Anak Pun Dah Mula Bosan Covid 19 Buat Psikologi Kanak Kanak Turut Terkesan


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu dan kini memasuki Fasa Ketiga sebenarnya bukan hanya memberikan kesan kepada aktitivi dan pekerjaan seharian kita malah turut memberi kesan kepada emosi. Kanak-kanak antara yang turut terkesan dengan tempoh ini.
PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April ini sebenarnya membuat kehidupan kanak-kanak mula berubah. Mereka dilanda kebosanan melampau kerana tidak dapat bermain dengan bebas seperti sebelum ini. Malah bagi yang bersekolah pula, aktiviti bersama rakan-rakan yang sebelum ini menjadi rutin harian mereka juga terpaksa dilupakan.

Menurut Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Profesor Datin Dr Mariani Md Nor, sikap kanak-kanak berbeza mengikut peringkat umur.
“Bagi kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun tidak kira sama ada yang memang tinggal di rumah atau di hantar ke taska, mereka mungkin tidak terlalu terasa perbezaan rutin harian mereka. Malah mereka yang sebelum ini di hantar ke taska atau pusat jagaan harian, mungkin lebih seronok dapat berada di rumah.

“Namun berbeza dengan kanak kanak yang di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah. Tempoh PKP ini lama-kelamaan akan membuatkan mereka berasa bosan dan gelisah akibat terlalu lama ‘terperuk’ di rumah. Tidak dapat ke sekolah dan bermain dengan kawan-kawan.
Tidak hanya aktiviti, emosi kanak-kanak juga akan turut terkesan kerana sudah mula berasa bosan dengan keadaan.
“Emosi mereka boleh terjejas. Rasa bosan dan tidak puas hati akibat terkongkong boleh menyebabkan jiwa memberontak jika tidak difahami dengan baik oleh ibu bapa,” katanya berkongsi.

Di sinilah ibu bapa dapat memainkan peranan yang lebih penting. Menurut Dr Mariani yang juga Timbalan Presiden Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Majlis ECCE), adalah penting bagi ibu bapa untuk merancang dan mengisi masa anak-anak dengan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh PKP.
Masa anak-anak akan menjadi lebih bermanfaat dan dapat mengelakkan mereka bosan sekiranya ibu bapa menyediakan jadual di rumah iaitu peruntukan masa untuk bermain, belajar dan melakukan aktiviti sampingan.
Ibu bapa pula disaran untuk menjadi lebih kreatif di rumah demi memastikan anak-anak seronok dan teruja untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Belajar untuk tambahkan keseronokkan dalam aktiviti.

“Boleh fokus kepada perkara yang menjadi minat mereka dan dalam masa sama selitkan juga aktiviti sampingan lain atau ilmu dalam subjek yang mereka kurang minat bagi menambah pengetahuan.
“Ibu bapa juga boleh menyediakan ruang khas untuk anak-anak melakukan aktiviti di rumah seperti melukis, mewarna, membuat kerja seni, aktiviti berkhemah secara indoor dan bermain permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban serta board games,” katanya.
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga disarankan untuk mempelbagaikan aktviti termasuklah aktiviti yang melibatkan pergerakkan di dalam rumah seperti mencuba resipi baharu, mengatur pinggan mangkuk, menghias rumah, menyiram pokok bunga dan berkebun. Semua ini sedikit sebanyak memberi kelainan dalam rutin anak-anak. Anak-anak pasti tertarik apabila melakukan perkara yang berbeza daripada rutin kebiasaannya.
Sumber: Bernama
The post Anak Pun Dah Mula Bosan, Covid-19 Buat Psikologi Kanak-Kanak Turut Terkesan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-pun-dah-mula-bosan-covid-19-buat-psikologi-kanak-kanak-turut-terkesan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Psikologi Terkesan Disebabkan Covid 19 Pakar Cadangkan Anda Guna Cara Ini

Psikologi Terkesan Disebabkan Covid 19 Pakar Cadangkan Anda Guna Cara Ini

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 192 hits
Walaupun Malaysia telah memperluas Perintah Pengawalan Pergerakan bertujuan untuk menurunkan aras jangkitan COVID 19 pengasingan sosial merupakan masa yang sepi terutamanya untuk belia di negara ini Data baharu dari Snap Inc mendedahkan 66 ...
Elak Diri Dari Anak Kecil Jika Bergejala 315 Kanak Kanak Negara Ini Dijangkiti Covid 19

Elak Diri Dari Anak Kecil Jika Bergejala 315 Kanak Kanak Negara Ini Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 283 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan sebanyak 315 kes positif wabak Covid 19 adalah dalam kalangan kanak kanak dan remaja berusia bawah 14 tahun Melalui sidang media harian Covid 19 di Putrajaya petang tadi Ketua Pengarah Kesihatan Dat...
Ustaz Ebit Lew Sumbangkan Beras Untuk Warga Asing Terkesan Sepanjang Pkp Tinggal Bersesak Dengan Anak Yang Masih Kecil

Ustaz Ebit Lew Sumbangkan Beras Untuk Warga Asing Terkesan Sepanjang Pkp Tinggal Bersesak Dengan Anak Yang Masih Kecil

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 564 hits
Kemurahan hati pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew memang sudah diketahui ramai Bukan sahaja ketika PKP dilaksanakan malah sebelum ini pendakwah ini memang sering kali dilihat bermurah hati menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tidak men...
Bos Mydin Mahu Gaji Pegawai Awam Dipotong Turut Pikul Beban Covid 19

Bos Mydin Mahu Gaji Pegawai Awam Dipotong Turut Pikul Beban Covid 19

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 446 hits
Taikun sektor runcit terkenal mempersoalkan bagaimanakah penurunan cukai dan kejatuhan harga eksport komoditi utama akan membolehkan Putrajaya mengekalkan gaji pegawai awam Ini tidak seperti sektor swasta yang mengumumkan potongan gaji dan ...
Bawa Isteri Dan Anak Tinggal Dalam Hutan Kerana Takut Dijangkiti Covid 19

Bawa Isteri Dan Anak Tinggal Dalam Hutan Kerana Takut Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 320 hits
Pada 6 April polis Sverdlovsk menerima panggilan telefon daripada seorang wanita di kampung Krasnogvardeisky yang mendakwa bahawa abangnya telah mengambil isteri dan tiga anak mereka yang lain berumur empat lapan dan sepuluh tahun untuk mas...
Kes Acute Acro Ischemia Pula Dilaporkan Menjangkiti Kanak Kanak Yang Positif Covid 19

Kes Acute Acro Ischemia Pula Dilaporkan Menjangkiti Kanak Kanak Yang Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 363 hits
Lima minggu selepas bermula wabak Covid 19 di Itali barulah kes pertama Acute Acro Ischemia mula dilaporkan pada kanak kanak yang positif Covid 19 Sejak dari tu berpuluh lagi kes Acro Ischemia pada kanak kanak dilaporkan di seluruh Itali Ba...
Covid 19 Anak Perantau Terima Sumbangan

Covid 19 Anak Perantau Terima Sumbangan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 294 hits
KUALA TERENGGANU 20 April Seramai 325 Anak Terengganu di perantauan yang terkesan Perintah Kawalan Pergerakan menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur dengan nilaian keseluruhan RM50 000 Sumbangan itu selesai diagih kepada anak pe...
315 Kanak Kanak Dijangkiti Covid 19

315 Kanak Kanak Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 173 hits
Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Luqman Arif Abdul KarimKetua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID 19 di Putrajaya hari ini NSTP Mohd Fadli HamzahKUALA LUMPUR Seramai 315 in...
Viral Foto Petugas Covid 19 Peluk Anak Dibungkus Plastik Ayah Kangen Dek

Viral Foto Petugas Covid 19 Peluk Anak Dibungkus Plastik Ayah Kangen Dek

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 462 hits
Foto yang diduga seorang petugas garda depan COVID 19 di Malaysia peluk anak yang dibungkus plastik viral di media sosial Dalam foto tersebut tampak seorang pria memeluk anak kecil berbaju merah muda yang terbungkus plastik bening Diberitak...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids