meneruskan samannya, selepas beliau menarik balik samannya, masing-masing terhadap bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik pada 22 Mei serta Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee dan pemilik portal Mediarakyat.net, Chan Chee Kong pada 28 Mei berhubung isu 1MDB. Pada 1 Jun lepas, beliau juga menarik balik saman yang difailkannya terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung isu sama iaitu 1MDB manakala pada 20 Jun lepas, Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh menarik balik saman fitnah terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd da... lagi »Skandal 1MDB: Bekas Pegawai Khas Najib DiremanAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluPUTRAJAYA: Bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysian Development Bhd (1MDB). Perintah tahanan reman terhadap 'Datuk' itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini sehingga 1 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Suspek tiba di perkarangan mahkamah di sini kira-kira 9.15 pagi berpakaian lokap SPRM berwarna oren dengan tangan bergari. ... lagi »Bangla Kroni Bekas Menteri Didakwa Peroleh RM2Billion Hasil Bawa Masuk Pekerja Ke MalaysiaAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluSEORANG ahli perniagaan warga Bangladesh yang didakwa mempunyai kaitan dengan kemasukan lebih 100,000 pekerja asing negara itu ke Malaysia meraih sekurang-kurangnya RM2 bilion pada tahun lepas sahaja, lapor akhbar The Star. Ahli perniagaan itu yang berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia juga orang tengah penting yang memastikan perjanjian kerajaan antara kerajaan yang ditandatangani Malaysia dan Bangladesh pada 2016 yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional dahulu. Perjanjian itu membolehkan hanya 10 syarikat Bangladesh untuk merekruit pekerja ke Malaysia, dan mengaut ke... lagi »Nafi Bertanggungjawab Terhadap 1MDB.. Najib Cari Penyakit..Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluSELEPAS ditinggalkan oleh parti dan rakan-rakannya, Najib Razak kini memindahkan segala kesalahan dan tanggungjawab berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau duit yang dijumpai dalam akaun peribadinya kepada semua orang. Sekarang, bekas perdana menteri itu boleh menjangkakan tindak balas yang sama daripada mereka yang sedang diburu bersabit skandal berbilion ringgit itu yang mengancam kedudukan kredit dan kewangan negara. Tindak balas mereka itu nantinya boleh menyumbat Najib ke penjara untuk suatu waktu yang lama kalau betul apa yang dikatakan oleh Perdana Ment... lagi »Najib Jawab 10 Isu Yang Dikaikan DengannyaAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluBEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tampil bersama pemberita Reuters untuk temu bualnya yang pertama sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu. Temu bual itu membincangkan mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beratus-ratus beg tangan berjenama mewah dan aset lain yang disita pihak berkuasa serta bagaimana dia menghadapi situasi dalam penyiasatan. 1. Mengenai skandal 1MDB: “Saya tidak mendapat manfaat daripada 1MDB kerana saya percaya 1MDB ditubuhkan untuk melakukan sesuatu yang baik untuk negara. Jika saya... lagi »Kes Altantuya: Nama Musa Safri Bekas Pembantu Najib Timbul..Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluPENOLONG Kanan Komisioner Musa Safri yang juga bekas pembantu Najib Razak adalah saksi penting dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan perlu tampil untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, kata Ramkarpal Singh. Katanya, polis perlu menyiasat peranan Musa. “Perkara yang penting dalam waran membuka kembali kes adalah Musa yang merupakan saksi penting. “Polis perlu mengambil kira mengambil pihak pendakwaan tidak memanggilnya (untuk beri keterangan) pada masa dahulu yang merupakan satu kelompongan besar (dalam kes),” katanya kepada media di luar Balai Polis Dang Wangi ... lagi »Kes Altantuya Ada Bukti Baharu?Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluADA bukti dan petunjuk baharu bagi membuka semula siasatan kes model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh di negara ini pada 2006. Peguam Ramkarpal Singh berkata, pihaknya optimistik kes itu akan dibuka semula bagi siasatan lanjut bersandarkan motif siapa yang mengarahkan pembunuhan model terbabit. “Pertemuan bersama Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini berlangsung dengan baik dan pihak kami timbulkan beberapa perkara berkenaan bagaimana kes ini dapat dibuka untuk disiasat semula, juga mengenai sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan diadakan. “Kami optimistik pe... lagi »Lebih Ramai CEO GLC Lantikan BN Akan DisingkirAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluPUTRAJAYA menyingkirkan lebih ramai ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam proses pembersihan besar-besaran dilakukan ke atas lantikan politik Barisan Nasional (BN) selepas kerajaan berubah kesan pilihan raya umum 9 Mei lalu. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan memperbaharui kontrak CEO Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Mohd Badlisham Ghazali yang tamat hujung bulan ini dan CEO Malaysian Resources Corporation Berhad Mohamad Salim Fateh Din akan bersara pada akhir Jun ini, kata sumber. Difahamkan yang pengganti mereka akan diumumkan dala... lagi »Benarkah Amirudin Dilantik Sebagai MB Tanpa Restu PH?Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluMENTERI Besar Selangor Amirudin Shari berkata isu pelantikan beliau tidak lagi menjadi isu dan pemimpin negeri itu sudahpun memulakan kerja untuk memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan baik. Adun Sungai Tua itu menyerahkan kepada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan untuk menangani sebarang isu yang masih timbul mengenai pelantikannya. “Saya rasa biar pimpinan Pakatan Harapan memberi penjelasan untuk soalan tersebut dan saya serahkan kepada pimpinan tertinggi untuk membuat penjelasan. "Saya pasti kita dengan konsep pentadbiran yang akan mengambil kira pandangan semua piha... lagi »Idris Nafi Seleweng Dana PTPTNAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluAdun Ijok, Dr Idris Ahmad menafikan dakwaan terlibat isu penyelewangan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar Kolej Vision Kelana Jaya. Beliau berkata, dakwaan tersebut tidak berasas dan berniat jahat untuk menjejaskan nama baik serta reputasinya sebagai wakil rakyat dan doktor sakit puan. "Memandangkan seriusnya dakwaan ini saya telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kota Damansara sekitar jam 7 petang semalam. "Saya menyerahkan siasatan sepenuhnya mengenai perkara ini kepada pihak polis bagi membersihkan nama saya dan menghentikan perbuatan... lagi »Senarai Kabinet Hanya Spekulasi MediaAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluLaporan senarai penuh jemaah menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang tersebar di media sosial adalah berita yang belum disahkan dan hanya spekulasi media. Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar, ketika dihubungi wartawan NSTP, berkata beliau tidak pernah diberitahu mengenai perkara itu dan enggan mengulas lanjut sehingga maklumat itu disahkan benar. "Itu semua (berita) daripada sumber yang tidak dapat disahkan jadi saya tak boleh komen apa-apa. Ini semua media yang buat spekulasi," katanya. Beliau ditanya mengenai laporan beberapa portal yang mendakwa beliau turut dilanti... lagi »433 Jam Tangan Disita Dari Pavilion Residences Bernilai RM80 JutaAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluYang diangkut dari kondominium mewah, Pavilion Residences yang ada kena mengena dengan Najib tu ialah beg berisi wang tunai dari pelbagai matawang yang dikatakan untuk digunakan UMNO/BN dalam PRU. Dalam beg tu ada berbagai jenis matawang asing yang mungkin UMNO/BN akan gunakan untuk bertanding di negara asing itu.. (macai percaya ni) Selain dari pelbagai matawang yang berjumlah RM114 Juta dalam 35 beg, 37 beg lagi berisi jongkong emas, barang kemas dan jam tangan. Jumlah 433 utas jam tangan itu dikatakan nilainya mencecah RM80 Juta.. Jadi jumlah wang tunai dan jam saja ialah RM1... lagi »PBB, PRS, PDP, SUPP Umum Keluar BNAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluSarawak dan Sabah sebelum PRU-14 sering dilabelkan sebagai sebagai kubu kuat dan 'deposit tetap' BN, selain dilihat sebagai 'kuasa penentu' keputusan pilihan raya. Amat sukar untuk ditembusi oleh parti-parti politik Pembangkang terutamanya Parti dari Semenanjung. Jika sebelum ini, BN Sabah menerima tamparan hebat selepas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP), bertindak keluar BN dan menyertai kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN), pimpinan Datuk Seri Mohd S... lagi »Ketua Polis Negara Digugur Kerana Gagal Bertindak Terhadap Skandal 1MDB?Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluPENYINGKIRAN Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun adalah kerana beliau gagal mengambil tindakan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad, kata sumber pegawai kanan kerajaan. "Ia adalah kes pembatalan tugas," menurut sumber, yang mengesahkan rombakan dalam pasukan polis. Fuzi memegang jawatan itu selama sembilan bulan, beliau menggantikan Khalid Abu Bakar yang bersara. Khalid kini dihalang daripada ke luar negara oleh Putrajaya selepas siasatan terhadap dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa diigiatkan ke atas bekas penjawat awam. Tidak dapat dipastikan sama ada Fuzi tela... lagi »RM200,000 Sebulan Najib Bayar Gaji Penasihatnya..Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluBEKAS perdana menteri Najib Razak sangat bermewah dengan duit pembayar cukai apabila membayar sejumlah penasihat dalam pentadbirannya antara RM70,000 hingga RM200,000 sebulan. Sejak memerintah selepas pilihan raya umum yang baru lalu, kerajaan baharu di Putrajaya sudah menyemak beberapa fail sulit. Semakan itu mendapati seorang bekas menteri yang dilantik sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dibayar RM200,000 sebulan – 10 kali ganda gaji perdana menteri. Beberapa penasihat ini sudah diminta untuk meletakkan jawatan. Dapatan itu mengesahkan trend pegawai kerajaan, pena... lagi »Komitmen China Import Barang AS$2 Trilion Adalah Auta NajibAnak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluMenteri Kewangan hari ini sekali lagi menyerang bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan dakwaan komitmen China untuk mengimport barangan bernilai AS$2 trilion sebagai sebahagian daripada dua perjanjian paip bernilai RM9.4 bilion. Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan hari ini berkata, tidak ada yang didokumentasikan seperti itu dan dakwaan itu nyata tidak benar dan palsu. "Semua pegawai yang ditanya menyatakan tuntutan oleh Datuk Seri Najib tidak benar. Tiada komitmen dibuat oleh China seperti didakwa oleh Najib dalam mana-mana kertas Kabinet yang dibentangkan pada 2... lagi »Najib Luluskan Projek Solar RM1.25 Bilion Kepada Syarikat Sewa Kereta?Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluAda beberapa perkara yang dikatakan tidak selari dalam dakwaan Sarawak Report terhadap projek pemasangan panel solar ini.. Antaranya ialah jenis perniagaan (Nature Of Bussiness) yang dijalankan oleh Jepak Holdings dan juga jumlah keseluruhan projek. The Malaysian Insight melaporkan.. BEKAS perdana menteri Najib Razak didakwa meluluskan projek pemasangan panel solar di 369 sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion pada Januari lepas. Laman pembocor maklumat Sarawak Report (SR) melaporkan projek tanpa tender terbuka itu dianugerahkan kepada syarikat sewa kereta yang be... lagi »Ketua Polis Negara Ditukar Bulan Depan?Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 4 bulan yang laluUSAHA kerajaan menghapuskan rasuah dalam sistem negara juga akan melibatkan “pembersihan” pasukan polis, lapor akhbar The Straits Times. Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun akan disingkir dan tiga jabatan sarat korupsi akan ditutup, kata laporan itu yang memetik sumber tidak dinamakan. Sumber itu mendakwa Cawangan Khas (SB) sudah menghantar tiga nama untuk mengganti Fuzi yang dilantik Najib Razak. Tiga jabatan yang dijangka ditutup adalah Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme, Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang dan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan N... lagi »Lihat lagi













Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2018/10/anak-sungai-derhaka-rosmah-ditahan-sprm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aliran Air Anak Sungai Punca Tanah Runtuh Di Pulau Pinang

Aliran Air Anak Sungai Punca Tanah Runtuh Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 800 hits
GEORGE TOWN Aliran air dari anak sungai yang terdapat di kawasan cerun di Jalan Bukit Kukus Paya Terubong dekat sini dikenal pasti antara punca insiden tanah runtuh di kawasan itu pada Jumaat menurut Jabatan Mineral dan Geosains Pengarah JM...
Bekas Ketua Perbendaharaan Irwan Serigar Ditahan Sprm

Bekas Ketua Perbendaharaan Irwan Serigar Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 341 hits
Irwan Serigar Abdullah yang ditahan SPRM akan didakwa di mahkamah bersama Najib Razak esok berhubung kes pecah amanah membabitkan dana kerajaan Foto NSTP Bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah ditahan Suruhanja...
Sempat Dicekal Anak Jamal Khashoggi Akhirnya Diizinkan Tinggalkan Saudi

Sempat Dicekal Anak Jamal Khashoggi Akhirnya Diizinkan Tinggalkan Saudi

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 262 hits
Salah dan keluarganya sempat dilarang meninggalkan Saudi saat sang ayah mulai menulis artikel kritikan untuk keluarga kerajaan di harian Washington Post
Irwan Serigar Mungkin Ditahan Sprm Najib Dipanggil Semula Kes Ipic

Irwan Serigar Mungkin Ditahan Sprm Najib Dipanggil Semula Kes Ipic

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 377 hits
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar yang pernah mencadangkan penerima BR1M membeli kereta untuk dijadikan teksi atau Uber bakal ditahan SPRM Foto Sinar Harian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mungkin akan menahan bekas...
15 Pegawai Belia Dan Sukan Ditahan Sprm Johor

15 Pegawai Belia Dan Sukan Ditahan Sprm Johor

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 368 hits
JOHOR BAHRU Seramai 15 orang pegawai belia dan sukan di negeri ini ditahan nbsp Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Johor di sini tengah hari tadi untuk membantu siasatan berhubung tuntutan palsu Menurut sumber susulan tangkapan yang tel...
Najib Mohon Maaf Kepada Al Jazeera Fikir Rosmah Dan Anak Disiasat Polis

Najib Mohon Maaf Kepada Al Jazeera Fikir Rosmah Dan Anak Disiasat Polis

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 348 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tindakannya menghentikan rakaman temu bual khas dengan Al Jazeera yang disiarkan hari ini adalah disebabkan agensi berita antarabangsa itu tidak bersikap adil Menurut Najib wartawa...
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Akan Ditahan Sprm Esok

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Akan Ditahan Sprm Esok

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 358 hits
PUTRAJAYA Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini petang esok sebelum didakwa di mahkamah sehari selepas itu Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis...
Zahid Ditahan Sprm Esok Didakwa Jumaat Ini

Zahid Ditahan Sprm Esok Didakwa Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 308 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah diberi notis untuk hadir di ibu pejabat SPRM esok kata ahli majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam Foto The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan me...
Polisi Temukan Jasad Anak Manajer Pabrik Kacamata Di Tepi Aliran Sungai Belumai

Polisi Temukan Jasad Anak Manajer Pabrik Kacamata Di Tepi Aliran Sungai Belumai

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 284 hits
Polisi masih mencari Sunarti istri Muhajir sekaligus ibu Solihin yang belum ditemukan
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game