Nak Masukkan Anak Sekolah Cina Perlu Dari Usia 5 Tahun Ini Panduan Untuk Mak Ayah


Siapa yang tidak mahu anak menguasai beberapa bahasa di usia muda. Namun kemahiran anak kita tak datang sendiri tanpa usaha. Jika terfikir-fikir untuk mendaftarkan anak di sekolah Cina atau SJKC, ada baiknya mak ayah membuat persediaan rapi untuk anak. Barulah anak makin bersedia.
Apa persediaannya? Perkara utama paling penting, menurut perkongsian dari Danial Arif, masukkanlah anak ke Tadika Cina lebih awal. Umur yang disyorkan adalah pada usia lima tahun.

Ini bagi membolehkan anak bersedia dengan beberapa perkara asas sebagai persediaan untuk menguasai bahasa cina kelak. Apa lagi anda perlu tahu?
Disini saudara Danial Arif turut berkongsi beberapa tip untuk menghantar anak-anak ke sekolah jenis kebangsaan Cina. Buat anda yang berminat, diharapkan perkongsian ini dapat membantu.
“Saya sekolah SJKC (cina) dari Darjah 1 -6…. sebenarnya mula dari 5 tahun lagi, saya belajar dekat tadika cina.

Ini cerita pengalaman sebenar saya, apa kesusahan dan cabaran yang saya lalui masa belajar.
Saya kongsi ini tujuannya hanya nak kongsi pengalaman. Kalau anda ada anak yang sedang belajar di SJKC, post ini untuk anda.
Kalau anda bercadang nak hantar anak belajar di SJKC, post ini juga untuk anda.
1. Sekolah cina ni susah. Sebab bahasa cina tu sendiri susah. Tapi, saya berjaya kuasai bahasa cina (percakapan) sebelum masuk darjah 1.

2. Saya sendiri tengok ada anak-anak melayu yang tertinggal dalam pelajaran masa di SJKC. Punca? Sebab tak dapat kuasai mandarin.
3. Kenapa tak dapat memahami bahasa ini? Sebab takde “FOUNDATION”, mereka tak mula dari tadika. Tadika melayu, tapi darjah 1 tiba-tiba masuk SJKC.
4. Kalau nak hantar anak masuk ke SJKC, sila hantar mereka ke tadika cina, mula dari umur 5 tahun.
5. Selain percakapan, cabaran kedua adalah membaca. Tulisan cina ni adalah rumit. Sebab bahasa ni takde sistem abjad “ABCD”.
6. Bahasa cina guna sistem tulis simbol. Setiap perkataan ada “simbol” teresndiri. (i) (pintu) (orang) (kepala).

 
7. Dalam bahasa cina ada 50,000 perkataan. Anak anda perlu ingat 2000-3000 perkataan kalau nak dapat baca dengan lancar.
8. Result UPSR saya dapat C untuk subjek Bahsa Cina (Pemahaman). Sampai hari ni saya tak pandai baca sangat. Tapi, boleh bercakap dengan lancar.
9. Tak pandai baca ni masalah besar sebenarnya. Sebab semua subjek lain (matematik & sains) buku teks dan kertas ujian ditulis dalam bahasa cina.
10. Mudah cerita, pandai macam mana pun sains dan math, tapi tak pandai baca, memang boleh ke laut la.

11. Sekolah cina ni kerja sekolah dia bertimbun. Pengalaman saya, saya pernah tidur pukul 12 malam untuk siapkan kerja sekolah.
12. Bayangkan struggle kerja sekolah banyak, lepas tu banyak perkataan yang saya tak pandai baca?
13. Sesi pembelajaran sekolah cina ni biasanya 3 sesi. Maksudnya akan ada 2 kali rehat, balik jam 2.30 macam tu.
14. Maksudnya? Anda kena ada inisiatif untuk ajar anak anda bab agama. Kalau nak expect, petang-petang boleh pergi sekolah agama, susah sikit.

Ringkasan?
Kalau plan nak anak masuk SJKC, kena mula dengan masuk tadika cina seawal 5 tahun.
Kalau dah terskip tadika cina & sekarang ni dah masuk SJKC? Cuba confront anak anda, tanya dia jujur, dia ada masalah nak faham masa belajar tak?
Kalau dia cakap ya, keputusan terbaik adalah keluar dari SJKC dan masuk ke SK.
Pengalaman keluarga saya, adik saya pun tak habis belajar di SJKC sampai darjah 4.
Darjah 5-6 masuk SK, ayah saya terpaksa keluarkan dia dari SJKC sebab adik saya tertinggal kebelakang dalam pelajaran.
Kalau anak anda sedang belajar di SJKC dan selalu mengadu tak seronok dan susah, percayalah, the struggle is REAL!,”tulis Danial Arif.
Menarik: Pandai Dia Mengadu, Daddy Mummy Kena Kerja, Bijaknya Fatima Mengadu Nasib Dengan Nenek!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Facebook Danial Arif
The post Nak Masukkan Anak Sekolah Cina Perlu Dari Usia 5 Tahun, Ini Panduan Untuk Mak Ayah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-masukkan-anak-sekolah-cina-perlu-dari-usia-5-tahun-ini-panduan-untuk-mak-ayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adore Family Ni Sekolah Biasa Biasa Padahal Mak Ayah Hebat Video Anak Dr Sheikh Curi Tumpuan

Adore Family Ni Sekolah Biasa Biasa Padahal Mak Ayah Hebat Video Anak Dr Sheikh Curi Tumpuan

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 301 hits
Angkasawan pertama negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi video sedang menguji bacaan syafawi anak sulungnya Sophea Natasha di perkarangan sekolah Menurut Dr Sheikh anak anak mempunyai personaliti yang berbeza dan terbahagi kepada tiga...
Anak Tantrum Mak Ayah Pun Naik Angin Dia Cuma Nak Perhatian Berilah

Anak Tantrum Mak Ayah Pun Naik Angin Dia Cuma Nak Perhatian Berilah

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 191 hits
Apabila kita terlalu sibuk dengan kerja harian tidak dapat dinafikan kita akan terleka dan kurang memberi perhatian kepada anak anak Ini menyebabkan mereka mula panjang akal untuk melakukan perkara perkara yang akan membuatkan kita fokus se...
Hiburan Dakwa Diri Ada Saka Bapa Kejam Jadikan Anak Anak Perempuan Hamba Seks Seawal Usia 12 Tahun

Hiburan Dakwa Diri Ada Saka Bapa Kejam Jadikan Anak Anak Perempuan Hamba Seks Seawal Usia 12 Tahun

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 404 hits
Terbongkar satu rahsia seorang lelaki apabila dia menjadikan anak anak perempuannya yang berumur 19 dan 15 tahun sebagai hamba seks sejak umur 12 tahun serta mendakwa sebab melakukannya kerana diri memiliki saka Perbuatan jijik yang dilakuk...
Saya Buang Ego Untuk Dapat Pekin Petra Pekin Kongsi Perjalanan 4 Tahun Nak Anak

Saya Buang Ego Untuk Dapat Pekin Petra Pekin Kongsi Perjalanan 4 Tahun Nak Anak

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 170 hits
Selama empat tahun menanti kehadiran cahaya mata pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim baru baru ini berkongsi tentang cabaran bersama isterinya Mona Allen menantikan cahaya mata selama empat tahun Menerusi wawancara bersama radio Zayan dalam ...
Anak Selalu Tengok Mak Ayah Gaduh Emosi Jadi Kacau Rasa Tak Bahagia

Anak Selalu Tengok Mak Ayah Gaduh Emosi Jadi Kacau Rasa Tak Bahagia

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 213 hits
Tidak dinafikan setiap pasangan pasti pernah berselisihan faham Perkahwinan mana yang tidak pernah diuji Apabila sesebuah pasangan berkahwin itu mempunyai anak setiap keputusan yang diambil tidak bersifat peribadi dan melibatkan diri mereka...
Bagi Anak 5 Tahun Main Playdough Cara Nak Tengok Kemahiran Motor Anak Okay Ke Tak

Bagi Anak 5 Tahun Main Playdough Cara Nak Tengok Kemahiran Motor Anak Okay Ke Tak

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 171 hits
Untuk kebanyakan anak bila dah masuk usia 5 tahun kemahiran motor dah mantap dan dapat melakukan aktiviti yang menggunakan tangan dengan baik Namun ada beberapa tanda yang boleh diperhatikan oleh ibu ayah untuk mengetahui sama ada kemahiran...
Mula Mula Ayah Angkat Sekarang Suami Wanita 25 Tahun Luah Perasaan Pada Lelaki Usia 46 Tahun

Mula Mula Ayah Angkat Sekarang Suami Wanita 25 Tahun Luah Perasaan Pada Lelaki Usia 46 Tahun

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 216 hits
Ya inilah dinamakan jodoh Siapa sangka lelaki berusia 46 tahun mula mula dianggap ayah angkat akhirnya menjadi suami yang sah kepada kepada seorang wanita 25 tahun Walaupun jarak usia 21 tahun ia tidak menghalang wanita berstatus ibu tungga...
Anak Perempuan Rapat Dengan Ayah Tak Nak Berenggang Ini Sebab Kena Tahu

Anak Perempuan Rapat Dengan Ayah Tak Nak Berenggang Ini Sebab Kena Tahu

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 183 hits
Sekiranya anda mempunyai anak lelaki dan anak perempuan pasti anda boleh lihat sendiri bagaimana layanan suami terhadap mereka Biasanya anak perempuan lebih rapat dengan ayahnya Anak lelaki pula lebih kamceng dengan ibu Anak perempuan yang ...
Heboh Nak Tengok Sangat Bilal Pergilah Masjid Netizen Terus Bergaduh Mahu Lihat Wajah Anak Neelofa

Heboh Nak Tengok Sangat Bilal Pergilah Masjid Netizen Terus Bergaduh Mahu Lihat Wajah Anak Neelofa

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 215 hits
Sampaikan ada yang berseloroh dengan menyebut pergi saja ke masjid kalau mahu tengok bilal Netizen dilihat terus 8216 bergaduh 8217 gara gara mahu melihat wajah anak selebriti jutawan Neelofa Anaknya yang diberi nama Muhammad Bilal itu sehi...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik