Anak Orang Asli Trauma Ke Sekolah Takut Diserang Histeria


Kanak-kanak Orang Asli di Pos Simpor, Gua Musang enggan ke sekolah kerana trauma dengan kejadian histeria yang berlaku di SK Tohoi bulan lalu. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG, 19 Jun - Ibu bapa Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Simpor, dekat sini, mengambil keputusan tidak menghantar anak-anak mereka menghadiri sesi persekolahan sejak dua minggu lepas ekoran bimbang terdapat laporan murid mengalami histeria di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi.

Penduduk Jaafar Along, 58, berkata dia memilih untuk tidak menghantar anak perempuannya yang berusia 11 tahun ke sekolah kerana risaukan keselamatan anaknya.

Jaafar berkata murid-murid lain juga takut untuk ke sekolah justeru ibu bapa juga tidak memaksa anak-anak untuk hadir ke sekolah sejak awal bulan ini.

"Walaupun kejadian histeria berlaku ke atas murid dari Kampung Penad, anak saya yang tinggal di Kampung Simpor turut menjadi takut untuk ke sekolah yang sama kerana dikatakan sudah enam murid mengalami histeria.

"Kami sedar kepentingan pendidikan untuk masa depan anak-anak kami dan berasa kecewa dengan keadaan yang berlaku menyebabkan anak keciciran pembelajaran tetapi saya faham ketakutan anak sama seperti perasaan saya sendiri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Simpor, Pos Simpor, di sini semalam.

Sementara itu, guru Tabika KEMAS Pos Simpor Shera Chele, 32, berkata beliau sangat terkilan melihatkan keadaan anak-anak penduduk yang merupakan murid SK Tohoi hanya menghabiskan masa di rumah ketika ini.

“Sebagai pengajar walaupun hanya di peringkat tabika, saya runsing memikirkan masa depan pembelajaran anak-anak di Pos Simpor. Ada sebahagian daripada mereka datang meminta untuk saya mengajar dan saya hanya mengajar mengikut kemampuan sahaja,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Dendi Johari berkata isu ketidakhadiran murid ke sekolah yang telah memasuki minggu kedua dikhuatiri akan memberi impak ke atas anak-anak dalam pengajaran dan pembelajaran.

"Kami tahu dan sedar kepentingan pendidikan untuk anak-anak kami. Tetapi keadaan menjadi sukar untuk memujuk mereka ke sekolah selepas mereka menyaksikan sendiri enam murid dari Kampung Penad mengalami histeria.

"Jadi sekarang kami mencadangkan kepada jabatan pendidikan daerah dan negeri supaya adakan perbincangan dengan pengerusi dan penduduk kampung apa kehendak kita," katanya.

-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/06/anak-orang-asli-trauma-ke-sekolah-takut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Terima Panggilan Anak Diculik Di Sekolah Penculik Minta Wang Tebusan

Ibu Bapa Terima Panggilan Anak Diculik Di Sekolah Penculik Minta Wang Tebusan

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 390 hits
Polis menerima empat laporan berhubung modus operandi terkini penipuan penculikan melibatkan murid sekolah di sekitar Lembah Klang pada 13 hingga 15 Jun lalu Gambar Hiasan Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam A...
Dinner Sekolah Anak

Dinner Sekolah Anak

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 200 hits
Last dinner dah menang best dress Tak pasti sama ada dinner kali ni ada pertandingan tu lagi atau pun tidak tapi effort untuk menghensemkan diri tu Mama dah gigih terapkan pada my son supaya beliau nampak presentable dan charismatic dalam m...
Persediaan Ke Sekolah Menengah Impian Bersediakah Anak Anak Kita

Persediaan Ke Sekolah Menengah Impian Bersediakah Anak Anak Kita

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 310 hits
Persediaan Ke Sekolah Menengah Impian Bersediakah Anak Anak KitaAssalamualalaikum Hi korang Selamat pagi semua Pagini KakYa nak kongsi sikit mengenai persediaan ke sekolah menengah impian KakYa yakin dan pasti setiap daripada kita yang berg...
Ibu Maut 2 Anak Parah Dalam Kemalangan Ketika Ke Sekolah

Ibu Maut 2 Anak Parah Dalam Kemalangan Ketika Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 500 hits
KLUANG Perjalanan seorang ibu untuk menghantar empat anaknya ke sekolah berakhir tragedi apabila dia terbunuh selepas Perodua Viva dipandunya terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 77 Jalan Johor Bahru Air Hitam pagi tadi Ketua Polis D...
Video Kapolri Listyo Takut Karier Polisi Hancur Ingatkan Anak Buah Soal Etika

Video Kapolri Listyo Takut Karier Polisi Hancur Ingatkan Anak Buah Soal Etika

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 174 hits
Kapolri Jenderal Listyo Sigit Prabowo menghadiri Wisuda Sekolah Tinggi Ilmu Kepolisian di Gedung PTIK Jakarta Selatan Rabu kemarin Poin penting disorot terkait pentingnya etika dipegang semua anggota polisi
Baca Sebelum Hantar Sekolah Tasha Manshahar Kongsi Amalan Surah Ar Rahman Anak Tak Tantrum

Baca Sebelum Hantar Sekolah Tasha Manshahar Kongsi Amalan Surah Ar Rahman Anak Tak Tantrum

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 268 hits
Ibu mana yang tidak bimbang setiap kali menghantar anak ke sekolah Dengan doa dan harapan anak dapat mengaut ilmu sebanyak mungkin dan paling penting lebih terang hati untuk belajar dan enjoy di sekolah Penyanyi Tasha Manshahar juga turut b...
Buat Kat Depan Rumah Tak Boleh Ke Anak Pergi Camping Sekolah Shera Aiyob Resah Berpisah Dengan Anak

Buat Kat Depan Rumah Tak Boleh Ke Anak Pergi Camping Sekolah Shera Aiyob Resah Berpisah Dengan Anak

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 245 hits
Tidak pernah berpisah dengan anak namun inilah detik yang meresahkan bagi pelakon Shera Aiyob bila mana terpaksa berpisah dengan anaknya selama tiga hari bagi mengikuti perkhemahan sekolah Menerusi Instagramnya Shera berkongsi cerita malah ...
Berbaloi Bayar Pelajaran Dia Netizen Kagum Lihat Anak Haha Petah Berbahasa Inggeris

Berbaloi Bayar Pelajaran Dia Netizen Kagum Lihat Anak Haha Petah Berbahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 262 hits
Mempunyai telatah tersendiri pasti ramai yang seronok lihat Haha bersama anak anaknya ARTIKEL BERKAITAN Terbaru dalam program Haha Bus Haha bersama isteri dan anak anaknya sedang dalam perjalanan menuju ke suatu tempat dengan menaiki bas Se...
Orang Asli Village Chiefs Seek To Apologise Over Land Protest

Orang Asli Village Chiefs Seek To Apologise Over Land Protest

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 329 hits
A protest by the Johor Network of Orang Asli Villages on May 8 has been disavowed by the heads of three villages JOHOR BAHRU The Tok Batin of three Orang Asli villages in Johor have dissociated themselves from a protest held outside the men...
Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Gulai Kawah Kelantan

Memahami Budaya Kerja Toksik Dan Cara Menanganinya

Lega Ibu Ayah 2027 Anak Tahun 1 2 Tiada Subjek Berat Bahasa Isyarat Diperkenalkan

Vitamin Saraf B Complex Plus With Folic Asid

Pencipta Kandungan Terima Kiriman Kepala Babi

Panduan Mudah Faham Cara Guna Google Drive Di Komputer Telefon