Anak Suka Buat Sepah Itu Sebenarnya Bijak Dia Sedang Rangsang Sensori Deria


Anak suka buat sepah itu sebenarnya bijak, dia sedang rangsang sensori deria. Anda perlu faham apabila anak membuat sepah ketika bermain, dia sebenarnya sedang merangsang sensori deria. Si kecil berpeluang untuk bereskperimen dengan deria sentuh, hidu, lihat dan dengar.
Anak Suka Buat Sepah Itu Sebenarnya Bijak, Dia Sedang Rangsang Sensori Deria Selain itu, tangannya akan bergerak secara aktif dan secara langsung meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Secara semula jadinya, si kecil gemar bereksperimentasi kerana daya ingin tahu dan meneroka.

Suka menyelongkar
Fitrah kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap dunia persekitarannya. Pada peringkat umur ini, dia mula menguasai konsep yang dinamakan object permanence di mana dia memahami bahawa suatu objek itu wujud walaupun tidak kelihatan di hadapan mata.
Oleh itu, ini adalah sebab kenapa si kecil suka menyelongkar barang pada bahagian yang tersembunyi. Hakikatnya, dia sebenarnya sedang membuat eskplorasi dengan dunia kecilnya. Tambahan pula bunyi pintu yang terhasil apabila membuka dan menutup laci atau peti sejuk itu memuaskan seperti suatu pencapaian baginya.
Disiplin, adakah terlalu awal
It’s never too soon to discipline. Tidak terlalu awal untuk ibu bapa mendisiplinkan anak pada usia ini untuk menyimpan barang permainannya selepas bermain. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa yang akan mencorakkannya.
Anda sudah boleh mula mengajar si kecil untuk mengemaskan kembali barang permainan setiap kali sesi bermain tamat. Langkah ini bukan sahaja dapat memberi impak yang positif dalam rutin bermainnya, malah ia bagus untuk memupuk amalan kebersihan dalam kehidupan seharian.
Pada masa yang sama, anda juga sebenarnya mendidik si manja untuk lebih bertanggungjawab terhadap barang kepunyaannya sambil merangsang kemahiran hidup.

5 cara latih anak tidak membuat sepah
Dalam masa yang sama, dalam memberi ruang untuk anak-anak membuat sepah, jangan sampai rumah menjadi tongkang pecah pula. Jadikan tabiat mengemas selepas membuat sepah sebagai satu rutin yang menyeronokkan. Apa yang anda boleh lakukan ialah:
Ajak anak memasukkan barang permainannya ke dalam kotak sambil menyanyikan lagu Clean Up. Apabila ritma lagu semakin laju, galakkan dia mengemas dengan lebih pantas. Main permainan I Spy dengan menggalakkan anak mencari objek mengikut kategori yang dinyatakan. Contohnya, kereta mainan atau objek berwarna biru. Anak kecil memang cenderung untuk meniru perlakuan orang dewasa. Jadi, anda sendiri perlu sentiasa memastikan rumah berada dalam keadaan kemas. Begitu juga dengan abang atau kakaknya. Sebelum memulakan aktiviti, jelaskan kepada anak bahawa dia dibenarkan membuat sepah semasa bermain tetapi perlu mengemas kembali setelah tamat aktiviti. Beri ganjaran sekiranya dia tidak membuat sepah dan denda apabila enggan untuk mengemas kembali. Denda bukanlah bermaksud seksaan fizikal. Mungkin sekadar melarang dia bermain untuk sehari atau tidak mendapat ciuman sebelum tidur. Kawal diri daripada marah
Walaupun situasi sebegini biasanya akan memeningkan kepala, ia merupakan suatu memori manis untuk dikongsi bersama keluarga. Hal ini kerana anak ini tidak akan selamanya kecil, merengek dan membuat sepah.
Selain itu, berdasarkan fakta, si kecil yang membuat sepah lebih cenderung untuk menjadi orang yang kreatif kerana dia diberi ruang yang secukupnya untuk mengekspresikan idea. Kebanyakan idea ciptaan di dunia, tercetus hasil daripada penemuan tidak sengaja. Antaranya ialah doh mainan yang asalnya bertujuan sebagai pencuci kertas dinding.
Nah, mana tahu suatu hari nanti anak anda mampu mencipta suatu inovasi semasa sedang bermain. Bak kata ahli saintis Inggeris, Carl Edward Sagan, “Somewhere, something incredible is waiting to be known”.
Oleh itu, anda perlulah bijak mengawal diri daripada menjadi ‘singa lapar’ dengan melakukan perkara berikut:
Jika anda tidak boleh menerima situasi rumah yang bersepah, bawa anak ke luar rumah dan beri dia peluang untuk berekplorasi di luar. Contohnya, melakukan aktiviti seni dan kraf atau membuat eksperimen sains di halaman rumah. Tetapkan peraturan yang jelas dan mudah untuk dijadikan rutin harian si kecil. Antaranya, anak perlu menggunakan dulang bagi setiap aktiviti seni dan kraf atau membina lego di atas tikar mainan. Jangan beri denda fizikal. Denda fizikal yang berterusan akan menyebabkan anak hilang rasa tanggung jawab untuk mengemaskan barang-barang kepunyaannya. Malah, ia akan membuatkan dia berasa jengkel dan susah untuk mengemas. Dedikasikan satu bilik atau satu tempat khas untuk anak bermain bagi mengelakkan dia menyepahkan mainan di tempat lain. Anda juga boleh memberi mainan secara berperingkat supaya dia tidak mempunyai terlalu banyak pilihan untuk membuat sepah. Mungkin kedengaran agak kelakar tetapi ibu bapa perlulah bermeditasi atau gunakan mantra untuk menenangkan perasaan sendiri. Gunakan tip seperti lagu Chichi & Chacha Jom Sabar “Bila rasa naik marah, ahai sayang. Tarik nafas panjang-panjang, ahai sayang. Kira satu sampai sepuluh, ahai sayang. Baru hati lebih tenang, sabar sayang.” Baca artikel lain juga: Anak Suka Buat Sepah, Mak Ayah Jangan Marah-marah, Itu Petanda Mereka Seorang Yang Genius
 
 

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Anak Suka Buat Sepah Itu Sebenarnya Bijak, Dia Sedang Rangsang Sensori Deria appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-suka-buat-sepah-itu-sebenarnya-bijak-dia-sedang-rangsang-sensori-deria/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Perempuan Suka Perhatikan Apa Saja Yang Ibunya Buat Patutlah Perangai Sama

Anak Perempuan Suka Perhatikan Apa Saja Yang Ibunya Buat Patutlah Perangai Sama

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 127 hits
suka perhatikan apa saja yang ibunya buat patutlah perangai sama Mendidik anak perempuan ni ada caranya tersendiri Namun tahukah anda bahawa anak perempuan ini adalah cerminan ibunya Sikapnya suka melihat gerak geri ibunya Anak Perempuan Su...
Bagus Anak Suka Makan Telur Khasiat Banyak Terutama Untuk Otak

Bagus Anak Suka Makan Telur Khasiat Banyak Terutama Untuk Otak

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 180 hits
Anak mana yang tak suka makan telur Tanpa ayam goreng nasi berlaukkan telur pun anak melompat suka Boleh bertambah makan nasi Telur bukan saja jadi kegemaran anak anak tetapi pelbagai peringkat usia Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika an...
Min Hyorin Sedang Mengandung Anak Kedua Bersama Taeyang Ini Respon Agensi

Min Hyorin Sedang Mengandung Anak Kedua Bersama Taeyang Ini Respon Agensi

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 147 hits
Baru baru ini timbul khabar angin bahawa Min Hyo rin sedang mengandung anak keduanya bersama Taeyang Artikel Berkaitan Hal ini kerana sebelum ini Min Hyo rin telah memuat naik gambarnya yang diambil di hadapan cermin sambil memakai skirt me...
Ibu Tiga Anak Antara Tiga Staf Pbt Didakwa Ambil Rasuah

Ibu Tiga Anak Antara Tiga Staf Pbt Didakwa Ambil Rasuah

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 116 hits
MELAKA Seorang ibu tiga anak dan dua rakan sekerja kakitangan pihak berkuasa tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan daripada sebuah syarikat pengiklanan sejak dua tahun lalu Kesemua tertuduh Suh...
Nasdem Soal Kaesang Rajin Sowan Ke Parpol Hanya Menarik Perhatian Karena Dia Anak Presiden

Nasdem Soal Kaesang Rajin Sowan Ke Parpol Hanya Menarik Perhatian Karena Dia Anak Presiden

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 93 hits
Sekjen Partai NasDem Hermawi Taslim merespons soal kegiatan Ketua Umum PSI Kaesang Pangarep belakangan ini giat berkunjung ke berbagai partai politik
Video Bahlil Manis Puji Presiden Jokowi Bukan Anak Jenderal Tapi Berhasil Memimpin Ri

Video Bahlil Manis Puji Presiden Jokowi Bukan Anak Jenderal Tapi Berhasil Memimpin Ri

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 94 hits
Bahlil membahas terkait kepemimpinan hingga strategi hilirisasi menuju Indonesia Emas 2024
Video Vonis Hakim Dua Anak Buah Syl Dipenjara Empat Tahun Kasus Pemerasan

Video Vonis Hakim Dua Anak Buah Syl Dipenjara Empat Tahun Kasus Pemerasan

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 103 hits
Dua mantan anak buah Syahrul Yasin Limpo divonis hakim bersalah dengan hukuman penjara 4 tahun
Anak Sakit Mata Dan Rawatannya

Anak Sakit Mata Dan Rawatannya

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 135 hits
Assalamualaikum Selamat Petang Anak Sakit Mata Dan Rawatannya Pertama sekali Fiza nak minta maaf sebab belum berkesempatan lagi untuk balas kunjungan korang Semalam kononnya nak update blog Tapi Tetiba pulak anak anak tak sihat Before tu da...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm