Anak Sulung Banyak Buat Perangai Dia Boleh Hidu Tak Lama Lagi Dapat Adik


Aduh! Ketika buat ujian UPT tadi, terang dua garis. Anak sulung masih kecil, mungkin tidak faham situasi yang dia akan menjadi anak sulung tidak lama lagi. Tiba-tiba saja ada tanggung jawab untuk menjadi abang atau kakak. Macam mana mahu beritahu kepada mereka tanpa ada rasa serba salah? Anda boleh cuba lima tip ini, mana tahu dapat membantu.

Bawa Bersama Ketika Buat Pemeriksaan Di Klinik
Ada sesetengah Mama dan Papa yang kurang selesa untuk membawa anak pertama ke klinik ketika membuat pemeriksaan kehamilan. Mungkin tidak mahu anak meragam kerana perlu menunggu lama dan sebagainya. Salah satu cara paling mudah dan jelas untuk memberitahu anak anda bahawa mereka akan dapat adik nanti adalah dengan melibatkan mereka seawal pemeriksaan pertama lagi.
Artikel Menarik: [Kita Tak Sempurna, Tapi Didiklah Anak Cara Islam. Moga Jadi Penyebab Ke Jannah]
Dengan cara ini mereka akan mula faham dan bersedia untuk menerima adik di kemudian hari. Terangkan juga mengapa pertemuan dengan doktor dibuat, biarpun mereka tidak memahaminya ketika pertama kali diberitahu. Namun jika diberitahu berulang kali, mereka akan mula dapat menangkap apa yang cuba anda katakan.
Tunjuk Album Gambar Ketika Mereka Kecil
Jika anda menyimpan foto-foto anak sulung di dalam album khas, tunjukkan kepada mereka. Katakan pada mereka bahawa di dalam foto itu adalah mereka ketika bayi. Sambil itu, berceritalah yang tidak lama lagi akan ada bayi baru dalam keluarga anda. Ceritakan apa perkara menarik jika ada bayi di dalam rumah, sudah tentu mereka akan merasa tidak sabar untuk menyambut kelahiran adik mereka.
Buat Baju T Khas Untuk Anak Sulung
Anda boleh tempah khas baju T yang menulis bahawa mereka adalah abang atau kakak. Biarpun mereka mungkin tidak boleh membaca lagi, anda sendiri boleh beritahu kepada mereka apa maksud tulisan yang ada pada baju T mereka. Beri mereka pakai baju T tersebut berulang kali supaya mereka merasa bahagia dan sentiasa ternanti-nantikan adik baru mereka.
Selalu Beri Mereka Lihat Foto Bayi
Tunjukkan gambar-gambar bayi kepada anak sulung anda. Sebelum mengetahui jantina anak kedua anda, pelbagaikan pilihan foto bayi yang mahu anda tunjukkan kepada mereka. Beritahu mereka, beginilah mungkin rupa adik yang ada di dalam perut anda. Pasti mereka teruja untuk melihat sendiri rupa adik adik baru!

Perut Yang Semakin Membesar
Jelas sekali dengan perubahan fizikal serta perut yang semakin membesar, anda boleh bercerita kepada anak sulung tentang adik mereka. Tunjukkan perut anda dan katakan kepada mereka di dalamnya ada adik. Latih mereka untuk mula sayangkan adik sedari mereka di dalam perut lagi. Melihat perut anda yang semakin membesar akan mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri mereka, jadi tugas anda akan menjadi lebih mudah untuk menerangkan tentang bayi dalam kandungan.

Artikel Menarik: [Tak Selamanya Anak Itu Kecil. Apa Yang Kita Tanam, Itulah Yang Kita Tuai]
Untuk anak-anak kecil yang mungkin agak sukar untuk memahami tentang keadaan ini, anda boleh mula perlahan-lahan. Ceritakan satu per satu tentang kandungan anda dan adik mereka. Paling penting, pastikan mereka bersedia dari segi emosi sebelum anda melahirkan bayi seterusnya. Jagalah perasaan mereka dan sesudah melahirkan, jangan abaikan keberadaan mereka di sekitar anda.

The post Anak Sulung Banyak Buat Perangai, Dia Boleh ‘Hidu’ Tak Lama Lagi Dapat Adik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-sulung-banyak-buat-perangai-dia-boleh-hidu-tak-lama-lagi-dapat-adik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terlalu Banyak Halang Anak Boleh Matikan Suis Kehebatan Mereka Sentiasalah Awasi Dan Bantu Mereka

Terlalu Banyak Halang Anak Boleh Matikan Suis Kehebatan Mereka Sentiasalah Awasi Dan Bantu Mereka

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 294 hits
Anak kecil tidak pernah merasakan batasan untuk melakukan sesuatu Walaupun dia tidak tahu dia senantiasa merasakan dia boleh melakukan segala galanya Bagaimana cara untuk tidak mematikan suis kehebatan anak anak Ikuti perkongsian Ibu Rose I...
Dah Banyak Kes Lupa Anak Dalam Kereta 5 Cara Ini Mungkin Boleh Bantu Elak Lupa Ada Anak Kat Belakang Kereta

Dah Banyak Kes Lupa Anak Dalam Kereta 5 Cara Ini Mungkin Boleh Bantu Elak Lupa Ada Anak Kat Belakang Kereta

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 400 hits
Semalam kita dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang bayi berusia Sembilan bulan yang ditemui mati dalam kereta bapanya di tempat letak kereta Komplek Tun Razak Indera Mahkota Kuantan Bayi berkenaan Annur Jannatul Syuhada Mohd Khalil...
Jangan Hanya Cakap No Tapi Terangkan Kenapa Tak Boleh Biar Anak Faham

Jangan Hanya Cakap No Tapi Terangkan Kenapa Tak Boleh Biar Anak Faham

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 300 hits
Bila melarang anak anak kecil usia 3 tahun ke bawah perlu untuk kita terangkan mengapa tidak boleh Kita perlu terangkan dengan baik tak cukup kerana Nanti Allah Marah saja Contoh senario anak nak ambil pisau Perlu kita kata NO sayang namun ...
Khasiat Daun Dukung Anak Untuk Dapatkan Zuriat Usaha Selagi Boleh

Khasiat Daun Dukung Anak Untuk Dapatkan Zuriat Usaha Selagi Boleh

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 629 hits
Dikongsikan oleh Norsuhaila Mohd Zuki tentang kebaikkan pokok dukung anak ni Jom baca Saya baru balik berurut dengan seorang makcik dia beritahu anaknya dah 4 tahun kahwin tak dapat zuriat dan ada orang beritahu agar rebus daun dukung anak ...
Menurut Kajian Manusia Berjalan Laju Boleh Hidup Lebih Lama

Menurut Kajian Manusia Berjalan Laju Boleh Hidup Lebih Lama

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 270 hits
Menurut kajian mereka yang berjalan kaki dengan cepat boleh hidup lebih lama berbanding mereka yang mendengar tanpa mengira berat badan mereka Penyelidik di Universiti Leicester menganalisis data mengenai 474 919 orang dengan purata usia 52...
Anaknya Wafat Saat Susur Sungai Suraji Saya Sudah Tua Punya Anak Satu Aja Itu Lama Sekali

Anaknya Wafat Saat Susur Sungai Suraji Saya Sudah Tua Punya Anak Satu Aja Itu Lama Sekali

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 306 hits
Siswi SMPN 1 Turi Yasinta Bunga menjadi korban saat mengikuti kegiatan susur sungai di Sleman Yogyakarta Yasinta Bunga hanyut terbawa air bah yang tiba tiba menerjang Sungai Sempor Ditemui TribunJogja Suraji yang mengenakan baju kaus biru b...
Anak Sekarang Tak Boleh Susah Siket Semua Nak Cepat Ustaz Syamsul Debat

Anak Sekarang Tak Boleh Susah Siket Semua Nak Cepat Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 376 hits
Anak Sekarang Tak Boleh Susah Siket Semua Nak Cepat Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Cara Buat Anak Senarai Perkara Yang Boleh Menyebabkan Mengandung

Cara Buat Anak Senarai Perkara Yang Boleh Menyebabkan Mengandung

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1014 hits
Cara Buat Anak Senarai Perkara Yang Boleh Menyebabkan Mengandung Sebagai pasangan suami isteri yang baru saja berkahwin pastinya masih lagi kekok dengan pasangan masing masing Nak bertanya pada seseorang eh tentu rasa malu kan Tentu berat r...
Isteri Banyak Tolak Tepi Kemahuannya Selalu Dulukan Suami Anak Anak

Isteri Banyak Tolak Tepi Kemahuannya Selalu Dulukan Suami Anak Anak

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 391 hits
Perkara normal dalam kehidupan berumah tangga untuk suami isteri saling menerima antara satu sama lain Setiap hari ada sahaja perkara baharu yang akan kita belajar tentang pasangan kita Harus matang dan sentiasa bersedia dengan sebarang per...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa