Anak Sembelit Cuba Baca Cara Mengatasinya
Anak sembelit?cuba baca cara mengatasinya | Pernah atau tidak anak-anak kecil kita yang berumur dari 1 tahun mengalami sembelit?Anak buah nieyl ada seorang yang pernah kena sembelit ni, umur dia 3 tahun. Ya Allah kesiannya...kita yang dewasa ni pun tak tahan kalau kena sembelit ini kan kanak-kanak kan.
Sembelit dikalangan kanak-kanak ni nieyl baca biasa berlaku, tapi tak boleh dibiarkan ya kena cari cara mengatasinya supaya tidak memudaratkan kesihatan dieorang. Kalau google memang banyak petua dan cara untuk mengatasinya. Antaranya minum air masak yang cukup, mengambil buah-buahan dan kalau perlu tukar produk susu yang sedia ada
Cara yang nieyl jumpa untuk mengatasi masalah sembelit kanak-kanak dengan berhenti mengambil susu formula milk (FM) dan digantikan dengan susu segar atau susu UHT/Fullcream..Ini kerana susu formula (FM) mempunyai tinggi kalori menyebabkan kanak-kanak merasa cepat kenyang, Pencernaan susu ini lebih lambat dan mengakibatkan anak-anak kurang selera makan. Betul, nieyl pun perasan kanak-kanak kalau minum susu formula ni selera makan dieorang kurang.Tapi mungkin sebahagian kanak-kanak la tidak semua.
Pengambilan susu UHT/Full Cream lebih baik dan yang lebih berperisa juga boleh di ambil sekali sekala. Seeloknya tiga kali sehari sahaja. Diet kanak-kanak dperlu diisi dengan pemakanan lain seperti yogurt dan makanan yang lebih asli
Antara susu UHT/Full Cream yang boleh di ambil seperti susu tepung Full cream atau susu kotak Fullcream Fernleaf atau Dutch lady
Selain dari itu, kanak-kanak perlu dibiasakan minum air masak yang mencukupi bangi melembutkan najis mereka. Sekiranya air kurang diambil oleh tubuh, najis akan menjadi keras.Kalau kita yang dewasa ni sendiri kurang minum air, cuba check lembut atau keras najis korang..hihii
Dan last sekali jangan lupa untuk ambil serat yang cukup. Serat daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi adalah sangat bagus untuk usu. Serat yang bagus adalah dari sumber asli. Anak buah nieyl kalau kena sembelit memang terus pergi cari pisang. Pastikan rutin makanan kanak-kanak lebih sihat okay
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://seindahcerita.blogspot.com/2019/04/anak-sembelitcuba-baca-cara-mengatasinya.html