Bos Mydin Mahu Gaji Pegawai Awam Dipotong Turut Pikul Beban Covid 19




Taikun sektor runcit terkenal mempersoalkan bagaimanakah penurunan cukai dan kejatuhan harga eksport komoditi utama akan membolehkan Putrajaya mengekalkan gaji pegawai awam.
Ini tidak seperti sektor swasta yang mengumumkan potongan gaji dan pembuangan pekerja susulan kesan kewangan akibat krisis Covid-19 yang sedang berlaku.
Pengarah urusan rangkaian pasar raya besar Mydin, Ameer Ali Mydin berkata, hasil kerajaan akan terkesan bukan sahaja kerana kejatuhan harga eksport seperti minyak mentah dan minyak sawit, tetapi juga kemerosotan kutipan pelbagai cukai, termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berikutan penutupan perniagaan dan berkurangnya perbelanjaan pengguna.
“Syarikat perniagaan terhimpit dan semua orang dalam sektor swasta menghadapi potongan gaji, termasuk mereka yang bekerja sendiri. Kita semua terkesan,” kata Ameer kepada FMT.
Beliau berkata, syarikatnya membuat potongan gaji kakitangan sehingga 50% dan menghentikan bayaran kepada pengarah atasan.
“Kami tidak ada pilihan. Sama ada terima potongan gaji atau gulung tikar,” katanya.
Beliau berkata, banyak industri terpaksa mengambil langkah drastik, termasuk memberhentikan kakitangan mereka.
Bagaimanapun katanya, keadaan ini tidak berlaku dalam kalangan 1.6 juta pegawai awam walaupun anggota Kabinet membuat potongan gaji 2 bulan seperti diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
“Menteri dan timbalan menteri menerima potongan gaji. Sesetengah menteri besar dan anggota mereka juga berbuat demikian. Itu bagus.
“Tetapi sebilangan pegawai tinggi kerajaan masih mendapat gaji penuh, termasuk ahli Parlimen dan Adun. Mereka yang berpendapatan RM3,000 ke atas patut menerima potongan gaji,” kata Ameer.
Beliau berkata, gaji pegawai awam juga patut dikurangkan, selain menambah bahawa penjimatan itu boleh digunakan bagi membantu golongan miskin yang paling terkesan oleh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Ameer berkata, potongan gaji pegawai awam boleh dibuat berdasarkan peringkat gaji mereka.
Beliau juga berkata, selain pinjaman perumahan yang diambil oleh pegawai awam melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), semua pinjaman bank lain diberikan moratorium.
“Tiada moratorium diberikan ke atas pinjaman LPPSA kerana pegawai awam mendapat gaji penuh. Jika mereka menerima potongan gaji maka tentulah harus diberikan moratorium ke atas pinjaman LPPSA.
“Semua orang harus memikul beban ini,” katanya.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/22/bos-mydin-mahu-gaji-pegawai-awam-dipotong-turut-pikul-beban-covid-19/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bos-mydin-mahu-gaji-pegawai-awam-dipotong-turut-pi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuepacs Tolak Cadangan Bos Mydin Potong Gaji Penjawat Awam

Cuepacs Tolak Cadangan Bos Mydin Potong Gaji Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 580 hits
Pemimpin kesatuan sekerja perkhidmatan awam terbesar negara hari ini menolak cadangan seorang ahli perniagaan terkenal supaya penjawat awam berpendapatan lebih RM3 000 sebulan menerima potongan gaji berikutan penurunan hasil kerajaan susula...
Cadangan Potong Gaji Penjawat Awam Demi Bantu Golongan Sasar Kata Bos Mydin

Cadangan Potong Gaji Penjawat Awam Demi Bantu Golongan Sasar Kata Bos Mydin

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 942 hits
Taikun peruncitan Ameer Ali Mydin menjelaskan kenyataannya untuk penjawat awam berpendapatan RM3 000 ke atas menerima potongan gaji hanya cadangan yang dibuat atas dasar seorang usahawan dan pemerhati ekonomi berdasarkan ekonomi negara sema...
Ini Sebab Mengapa Boss Mydin Cadang Potong Gaji Penjawat Awam

Ini Sebab Mengapa Boss Mydin Cadang Potong Gaji Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 614 hits
Ini Sebab Mengapa Boss Mydin Cadang Potong Gaji Penjawat Awam Taikun peruncitan Ameer Ali Mydin menjelaskan kenyataannya untuk penjawat awam berpendapatan RM3 000 ke atas menerima potongan gaji hanya cadangan yang dibuat atas dasar seorang ...
Anak Pun Dah Mula Bosan Covid 19 Buat Psikologi Kanak Kanak Turut Terkesan

Anak Pun Dah Mula Bosan Covid 19 Buat Psikologi Kanak Kanak Turut Terkesan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 271 hits
Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak 18 Mac lalu dan kini memasuki Fasa Ketiga sebenarnya bukan hanya memberikan kesan kepada aktitivi dan pekerjaan seharian kita malah turut memberi kesan kepada emosi Kanak kanak antara yang turu...
Kisah Pemilik Bar Copoti Uang Kertas Di Dinding Buat Gaji Pegawai Selama Lockdown

Kisah Pemilik Bar Copoti Uang Kertas Di Dinding Buat Gaji Pegawai Selama Lockdown

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 298 hits
Kisah pemilik bar di Georgia yang copoti dekorasi uang kertas di dinding dan langit langit tempat usaha untuk membayar gaji pegawai selama lockdown
Ada Yang Minta Gaji Cikgu Dipotong Guru Kongsi Statistik Buktikan Guru Bekerja Keras Sewaktu Pkp

Ada Yang Minta Gaji Cikgu Dipotong Guru Kongsi Statistik Buktikan Guru Bekerja Keras Sewaktu Pkp

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 706 hits
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak Covid 19 Justeru daripada itu kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang memperuntukkan pelbagai sektor utama dalam negara dihentikan operasinya secara...
Salut Pemuda Ini Pakai Gaji Pertamanya Sebagai Polisi Bantu Warga Terdampak Covid 19

Salut Pemuda Ini Pakai Gaji Pertamanya Sebagai Polisi Bantu Warga Terdampak Covid 19

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 331 hits
Irsan memakai gaji pertamanya untuk membantu warga miskin yang mengalami kesulitan ekonomi akibat terdampak Covid 19 dengan membelikan sembako Gaji dua bulan sebesar Rp7 8 juta yang dia terima dibelanjakan sembako kemudian dibagikan untuk l...
Covid 19 Kematian Di As Catat Rekod Tertinggi 2 Hari Berturut Turut

Covid 19 Kematian Di As Catat Rekod Tertinggi 2 Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 320 hits
Reuters WASHINGTON Angka korban Covid 19 di Amerika Syarikat mencatat rekod buat hari ke 2 berturut turut dengan sekurang kurangnya 2 371 kematian pada Rabu yang menjadikan keseluruhannya 30 800 kes setakat ini menurut statistik Reuters ket...
Petugas Pusat Asuhan Disahkan Positif Lapan Bayi Turut Dijangkiti Covid 19

Petugas Pusat Asuhan Disahkan Positif Lapan Bayi Turut Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 386 hits
Imun tubuh yang rendah membuatkan bayi dan kanak kanak antara golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti pelbagai penyakit Covid 19 yang sedang melanda seluruh dunia sekarang ini sememagnya menakutkan kita semua Berita harian hari ini melapo...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar