Anak Sarawak Terharu Peluk Islam Depan Mb


N Faizal Ghazali  
   
"Saya rasa bertuah, gembira dan lebih tenang selepas memeluk agama Islam, lebih-lebih lagi sebab saya mengucap dua kalimah syahadah melalui menteri besar Kelantan," kata seorang bekas pemuda Kristian, Hii Sian Kwang, 41.

Dia anak kelahiran Marudi, Sarawak, dan berada di Kelantan sejak dua minggu lalu sempena Expo Perniagaan Islam Kelantan 2019.

Kedatangan Hii - atau nama barunya, Shamsul Rahman Hii Abdullah - ke Kota Bharu adalah untuk memenuhi tanggungjawab sebagai pengarah program Koperasi Barisan Usahawan Berhad (Kopbaris).

Kata Hii, dia tidak menyangka hatinya terdetik untuk memeluk agama Islam di negeri Serambi Mekah selepas sekian lama menyimpan hasrat itu.

Keputusan untuk memeluk Islam itu dibuat selepas Pengerusi Kopbaris, Sufian Ghani, menyatakan cadangan agar dia mengucap dua kalimah syahadap di depan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob, pada Isnin lalu.

"Ketika menguruskan karnival di sini, majikan saya, Sufian ada bertanyakan kepada saya jika mahu memeluk Islam di hadapan menteri besar.

"Tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju memandangkan saya sudah lama menyimpan hasrat ini. Tambahan pula, menteri besar adalah seorang yang sangat saya kagumi terutama dalam ilmu agamanya.

"Alhamdulillah, saya menjadi seorang muslim melalui seorang pemimpin dan tokoh agama yang menjadi idola saya sejak sekian lama," katanya ketika sesi temu ramah bersama media di Kota Bharu, hari ini.

Bukan sebab nak kahwin Hii berkata, ketika proses mengucap dua kalimah syahadah itu, dia berasa sebak dan terharu selain dapat merasakan ketenangan jiwa.

"Tak dapat saya gambarkan perasaan ketika bersalam dengan menteri besar, dan sebaik melafazkan dua kalimah syahadah, jiwa saya rasa sangat tenang dan sebak.

"Selepas sekian lama, akhirnya hidayah itu sampai kepada saya, alhamdulillah," katanya yang kini bermastautin di Kuala Lumpur.

Sementara itu mengulas lanjut, Hii berkata, sebelum ini dia sudah belajar sedikit sebanyak mengenai Islam termasuk berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan solat.
"Saya pernah berpuasa Ramadan selama tiga tahun berturut-turut dan pernah ikut kawan Muslim mendengar khutbah Jumaat.

"Alhamdulillah, urusan saya untuk memeluk Islam dipermudahkan. Ayah saya sudah lama meninggal dunia namun ibu yang berketurunan Iban, tidak menghalang pilihan saya.

"Ramai yang menganggap saya memeluk Islam kerana ingin berkahwin.

"Ia tak benar. Saya jatuh cinta pada agama ini disebabkan pengisiannya yang indah dan tidak pernah berubah.

"Saya akan terus belajar mendalami ilmu Islam dan membuktikan tentang indahnya agama ini kepada segelintir golongan yang berprasangka negatif," katanya.

Sementara itu kata Hii, semasa bertemu Ahmad, menteri besar itu berpesan supaya mempelajari Islam dan mengamalkan kehidupan dengan menjauhi perkara mungkar.

"Beliau nasihatkan saya agar menjauhi perkara dilarang dan mendekati perkara yang disuruh dalam Islam, " katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/anak-sarawak-terharu-peluk-islam-depan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peluk Anak Sambil Baca Ayat Al Quran Bukan Pukul Kalau Tantrum Elak Emosi Anak Cedera

Peluk Anak Sambil Baca Ayat Al Quran Bukan Pukul Kalau Tantrum Elak Emosi Anak Cedera

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 505 hits
Ibu bapa tentu sekali penat bila berhadapan dengan anak yang selalu tantrum Kalau anak bawah 3 tahun tantrum jangan dipukul Peluklah sekuat kuatnya sambil baca ayat Al Quran Itulah antara perkongsian dari Ibu Rose BILA ANAK BAWAH 3 TAHUN TA...
Bongkar Adolf Hitler Peluk Islam Meninggal Di Indonesia

Bongkar Adolf Hitler Peluk Islam Meninggal Di Indonesia

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 545 hits
Saya bawakan kajian menggemparkan ini beserta dengan gambar gambarnya sekali bagi mengukuhkan bukti artikel ini satu satunya yang berbahasa Malaysia disekitar alam maya Terbongkar juga akhirnya segala tipu daya Zionis dan Barat yang selama ...
Pendarahan Otak Masalah Mata Dialami Oleh Anak Kembar Pramatang Ini Yang Penting Jangan Menangis Depan Anak

Pendarahan Otak Masalah Mata Dialami Oleh Anak Kembar Pramatang Ini Yang Penting Jangan Menangis Depan Anak

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 293 hits
Sebelum ini Puan Marliza pernah berkongsi kisah tentang anak kembarnya yang lahir pramatang dan salah seorang dari kembar kekurangan berat badan Baca Melalui entri terbaru beliau berkongsi bagaimana anak kembarnya berjuang untuk terus hidup...
Tourist China Pengotor Ibu Selamba Badak Suruh Berak Biarkan Najis Anak Bersepah Kat Depan Mall Di Sabah

Tourist China Pengotor Ibu Selamba Badak Suruh Berak Biarkan Najis Anak Bersepah Kat Depan Mall Di Sabah

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 631 hits
Banyak betul kita dengar berita berita pelik pasal tourist China ni tapi selalunya ia berlaku di negara mereka sendiri atau negara lain Cuma tak sangka kali ini ia terjadi di negara kita sendiri Seorang ibu yang dipercayai pelancong dari Ch...
Puluhan Warga Suku Anak Dalam Di Jambi Masuk Islam

Puluhan Warga Suku Anak Dalam Di Jambi Masuk Islam

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 282 hits
Syahirsah mengatakan saat ini terdapat 715 KK warga SAD di daerah itu dengan jumlah 3 283 jiwa Warga SAD tersebut tersebar di lima kecamatan dan sembilan desa yakni di Desa Muaro Singoan Singkawang Bungku Pompa Air Jebak Hajran Bulian Baru ...
Takut Dengar Cerita Cerai Saya Cepat Cepat Peluk Anak Isteri

Takut Dengar Cerita Cerai Saya Cepat Cepat Peluk Anak Isteri

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 255 hits
Sejak kebelakangan ini cerita penceraian seorang pendakwah selebriti Pencetus Ummah Abu menjadi bualan hangat netizen dan ramai pihak Menerusi Facebook PU Amin The post appeared first on
Tak Perlukan Pengganti Lebih Bahagia Hidup Bersama Anak Anak Rita Terharu Anak Bagi Kek Pisang Di Hari Jadinya

Tak Perlukan Pengganti Lebih Bahagia Hidup Bersama Anak Anak Rita Terharu Anak Bagi Kek Pisang Di Hari Jadinya

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 525 hits
Pelakon popular Rita Rudaini sebak dan terharu menerima kek pisang daripada dua anaknya Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna sempena hari jadinya yang ke 43 Rita berkata dia tidak menjangka kedua dua anaknya akan membuat kejutan itu s...
Suami Kena Faham Kenapa Isteri Garang Dan Tak Lembut Macam Sebelum Ada Anak

Suami Kena Faham Kenapa Isteri Garang Dan Tak Lembut Macam Sebelum Ada Anak

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 559 hits
Kenapa isteri zaman sekarang ni garang kasar dan tak lagi lembut macam isteri zaman dulu dulu Dia jadi macam tu sebab dah terlalu banyak beban yang dia pikul Lebih dari beban dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang isteri Kud...
Kulit Anak Eczema

Kulit Anak Eczema

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 444 hits
Assalamualaikum Selamat petang Petang ni nad nak share pasal eczema Sebabnya anak nad Muhammad Hazim Dahin ni ada eczema Dulu masa baby dia kena yang teruk sangat Dia gatal dia garu sampai calar kulit kepala Nad pernah review ni Memang elok...
Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Curang Itu Pilihan Tapiiii

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Persediaan Tamadhan Dan Raya

Choosing The Perfect Plants To Brighten Up Dark Spaces

Graft Videos Aimed At Weakening My Govt Says Hajiji

Skuad E Sukan Malaysia Cipta Sejarah Muncul Juara Dunia Di Riyadh

Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel