Anak Sulung Ni Sangat Banyak Berkorban Jangan Pandang Rendah Pada Mereka


Anak Sulung Ni Sangat Banyak Berkorban, Jangan Pandang Rendah Pada Mereka! Kasih sayang adik beradik sama ada anak sulung sehinggalah anak bongsu sememangnya pasti ada dalam sesebuah keluarga dan rasa kasih itu telah dipupuk oleh ibu bapa semenjak mereka masih kecil sehinggalah dewasa. Semua ibu bapa mengharapkan semua anakya berkasih sayang dan mengharapkan anak mereka akan kekal sayang sampai bila-bila.
Anak Sulung Paling Disayangi
Anak sulung adalah anak yang paling disayangi pada awalnya. Ada yang direzekikan awal, ada yang direzekikan setelah bertahun. Jadi, kecintaan pada anak pertama itu melebihi.
Namun, kasih terbahagi bila dapat adik. Berkurang lagi bila bertambah bilangan adik-beradik. Semakin hujung anak itu, makin disayangi. Signifikan, yang bongsu lebih dimanjakan. Yang awal-awal sudah semakin dewasa, kasih beralih pada yang lebih kecil.
Anak sulung Masa kecil, biasa saja abang atau kakak menyakat adik-adiknya. Itulah gurauan berkasih dalam keluarga. Kadang-kadang, bergaduh, kata-mengata, bertegang leher, tu lumrah dalam pertalian keluarga. Orang kata, lepas bergaduh, makin erat. Itu kasar pada kita. Tidak pada mereka.
Lain orang lain ragam, ada bahasakan “aku-kau”, ada bahasakan nama, ada panggil along angah. Bergaduh macam mana pun, biasanya anak sulung dan kedua lebih mengalah pada adik-adiknya. Awal-awal saja seperti rimau, sebenarnya di dalam kiut seperti kucing. Marahnya ada sebab kerana daya fikirnya lebih dulu matang dari adik-adik.
Pengorbanan
Yang sulung-sulung abang kakak ni, nampak saja buat dono tak peduli. Tapi sebenarnya, adik-adik jadi prioriti. Ada abang kakak yang korbankan pengajiannya demi menyara adik-adik. Ada yang sanggup berlapar demi adik. Ada yang rela adik hidup senang, dia sendiri kais pagi makan pagi.
Ada yang korbankan usia mudanya hingga tak berumahtangga demi adik-adik. Ada yang menjamin gadai nama demi adindanya. Pengorbanan ikhlas. Tiada mengungkit. Jika diungkit sekalipun, demi menyedarkan, bukan meminta jasa dibalas semula.
Pelindung Setelah ayah dan ibu, pelindung adik-adik adalah anak sulung abang dan kakak. Kata buruk pada adik-adik, merekalah yang dulu membela. Terjadi apa-apa musibah, merekalah yang tampil menjaga. Kadang-kadang, bila sakit pening adik-adik, yang duduk berteleku di samping adalah abang kakak picitkan kepala, tadah muntah dan tahan segala ragam adik-adiknya.
Terima kasih kerana bersusah payah menjaga dan bersabar. Andai ikut turutan umur, logiknya yang tua-lah akan pergi.
Hargailah abang dan kakak kita. Merekalah yang tempuh fasa jatuh bangun bersama ayah ibu di awal membina kehidupan berkeluarga. Biarlah adik-adik nikmati dan kecapi era senang selesa.
Rahsia Perangai Anak Sulung, Tengah, Bongsu & Tunggal. Anda Yang Mana Satu?
Setiap orang pasti ada perangai dan sikapnya yang tersendiri, sama ada negatif atau positif. Yang pastinya apabila mempunyai anak yang ramai, bermacam-macam perangai dan ragam dapat dilihat dari setiap anak.
Anak Sulung Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa sampailah dia dapat adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.
Ciri-ciri yang ada pada anak sulung:
Dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.sering berjaya dalam hidup.lebih pandai mengambil hati orang tua. mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
Anak Tengah Biasanya anak tengah punya perangai lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Tak suka dihalang tapi suka berdikari dan membuat hal sendiri. Golongan anak tengah selalunya banyak mengalah kepada si sulung atas arahan atau dengan si bongsu sebab tak nak keruhkan keadaan.
Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Jadi anak tengah suka cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri yang ada pada anak tengah: Lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain. lebih percaya dengan keyakinan sendiri.suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
sering merasakan diri mereka terpinggir. terlalu mengalah
Anak Bongsu Golongan anak bongsu perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas.
Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya. Itu yang jadi nampak manja dan dapat apa saja yang dia sebut!
Ciri-ciri yang ada pada anak bongsu:
Happy go-lucky dan yakin diri. manja. berkeinginan dan bercita-cita tinggi. sukar membuat keputusan sendiri.
Anak Tunggal Dalam banyak kategori, mungkin ramai nak menjadi anak tunggal dan anggap seronok memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga.
Tak perlu berebut malah mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa.
Ciri-ciri yang ada pada anak tungga: sering merasakan diri mereka kesunyian.lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai. lebih bijak bergaul. Lebih cepat matang.
terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat. sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
The post Anak Sulung Ni Sangat Banyak Berkorban, Jangan Pandang Rendah Pada Mereka! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/anak-sulung-ni-sangat-banyak-berkorban-jangan-pandang-rendah-pada-mereka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Pandang Ringan Masalah Anak Sukar Buang Air Besar Banyak Bahayanya

Jangan Pandang Ringan Masalah Anak Sukar Buang Air Besar Banyak Bahayanya

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 321 hits
Tanyalah pada mana mana ibu pasti merasa sedih dan tak sanggup melihat anak menangis teresak esak kerana sembelit dan tidak dapat membuang seperti biasa Bukan kadang kadang tetapi hampir setiap hari Apa yang ibu lakukan bila anak menangis k...
Tolong Jangan Pandang Rendah Pada Pelanggan

Tolong Jangan Pandang Rendah Pada Pelanggan

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 484 hits
sejak dah tua tua ni Mama Yang jadi cepat merajuk pula hahahaTakde lah gurau je memang kuat merajuk pun sejak dari azali semalam ajak suami pergi tengok tengok handphone baru sekali dengan nak upgrade Maxis planYang Mama Yan pakai ni pelan ...
Kepandaian Anak Yang Mak Ayah Terlepas Pandang Jangan Ingat Anak Tak Cemerlang Itu Tak Pandai

Kepandaian Anak Yang Mak Ayah Terlepas Pandang Jangan Ingat Anak Tak Cemerlang Itu Tak Pandai

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 479 hits
Kebanyakan ibu bapa hari ini lebih menilai kepandaian anak anak pada prestasi akademik semata mata Kadangkala tu bila anak kita tak skor dalam exam terus dianggap anak kita dah takde harapan untuk berjaya dalam hidup Jangan sesekali fikir s...
Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib

Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 753 hits
Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib Jika anda tergolong di kalangan suami yang sering kesempitan hidup dikelilingi hutang dan rezeki seolah olah tersekat cuba renung renungkan diri anda A...
Nak Anak Ikut Cakap Jangan Banyak Bagi Arahan Beri Peluang Anak Kawal Diri Sejak Kecil

Nak Anak Ikut Cakap Jangan Banyak Bagi Arahan Beri Peluang Anak Kawal Diri Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 358 hits
Pelik juga bila ada yang bangga berjaya kawal anak sendiri Bangga anak patuh arahan Bangga anak tak pandai meminta minta Kesian anak tu Bukan kesian sebab kena control tapi kesian sebab mak ayah tak beri peluang pada dia untuk latih kawalan...
Bikin Terenyuh 7 Potret Anak Spesial Dan Boneka Berkarakter Mirip Mereka Ini Dibuat Untuk Alasan Yang Sangat Mulia

Bikin Terenyuh 7 Potret Anak Spesial Dan Boneka Berkarakter Mirip Mereka Ini Dibuat Untuk Alasan Yang Sangat Mulia

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 307 hits
Bersama boneka boneka spesial ini anak anak berkebutuhan khusus tak lagi merasa kesepian dan beda sendiri Orang di baliknya sungguh berhati emas dan pahlawan sejati
Anak Anda Sukar Tidur Malam Mungkin Mereka Tergolong Dalam Golongan Kanak Kanak Insomnia

Anak Anda Sukar Tidur Malam Mungkin Mereka Tergolong Dalam Golongan Kanak Kanak Insomnia

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 320 hits
Insomnia adalah gangguan tidur yang menyebabkan individu itu mengalami kesukaran untuk tidur dan cenderung untuk berjaga sepanjang malam Golongan kanak kanak juga tidak terkecuali daripada kondisi ini dan kebiasaannya mereka akan mudah terj...
Anak Mr Os Berkorban Untuk Abahnya

Anak Mr Os Berkorban Untuk Abahnya

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 468 hits
INNALILLAHHI WAINNA ILAIHI ROJI UNFebruary 11 2019 Seluruh Pahala Saya Sebagai Doktor Untuk Abah Ini Janji Anak Pelawak Mr Os Sebaik Bergelar DoktorUsaha pelawak Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os dalam mem...
Ibu Ayah Yang Rajin Berbual Dengan Anak Sejak Bayi Apabila Besar Sangat Petah Bercakap

Ibu Ayah Yang Rajin Berbual Dengan Anak Sejak Bayi Apabila Besar Sangat Petah Bercakap

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 536 hits
Siapa yang tidak suka bercakap dengan bayi kecil Walaupun dia belum faham apa yang kita cakapkan tetapi reaksinya sangat menggeramkan sesiapa sahaja Tambah seronok apabila bayi yang diajak bercakap itu sudah boleh bercakap dalam bahasanya s...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya