Anak No 3 Paling Mencabar Tiga Anak Lain Lain Perangai Ajar Nabil Ahmad Erti Sabar Syukur


Saat dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan, itulah satu kebahagiaan buat pengacara, Nabil Ahmad dan isterinya, Zira Ayub.
Menerusi sesi Live Pa&Ma Gala Dads yang mana Nabil Ahmad dipilih sebagai penerima anugerah Best Papa Mellinial 2022, Nabil meluahkan rasa terharunya saat dikurniakan rezeki tiga anak perempuan yang banyak mengajarnya erti bersyukur dan bersabar dalam hidup.

Malah kata Nabil lagi, tiga anak-anaknya inilah yang memberi petunjuk untuk dia berubah menjadi yang lebih baik, lebih-lebih lagi berada di jalan Allah.
Memulakan bicara awalnya, Nabil mengakui membesarkan tiga anak perempuannya agak mencabar malah pernah menangis namun semuanya menjadi satu titik tolak perubahan besar bagi keluarga kecilnya.

“Betul dengan tiga anak perempuan ni tak semudah yang disangkakan. Saya banyak belajar dengan isteri saya nak mengendalikan anak perempuan.
“Tapi untungnya saya ada tiga adik perempuan yang saya jaga waktu kecil dulu iaitu Sarah, Aishah dan Ayu yang saya jaga waktu kecil. Hantar dan ambil sekolah, masakkan dan siapkan pergi mengaji dan alhamdulillah latihan ini saya buat benda yang sama pada anak-anak.

“Anak perempuan saya tiga-tiga lain perangainya tapi anak nombor tiga paling mencabar buat saya. Dia paling kecil, paling manja dan kalau dia kata A, A lah. Kalau dia kata tak nak, jawabnya tak nak lah,” kongsi Nabil ceria.
Pun begitu kata Nabil lagi, perbezaan tiga anaknya inilah yang menjadikan dia lebih bersemangat untuk belajar banyak perkara agar jadi yang lebih baik. Semuanya demi anak-anak.

 
“Saya paling banyak belajar sabar dengan anak yang paling kecil ni. Dia baru umur tiga tahun tapi dia sangat berbeza dengan kakak-kakak dia.
“Anak sulung saya dah terbiasa dengan back stage, dia pandai PR, malah dia boleh berborak dengan orang lain. Lain pulak anak dua yang sedikit pemalu tetapi cukup aktif.
“Bila tiga perwatakan berbeza ni saya terpaksa ubah didikan yang berbeza mengikut kesesuaian anak-anak saya. Saya bersyukur Allah bagi saya kesabaran dan paling untung isteri saya paling banyak membantu,” luahnya bersyukur.

Terapkan didikan agama pada anak
Dalam pada itu kata Nabil, dek kerana anak-anaklah dia dan isterinya yang kini merubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik. Malah memilih jalan Allah.
Jika dahulu dia mungkin terlupa, kini apa sahaja yang dilakukannya bersama anak-anak, Allah didahulukan. Begitu kongsi Nabil.

Bagi Nabil lagi, soal mendidik ilmu agama tidak perlu dilakukan dengan paksaan. Bila perlahan-lahan diterapkan, malah dia dan isteri punya cara sendiri dalam mendidik tiga anak mereka.
“Sebenarnya nak terapkan agama pada anak-anak bukan secara paksa atau mengajar, apa yang saya dan isteri buat adalah tunjukkan yang baik-baik, buat bacaan taklim, solat mengaji dan sebagainya agar biar anak nampak.

“Macam sekarang ni pun saya bawa ustazah untuk ajar anak-anak saya mengaji dan biar anak nampak kepentingan agama itu sendiri.
“Saya bersyukur masa PKP hari itu, kami banyak masa untuk ajar anak macam-macam doa. Dorang ikut saja tapi lama-lama dorang faham apa pun yang kita buat, kena ingat Allah,” kongsinya.
Malah kata Nabil lagi, jika dahulu dia sering membacakan buku-buku cerita Barat buat anaknya, kini dia menukarnya dengan cerita-cerita Nabi agar mengingatkan tiga anak perempuannya itu dengan agama mereka.

“Bedtime story pun dulu bolehlah layan Peterpan, Snow White semua tapi sekarang ini kami gantikan dengan cerita-cerita Saiyidina Umar, Saidiyina Khatijah, anak-anak Nabi dan sebagainya yang ada kaitan dengan agama.
“Inilah suasana yang perlu ada di rumah. Inilah yang saya belajar setiap kali pergi tablik. Bila saya betulkan semua ini baru saya nampak perubahannya,” luah Nabil lagi.
Bapa penyayang yang cukup gemar menghiburkan tiga anaknya dengan lawak jenakanya di rumah ini juga turut menitipkan ucapan penuh bermakna buat mereka di penghujung sesi live.

“Daddy sangat happy dan bersyukur sejak kamu semua dilahirkan. Kamulah yang paling banyak bagi daddy dan mummy petunjuk. Selalu daddy doa, jadikan anak-anak ini untuk jadi anak solehah dan menjadi penyebar agama kerana itulah peninggalan paling baik.
“Jika daddy dan mummy dah tak ada, letakkanlah agama dalam setiap perkara. Daddy mahu kamu cintakan Allah dan Nabi lebih dari mummy dan daddy,” kongsinya sebak.

Terdahulu, Nabil dan isterinya Zira Ayub dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Naira Mikayla dan Leyla Medyna dan Mishall Imani.

Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Anak No 3 Paling Mencabar” Tiga Anak Lain-Lain Perangai, Ajar Nabil Ahmad Erti Sabar & Syukur! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-no-3-paling-mencabar-tiga-anak-lain-lain-perangai-ajar-nabil-ahmad-erti-sabar-syukur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Momen Keakraban Tiga Jenderal Tni Ad Pakai Kaos Jalan Jalan Bareng Anak Buah

Momen Keakraban Tiga Jenderal Tni Ad Pakai Kaos Jalan Jalan Bareng Anak Buah

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 226 hits
Berbeda dari biasanya sejumlah Pati TNI AD nampak akrab saat menghabiskan waktu bersama Cukup dalam balutan pakaian sipil para jenderal TNI AD tersebut jalan santai bersama sejumlah anak buah Berikut potret selengkapnya dilansir dari kanal ...
Bab Harta Pusaka Anak Anak Paling Takut Nak Tanya Mak Ayah

Bab Harta Pusaka Anak Anak Paling Takut Nak Tanya Mak Ayah

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 299 hits
Saya rasa benda paling takut anak anak nak tanya kat ibubapa sendiri tentang bab harta atau tanah Mana lah tak takut Salah tanya silap silap boleh buat orang tua panas Dia dok ingat kita minta dia cepat mati dan kaut harta benda dia Sedangk...
Alhamdulillah For This Rezeki Stok Susu Meriah Elfira Loy Syukur Ada Rezeki Anak

Alhamdulillah For This Rezeki Stok Susu Meriah Elfira Loy Syukur Ada Rezeki Anak

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 330 hits
Rezeki orang berbeza beza ada yang punya rezeki lebih untuk menyusukan anak hingga dua tahun Namun ada pula yang hanya sempat menyusukan hingga usia bayi enam bulan sahaja Bagi pelakon Elfira Loy dia bersyukur dapat menyusukan anak keduanya...
Kereta Terjunam Dalam Sungai Ibu Anak Ditemui Berpelukan Satu Sama Lain

Kereta Terjunam Dalam Sungai Ibu Anak Ditemui Berpelukan Satu Sama Lain

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 185 hits
Tiga beranak pergi bersama Ibu dan dua anak yang menaiki sebuah kereta dipercayai terbabas sebelum terjunam ke sungai di Jambatan Syed Omar Jalan Sungai Petani Baling petang semalam ditemukan lemas awal pagi Ditemukan seakan akan saling ber...
Nervous Dia Lain Macam Pertama Kali Keluar Bertiga Mira Filzah Risau Anak Menangis

Nervous Dia Lain Macam Pertama Kali Keluar Bertiga Mira Filzah Risau Anak Menangis

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 198 hits
Ibu ibu mana pun pasti rasa berdebar jika ketika di perjalanan anak menangis tak duduk diam Hal yang sama dilalui pelakon Mira Filzah buat pertama kalinya membawa anak keluar bersama suami tanpa bantuan orang lain Jika sebelum ini Mira dite...
Paling Penting Anak Kenyang Anak Ramah Aktif Ika Nabella Kongsi Pengalaman Tip Layan Anak Atas Flight

Paling Penting Anak Kenyang Anak Ramah Aktif Ika Nabella Kongsi Pengalaman Tip Layan Anak Atas Flight

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 233 hits
Pengalaman pertama kali anak melalui penerbangan yang lama memang mencabar Disebabkan terlebih teruja dan aktif anak mula tak duduk diam Seronok tapi mencabar Inilah yang dilalui oleh pelakon Ika Nabella bersama anak dan suaminya yang bercu...
Potret Gading Marten Dapat Tanda Tangan Ronaldinho Raffi Ahmad Rezeki Anak Soleh

Potret Gading Marten Dapat Tanda Tangan Ronaldinho Raffi Ahmad Rezeki Anak Soleh

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 173 hits
Gading Marten tak melewatkan kesempatan untuk meminta tanda tangan Ronaldinho saat sang pesepakbola legendaris asal Brasil datang ke Indonesia Raffi Ahmad yang kala itu sedang menemani Ronaldinho dan Gading langsung memberikan komentar Sima...
Anak Keduaku Khabib Umar Lengkap Sepasang Syahmi Luah Rasa Syukur

Anak Keduaku Khabib Umar Lengkap Sepasang Syahmi Luah Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 265 hits
Selepas beberapa minggu mengalami kontraksi main main akhirnya Anissa Faizul yang juga isteri kepada Youtuber dan pengarah filem Syahmi Sazli selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka Berkongsi berita gembira itu Syahmi memuat naik satu p...
Alisa Paling Power Peminat Teruja Lihat Anak Hanis Zalikha Main Wall Climbing

Alisa Paling Power Peminat Teruja Lihat Anak Hanis Zalikha Main Wall Climbing

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 229 hits
Meluangkan masa bersama keluarga ketika cuti sekolah adalah perkara yang perlu dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan serta la ri dari kesibukan kerja Hal ini sama dengan pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mem...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025