Anak Seorang Penoreh Getah Kini Bergelar Perdana Menteri Malaysia Yang Kesembilan


 

PENTAS politik Malaysia memang gah dengan nama pelbagai pemimpin. Apabila menyebut tentang jawatan Perdana Menteri, nama yang sering diperkatakan kebiasaannya ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Zahid Hamidi, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Inilah nama-nama yang akan diadukan di gelanggang politik dalam merebut jawatan nombor satu pentadbiran negara. Malah pertembungan Dr Mahathir dan Anwar sendiri sudah berlarutan sejak 20 tahun lalu.
Dalam tempoh 10 tahun ini, memang amat jarang sekali, nama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi titik fokus media untuk dicanang selaku Perdana Menteri. Apatah lagi, dalam hierarki UMNO beliau baru beberapa tahun meniti tangga jawatan sebagai Naib Presiden parti.
Malah, berbanding dengan kebanyakan Perdana Menteri lain yang mungkin dilahirkan di atas 'dulang emas' atau pun daripada keluarga bangsawan, Ismail Sabri hanyalah anak kepada seorang penoreh getah.
Kehidupan mereka sekeluarga bukanlah sesenang yang disangka. Sumber pendapatan mereka hanyalah hasil torehan getah di ladang milik mereka sendiri.
Harga sekeping getah skrap berapa sen sahaja tetapi cukup untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.
Dilahirkan pada 18 Januari 1960 di Kampung Bukit Tingkat, Temerloh, Pahang, Ismail Sabri adalah bongsu daripada tujuh beradik.
Namun, kata orang tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu.
Budak kampung sejati
Mengenang kembali kehidupan Ismail Sabri sejak kecil, anak saudara beliau Azhar Mohamed, 56, menggambar Ismail Sabri seorang budak kampung sejati yang biasa berkubang di sungai dan bermain di paya.
Ismail Sabri (kanan) sewaktu zaman remaja.Malah ketika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bangau, Ismail Sabri merupakan harapan sekolah dan sering mendapat nombor satu dalam peperiksaan.
"Oleh kerana jarak usia kami tidak jauh beza, ketika kecil, bapa saudara saya itu adalah rakan sepermainan di Kampung Bukit Tingkat. Kami suka mandi sungai dan main di paya.
"Ismail Sabri seorang yang berani. Budak kampung biasa la. Kalau terjun dari tebing sungai itu menjadi mainannya.
“Waktu itu tiada televisyen di rumah. Kami berdua pergi tengok wayang di Panggung Seri Termerloh. Masa itu tahun 70-an, popular dengan cerita koboi. Ismail Sabri sangat suka cerita koboi.
“Kami masuk percuma kerana tiada bayaran dikenakan kepada kanak-kanak,” katanya mengimbau kenangan lalu.
Azhar menjelaskan, pada era 70-an, bapa Ismail Sabri membuka kedai runcit di Temerloh sementara ibu pula menjual buah-buahan di pasar Temerloh.
“Ismail Sabri ini minat dengan berniaga. Dulu dia sekolah menengah di Kuantan. Cuti sekolah sahaja dia akan tolong ibu bapanya meniaga.
“Dia juga meniaga ais krim dan meniaga permainan tikam,” katanya sambil ketawa mengenangkan peristiwa lalu.
Azhar mengakui berbangga kerana selepas berpuluh tahun terlibat dan jatuh bangun dalam dunia politik, hari ini Ismail Sabri mengakhiri kekusutan politik tanah air selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan pada Isnin.
Naib Presiden UMNO itu meraih 114 sokongan ahli Parlimen yang terdiri daripada UMNO (37); Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (31); Pas (18); GPS (18); MCA (2): Bebas (4) dan masing-masing satu daripada PBRS, PBS, Star, dan MIC.
“Saya bagi pihak orang kampung, sangat bersyukur dan ia satu kebanggaan pada orang Kampung Bukit Tingkat kerana berjaya naik di peringkat tertinggi dalam dunia politik.
“Semua orang kampung suka dengan pencapaiannya itu,” katanya kepada Sinar Premium.
Saat duka Ismail
Jatuh bangun Ismail Sabri dalam dunia politik negara amat dirasai oleh insan berusia 61 tahun itu.
Ismail Sabri pernah menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan (2008-2009); Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (2009-2013); Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2013-2015) dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (2015-2018).
Bagaimanapun pengalaman palit pahit Ismail Sabri sudah tentunya tatkala melihat Barisan Nasional (BN) kalah pada PRU14 tahun 2018 sebelum seorang demi seorang sahabatnya meninggalkan parti menyertai parti lain.
Namun selepas 22 bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, Ismail Sabri kembali tampil sebagai menteri di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN), kali ini sebagai Menteri Kanan (Keselamatan) sebelum naik pangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai lalu.
Sementara itu salah seorang lagi individu yang rapat dengan Ismail Sabri ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Bera, Datuk Sabariah Saidan mengakui saat kekalahan BN pada PRU14 adalah detik yang memberi impak besar kepada pemimpin itu.
Ismail Sabri suatu ketika menjadi perhatian utama masyarakat apabila saban hari, pada sidang media mengenai Covid-19, sering berpakaian baju batik.
Ismail Sabri suatu ketika menjadi perhatian utama masyarakat apabila saban hari, pada sidang media mengenai Covid-19, sering berpakaian baju batik.
Ketika BN tumbang di tangan PH, beberapa ahli Parlimen daripada UMNO mengambil keputusan keluar parti dengan menyertai Bersatu demi survival politik masing-masing.
Namun Ismail Sabri tetap cekal dan setia bersama parti walaupun UMNO/BN tidak lagi mempunyai kuasa dalam kerajaan.
“Dia pernah cakap secara peribadi dengan saya, walau apa pun terjadi, biarlah dia habiskan karier politik bersama UMNO. Biar akhir hayat bersama UMNO,” katanya.
Mengenali Ismail Sabri sejak 2006, Sabariah menjelaskan, Ismail Sabri seorang yang sangat merendah diri dan amat disenangi oleh penduduk di sini terutamanya di Parlimen Bera.
“Beliau bukan lahir dalam keluarga yang senang. Disebabkan itu dia dapat merasai kesusahan orang di kawasannya dan sentiasa merendah diri,” katanya.
Malah Sabariah berkata, Ismail Sabri juga merupakan guru dan mentornya dalam arena politik.
“Saya dulu merupakan kerani di pejabat Parlimen. Selepas itu saya menjadi Ketua Wanita Cawangan pada tahun 2006. Pada tahun 2018 saya bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian atas restu beliau.
“Dari segi politik, beliau tidak kedekut ilmu. Dia idola dan guru. Falsafah yang dia ajar adalah, kita jangan cipta musuh dan banyakkan kawan,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/08/dari-anak-seorang-penoreh-getah-kini.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Part 2 Kepada Yab Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia

Part 2 Kepada Yab Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 328 hits
Ok the latest news is the PM is going to tender his resignation to the YDP Agong tomorrow Reports are coming in from Port Dickson that since early this morning someone has been picking up trash along the beach in PD Here is a picture Anyway...
Perdana Menteri Ucap Tahniah Bonnie Bunyau Raih Emas Pertama Malaysia Pada Paralimpik

Perdana Menteri Ucap Tahniah Bonnie Bunyau Raih Emas Pertama Malaysia Pada Paralimpik

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang menghadiahkan pingat emas pertama kepada Keluarga Malaysia pada Sukan Paralimp...
Ismail Sabri Sah Sebagai Perdana Menteri Kesembilan

Ismail Sabri Sah Sebagai Perdana Menteri Kesembilan

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 232 hits
malaysiakini comDiterbitkan 20 Aug 2021 5 05 pmDikemaskini 5 26 pmYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini memperkenan pelantikan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakub sebagai perdana menteri ba...
Lelaki Ini Kongsikan Ilustrasi Kesemua Perdana Menteri Malaysia

Lelaki Ini Kongsikan Ilustrasi Kesemua Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 1422 hits
Semangat Kemerdekaan pastinya membara apabila tibanya bulan Ogos yang juga digelar bulan Kebangsaan Dimana kita akan menyambut Hari Kemerdekaan setiap tahun pada 31 Ogos Dalam masa yang sama pula bulan Ogos ini juga kita telah mendapat seor...
Perdana Menteri Tidak Layak Buat Tawaran Shafie Afdal

Perdana Menteri Tidak Layak Buat Tawaran Shafie Afdal

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 337 hits
Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Afdal menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak menawarkan sebarang tawaran memandangkan beliau bukan lagi seorang yang layak memegang jawatan Perdana Menteri Ketika ditemu bual Awani pada Sab...
Perdana Menteri Akan Serah Surat Letak Jawatan Selepas Strategi Bipartisan Tidak Dapat Sambutan

Perdana Menteri Akan Serah Surat Letak Jawatan Selepas Strategi Bipartisan Tidak Dapat Sambutan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 245 hits
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di Pertuan Agong di Istana Negara esok Ketika men...
Isu Perdana Menteri Bahagian Kedua

Isu Perdana Menteri Bahagian Kedua

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 212 hits
Sembang Bersama HANIPA MAIDIN August 15 2021 1 Saya telah menjelaskan pandangan saya mengenai iaitu bolehkah Yang di Pertuan Agong memecat seorang PM yang telah kehilangan sokongan majoriti tetapi masih enggan atau berdegil tidak mahu melet...
Muhyiddin Bukan Lagi Perdana Menteri

Muhyiddin Bukan Lagi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 300 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin ALOR SETAR Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah boleh bersiap sedia untuk menjadi ketua pembangkang atau memilih untuk bersara daripada arena politik tanah air memandangkan dirinya bukan lagi Perdana Menteri yang sah Ketu...
Agar Kekal Jadi Menteri Lagi Bersatu Mahu Tonjolkan Ismail Sabri Calon Perdana Menteri

Agar Kekal Jadi Menteri Lagi Bersatu Mahu Tonjolkan Ismail Sabri Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 316 hits
Selepas Mahiaddin Md Yasin meletak jawatan esok persoalan yang akan menghangatkan lagi atmosfera politik negara dalam fasa berikutnya ialah siapa Perdana Menteri baru untuk menggantikan Presiden Bersatu itu Meskipun kuasa sebenar terletak d...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah